Friday, December 19, 2008

Hujan 8

Pada tahun 2006..... ketika itu hujan rintik...lebih kurang tarikh ini aku telah menulis diblog ini buat pertama kalinya. Pada masa sebelum itu dan sesudah itu aku menjadi kaki lepak diblog ilham. Melepak bukanlah sesuatu yang asing pada aku ia adalah kesinambungan dari proses lepak melepak yang telah aku lalui. Banyak yang telah dipelajari dari proses melepak di maya. Seseorang boleh menjadi terpelajar dengan belajar didewan kuliah, makmal, menjadi ulat buku dan berbagai cara formal namun pada aku melepak dengan sesi sesi mengutuk, berbincang, mengorat, bertekak, mendengar, melihat, mencuba dan lain-lain lagi adalah proses pembelajaran yang tiada bandingan. Dari proses tersebut kita memberi tafsiran sendiri tentang perbedaan sesama manusia yang amat tersendiri sifatnya. Malahan aku berani katakan kita mempunyai kepercayaan yang sama dalam banyak hal tetapi kita juga berbeza dengan cara kita mempercayai kepercayaan yang sama itu. Perasaan yang lahir dari proses lepakkan itu juga adalah sangat magic dan diluar jangkaan.

Blog ini adalah tempat sesekali aku ingin bercerita tentang apa yang aku fikirkan. Sokongan dan kesudian sahabat maya sesekali singgah mendengar luahan hati budak terencat akal ini..hehehe…sangatlah dihargai. Terima kasih kerana membaca pendapat cetek dan pengalaman kecil yang aku kongsikan diblog ini. Aku secara azali bukanlah jenis yang suka membaca dan menulis tetapi apabila memiliki sahabat maya yang begitu supportive technology mejadikan aku seolah-olah burung belatuk berpahat di pohon maya fada ala karam sing walia.

Kebelakangan ini aku tersangat sibuk menyiapkan budget tahun hadapan. Kerja rutin tahunan aku ini menjadi sedikit rumit tahun ini sebab sebagai artis nombor…hehe artist uh….aku suka melukis figure yang cantik tetapi scenario ekonomi tidak membantu aku. Paling celaka ialah apabila lukisan itu buruk banyak pulak yang mempersoalkan kenapa ianya boleh jadi sehuduh itu. Maka aku terpaksa me-make-overkan lukisan itu. Setelah membuat lakaran yang kadang kadang sexy dan kadang kadang lucah dgn nombor nombor 69 yang bersepah barulah figures yang dibudgetkan itu diterima. Naik beng kepala…time nilah terfikir kenapalah aku tak jadi ustaz pahala dapat duitpun dapat fisrt choice dibuat menantu pulak tu…hehehe…

Dan tahun 2008 hampir berakhir rasanya belum tercepat untuk mengucapkan selamat tahun baru. Masa adalah sesuatu yang tiada henti bersifat infiniti sekali kita hidup kita tiada pilihan melainkan meredah masa. Cuma bezanya bagaimana kita meredah masa itu yang meletakkan status kita di masa hadapan. Di dalam bekerja mencari rezeki dan kemewahan dunia ingatlah masa semakin menuju infiniti...alam yang kekal abadi. Sesekali bila difikirkan soal uwang…biarlah kita menjadi pariah di hiraki koporat kerana di atas sana ramai yang telah menjadi brahma keparat.

Wednesday, December 3, 2008

Bulan 12

Sudah sampai bulan 12. Akupun dah tua lebih dari 10 bulan berbanding bulan 1 yang lalu. Seperti banyak orang kata, zaman sekarang ni masa berjalan amat pantas. Persepsi tentang sesuatu bendapun kadang kadang terlalu cepat berubah. Menunjukkan bahawa kita sekarang ini terlalu banyak pilihan. Saluran saluran di Astro adalah contoh bagaimana banyaknya pilihan itu. Bukan mudah untuk memilih sebenarnya. Disebabkan sukarnya membuat pilihan itu maka akhirnya kita memilih untuk kekal pada tahap yang lama juga…seperti pilihan pilihan yang telah kita buat dahulu. Contohnya dalam bab makan terlalu banyak sangat pilihan lauk akhirnya kita pilih lauk yang kita baru makan dua tiga hari lepas jugak. Sebabnya kita telah selesa dengan pilihan itu.

