Monday, December 17, 2007
Bonus
Ada ker bonus tahun ini...mintak mintak ader ler..di atas adalah tiga keping gambar yang aku ambil semasa berada di Thailand...
http://www.youtube.com/watch?v=IXdNnw99-Ic
Wish you were here
So, so you think you can tell
Heaven from Hell,
blue skies from pain.
Can you tell a green field
from a cold steel rail?
A smile from a veil?
Do you think you can tell?
And did they get you to trade
your heroes for ghosts?
Hot ashes for trees?
Hot air for a cool breeze?
Cold comfort for change?
And did you exchange a walk on part in the war
for a lead role in a cage?
How I wish, how I wish you were here.
We're just two lost souls swimming in a fish bowl,
year after year,
Running over the same old ground.
What have you found?
The same old fears.
Wish you were here.
Friday, December 14, 2007
Hujan 4
Kadang kadang bila menyanyi di dalam hati, kita tidak tahu sumbangnya bunyi nyanyian itu sehingga keluar suara dari mesin perakam suara. Jika suara itu tidak dirakam tidak mungkin kita tahu ia sumbang sebab telinga tidak boleh mendengar suara sendiri dengan tepat jika suara itu datang terus dari mulut. Begitu juga sebaliknya jika suara kita merdu bak buluh perindu.
Hakikatnya nyanyian hati harus sekali sekala dirakam. Jikapun tidak dirakam pergilah ke bangunan bangunan kosong atau celah celah kegunungan jerit dan dengarkanlah gema suara kita terpantul. Masa kecil dulu aku selalu berangan main koboi koboi di celah celah Grand Canyon tatkala pistol aku dipicu bunyi letupnya bergema keseluruh angkasa. Sesaat kemudian di hujung distinasi peluru itu sesekali terdengar gema raungan sasaran tetapi yang selalunya ia sekadar berdesing di celah bebatuan….tersasar dan sekali sekala singgah di tubuh tikus gunung (istilah dengan izin pendaki gunung Kinabalu.hehe) mangsa yang tidak bersalah.
Ketika musim banjir sekarang, aku berharap sangat ia akan berakhir dengan segera sebab kesihan melihat mangsa perpindahan, lebih sedih lagi banjir kali ini telah meragut beberapa nyawa yang tidak berdosa. Bagi setengah orang yang berpolitik banjir menjadi fobia disebabkan layanan buruk ketika banjir di Johor Januari lalu. Sungguh begitu ada juga ahli politik yang berharap tempoh banjir itu sedikit panjang lagi kerana mereka dapat melihat sinar gemerlapan mentari dihujung banjir….ketika air menyapu bersih kotoran lumpur.
Seminggu dua ini sedikit riuh perbincangan mengenai gelang magnet. Apabila Harakah mengeluarkan “fatwa” haram, keluar pula “fatwa” harus oleh mufti Perlis diakhbar Berita. Nampaknya semua benda ada potensi untuk dipolitikkan.
Tentang kempen Bersih yang semakin mendapat sokongan, aku masih tertanya tentang siapa bakal keluar sebagai pemenang Melayu, Cina atau India? Pas atau Keadilan? DAP ? Baju Bersih yang berwarna kuning macam sudah mula terpalit arang. Hati hati ya ! BN adalah Garry Kasparov bila bermain isu perkauman parti lawan perlu sekurang kurangnya menjadi Anatoly Karpov untuk bersaing. Jika tidak tahu mainlah tennis macam Kim Clijsters.....bermain tennis dan becinta.
Dua minggu lepas aku pergi ke Krabi Thailand. Cantik juga laut dan pulau pulaunya. Minah saleh pun banyak. Cuci matalah sikit. Ingat nanti nak upload 2 ke 3 gambo saja buat kenangan. Buat masa ni tak sempat...tengah sebok.
Apa apapun memang hidup ini bagai meredah hujan. Bagai hidup di Hutan Hujan Tropika, hidup ini juga bermusim hujannya. Ada musim hujan yang kita boleh bermain rakit, ada musim hujan yang kita berselimut sejuk, ada musim hujan yang kita berpindah rumah dan ada musim hujan yang kita hanyut dibawa arus.
Darling...ketika aku hanyut dibawa rindu...selalu kuimpi daratannya adalah laguna qaseh..
Friday, November 16, 2007
Hujan 3
Suasana sunyi itu memberi ruang untuk lebih banyak berfikir dan berangan. Ketika menyaksikan pertempuran antara polis dan pakatan Bersih aku gagal melihat situasi itu sebagaimana situasi ketika DSAI ditangkap. Aku bengang dengan emosi aku sendiri kenapakah ianya tidak meluap seperti dulu. Ketika tengok You Tube menonton petikan Al-Jazeerah, aku sedikit malu untuk masuk keblog seorang komentar politik bukan dari rumpun aku sendiri. Macam mana dia ini boleh dapat peluang diwawancara oleh siaran TV yang disiarkan keseluruh dunia. Mungkin hal ini salah satu yang menjadikan emosi aku tidak sekuat dahulu. Aku juga sidikit keliru Bersih ini untuk agenda siapa ? Siapa gunakan siapa ? Aku nampak kuning dan aku nampak Raja raja Melayu tetapi hanya sekadar seronok berangan menjadi Hang Tuah dizaman moden. Pokoknya aku tidak pandai mengalisa politik.
Dulu masa sekolah aku rasa aku pandai mathematik. Sesuatu yang leceh bila kita pandai mathematik ini kita selalu melihat sesuatu itu bagai sebuah empat segi tepat. Setiap masalah perlu ada jawapan yang tidak berbentuk subjektif. Komplikasi hidup sebenarnya lebih rumit dari masalah mathematic. Walaupun aku bukan dari golongan yang mempunyai jalan hidup yang kompleks, namun kejadian yang berlaku sekeliling dengan sifat manusia yang sebegitu dari yang sebaik umat sampai sejahat jahat manusia menjadikan berfikir secara mathematic itu hanya sesuai untuk menyelesaikan masalah-masalah mekanikal. Satu lagi masalah timbul bila kita cuba keluar dari cara berfikir begitu kita akan sering melihat kepincangan. Akhirnya kehidupan yang biasa, makan minum tidur senaman dan sembahyang adalah kehidupan paling selamat setakat ini.
tetapi darling…sunyi ini tidak pernah senyap dari rindu……..
