Tuesday, August 7, 2007

Di suatu malam

Ano, nampaknya 5775 dah tak mau naik naik lagi..tapi percaya atau tidak setiap pusingan 4 angka yang mempunyai kombinasi berjumlah 10,000 dari 0000 hingga 9999 masing masing akan naik menjadi 1st prize pada satu hari. Mungkin 5775 tidak akan naik sepanjang 365 hari yang akan datang tetapi tidak mustahil ia akan pada hari yang ke 366 genap setahun mulai hari ini sebab tahun depan tahun lompat. Hehe....bukan apa Ano, saya berkata demikian sekadar ingin meminjam angan angan kaki nombor yang sidikit sebanyak akan berfikir macam yang saya fikirkan.

Dah masuk bulan Ogos...bulan Julai yang kurang baik untuk saya. Banyak benda yang saya terpaksa adjust....bermula dengan sakit, kerja kerja pejabat yang tertinggal dan bertimbun sebab banyak MC, kehilingan mood melepak, boring yang teramat, hilang nafsu berhibur, tension bukan bukan, rasa hiba dan sedih tak pasal pasal dan macam macam lagi benda benda negetif masuk dalam minda. Macam selalu benda benda macam ini memerlukan kita fokus kembali menjadi hambaNya yang tidak berdaya. Alhamdulillah saya kembali sihat macam dulu semuga Ogos lebih cemerlang. Terima kasih kawan kawan terutamanya Ilham yang sungguh sungguh memberi cadangan dan altenatif untuk mengubati sakit kepala tempoh hari....sesi urutan traditional dan air penawar bebar benar membantu.

Banyak member halo yang sakit ya...bermula dengan Teesh, kemalangan menimpa NHK, MLL demam rindu, adik pening dan rasa loya, aya susah nak tidur malam..hehe, darling... awak sakit kepala lagi..? vaart kena gigit GRO hehe (gurau bro!..)..dan terbaru ilham kena gastrik...ada lagi yang saya tertinggal dan terlupa. Hari tu kat halo ilham saya ada kata penyakitpun boleh main transfer transfer melalui maya...hehe karutkan. Jadi sesiapa yang lepak kat halo ilham, NHK, adik, teesh lepas ni dapat sakit..itu tandanya kita bersaudara...hehe.

4 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum. Hi Bok D. Dah sihat? Pening saya tak la severe tapi lately ni kerap pulak dtg. Sekarang dah ok sikit. Kena minum nescafe banyak2 kut.

Ok .. semoga kita semua akan beroleh kesihatan yang lebih baik di bulan2 mendatang. Nak nak lagi .. Ramadhan dah dekat. Cepat sembuh ya Ilham, Teesh, NHK, dll .. juga Vaart yg kena gigit GRO.

Anonymous said...

Assalamualaikum

bok d, banyak sakit nie, beralih tahun maknanye bertambah usia
he..he..he...
jaga kesihatan tau, ilham jugak dan semua member2 kat halo

fudhla

Anonymous said...

BokD, yup, semoga semuanya lebih sihat akan datang.

thanks bro.kita semua bersaudara ya.hehe



psstt I like this entry.hikss

BokD said...

darling, Ramadhan dah dekat ya...posa dah habis ganti..?

fudhla, hmm...dan sekarang ni banyak org mati muda..tak sempat tua..kan.

NHK, thanks..