Kebelakangan ini juga aku perhatikan seperti ada “rehat” untuk banyak perkara. Apabila kita memberikan istilah rehat kepada sesuatu perbuatan. secara tidak sedar kita telah menanam satu harapan kepada tidakan kita itu. Harapan bahawa perbuatan yang kita rehatkan itu akan kembali berterusan seperti sedia kala. Seperti memandu di lebuhraya, sampai di R & R kita berhenti dengan harapan kita akan kembali memandu sehingga sampai kedestinasinya. Tidak pernah saya mendengar sesuatu perjalanan di lebuhraya mahu diakhiri di R & R. Seperti juga pemandu F1 yang membuat hentian pit. Pentingnya hentian itu sehingga ia dipanggil pit stop strategy.

Begitulah yang aku rasakan bila berada di maya. Apabila ramai yang telah kurang bertegur sapa malah ada yang terus menyepi aku sangat ingin ia diistilahkan sebagai rehat. Menjadi tabiat aku sering bukak tutup window, sat jengah sini sat jengah sana kalau nampak kelibatpun lepas jugak rindu. Melihat secara positif, semuga rehat ini adalah rehat yang baik. Kalau mahu diIslamikkan sedikit rehat ini biarlah ia menjadi rehat yang kita memuhasabah diri.

Ok lah sementara hangpa berehat rehat itu. Apa kata sekarang ini rajin rajin klik dekat tingkap Bursa Malaysia. Banyak saham yang sekarang ini murah berbanding dengan NTA per share.. Jika kita sedikit sabar dan punyai holding power mungkin situasi pasaran sekarang boleh membantu kita membuat duit poket. Manalah tahu kalau ada rezeki bolehlah tukar hand pon baru atau beli gadget gadget baru yang melimpah ruah di pasaran sekarang ini. March 2009 adalah sasar kepada bulan yang baik kepada Bursa Malaysia memandangkan ia adalah tarikh peralihan kuasa. Orang kata first impression kepada seseorang PM adalah penting.

Sedikit tips dari wa yang tak terror pasal saham ni dan sering terbakar jar…hehe.. Kalau takut mengambil resiko besar pilihlah saham saham yang punyai track records bayaran dividen yang baik. Dividen yang baik (pada kadar 9-15%) adalah indicator penting di didalam menilai kekuatan kewangan sesebuah syarikat. Dividen juga boleh dijadikan kusyen jika berlaku penurunan harga saham. Untuk tujuan itu wa cadangkan saham saham di counter REITS…saham STAREIT nampak menarik dan kukuh wa cadangkan beli pada harga 70 sen. Bagi yang sidikit speculative saham di counter Plantation dan Industry Product sedang ditrade pada paras yang rendah. Walaupun harga telah mula bergerak selepas kejatuhan ke paras trendah pada 28 Oktober lalu, saham saham di counter ini masih menarik. Tambahan pula product komoditi minyak kelapa sawit dan besi sedang mengalami harga terendah. CSCSTEL didagangkan hampir RM1.00 di bawah paras NTA per share….wa cadangkan beli pada harga 75 sen. Bagi plantation IOICorp adalah saham aktif yang memungkinkan kesan spekulatif yang positif ..jadi wa cadangkan beli pada harga RM3.00. Gamuda juga nampak menarik pada harga RM1.50.
Tengah gatal tangan ni… harap harap kali ni tak terbako lagi….hehe.

Saturday, November 8, 2008

Selingan

Aku dah lupa lirik lagu patriotik tu. Lagu tu pasal Gunung Kinabalu. Dulu ada sekali aku jadi salah sorang yang menjayakan persembahan koir sekolah aku…poyoo tu!!.. tapi awas ada aweks cun yang suka pakai jeans ketat serta baju T-shirt masuk dalam. Dia bukan aku punya tapi belum dimiliki sesiapa pada masa itu. Aku tak menyanyi tapi aku main gitar. Ada part intro lagu Gunung Kinabalu tu aku kena strum bunyi rentak tarian matador Sepanyol. Dia yang cun itu adalah seorang penyanyi koir sekolah yang suaranya tak sedap dan selalu sumbang tetapi pandangan kearahnya sentiasa menginspirasikan tentang “Gunung Kinabalu” yang menarik untuk didaki.