Saturday, October 27, 2007
Di hari raya yang ke 15
11 hari yang lalu aku melalui jalan ini di Sg Buntu, Pontian. Hari ini dah masuk hari raya ke 15, cepat sekali Syawal bergerak dari 1hb....sedar sedar dah 15. Agaknya jika ada ukuran bulan yang paling pantas pergerakannya munggkin Syawal akan menjuarai. Bayangkan seminggu pertama raya macam 7 hari dirangkum jadi 1 hari, sekejap sangat. Ramadhan berlainan pula pergerakannya...dari 1 hingga 15 itu rasa macam merangkak...cuma kelajuannya sedikit bertambah di sekitar 23 ker 27 hb disebabkan kita mengharap sesuatu yang hebat berlaku pada ibadat kita. Ramadhan menjadi sedikit perlahan bila menjelang hari hari terakhir disebabkan kita menunggu hari raya.
Dua tiga hari ini sebenarnya Syawal bergerak perlahan sedikit...bukan disebabkan Syawal bergerak perlahan tetapi gaji bulan October yang lambat...hehe. Poket jadi pegheh sebenarnya menggambarkan kenaikan barang yang agak drastik sekali. Belanja tol dan petrol amat terasa sekali diperjalanan pulang berhari raya dan berjalan di hari raya. Contohnya pagi tadi aku first time beli roti canai sejak raya hari tu, masa bayar baru perasan harga dah naik 10 sen berbanding sebelum raya. Itu baru roti canai yang lain lain aku tak tahu lagi. Staff cina di pejabat akupun kata kueh nyonya dah naik 10 sen...tapi dia ada pilihan sebab kueh nyonya mahal dia pilih beli kueh Melayu harganya katanya kurang 20 sen dari yang nyonya jual...saiz katanya tak banyak beza..karipapnya saiz tu juga. Sebenarnya semuanya berpunca dari harga minyak naik dan gaji anggota kerajaan naik.. kesannya bagai berangkai semua akan secara langsung turut naik....cuma lambat dan cepat sahaja yang membezakannnya...yang peliknya yuran Astro pun naik...mungkin bayaran kepada artispun naik juga.
Suatu hari nanti, nilai 10 sen kita akan jadi macam nilai duit 1 sen...malah duit 5 sen sekarangpun gunanya cuma nak balance kan bayaran bil TNB sahaja..(btw..bil lektrik pun dah naik). Masa budak budak dulu pernah gak dengar dailog kat kedai runcit.."toke berapa semua...?"...toke kedai jawab "errr..satu linggit dua kupang lima duit"...sekarang ni hampir tiadalah dailog yang sebegitu.
Sebenarnya kesan kenaikan harga yang melampau bakal menjerumus ekonomi ke kancah inflasi. Faktor faktor seperti kebanjiran pekerja asing, pengangguran siswazah, pengapungan semula ringgit, persaingan gergasi pasaraya, perbelanjaan besar untuk projek mega, pemilikan hartanah/modal oleh rakyat asing dan banyak faktor-faktor lain lagi akan menambahkan lagi kemungkinan kehadiran permasalahan ekonomi itu kepada kita...walaupun tidak semuanya menyumbang secara langsung. Seharusnya permasalahan ini diberi tumpuan oleh kerajaan lebih dari semangat berfoya foya dan raya sakan dengan kejayaan angkasawan Malaysia pertama. Berapa million pulak dibelanjakan untuk bayar Sheikh pegi angkasalepas??... apa papun tahniah di ucapkan kepada Dr Sheikh Muzaphar Shukur...joli sekali sekala apa salahnya...huhu...dan ada orang beri dia gelaran Dr SMS..nak lawan raja SMS ler ni....siap ko Mawi!!. Pagi tadi berita sedih pulak untuk Dr SMS...begitulah takdir tiada siapa dapat menduga.
Thursday, October 11, 2007
Selamat Hari Raya
Bila hari raya puasa tiba, selalu aku teringat. Teringat segalanya, emosi bagai kembali kepangkuan jiwa sebenarnya. Melihat keluarga kembali berkumpul dalam satu situasi kemeriahan dan sesekali melihat ruang ruang yang telah kosong dtinggalkan oleh aruah aruah yang telah pergi tidak mungkin terisi kembali. Emosi bagai dibelai beralun keriangan dan kepiluan. Itulah raya yang penuh rasa kesyahduan ketika latar gema takbir memuji Ilahi memecah setiap sudut alam. Seketika dapat ku rasakan jiwa ini putih dan semua manusia adalah kekasihNya.
Suatu hari raya..pertama kali aku balik dari Johor dengan kereta pertama yang aku miliki. Sesampai di laman rumah, aku lihat mak sedang menunggu dengan senyuman keriangan. Setelah bersalaman, hairan aku, mak aku langsung tidak menegur kereta baru aku tak nampak ker kerata aku..? kecik sangat ker..? color dia tak menyerlah ker..?..memacam bermain difikiran. Setelah seketika barulah aku terfikir, pada mak kembalinya aku dihari raya adalah lebih penting dari segalanya....
So…jom balik kampong..
Dan..Selamat Hari Raya…geng..
Thursday, September 20, 2007
Sesekali aku ingin berbicara dengan kamu...
assalamualaikum
selamat berpuasa
cian nko, jauh ekk pasar ramadan tu,
terukkan kan kat terengganu tu, tak patut, saje je nak nampakkan pas tu teruk,
-fudhla-
September 12, 2007 8:15 AM
Bok D kata: jauh tempat berbuka tu...dr opis jauh dr rumahpun jauh..
.kat kedah i pernah jalan lebih jauh dari tu nak dengo ceramah pas tapi bulan tak posa la...masa tu aruah fadzil noor masih ada lagi...hairan malaysia dah 50 tahun merdeka..umno dah 60 tahun kalau tak silap...tapi belum matang matang.
DarlingLara said...
Assalamualaikum.
Entry tak bertajuk. Apa kata letak BULAN KU. Awak lahir pada Bulan Ramadhan kan. Hiks.
Saya nak mintak maaf zahir & batin kalau ada salah dan silap saya pada awak sepanjang kita kenal. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.
Tahun bila awak duduk Pasir Gudang tu? Kenapa jauh sangat nak pegi berbuka? Hmm agaknya berapa kali pulak kawan awak kena berbuka puasa sorang2 sbb “kawan dia tu” gi dating buka puasa dgn awek dia pulak? hehehe.
