Wednesday, December 30, 2009

2 hari ke 2010

Hampir kepenghujung tahun 2009. Masih ingat tahun lepas 2008 ketika aku dan ramai lagi pengundi layak, pergi mengundi pada bulan Mac. Waktu itu cita-cita dan harapan ramai orang adalah melihat satu perubahan besar di dalam lanskap politik di Malaysia. Ternyata cita-cita itu hampir berjaya terlaksana. Apabila ia entah bagaimana boleh tidak menjadi, ramai orang yang terharu. Sementara itu ramai orang yang suka dan melonjak gembira. Tidak sangka aku lebih setahun peristiwa itu telah kita tinggalkan, sedangkan masih diperkatakan orang hampir setiap hari. Berbalik kepada aku, akupun tidak sedar apakah setiap hari sepanjang tahun 2009 aku asyik merungut ini dan itu.

Kuncu manapun kita, tiap-tiap pagi kita kena bangun tidor. Pagi-pagi pekena Nescafe atau kopi Redix. “Hang tau..minum kopi pagi-pagi pun kadng-kadang orang kita nak jadikan isu…pasai aku order Nescafe bukan Redix…(dalam hati aku jawab darling wa suka necafe akupun suker…hehe)” Ramai orang ala bisness yang menjual ‘produk muslim’ kata...perjuangan yang besar itu bermula dengan perjuangan yang kecil. Menjadikan bunyinya lebih Islamik ianya adalah jihat perniagaan. Akupun tidak mahu mempertikalkan kebenarannnya. Namun sampai hari ini aku tercari-cari lambakan keuntungan perniagaan Islam yang disalurkan secara melimpah ruah untuk pembangunan ummah…atau kita memang jauh dari bersaing dengan mereka..Yahudi. Pointnya di sini adalah juga masa…sampai bila.

Pokok pangkalnya setiap hari kita dimakan masa dan masa sebenarnya penentu bagi kita..Tidak perlu aku menulis Surah Wal-Asr di sini…setiap kita selalu membacanya di dalam sembahyang… mudahnya ia dihafal dan jumlah ayatnya antara yang terpendek dan generasi dulu-dulu aku difahamkan ayat itu antara ayat wajib hafal dengan makna-maknanya sekali sebab ada kemungkinan masuk exam. ‘Masa’ itu sekarang telah hampir sampai ke tahun 2010.

Oklah tak mau seyes sangat…akupun bukanlah seorang yang seyes…banyak benda yang aku tak seyes….aku memerlukan lebih banyak formula keserioussan..untuk lebih berjaya…di dunia dan akhirat. Aku semakin gibab sebenonyer..dengan dialog komplain sana komplain sini yang berlaku di keliling bangsa kita…kalau kita guna formula ‘lantok ler..’ pun tak berapa betul..kalau kita ambil tahu sangatpun apa yang kita dapat…last last ‘depaaaaa juga yang dapat’...ha dah start komplain dah.

Para sahabat maya yang membaca dan yang terbaca…Selamat tahun baru 2010.

Lupa…kalau ada yang nak mulakan tahun baru dengan sedekah aku ada satu altenatif…. masukkan sedekah itu ke akaun Surau Al-Muhajirin Zon Anggerik [Bank Islam 02020010042607]..depa ni ada nak buat bangunan tambahan sikit. Kalau nak resit e-mail wa…income tax tak leh tolak…nanti claim kat Sana ya.

Friday, December 4, 2009

Dia

Selamat belated Hari Raya Korban. Minggu lepas aku berhari raya haji ke selatan. Hari raya haji selalunya bukanlah hari yang orang akan berjalan jauh, tidak seperti hari raya puasa. Sebenarnya aku ke selatan bukanlah disebabkan hari raya itu, tetapi berkunjung untuk menziarahi kematian seorang yang rapat dengan aku. Seorang yang kerap kali mengingatkan aku kepada aruah bapa, tentang kasih seorang bapa kepada anak-anak. Seorang yang pasti aku nantikan untuk kujabat tangannya jika bertemu di pagi raya atau hari hari lain jika berkesempatan bertemu. Kini dia telah pergi buat selamanya semuga Alah merahmati rohnya.

Berita kematian itu aku terima lewat malam. Ketika mata berkira-kira biri-biri dan mulut tidak berenti menguap. Aku kena ke sana segera. Memandu tanpa tidur dari kira-kira pukul 2.30 pagi, dari utara keselatan adalah pengalaman yang amat istimewa juga pada aku. Ketika hati teringat orang yang telah tiada, tangan memegang stering dan kaki menekan padel, terperasan aku, yang sebenarnya aku mengejar sesuatu yang telah tiada untuk aku lihat sebelum ia terus hilang dari pandangan mata.

Dan tadi hari hujan sedikit, setelah hampir 10 hari tidak hujan. Pelik sangat cuaca sekarang setengah negeri dilanda banjir, sedangkan di sini seperti kemarau di hujung tandok. Malah beberapa minggu lepas, sesetengah tempat disini dilanda banjir. Dan lagi...malam tadi langit berawan nipis dengan bulan mengambang penuh berbalam dicelah...."darling...cantiknya bulan itu". Perasaan photografik ini berakhir begitu saja apabila bulan ditelan awan yang mula sedikit menebal. Dan akhirnya…di sebelah larut malamnya aku teringat lagu Yuna dan aku merasa amat bersalah kerana belum bersedekah Yasin untuk aruah-aruah yang telah pergi meninggalkan aku sedang hati mahu menyanyi lagi. …tiba-tiba aku merasa syahdu…masih bernafas.