Persembahan koir itu adalah salah satu acara untuk sambutan hari kebangsaan kalau aku tidak silap. Aku tidak ingat sangat peristiwa persembahan itu. Samada ianya telah menerima tepukan gemuruh atau siulan penonton tidaklah penting sangat. Pada masa itu aku cuma berharap bunyi gitarku “didengari” oleh dia. Agaknya itu hanyalah tanggapan meleset aku terhadap dia. Agaknya kepada dia, di saat itu menyanyikan lagu Gunung Kinabalu adalah lebih utama dari segala-segalanya di dunia ini. Jikalah pada hari itu aku berani bertanya kepada dia tentang suka atau tidak dia kepada bunyi gitarku sudah tentu hari ini aku tidak akan tertanya tanya.

Macam selalu aku kata sebenarnya bila kita duduk duduk dan melihat masa hadapan benda benda lama selalu menjadi selingan. Sesungguhnya peistiwa-peristiwa itu adalah suatu perjalanan hidup menjadi tiket menuju ke suatu destinasi yang pasti. Semalam aku terkejut menerima sms yang aku tidak menduga datangnya dari seorang sahabat lama yang sangat aku kenal. Seorang yang rugged berfikiran liberall…otak blues kadang kadang agak lalok bila menghisap rokok daun..layak digelar kutu. Anehnya smsnya (dalam bentuk yang asal) berbunyi demikian.
.
Assalamualaikum. Rasulullah SAW bersabda “Sesungghnya dua orang Muslim itu apabila mreka berjumpa dan bersalaman serta melemparkn senyuman pd wajah sahabatnya, sdngkn mrka tidak melakukn semua itu melainkn krna ALLAH, nescaya tidaklah berpisah kedua2nya melainkn telah diampunkan dosa2 mereka oleh ALLAH”.[HR-Abu Daud]

Salam.

Semasa menulis selingan ini aku belum membalas smsnya lagi…semuga Allah merahmati dia.

Thursday, October 23, 2008

Sedikit cerita raya

Ceramah agama bulan Syawal banyak mempromosikan raya dalam Islam hanya ada dua hari raya iaitu Aidil Fitri dan Aidil Adha. Sambutan selepas itu adalah sebenarnya sambutan sempena hari raya bukan sambutan hari raya. Aku lihat semacam satu trend di kalangan pencemah ugama sekarang ini memberikan penekanan kepada satu topik. Maknanya kalau ada idea baru, hal yang sama aka diucap ulang oleh penceramah yang lain. Satu lagi yang cuba dipromosikan adalah tentang hari raya adalah hari bergembira bukan hari untuk bersedih. Hari di mana umat Islam meraikan kejayaan mengharungi Ramadhan dengan diungguli ibadah berlipat ganda. Mengikut semangat hari bergembira itu, lenggok takbir yang kita amalkan sekarang adalah terlalu mendayu dan bernada sedih. Mereka mencadangkan ia perlu diganti dengan lenggok lagu yang lebih tegas dan ceria. Teringat aku akan Mat Bulat yang cuba merancakkan lagu Negaraku, bukan senang untuk mengubah lenggok yang sudah sebati. Tambahan pula kita orang Melayu yang tak suka perubahan mendadak.

Terfikir aku bezanya kita menyambut kejayaan dengan orang kafir. Apabila kita berada di puncak kejayaan bertakbirlah, kerana kejayaan itu datang dariNya. Di mana posisi kita sekarang adalah ketentuanNya tidak mungkin kita di sini dengan sekadar usaha. Biar dengan kerja keras atau kerja ringan kita selama-lamanya adalah hamba yang menungu belas ehsan. Tidak hairanlah pengulas sukan Arab di ArabTV tiap kali pasukan Negara Islam menjaring gol mereka bertakbir Allahu Akbar…gol…gol…golll. Betapa angkuhnya mereka yang menjulang kejayaan sambil menyanyi lagu “We are the champions” nyanyian Queen.