Ya .. saya pun sedih dengar berita kat Trengganu tu.
September 12, 2007 9:42 AM
Bok D kata : Saya lupa taruh tajuk lah...saya setuju ngan tajuk tu pandai awak. BULAN KU...istimewa sekali bulan ni. Saya mohon maaf zahir batin juga..banyak salah saya dgn awak agaknya.
"Kawan dia tu" tak gi date bulan posa..hehe..awak bulan puasa suka pegi date ker..?
Anonymous said...
salam abg..
selamat menyambut ramadan al mubarak...n selamat beramal ibadat di bulan mulia neh..semoga amalan kita di berkati olehNYA ..insya allah...
maaf salah n silap adik..sepanjang kita kenal dalam medan halo...
-adik-
September 12, 2007 10:18 PM
Bok D kata : Selamat menyambut untuk adik juga..maaf juga dari abang...yah..tahun ni berbuka berdua duaan ler yer...ada main suap suap kurma tak..hehe
nhk said...
Salam Ramadhan bro.
Oowhh you pernah duduk Pasir Gudang ya. Tempat abang I tuh. seri pun dok situ dulu .
Yup, semoga Ramadhan ini akan lebih berkat utk kita semua.
p/s a per nama taman you duduk dulu.hehe
September 13, 2007 11:20 AM
Bok D kata : i tumpang kat quaters TNB..member i tu jaga rumah sedara dia..yg gi kursus kat jepun...kebetulan i tengah cari rumah dia tolong jadi jaga rumah sekali..
Ooo abg u ngan seri pernah dok kat Pasir Gudang ya..tak perasan kalau tengok muka mungkin kenal..hehe
P/S : abg u main snooker tak..?
sofya said...
assalamualaikum..
selamat berpose!!!
manusia nie terkadang takut pada bayang sendiri..
September 15, 2007 12:39 PM
Bok D kata : waalaikumsalam..selamat berpose..main suap suap kurma ngan abang misai ler tahun ni ya..hehe..
betul tu takut bayang bayang...apa yg diceramahkan tu sebenarnya semua orang dah tahu..kat kedai kopi org gebang hari hari..kat harakah tiap 2 minggu citer..kat malaysiakini ari ari ada tulis...kalau tak betul saman ajer la..tak yah lah nak halang ceramah...sampai main tembak pulak
vaart said...
bok d,
jalan 1 kilo gi bukak poser...lepas bukak poser...jalan 1 kilo balik umah...sampai umah lapar balik...kuar balik, jalan 1 kilo gi kedai makan yg lain...dan begitulah seterusnya...huhuhu...
aku paham bro apo perasaan kau bila kawan yang kita kawan selama berbelas tahun tetiba dia tumpukan perhatian kat awek dia yang dia cuma kenal 6 bulan dan tinggalkan kau utk gi berdating...aku nangis ni...aku nangis ni...sungguh kijam donea inni...hehehehe
September 17, 2007 9:56 AM
vaart said...
bok d,
aku nak komen pasal entry bawah kau ni....aku bangkang pasal mengaitkan aku dengan nyonya tua...
at least kasik nyonyak yang tak berapa tua...kurang2 bila pakai hot pants..bahagian lengan dan pehanya masih tak mengelebeh...
September 17, 2007 10:01 AM
Bok D kata : memang real vaart... aku pun bulan pose tu turun beberapa kilo...balik raya badan aku cam mat gian..yang tak gian orang menengoknya...sampai rumah aku tegok ayo berulam rokok jer ler beb...susah susah besoknya aku uzur ler...hehe
pompuan punya hal vaart kita nak buat camner...nanti bila dah kawin depa carilah member balik...sayang bini tinggal tinggalkan kata depa.
hehe..aku teringat ko ngan nyonya tu sebab masa tu aku berada dalam 3 dimensi..
mrll said...
bro,
wa faham camner rasa berbuka sorang2 ..huhuhuuhu..syahdu beb..tapau sorang2, doa sorang2, makan sorang2, berasap sorang2..
tapi masa wa bawak motor dulu kan, bila rosak tgh jalan, alhamdulillah selalunya ada hamba Allah offer tolong tolakkan..so wa tak berani kata rakan seIslam tak pernah membantu..
September 20, 2007 12:13 PM
mrll said...
p/s : selamat berpuasa bro..
September 20, 2007 12:21 PM
Bok D kata : kadang kadang sorang sorang tu buat kita lebih sedo diri...setiap kepulan asap rokok..setiap hirupan air...setiap suapan nasi...setiap kunyahan..adalah zat zat yang menjadikan vitemin.
Bantuan sedara seIslam tidak berlaku semasa aku jalan kaki nak berbuka pose di Pasir Gudang...tetapi dlm kehidupan seharian sedara seIslam amat penting sekali...sebab itu bila kerajaan cuba nak hentam org melayu pas yg nak dengo ceramah aku amat sedih sekali...bukankan kita semuanya bersaudara....
Selamat berpuasa Mrll....dan semua yg tersinggah sini.
P/S : Malam ni wa tido lambat..terlebih kopi dan jng percaya dgn jam kat blog ni.
Tuesday, September 11, 2007
BULAN KU
Tolong kami bantu kami
Anak-anak yatim piatu (2X)
Hidup kami dalam dunia
Tak berbapa tak beribu (2X)
Aduhai insan-insani tolonglah kami (2X)
Allah akan beri rahmat
Dari dunia ke akhirat
Tolong kami bantu kami
Anak-anak yatim piatu
Kalau tuan hati mulia
Bantu kami yatim piatu
Agar dapat kami rasa
Nikmat hidup di dunia (2X)
Seperti anak yang punya ibu dan bapa (2X)
Allah tidak akan lupa
Pada orang yang menderma
Kalau tuan hati mulia
Bantu kami dengan rela
Dulu masa aku duduk di Pasir Gudang aku ada sorang member yang bila time buka puasa dia selalu teringat pengat pisang..masakan emakya. Kesian tengok dia.... nak tenteramkan hatinya akupun kata.."wa pun rindukan bubur kacang mak wa"...sebetulnya aku memang sgt rindukan bubur kacang itu. Masa buka puasa tu aku selalu berdua dengan dia, kadang kadang aku bukak puasa sorang sorang. Paling aku tidak boleh lupa bila member aku yang ada kereta tu berdating dgn awek dia maka aku terpaksalah menapak lebih kurang 1 km nak pergi tempat berpuka puasa. Penat ya'amat...darling, kalaulah masa tu awak lalu dengan kereta terus sambar saya naik kereta alang kah bahagianya hidup. Adalah aku menapak 4 ke 5 kali di Ramadhan itu...tiada satu kalipun aku bernasib baik diberi tumpang oleh rakan atau saudara seIslam...depa ingat aku Indon kot.
