Monday, June 4, 2007

Cinta kilat..

16 hari kemudian...aku teruja nak update blog. Semalam hujan turun selebat lebatnya di sini, sudah lama hujan yang selebat itu tidak turun. Namun begitu aku tidak dapat tidur nyenyak semalam otak banyak berfikir benda yang bukan bukan... dari soal kalaulah aku mati besok sampailah aku menang peraduan TM. ..dan paling mengusik malam aku semalam ialah kilat.
.
Malam tadi kilat sabong menyabong, aku tidak tahu apakah ianya suatu keraian sambutan menyambut selamatnya aku pulang dari berjalan jalan selama seminggu atau petanda baru bumi sudah gagal menahan panahan petir kerana perubahan komposisi dan perseimbangan antara air, udara, suhu dan graviti. Semalam persaan aku bercampur ketakutan pada bencana dan syahdunya mengingati Allah ketika orang lain lena dibuai mimpi. Bila pagi rasa kesal menyelubungi hati sebab aku gagal untuk bangun dari tempat pembaringan untuk sekurang kurangnya bersembahyang witir. Situasi begitulah yang sebenarnya menyerlahkan betapa iman dan ketakwaan diri masih ditahap rendah. Namun begitu aku dapat rasakan romantisnya berada didakapan Rahmat.
.
Bermula sabtu lepas aku bercuti keselatan. Bukanlah sebuah percutian yang menarik, bermula dengan aku diserang demam 3 hari yang aku penuhi dengan tidur dan kejutan bil bil makan yang aku rasa over sangat serta pengambilan kesempatan oleh peniaga bila tengok "pelancong" macam aku datang. Apa apapun aku sangat kepinginkan rehat ini, jauh dari pejabat, PC dan deringan talipon. Melihat sekali sekala tempat orang lain yang kadang kadang pelikpun ada membuat aku terfikir berada di dalam kelompok kita sendiri sebenarnya adalah nikmat kurniaan Ilahi yang kita cuba lupakan dan kerap kali dalam kelupaaan itu kita gagal melafas syukur. Kesimpulannya kita tidak perlu berada dalam karnival untuk melihat betapa indahnya kehidupan yang ada di dalam diri kita sendiri.

5 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum

Bok D..

u bercuti ke selatan yer?..Pontian ker?..

harga makanan yg dikenakan dek peniaga2 nie perkara biasa ..kat mana2 pun sama.Dah lapo...belasah jek la...hehehehe

cuti memang seronok tetapi terkadang membosankan..macam i dah terbiasa dgn suasana di sekolah...rindu ngan suara murid2...

Anonymous said...

hai bokd, pergi Tg Piai tak?hehe.

ILHAM said...

bokD,

ngapa ko cuti masa cuti sekolah...ko sekarang dah jadik cikgu ker ??...

tu lar pasal bro..wa kalau berjalan, wa makan nasi ayam aja kalau wa rasa kedai nak menggena or wa makan fast food....

hope ko dah sihat dah dan rejuvenated lepas cuti...

haah, kadang kadang berada di maya ini bersama kawan2 lebih indah dari bercuti ke sepanyol...macam lar aku dah pernah sampai sepanyol...kehkehkeh...

BokD said...

Waalaikumsalama aya..kalau lapo memang belasahan ajer...tapi tak puas hati bila dengo slang kita pelik sikit keter plate luo..mulalah tarok harga bukan bukan..syukur tetap syukur..dah diberi rezeki gitu.

NHK...Tg Piai..tak pegilah..jln tengah repair..huhu


bro, wa suka tengok org dlm suasana holidah..sebab tu pilih cuti sekolah..hehe...

wa sebenarnya tengah give-up dgn kerja tapi takder choice...kalau tak kerja soru miss world pulak..

wah sejak Nadal nak jadi champion ni..Sepanyol belaker..hehehe..yap..maya ni macam macam ader..

Anonymous said...

hi dear..

new entry!...

apasal ni Bok d...? u ok?..luah lah rasa...luah lah...if u feel u need to...