Namun hakikatnya gembira dan bersedih bukanlah perasaan yang boleh dibuat buat atau disogok-sogok. Di pagi raya perasaan itu datang sendiri tanpa perlu kita memikir perasaan apa yang perlu kita berada….itulah magicnya hari raya. Hakikatnya bergembira dan bersedih bergabung membentuk kesyukuran dan keinsafan. Ketika aku memandu pulang ke kampong, gembira rasanya mahu berhari raya hanya secara tiba tiba perasaan pilu melintas bila teringat dihujung perjalanan kali ini tiada lagi dia menunggu kepulanganku.

Hari raya hari itu bermula dengan hujan lebat. Teesh, pagi itu perempuan-perempuan yang berkasut raya stiletto terpaksalah pinjam selipar Jepun untuk meredah becak dan lecah…hehe. Hairan raya kali ini tiada topik panas yang menjadi perbualan. Kisah DSAI mahu menubuh kerajaan telah menjadi cerita sejuk. Minyak turun beberapa duit malas nak cakap. Kisah kemelut ekonomi US ramai yang tidak faham. Bunyi bunga api dan mercun berkurangan, menampakkan sedikit keberkesanan pembenteras penyeludupan. Pada aku ramai yang berbaju raya bertema warna suram, menceritakan raya tahun ini begitu sederhana dan sejuk.

Namun begitukan darling…
indah sungguh alam maya
dada berdam dum rindu

sedang hujan lebat di pagi itu...
sekiranya kita berpayung di sekaki payung
inginku lebih rapat dari itu

sementara itu terfikir aku..
kita hanya sekadar menunggu
saat jika ia mahu berhenti…

Wednesday, September 24, 2008

Ramadhan dan raya

Besok masuk hari yang ke 25 puasa. Lailatulqadar mungkin telah berlaku atau belum lagi. Berbahagialah kepada yang menemuinya. Masih ada 5 hari lagi, kepada yang mampu, aktiviti ibadat sudah tentunya sedang memasuki zon maksimum….begitulah hendaknya walaupun perbuatan selalunya tidak menggambarkan langsung apa yang kita inginkan ia berlaku.

Kerap kali terfikir kenapa harus mempertaruhan syurga/neraka untuk kenikmatan dunia yang sementara. Kata orang biar seimbang tetapi bagaimana ia boleh jadi seimbang sedangkan kecapan nikmat dunia sedang diberi advantage. Kita diberi dunia dengan mata, telinga, hidung, mulut, tangan dan sebagainya sedang akhirat kita hanya diberi iman. Iman yang sering di uji bisikan syaitan. Namun Tuhan itu maha adil, Lailatulqadar adalah malam penghargaan iman. Malam iman diberi advantage seribu kali ganda….bandingan yang dapat aku bayangkan adalah seseorang tidak perlu menjadi Pele dan bermain bolasepak sepanjang carrier untuk menjaring 1,000 gol. Tentulah perbandingan itu tidak layak langsung jika kita benar benar menghayati janji Allah di malam seribu Rahmat itu.

Semacam sudah menjadi tradisi saat paling best selepas puasa ini adalah Raya. Mungkin sebab dari kecil sudah terdidik untuk merasa seronok bila tiba hari raya. Bila aku sudah dewasa sekarang ini saat yang paling aku minat bila raya ini adalah memandu pulang ke kampong. Memandu di ketika itu dengan radio yang memutar lagu raya ada semacam perasaan seronok bercampur pilu yang tidak akan ditemui pada saat saat pemanduan yang lain. Sehinggakan kadang kadang terlupa dalam tempoh pemanduan inilah yang meragut nyawa paling tinggi di dalam statistik kemalangan jalanraya. Memikirkan itulah dan usaha dan persediaan agar gembira tidak bertukar duka aku terpaksa mengeluar belanja juga untuk servis kereta tayar botak kena tukar dan check ini itu gedebak kedepuk dekat seribu jugak bagi kat workshop. Memang aku rasa salah satu sebab banyak berlaku kemalangan adalah kerana kondisi kereta yang tidak sesuai untuk pemanduan jarak jauh.