Panas hati gak baca berita polis tembak orang nak dengar ceramah di Terengganu...sungguh tidak bertimbang rasa apalah yang ditakutkan sangat dengan ceramah.... yang mendengar ceramah itupun orang yang sudah sememangnya tak suka dengan BN...bagilah mereka chance release tension tak larat asyik dengo berita perdana dan baca utusan malaysia ajer.. sekurang kurangnya masa ceramah ada juga kegiatan ekonomi berjalan...penjual air tebu dapat duit....penjual kopok leko dapat duit...penyewa khemah dapat sewa...dlln.
p/s : Semuga Rahmat Allah di Ramadhan yang mulia ini kita harungi dengan penuh keinsafan.
Thursday, August 23, 2007
Masa
Jika kita sayangkan masa, jangan kita buang ia. Jika masa itu sayangkan kita ia tidak akan tinggalkan kita. Masa itu emas. "Demi masa sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian". Albert Einstein dalam Theory of Relativity mengutarakan - jika kita duduk kaku, kita sebenarnya bergerak melalui masa, jika kita bergerak selaju cahaya kita akan bergerak melalui ruang dan tidak melalui masa di dalam situasi masa yang berhenti...(aper aku cakap ni..). Teori Einstain menjadikan peristiwa Israq dan Mikraj itu bukan mustahil (jika tidak di percayai dengan keimanan). Jika burak yang membawa nabi Muhammad (SAW) boleh bergerak sepantas cahaya bermakna (berdasarkan teori Einstain) masa ketika itu berhenti dan Rasulullah sebenarnya bergerak melalui ruang tidak melalui masa. Bagi orang yang beriman kepada Allah tiada yang mustahil jika ianya datang dari kekuasaanNya.
Semua yang berada di sekeliling kita akan lenyap ditelan masa. Pokok yang aku tanam beberapa tahun lalu telah hilang dari pandangan mata yang tinggal hanyalah memori semalam bagaimana pokok pokok itu masih terpacak di sudut halaman sempit rumah aku. Apa yang aku dapat lihat setelah pokok itu ditebang hanyalah tempat letak kereta jiran cina aku yang kadang kadang nyonya itu keluar dengan seluar hot pant yang tak hot langsung aku melihatnya. Suatu hari ketika aku terpandang nyonya itu aku teringat Vaart...sebab ketika itu...di saat itu yang tinggal hanyalah "aku, nyonya dan tempat letak kereta"....
Friday, August 10, 2007
Happy birthday DSAI..
Maka inilah yang dapat aku tuliskan sebagai hadiah persahabatan ini.....
Beberapa bulan yang lalu sekawan lebah membuat sarang atau berlonggok dipokok jambu di dalam kawasan rumah aku. Orang kata lebah itu datang menumpang. Aku takut kalau kalau hamba Allah itu membahayakan keselamatan, jadi aku ambil surat khabar dan aku bakar di bawah pokok itu. Ternyata tindakan aku berjaya menghalau lebah lebah tersebut dari menumpang di pokok jambu. Sebulan kemudian pokok jambu itu berbuah tapi sayang buahnya busuk tidak boleh di makan. Dekat rumah aku ini bukan sahaja ada pokok jambu pokok durian dan rambutanpun aku tanam. Setelah berfikir panjang aku mengambil keputusan untuk menebang pokok rambutan dan durian. Sebab kalau hendak makan baik aku beli bukan mahal sangat. Kalau nak tunggu pokok durian aku berbuah entah bilalah aku nak makan durian.
Semua benda yang ada di sekeliling kita jika hadirnya adalah kerana kita membawanya dekat dengan kita maka amat sukar untuk kita lepaskan. Bukan mudah untuk aku membuat keputusan menebang pokok durian dan rambutan setelah beberapa tahun aku menyiram dan membaja mereka, tidak pernah aku rasa marah walaupun mereka tidak berbuah. Aku masih mahu menyimpan pokok jambu walaupun buahnya busuk tetapi dahannya meredupkan satu sudut rumah aku...adilkah aku sedangkan ia ternyata pokok berbuah busuk. Aku tidak pasti apakah aku akan merasa sedih dengan kehilangan pokok durian dan rambutan itu dari sudut laman rumah aku. Segalanya akan terjawab bila pokok pokok itu aku tebang.
Tuesday, August 7, 2007
Di suatu malam
Dah masuk bulan Ogos...bulan Julai yang kurang baik untuk saya. Banyak benda yang saya terpaksa adjust....bermula dengan sakit, kerja kerja pejabat yang tertinggal dan bertimbun sebab banyak MC, kehilingan mood melepak, boring yang teramat, hilang nafsu berhibur, tension bukan bukan, rasa hiba dan sedih tak pasal pasal dan macam macam lagi benda benda negetif masuk dalam minda. Macam selalu benda benda macam ini memerlukan kita fokus kembali menjadi hambaNya yang tidak berdaya. Alhamdulillah saya kembali sihat macam dulu semuga Ogos lebih cemerlang. Terima kasih kawan kawan terutamanya Ilham yang sungguh sungguh memberi cadangan dan altenatif untuk mengubati sakit kepala tempoh hari....sesi urutan traditional dan air penawar bebar benar membantu.
Banyak member halo yang sakit ya...bermula dengan Teesh, kemalangan menimpa NHK, MLL demam rindu, adik pening dan rasa loya, aya susah nak tidur malam..hehe, darling... awak sakit kepala lagi..? vaart kena gigit GRO hehe (gurau bro!..)..dan terbaru ilham kena gastrik...ada lagi yang saya tertinggal dan terlupa. Hari tu kat halo ilham saya ada kata penyakitpun boleh main transfer transfer melalui maya...hehe karutkan. Jadi sesiapa yang lepak kat halo ilham, NHK, adik, teesh lepas ni dapat sakit..itu tandanya kita bersaudara...hehe.
Saturday, July 7, 2007
5775...
