Saturday, July 7, 2007

5775...









Sudah tentu ketika cuaca panas yang membahang ini, hujan yang turun adalah bagai salji di gurun Sahara. Hari ini 07/07/07...Ilham, nombor yang cantik tidak semestinya memberi pulangan yang baik..hehe. Aku pernah ada nombor plate kereta 5775, ramai orang kata nombor kereta aku cantik. Pada suatu malam ketika aku singgah membeli rokok di kedai, dua orang Cina memberi tahu aku nombor kereta aku.. 5775 naik first prize. Aku tidak tahu nak respon macam mana sebab aku tidak beli nombor ekor...akupun kata.. ya ka.



.



Tetapi aku ada seorang kawan yang memang kaki nombor dari magnum, toto, 4D dan entah apa-apa loteri semua ticket dia ada...tapi tak kaya kaya..kayap adalah. Semua judi dia main kecuali race kuda sebab kata dia kalau dia main kuda susah nak taubat...Ahamdulillah...semuga pintu taubat sentiasa terbuka untuk insan insan yang terlalai. Jadi lepas beli rokok aku ingat nak terus balik rumah..aku tukar plan pergi rumah member aku. Aku cakap dengan dia kereta aku naik first prize..aku tanya dia ada beli ker..? Dia tepok dahi sebab tidak beli...baru petang tadi dia tumpang kereta aku sebab kereta dia rosak jadi dia tikam nombor kereta dia...haha. Dia bagi nasihat dekat aku...petua orang kaki nombor... kereta aku sepatutnya tidak boleh bergerak selama 3 hari. Aku kata aper kejadah punya petua. Aku tidak ikut petua itu.. kurafat.



.



Nak dijadikan cerita dan mungkin dugaan atau syaitan dibenarkan menguji kepercayaan aku..petang hari berikutnya kereta aku accident..teruk juga cermin dan pintu belah pemandu kena langgar ketika aku nak melintas nasib baik aku tidak cedera. Kawan aku dapat tahu..dan kata dekat aku...kan! aku dah kata. Pergi jalanlah dengan petua karut itu benda dah nak jadi tiada kena mengena dengan sebab nombor tu naik first prize. Selepas beberapa lama aku baru dapat tahu memang kebanyakan orang Cina tidak bawak kereta yang baru naik... tapi bukan takut accident tapi takut kena rompak.



.



Pasal nombor cantik aku rasa tarikh 11/11/11 memang cantik tapi pada tahun 11.11.1911 atau 1811 manusia tidak tahu melihat cantiknya tarikh sebab tarikh cantik belum dikomersialkan lagi. Mungkin juga Melaka ditakluk oleh Portugis pada 11.11.1511 (11.11.11 cam batu nesan pun ada)...siapa tahu. 4 tahun lagi 111111 akan keluar lagi...mungkin satu lagi 0911..??.
Tarikh yang cantik kadang kadang mungkin bukan dilihat pada nombornya. Generasi sebelum merdeka melihat tarikh 31/08/57 begitu cantik malah mereka kata keramat...dan apalah sangat jika ada orang dilahirkan pada 270190..hehe.



.



Bayangkan pula jika pada tarikh secantik 07/07/07 seorang itu teringat kekasih yang telah meninggalkan dirinya..agaknya dia akan menulis begini lebih kurang.......



.



Tengkujuh datang di subuh kemarau tujuh haribulan tujuh dua ribu tujuh..
Ketika hati redup tersipuh dibasuh baris baris keluh
Teringat aku padamu…
.
Pernah..menggamatkan jiwa sukmaku bagai gemuruh
..meruntun sanubari setiap saat hingga hatiku jatuh
Keluh kesahku hilang dengan seloroh nakalmu..
.
Aduhai…tempat manjaku.. telah ia terbang jauh..
Meninggalkan aku sepi sendiri begini..
.
darling..



Ku sanggka asmara.. berlabuh di tepian sauh
..rupanya..badai tengkujuh datang merempuh…



.



.



.



11 comments:

Anonymous said...

walawey bokd u hampir buat I nangis. and I don't wanna cry no more.hehehe

cam nak nangis gak nih.ehehe.

oowh ingat kan u yg terel no. tuh.hehee. baibun beb.tu yg u accident tu ya. sib baik u tak aper2.

I selalu gak, orang cakap, lawa no. I senyum jek.hehe.

Anonymous said...

the sajak was so sweet....abg sure menulis dr hati kan...

and..sedey....

insya allah...cinta masih di hatinya..

-adik-

Anonymous said...

assalamualaikum..

Bok D..

jgn hanya bermain kata..lakukan sesuatu sebelum terlambat.
buka pintu hati tu..
beri peluang pada diri..isi ruang di hati.Letih arr tgk drama fantasy hari2. Make it real beb!! approach arr!!!

*nasihat dari seorang kakak*..hehehe

Anonymous said...

pun nak singgah sini gak on this special date of 070707

eh .. kwn kat office pun ada kisah cam tu tau. One day Lady N dpt keta co. satu hari dia bwk Ms G the admin gal pegi ke workshop betulkan keta. balik dr w.shop Ms G komplen kat saya .. Lady N bawak keta very clumsy. Few days later Ms G dtg lagi kat saya .. dia nak nangis frust. Katanya ptg lepas naik keta Lady D dia pegi beli nombor .. tapi contemplated nak beli no sendiri ke nak beli no Lady N. Ended up beli no sendiri. Sekali no Lady naik .. 1st prize. hahaha.

Nowadays mmg org suka ambik suatu nombor tu as special to them kan. My "special" number pun penah naik 1st prz gak. Suatu hari Sabtu yg bukan turn saya keja, saya dtg off gak. Dtg sorang bro kat off yg mmg suka beli no .. mintak no special saya tu. he asked for my last 4 IC number sebenarnya. IC no lama tu. Simply bagi. Few days later dia called .. 1st prz kat Magnum .. tapi dia beli TOTO katanya. Hahah. Tapi sbb insiden tu la baru saya perasan the last 3 number of my old IC tu sama tarikh lahir saya. Since then saya treat it so special. Plate keta lama pun cam tu la.

Anonymous said...

awak putus cinta ke?
awak pun panggil dia darling ya?
hmm .. kalau awak tgh bersedih .. saya tak nak kacau la. saya tak pandai pujuk kawan dlm waktu2 macam ni.

tapi awak sabar ya.

BokD said...

tak saya tak sedih cuma bayangkan...jika..

BokD said...

NHK..taklah teruk accident nyer..tapi tahun tu ncb..i hilang ler..

adik..saja suka suka tulis..

aya..thanks selalu mejadi akak..hehe..yg sentiasa memberi sokongan padu..

Anonymous said...

bayangkan jika ...?

awak kata awak selalu berfikiran positif. kenapa kali ni .. fikir negatif pulak?

Anonymous said...

saya ni tak tetap pendirian kot...kelemahan saya tu..dah lama cuba atasi..belum dapat mengatasinya..hehe

Bok D

*dah sign out*

ILHAM said...

bro,

5775 ker bro......

ko accident yer bro....

cantik sajak ko bro.....love it...

Anonymous said...

bang bila nak naik no. ni bang?hehe

bila nak update bro.