Namun begitu hidup dan mati adalah ketentuan Ilahi. Setiapkali gembira sentiasa beringat yang kematian itu sentiasa berada di sisi. Mungkin besok lusa, minggu depan, bulan depan, tahun depan, 10 tahun lagi, 50 puluh tahun lagi…yang pasti ia akan datang. Semalam dalam kalut kalut lagu raya aku terdengar lirik ini….dan aku teringat kan korang..

Kalau tuan pergi kehulu
Belikan saya bunga seroja
Kalau tuan pergi dahulu
Nantikan saya di pintu syurga…


Kepada yang kadang kadang tersinggah di sini teesh, ilham, vaart, H, darling, fudhla, aya, lobaloba, hanim, eva, adik, kak ri, NHK, zeti, seri, bat, jazz, kak nor, misa dlln..Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin.

Tuesday, September 9, 2008

1/3 Ramadhan

.
.
Sudah 1/3 Ramadhan. Rasa kurang sangat penghayatan. Namun penghayatan yang kurang itulah yang mampu aku buat setakat ini. Penghayatan yang kurang itu pada aku sekali lagi bukti buat diri aku yang aku masih tergolong dalam kelas bawahan dalam bab beribadah. Setiap kali jiwa terdorong kearah ingin mencapai tahap ketinggian ibadah tiap kali itu juga “dunia” terpampang di depan mata. Semuga di 2/3 yang kehadapan aku dapat mengecapi ibadah yang lebih berkesan dan penuh kepuasan rohani.

Aku dapat rasakan istimewanya Ramadhan, tambahan pula aku yang lambat dewasa di dalam bab agama. Apabila teringat Ramadhan yang “rugged” bescompang camping semacam minimbulkan urgency untuk menampal balik kerabakan yang telah berlaku. Tiada alat yang dapat membawa aku kembali ke detik itu. Aku hanya boleh mengandaikan aku dapat dan punyai cukup masa untuk menampalnya dengan jahitan yang paling teliti agar ia nampak cantik dan bersih bila di Sana kelak. Melihat amalan orang terasa diri ini kerdil dan rendah benar.

Tahun ini merupakan tahun pertama Ramadhan tanpa bapa. Bila bersembahyang Tarawih, bila aku berada di saf, terbayang kelibat lututnya terbengkuk sidikit kehadapan tiap kali mengaminkan Al-fatihah. Tiada lagi dia di situ. Tahun ini juga merupakan sambutan Ramadhan bermula betul betul di akhir tarikh kematian aruah emak. Aku tidak dapat mengelak daripada mengaitkan dua kehilangan ini di dalam Ramadhan. Kedua dua aruah orang tua aku itu adalah amat istimewa dan keistimewaan Ramadhan menjadikan ingatan itu lebih terkesan dari bulan bulan yang lain.

Dan di sebalik semua itu, makanlah yang paling ketara nikmatnya. Rasa lapar membuatkan keinginan dan selera makan begitu hebat sekali. Setakat ini aku telah mencuba hampir 20 gerai yang berlainan dengan juadah yang berlainan atau juadah yang sama tetapi dengan bentuk dan rasa yang sidikit berlainan. Setakat ini prestasi juadah agak membanggakan kecuali terdapat sekali terbeli tepong bungkus yang tepongnya tak cukup masak. Ketika mengadap juadah itu terdetik di hati....harap harap aku bukanlah jenis orang yang berpuasa yang hanya mendapat lapar dan dahaga.

Saturday, August 23, 2008

Hujan 7

Musim hujan sudah kembali. Hari hari hujan di sini. Hujan biasanya dikaitkan dengan Rahmat. Hujan membawa Rahmat . Namun begitu sejak kebekangan ini disebabkan ciri ciri pembangunan yang tidak berteraskan keikhlasan dan mengutamakan mengaut untung, hujan lebat telah menjadi satu masalah kepada orang ramai akibat dari banjir kilat, jalan rosak berlubang, lumpur dari kawasan pembangunan dan berbagai kerosakan lagi yang berlaku selepas hujan. Hujan telah membuka pekong si tamak haloba yang sanggup menggadai keselesaan orang lain untuk membuncitkan perut sendiri. Melihatnya secara positif Rahmatnya masih ada di mana sekurang kurangnya kita tahu siapa mereka itu.