Sudah tentu ketika cuaca panas yang membahang ini, hujan yang turun adalah bagai salji di gurun Sahara. Hari ini 07/07/07...Ilham, nombor yang cantik tidak semestinya memberi pulangan yang baik..hehe. Aku pernah ada nombor plate kereta 5775, ramai orang kata nombor kereta aku cantik. Pada suatu malam ketika aku singgah membeli rokok di kedai, dua orang Cina memberi tahu aku nombor kereta aku.. 5775 naik first prize. Aku tidak tahu nak respon macam mana sebab aku tidak beli nombor ekor...akupun kata.. ya ka..Tetapi aku ada seorang kawan yang memang kaki nombor dari magnum, toto, 4D dan entah apa-apa loteri semua ticket dia ada...tapi tak kaya kaya..kayap adalah. Semua judi dia main kecuali race kuda sebab kata dia kalau dia main kuda susah nak taubat...Ahamdulillah...semuga pintu taubat sentiasa terbuka untuk insan insan yang terlalai. Jadi lepas beli rokok aku ingat nak terus balik rumah..aku tukar plan pergi rumah member aku. Aku cakap dengan dia kereta aku naik first prize..aku tanya dia ada beli ker..? Dia tepok dahi sebab tidak beli...baru petang tadi dia tumpang kereta aku sebab kereta dia rosak jadi dia tikam nombor kereta dia...haha. Dia bagi nasihat dekat aku...petua orang kaki nombor... kereta aku sepatutnya tidak boleh bergerak selama 3 hari. Aku kata aper kejadah punya petua. Aku tidak ikut petua itu.. kurafat..Nak dijadikan cerita dan mungkin dugaan atau syaitan dibenarkan menguji kepercayaan aku..petang hari berikutnya kereta aku accident..teruk juga cermin dan pintu belah pemandu kena langgar ketika aku nak melintas nasib baik aku tidak cedera. Kawan aku dapat tahu..dan kata dekat aku...kan! aku dah kata. Pergi jalanlah dengan petua karut itu benda dah nak jadi tiada kena mengena dengan sebab nombor tu naik first prize. Selepas beberapa lama aku baru dapat tahu memang kebanyakan orang Cina tidak bawak kereta yang baru naik... tapi bukan takut accident tapi takut kena rompak..Pasal nombor cantik aku rasa tarikh 11/11/11 memang cantik tapi pada tahun 11.11.1911 atau 1811 manusia tidak tahu melihat cantiknya tarikh sebab tarikh cantik belum dikomersialkan lagi. Mungkin juga Melaka ditakluk oleh Portugis pada 11.11.1511 (11.11.11 cam batu nesan pun ada)...siapa tahu. 4 tahun lagi 111111 akan keluar lagi...mungkin satu lagi 0911..??.Tarikh yang cantik kadang kadang mungkin bukan dilihat pada nombornya. Generasi sebelum merdeka melihat tarikh 31/08/57 begitu cantik malah mereka kata keramat...dan apalah sangat jika ada orang dilahirkan pada 270190..hehe..Bayangkan pula jika pada tarikh secantik 07/07/07 seorang itu teringat kekasih yang telah meninggalkan dirinya..agaknya dia akan menulis begini lebih kurang.......
.Tengkujuh datang di subuh kemarau tujuh haribulan tujuh dua ribu tujuh..
Ketika hati redup tersipuh dibasuh baris baris keluh
Teringat aku padamu…
.
Pernah..menggamatkan jiwa sukmaku bagai gemuruh
..meruntun sanubari setiap saat hingga hatiku jatuh
Keluh kesahku hilang dengan seloroh nakalmu..
.
Aduhai…tempat manjaku.. telah ia terbang jauh..
Meninggalkan aku sepi sendiri begini..
.
darling..Ku sanggka asmara.. berlabuh di tepian sauh
..rupanya..badai tengkujuh datang merempuh…...
Saturday, June 30, 2007
Hutan hujan
100Degrees
The Rainforest World Music Festival (RWMF), a not-to-be-missed occasion, is celebrating its 10th anniversary from 13-15 July 2007. To be held at the Sarawak Cultural Village, RWMF has long been regarded as a unique festival that brings together on the same stage renowned world musicians from all continents and indigenous musicians from the interiors of the mythical island of Borneo.
Saturday, June 23, 2007
Aku masih di sini
Tiada gambar disini. |
Salah satu perkara yang mustahil untuk kita elakkan ialah kematian. Teringat cerita karut Highlander tentang kematian yang tidak akan datang kepada seorang wira Scottish melainkan dibunuh oleh seorang yang immortal sepertinya. Itu ceritera karut orang putih. Bagi kita orang Islam kematian itu adalah sesuatu yang pasti, itu janji Ilahi..Mengingati mati itu adalah sesuatu yang dituntut. Namun dalam kelalaian kita dengan keindahan dunia kadang kadang kita terlupa yang kematian itu boleh berlaku pada bila bila masa. Seperti kata seorang sahabat antara hidup dan mati bezanya cuma sedetik. Aku pernah mengalami insiden yang boleh membawa maut beberapa kali bermula masa kecil keluarga aku pernah menceritakan aku jatuh dari atas rumah setinggi 7 kaki....kata orang budak kecil dipelihara malaikat...aku selamat. Zaman sekolah aku pernah hampir lemas ketika mandi dengan kawan kawan terima kasih pertolongan kawan kawan dengan kehendak tuhan. Pernah aku kemalangan kereta terlanggar besi pengadang yang kalau patah besi itu aku masuk gaung. Tetapi apa yang berlaku minggu lepas hari Sabtu ketika aku dan rakan sekerja melakukan aktiviti whitewater rafting adalah sesuatu yang tidak mungkin aku lupakan...a close shave..malah aku seolah telah melihat maut di hadapan mata..Aktiviti whitewater rafting ini adalah salah satu aktiviti di dalam kursus teambuilding syarikat aku di Sungkai Resort. Untuk aktiviti tersebut kami dibawa ke Gopeng . Kami di bawa ke sebuah resort...aku tidak ingat nama resort ni biasalah aku ni bukan ambil berat sangat pasal nama. Resort ini memang dibina untuk tujuan aktiviti whitewater rafting. Sesampai di sana masing masing teruja nak mencuba aktiviti berakit di jeram ni. Dengan wajah yang ceria dan ketawa ria masing masing selepas diberi taklimat dan keyakinan tentang keselamatan aktiviti ini tidak sabar sabar lagi memakai life jacket dan topi keledar agar dapat cepat menempuh pengalaman baru dalam hidup. Mengikut kata instructor tersebut aktiviti ini memakan masa tidak lebih dari 45 minit..Di dalam rakit plastik yang boleh mengisi 7 ker 10 orang kami dipecah kepada 5 rakit, 5 orang satu rakit campur instructor jadi 6. Masa ketika itu lebih kurang pukul 2.30 petang thanks to my jam cap buaya yang terbukti kalis air...akupun berniat jamak ta'khir...jika 45 minit campor 1 jam perjalanan balik ke Sungkai busuk busuk pukul 5.30 aku dah balik ketempat penginapan. Setelah wish masing masing good luck...dan sebabkan suasana gurauan itu ceria sekali aku hampir berkata kepada room mate aku masa kursus ni...seorang Cina...see you in heaven bro!!. ..hati aku nak kata tapi tidak terlafas..Semua berjalan lancar satu satu rakit masuk sungai.....airpun kelihatan ok. Rakit aku yang keempat masuk... rakit pertama dan kedua nampak smooth...tiba rakit yang ketiga aku dan group aku nampak ianya terbalik. Tetapi instructor aku kata itu perkara biasa dan tiba giliran rakit aku...tak sampai dua minit berdayong rakit aku dilanggar arus aku tidak ingat bagaimana...yang aku tahu aku dan group aku tercampak ke dalam sungai..Ya Allah air punyalah deras. Semua berlaku dengan pantas..mula mula aku tidak panik sebab life jacket yang aku pakai sudah tentu membawa aku kepermukaan. Tetapi sangkaan aku salah setiap kali life jacket itu cuba membawa aku kepermukaan setiap kali itu dihenyak oleh air deras kedalam sungai..ada suatu ketika aku berada terlalu lama di dalam air..aku nampak hitam dan sangka aku maut telah tiba disebalik pandangan hitam itu...Alhamdulillah aku sempat mengucap serta terbayang wajah wajah orang yang aku sayangi...aku menanti kesakitan maut...masa aku sudah tiba...tetapi kesakitan maut itu tidak datang...secara tiba tiba warna gelap itu menjadi kemerahan...rupa rupanya aku kembali kepermukaan untuk menghirup udara untuk sesaat..selepas itu aku kembali kedalam air dan kembali kermukaan secara bergilir..badan aku betul betul diluar kawalan..macam free falling..tonggang terbalik dibawa arus deras..Mandy, agaknya begitulah yang berlaku ketika Tsunami..Dengan kuasa Allah arus deras itu membawa aku ketebing..apungan aku mulai sedikit setabil..di masa itu aku nampak banyak dahan dahan pokok mencecah permukaan air...dengan sedikit fokus dan sebutan nama Allah yang tidak henti henti aku cuba menangkap salah satu dahan itu...cubaan pertama gagal sebab dahan itu agak jauh..dan cubaan kedua baru aku dapat menangkap hujung dahan itu. Secara perlahan lahan aku tarik dahan itu takut ianya patah. Aku dapat merapat kan diri ketebing dan dapat bersandar di batu tetapi disebabkan batu itu licin aku tidak dapat mengangkat seluruh punggung aku untuk duduk di atas batu...kaki sebelah kanan aku berpijak di salah satu batu yang ada di dalam sungai tersebut tangan kiri aku perpaut pada dahan yang sebenarnya hanyalah serumpun pokok kecil. Akupun bernafas...tidak pernah aku bernafas sekencang itu. Aku punya anu dah kecut ketahap screw..Suasana cemas itu tidak berakhir di situ..aku terpaksa menunggu hampir 1 jam lebih bertaut dalam keadaan begitu..bila bila masa aku boleh kembali ke dalam sungai. Di masa menanti bantuan itulah otak aku berputar memikirkan berbagai perkara tentang hidup dan mati tentang bapa tentang keluarga aku tentang kawan kawan nyata dan maya. Aku cuba azan tapi sumbang...baru aku tahu tidak banyak doa yang aku hafal...antara doa yang aku baca "Maha suci Allah yang menjadikan air ini suci lagi menyucikan..janganlah jadikan ia pembunuh". Yang paling aku tidak boleh lupa semasa bertaut itu ialah..ketika aku mendengar deruan air dan suasana sunyi berselang bunyi cenggkerik di belakang aku ialah....aku terfikir aku ini hidup ker mati..Dipendekkan cerita aku diselamatkan tapi bukan menaiki darat tetapi terpaksa menaiki rakit ke stesyen perhentian rakit. Baru aku sedar tebing tempat aku pertaut itu adalah sebuah bukit yang curam dan hutan banat. Bayangkan aku tiada pilihan melainkan naik rakit lagi...adoi!!!. Tiba di perhentian itu aku dapati semua group aku selamat dan aku dapat tahu 3 lagi rakit terbalik. Syukur semuanya selamat biarpun hampir semua bukan muslim aku mengucap Alhamdulillah...mungkin kalau tidak mereka anak cucu mereka akan masuk Islam hendaknya. Dan di situ juga baru aku tahu rupanya kami dilanda arus kepala air.
Wednesday, June 6, 2007
Merapu jap...
Keindahan Pantai
Hey!Hey! Wo Hop!
Wo hop!
Wo Hop!
Wo hop!
Mari kawan-kawanku semuanya ke pantai
Untuk menghiburkan hati yang sedang duka lara
Di pantai yang menarik dari pandangan mata
Menjadi tumpuan muda-mudi di senjahari
Oh hari...( 1 )
Unggas berterbangan di sekeliling pantai
Bertambah menarik dari pandangan mata
Bayu yang berhembus menyegarkan di jiwa
Membuatkan hati duka menjadi riang
Zai zai zai zai
Zai zai zai zai
Zai zai zai zai
Zai zai zai zai
Oleh itu janganlah selalu kau bersedih
Hiburkanlah hatimu di masa kau di sana
Nikmatlah keindahan yang dijadikan Tuhan
Agar hidupmu sentiasa gembira dan ketawa
Ketawa...( ulang 1 )( 2X )
Wo Hop! Wo hop!
Wo Hop! Wo hop!
Wo Hop! Wo hop!
Wo Hop! Wop!
Monday, June 4, 2007
Cinta kilat..