Aku belum berkesempatan pergi ke Kepala Batas. Sebenarnya KB telah menjadi tempat lepak aku sejak dua pilihanraya yang lalu. Masa penamaan calon ari tu aku tidak dapat pergi sebab ada kenduri. Dari kawan kawan yang pergi sokongan padu masih di pihak golongan penentang. Bilangan yang datang untuk mengiringi DSAI menenggelamkan orang BN. Aku diberitahu FRU terpaksa ditambah kerana takut puak ameno ditelan gelombang pembantah. Rata rata dari sembang politik ameno punya chance hampir takda…bertandingpun cuma nak tutup malu mengaku kalah. Mungkin sebab keselesaan ini membuatkan aku kurang teruja sangat nak pergi melawat tambahan hari mengundi jatuh pada hari bekerja. Apa yang sangat aku debarkan ialah setelah kemenangan mutlak DSAI nanti, apakah akan menjadi satu lagi signal kepada BN dan MP-MP mereka yang menunjukkan “masanya telah sampai”.

Hujung minggu yang lalu aku pergi jalan jalan ke Pulau Pinang. Walaupun jarak Pulau Pinang dengan SP bukanlah jauh tetapi jarang sangat aku ke sana. Aku pergi pasar malam kat Batu Ferringhi di sebelah malam. Melihat barang barang imitation yang nampak memang macam ori. Akupun terbeli jam tangan TAG Heuer…hehe….kalau korang nampak aku pakai jam Tag Heuer tu aku beli kat situ ler. DVD jual harga 4 ringgit CD lagu 5 ringgit…(sori darling tak sempat nak bedek awak punya tajuk tajuk tu). Disebabkan dah banyak sangat CD dan DVD yang aku beli masih belum tengok dekat gobok TV dan kereta aku tu..jadi untuk aku.. aku beli satu jer…CD kompilasi Sarah Mclachlan...ader lagu Time After Time tu dengan Cindy Lauper…sajer layan. Aku lepak kat salah satu hotel kat Tanjung Bungah, sebenarnya kalau nak gi Penang aku advised korang lepak kat Tg Bungah sebab tempat ni terletak tengah tengah antara Georgetown dan Batu Frreringhi jadi nak gi dua dua tempat jadi dekat. Banyak orang Arab daripada orang putih. Ramai orang kata Penang telah menjadi destinasi utama pelancong Timur Tengah. Aku rasa mungkin sebab makan senang. Melihat kemajuan Pulau Pinang aku tumpang berbangga jadi orang Malaysia… tetapi tiba tiba aku hilang stim bila aku sedar sedikit sangat Melayu memiliki perniagaan dan hartanah mewah di Pulau Mutiara ini…kata depa kat sini budak Melayu suka jadi kutu pantai…2 kali 5 melukut di tepi gantang jugaklah tu.

Saturday, August 9, 2008

Olympics

Semalam bila tengok upacara pembukaan Olympics aku terlepas tengok hampir 80% upacara perarakan. Aku cuma tengok bila dah dekat hujung perarakan iaitu semasa kontinjen Portugal masuk dan sempat tengok konteinjen Mongolia yang membuat aku teringat benarkah ada Najib dan Altantuya.....bulan madu di awan biru...sampailah last sekali kontinjen China. Jadi aku terlepas tengok baju Melayu (read as pasal Chong Weh cakap cina kat iklan nasional di Astro) kontinjen Malaysia.
.
Olympics di samping mengejar matlamat sukan bagi ahli sukan yang berprestasi tinggi, juga adalah tempat bangsa-bangsa dan negara-negara kuasa besar menonjolkan kegemilangan mereka dari sudut "penaklukan" dunia. Dari persembahan pembukaan aku dapat melihat bagaimana China cuba menonjolkan wajah baru China yang moden yang bersedia menakluki dunia dan menjadi pemimpin dunia. Secara simboliknya ia adalah suatu opsyen kepada masyarakat dunia yang semakin tertekan dengan penguasaan USA. Aku pasti ianya akan terus ditonjolkan dalam minggu-minggu Olympics ini. Sesuatu yang menarik untuk dilihat di dalam pungutan pingat. Penonjolan di Olympics ini di era perang dingin adalah milik USA dan Soviet Union sebagaimana yang berlaku sebelum Perang dunia persaingan antara negara negara Eropah dan Germany.
.
Di simbolik yang lain pula Olympics ini kepada negara kerdil macam Malaysia telah dijelaskan oleh peri bahasa nenek moyang kita dulu "bagai melukut di tepi gantang". Sudahlah begitu kalau nak jadi melukutpun kena ada ehsan seperti mana yang terjadi kepada Afghanistan pada sustu masa dahulu yang dihalang dari menyetai Olympics hanya kerana rakyatnya memilih golongan Taliban menjadi pemimpin. Tapi aku bersetuju benar jika Malaysia dihalang menyertai Olympics jika mahkamahnya belum adil.
.
Ucapan Selamat hari jadi besok kepada DSAI dan ilham. Saya ucapkan selamat berjaya di dalam perjuangan hidup kepada dua dua bro! tersebut.....hehe.....Ok tu jer..