Saturday, May 19, 2007
...masih kah ada di padang itu..
terkenang pada masa aku bertandang ke situ di setiap petang
datang untuk bersembang dan bergebang gebang
kadang kadang mengutuk orang
semedang juga bermimpi panjang
Sesekali di padang itu…
helang terbang merewang
kata mereka…bawa berita malang
begitulah hidup..berselang antara girang
pernah juga bermain layang layang
dan ketika putus benangnya…
..melayang ia terus di bawa angin entah ke mana
sayang…baru benar ia terikat tegang
sedih membayangkannya..
jikalah suatu hari dia singgah di pohon ketapang..
hendak ku runtun bayang bayang panjang menggalah..
ketika azan sembahyang berkumandang
masih aku terpandang pandang indahnya padang itu
berat hati mahu pulang…
macamlah siang tidak akan datang lagi..
Saturday, May 12, 2007
Masih seperti hujan...
Thursday, April 26, 2007
Berhujan berpanas
Percikan bunga api bertebar di langit malam dini
Perpautan cahaya merantai sinar kemerlapan
Bebintang bertabur di udara..merintik ke bumi
Bercahaya pelangi melintas rengbulan
Garisan bebunga meredah dari ufuk sana ke ufuk sini
Pecah bebijik memercik permata berlian
Awan mewarna warni bersilih ganti
Bercabang melata merekah tanpa sempadan
Bergalur berkelip kelipan megah berseri
Ku berteduh di suatu malam indah….
….Selamat Hari Jadi Darling…..
Thursday, April 19, 2007
Banyak air.....hujan
Maka tersebutlah pada sebuah Hadis yang dirawikan oleh Imam Ahmad, ad-Darimi, al-Baqawardi dan Ibnu Qani di dalam Majma’ush-Shahadah, dan ikut juga merawi Imam Bukhari di dalam Tarikhnya, dan at-Thabarani dan Hakim, maka meriwayatkan daripada Abi Jum’ah al-Ansari.
“Berkata dia (Abu Jum’ah al-Anshari): Aku bertanya: Ya Rasulullah! Adakah suatu kaum yan lebih besar pahalanya daripada kami, padahal kami beriman kepada engkau dan kami mengikut akan engkau ?. Sabda Baginda: Apalah akan halangannya bagi kamu (buat beriman kepadaku), sedang Rasulullah ada di hadapan kamu, dan datang kepada kamu wahyu (langsung) dari langit. Tetapi akan ada lagi suatu kaum yang akan datang sesudah kamu, datang kepada mereka Kitab Allah yang ditulis di antara dua Luh, maka merekapun beriman kepadaku dan mereka amalkan apa yang tersebut di dalamnya. Mereka itu adalah lebih besar pahalanya daripada kamu.”
Selain dari maksud zahir hadis ini, fikiran aku tertumpu juga kepada bagaimana para ulama Melayu, penulis kitab kitab Islam lama dan baru seringkali menjaga ketertipan dan pilihan perkataan yang sesuai bagi menghormati kemulian Baginda Rasulullah dan ajaran Islam yang di bawanya. Perkataan seperti “sabda”, “wahyu” dan “kalimah” , gantinama “baginda” permulaan “Ya” untuk merujuk kepada Rasulullah, sebenarnya membantu memuliakan Rasulullah s.aw. Semestinya perkataan perkataan yang bersifat semi khusus ini dihormati.
Sebenarnya aku sudah lama terganggu dengan lirik lagu ni...
Sepenuh bintang ada sana
Tanpa berkerana
Lama ku menanti
La… la… la…la…la…la…La… la… la…la…la…la…
Cinta bukan kata
Kalimah cinta bersakti
Redakan gelora
Lupakan tentang perkataan “kalimah” sebab perkatan ini sudah kerap sangat dinodai untuk menunjukkan “agungnya” cinta sesama manusia sedangkan “kalimah” itu sepatutnya dikhususkan untuk kalimah bernaik saksi kita bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Pesuruh Allah. Sebutan Allah itu disebut sebagai “kalimah” Allah untuk menekan darjat ketinggian, keagungan dan keesaanNya.
Nah! sekarang “sabda” pulak, buat pertama kali (yang aku tahu) perkataan ini digunakan dalam lirik lagu cinta sesama insan. Aku pasti lepas ini perkataan “sabda” ini kalau tidak ada yang membantah akan dipakai lagi dan lagi.. yang bukan lagi merujuk kepada sabda Baginda Rasulullah s.a.w.
Tak tahulah pulak aku kalau penulis lirik kata lagu diatas merujuk kepada Cinta pada yang Esa….payah gak aku nak faham.
Wednesday, April 18, 2007
Keroncong Hujan
hembusan bayu dingin terasa
gerimis berderai di merata
bagai mutiara
rahmat dibawa bersama
limpahannya meresap di jiwa
adakala bahagia terasa
meskipun duka nestapa
tika hujan turun
sayup mendayu lagu keroncong
merdu irama dialun
bersenandung
hujan membasahi bumi
melahirkan keluhuran budi
mengeratkan perpaduan suci
kasih sayang abadi
DarlingLara 04.13.07 - 4:35 pm
..terima kasih
Thursday, April 12, 2007
Berhembus angin malam...
Wednesday, April 4, 2007
Hujan..dan Guruh kembali berdentum
Entah mengapa sekarang ini..
Seringku terdengar suara
Kadang kadang ia datang dari luar telinga
Kadang kadang ia datang dari dalam gegendang
Gemalai lembut berkasih….
Tadi dan tiba tiba…
Ku mendengar suara itu lagi
Seperti nyanyian yang pernah kau nyanyikan
….senota ke senota hingga kenota dan senota lagi….
….memenjara aku di ilusi mimpi
Saat itu darling….
….aku juga ingin berlari meredah seribu bayangmu
Dan…
jika aku mampu pinjamkan
….gegendang telinga ini padamu
Agar kau jua mendengar…
suaramu sendiri dari dalam hatiku
.
.
.
Sunday, March 18, 2007
Di rembang panas mentari
Teesh...dalam banyak banyak lagu pasal "rain" i suka lagu ni...