Saturday, August 2, 2008

Aku dan Ujian Kefahaman

Apabila fahaman komunisma diilhamkan ianya adalah bertujuan untuk membendung kepincangan kapitalisma. Sehingga bertahun tahun kemudian terbukti ideologi komunis itu juga adalah satu ideologi yang pincang. Namun kepincangan tidak mungkin kita fahami tahapnya. Negara kita sendiri secara umumnya adalah penyokong fahaman kapitalisma bercampur aduk dengan feudalisma, nasionalisma dengan sedikit islamik. Rata rata ideologi kita adalah bertunjangkan tamadun kapitalisma Eropah kurun ke 19.

Kapitalisma itu juga asalnya adalah satu sistem yang dicipta manusia untuk meruntuhkan feudalisma yang rata ratanya tidak adil. Selepas perang dunia kedua dan setelah kejatuhan Soviet Union kapitalisma mendominasi ekonomi dunia. Kepincangan yang nyata bagi kapitalisma telah dirungkai lama oleh penganut komunisma dengan kritikan paling tajam iaitu “yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah miskin”. Akhirnya tiada bezanya feudalis dan kapitalis.

Aku saja nak cuba memahami pertarungan dua ideologi ekonomi dunia yang sebenarnya membenarkan kaedah Islam. Ternyata ianya satu lagi bukti yang kita ini hamba dan otak kita ada limitasinya. Ada benda yang kita boleh fikir dan cipta tetapi bila soal mentadbir hidup biar dari sudut ekonomi, sosial dan politik kita harus kembali kepada Rabbul ‘Alamin ..Tuhan Pentadbir Seluruh Alam.

Seminggu yang baru lepas ini tidak banyak aktiviti yang aku buat. Kehidupan berjalan macam biasa. Segalanya Alhamdulillah tiada masalah besar yang boleh menggangu pesekitaran hidup dan yang paling utama aku rasa aku sangat sihat. Kadang kadang bukan tahap kesihatan yang sihat itu yang membuat kita sihat tetapi perasaan sihat itulah yang sebenarnya menyihatkan kita. Tambahan pulak beberapa hari yang lalu aku telah berjaya mencari jawapan kepada beberapa persoalan. Pada aku berkomunikasi dan beterus terang adalah salah satu kaedah perubatan “berperasaan sihat” yang amat mujarab. The Sixth Sence adalah salah satu cerita aku minati. Aku sangat minat bagaimana M.Night Shyamalan menyampaikan mesej tetang kepentingan berkomunikasi dan merungkai keterbukuan di hati yang kadang kadang boleh mengganggu emosi. Ia amat benar kerana emosi dan kesihatan fizikal sangat berkait. Tapi bukanlah sampai ketahap “I see dead people”…macam citer tu….huhu.

Lagi satu “kebenaran” pada aku selain dari kebenaran Al-Quran dan iman adalah sesuatu yang subjektif. Mungkin ia benar pada aku tetapi tidak benar pada orang lain. Mengapa kita memilih untuk mempercayai sesuatu perkara itu benar adalah kerana kita mahu mempercayai ianya benar. Pembuktian kebenaran pada aku adalah sesuatu cabaran kepada konsep kebebasan kepercayaan (selain dari Al Quran dan iman) dan ia adalah “musuh” kepada apa yang kita mahu percaya kerana kebenaran sejati hanya Allah yang mengetahui.