Tadi, tiba tiba di rembang panas mentari postman sampai, menghantar sebuah sampul kuning. Bagus juga di Kedah ini hari Ahad adalah hari bekerja. Masa aku kecil dulu selalu juga melihat kakak kakak aku menanti postman di atas tangga rumah. Kakak yang dapat surut seronok bukan main yang tidak dapat masam muka macam cuka. Mereka ni ada sahabat pena. Dari mana mereka dapat akupun tak tahu....Kembang Setaman kot. Yalah zaman mereka dulu mana ada emel mana ada sms. Part yang paling best salah sorang kakak aku tu kawin dengan postman. Aku mula tahu handsomenya muka postman ni...bila tunggu result dari UPU dan 4 tahun kemudian tunggu surat interview kerja. Postman juga mengingatkan aku sebuah cerita yang aku dengan kawan kawan pergi menonton ramai ramai dekat rumah kawan aku ketika keluarga dia tiada di rumah..."The postman always rings twice" versi yang tidak disensor. Semua yang tengok bukan faham cerita tu sangat tapi scene "tu" lah yang membuat kami sexcited sangat..hehe.
Sunday, March 11, 2007
Gerimis
Din nama dia. Aku jadi kawan baik dia sejak tahun satu....eh darjah satu setelah dilagakan oleh budak tahun enam untuk bertumbuk. Dalam perlawanan “tinju” itu aku telah bagi sebijik tumbukan padu pada muka Din. Besoknya Din datang sekolah dengan muka yang bengkak. Aku masih ingat betapa takutnya perasaan aku pada hari itu bila ada khabar angin yang mengatakan bapa Din akan datang untuk membalas dendam. Aku menjadi begitu takut…melihat muka Din pun aku tidak berani. Tetapi semuanya berubah apabila tiba waktu rehat, Din menegur aku dan menghulurkan tangan. Tidak berapa lama selepas itu barulah aku tahu sebenarnya ayah Din telah tiada.
Masa tahun 6..hehe..aku terpilih bermain bolasepak untuk sekolah. Kaki bangku macam akupun boleh dapat main bayangkan standard pasukan sekolah aku. Tetapi team aku ada Din..hantu bola. Pasukan kami hanya bermain sekali sebab masa itu pertandingan yang kami masuk menggunakan sistem kalah mati. Dalam perlawanan melawan Sekolah Kebangsaan Raja Ekram pasukan aku kalah 2-0. Kira ok juga sebab penjaga gol lawan hanya pegang bola 3-4 kali saja dan aku dapat sentuh bola dengan kaki kurang dari 5 kali… ok jugaklah tu. Tetapi hero kami sudah tentu Din yang mengejar setiap bola dari kaki lawan kalau dia tiada aku ingat mahu jadi 10-0.
Part yang paling aku tidak boleh lupa antara aku dan Din ialah kami menyukai budak perempuan yang sama…A. Aku selalu mengenakankan Din dengan A dan Din juga melakukan perkara yang sama. A ini lawa budaknya…dari kacamata budak budaklah. Tetapi apa yang aku perasan bila aku ejek Din dengan A, Din macam suka saja tapi cuba berselindung dengan mengatakan aku yang suka. Sebenarnya akupun suka juga tetapi buat buat tak suka….hehe budak budak. A tidak pernah menjadi kekasih salah satu dari kami..sebab ada budak lain sudah bagi surat dekat A..huhu.
Ada sekali aku kerumah Din. Tempat tinggalnya di quarters Race Course…tempat lumba kuda. Aku dapat lihat sebuah kehidupan yang dikelilingi oleh kuda. Tempat di mana kuda kuda dibelai macam kekasih. Tidak hairanlah Din pernah berkata suatu hari nanti dia mahu jadi jockey. Patutlah Din suka mengejar bola… sebab aku dapat bayangkan di dalam kepalanya dia mahu jadi orang yang pertama sampai..tidak kira untuk mengejar bola, berlumba lari, naik basikal dan apa saja yang bersifat perlumbaan.
Kanak kanak mudah lupa dan kami cepat lupa antara satu sama lain. Sejak hari terakhir persekolahan rendah kami tidak pernah berkawan lagi…dan hanya sekali terjumpa di stesyen bas. Mungkin suatu hari aku pergi cari dia kalau-kalau dia masih di tempat lama dan masih ingat pada aku.
…Teesh..
… who knows... perhaps, he misses me too...
Sunday, March 4, 2007
Panas dan Hujan
Saturday, January 27, 2007
Kemarau
Sunday, January 21, 2007
1 Muharam yang Bercahaya
Ok untuk akak akak...abang abang dan adik adik...yahoo!!!! Spurs score balik..errr..terimalah..
BBQ Kambing Dengan Labu Lemak Beroren
(hidangann 5 orang)
Bahan-bahan A:
.
15 keping daging kambing
-dihiris nipis sederhana saiz
.
Bahan-bahan B untuk sos:
.
Sebiji labu lemak sederhana
1/2 liter jus oren
6 biji air pati ayam
Sedikit garam dan lada sulah
.
Cara membuatnya:
1. Buang kulit dan potong dadu buah labu.
2. Masakkan bersama jus oren dan air pati ayam hingga didih.
3. Tapis dan ketepikan dahulu.
.
Bahan-bahan C untuk pati oren dan kunyit:
500g Cous Cous
Sedikit kunyit
1,500 gram jus labu
1 biji kapsikum (cabai Cameron Highlands-dihiris nipis)
100g kismis
50g daun kucai-dihiris halus
.
Cara membuatnya:
1. Reneh cous cous dalam jus dan kunyit.
2. Setelah masak saringkan jus.
3. Goreng kapsikum separuh masak.
4. Kemudian gaul bahan B dengan bahan A. Curah dan sebatikan bahan C ke dalamnya sehingga mesra.
.
.
Sumber : Majalah Wanita keluaran Mac 1997.
..
..
Selamat mencuba!!!
Fulham 1 Spurs 1 nasib draw...Bolton kena belasah tuh...5-1 hehehe.
Friday, January 19, 2007
Cuaca Tidak Menentu
Jikalah aku dapat melihat
...ilusiku sendiri
...duduk bersendirian
...berbisik padamu diilusi
.
Adakah aku telah khayal
...dilamun kamu
...melangkah bersendirian
...mengepal ngepal lamunan
.
Mungkinkah aku menjadi terlalu jiwang
...padamu darling
...termenung bersendirian
...melerai kerinduan
.
Diilusi..lamunan..kerinduan..bersendirian
tanpa seungkap kata kata
yang dapat ku luahkan padamu
adalah perasaanku yang terlena bersamamu....
Terima kasih Ilham kerana memberi idea..utk mengupdate blog.