I

Oh bulan…
kenapa ku rasa tertinggal
tiap kali kau hilang ditelan cakrawala
…siramilah lagi cahayamu itu
besok dan lusa
gerlapanmu dibalam kepulan awan
…bawa romantis malamku
…kembalilah lagi
nanti dan bila bila

untuk sekali lagi…
kenapa ku rasa tertinggal
..tiap kali kau hilang ditelan cakrawala…

II

darling..
rindu pernah datang dan pergi
kembali datang dan pergi
kemudian datang lagi..
cinta pernah hidup dan mati
…hidup dan mati
hidup dan hidup lagi…

akhirnya aku tahu sendiri
…tidak pernah ia hilang dan mati..
dalam riwayat sejati..

Saturday, July 12, 2008

Statistics

Seminggu lepas aku agak tertarik dengan kejayaan Nadal menjuarai Wimbledon Championships mengalahkan Federer. Aku memang tengah syok tengok bila tetiba perlawanan ditangguhkan disebabkan hujan. Tengok result memang aku tak sangka Federer boleh bangkit balik, tapi akhirnya Grand Slam itu jadi milik Nadal dan dikatakan merupaka perlawanan akhir yang terdasyat dalam sejarah tennis.

Sesuatu yang menarik tentang sukan di barat adalah bagaimana mereka merekodkan statistic pencapian invididu atau pasukan di dalam sesuatu sukan. Pencapaian Nadal menjadi lebih menarik bila ia dikaitkan dengan pencapaian kali kedua selepas Bjorn Borg di mana seorang pemain tennis menjuarai French Open dan Wimbledon di tahun yg sama. Inilah cara mereka menjadikan sukan itu menarik bukan sahaja dari sudut persembahan dan persaingannya tetapi juga sukan itu juga dari sudut pencapain rekod tertinggi yakni statistic. Begitulah yang berlaku dalam semua sukan contohnya pencapaian Lence Amstrong dalam Tour de France, Sergey Bubka dalam lompat galah, Schumacher dalam F1, Tiger Wood dalam golf dlln lagi.

Dalam bolasepak sejak kebelakangan ini mungkin terikut dengan style American Football telah menjadikan statistic kejadian dalam game sesuatu yang semakin penting untuk menarik minat tentang fakta sesuatu perlawanan. Masa zaman aku kecik dulu jarang ada statistic tentang berapa kali corner berapa kali off side berapa kali foul berapa kali kena tiang….bola sipi dlln. Sampaikan satu tahap ada cadangan untuk menentukan pemenang (jika berlaku seri dalam masa perlawanan) pemenangnya di analisa melalui statistic tersebut. Tapi bolasepak adalah mengenai gol, takda gol hilang separuh stim sebab dalam bola tidak ramai yang memiliki skill luar biasa macam Zidane, Pele dan Maradona yang menjadikan “tengok bola” itu sebab nak tengok pemain ni main bukan nak tengok gol masuk. Pernah sekali aku dengar cerita Perak lawan Selangor dlm Piala Malaysia di stadium Perak orang punyalah ramai sampai melimpah ruah, antara sebabnya bukan game tersebut tapi masa tu Allahyarham Mokhtar Dahari baru pulih dari kecederaan dan game tu adalah game pertama dia selepas cedera. Itu faktor skill dalam bolasepak. Jika setiap generasi ada player macam ni penuhlah stadium.

Statistic (harap maklum ejaan ni aku taip “k” kan ujung tapi dia tukar sendir jadi “c”) sukan juga kalau kita baca betul betul boleh memberi tahu kita sedikit gambaran tentang era mana kita berada. Aku sering terperasan sesiapa yang muda sekitar 70an dan awal 80an adalah generasi Liverpool penyokong Liverpool (mungkin anak depapun jadi pengikut) dan yang muda zaman 90an dan kini ramai yang jadi penyokong MU. Era tersebut adalah era pencapaian terbaik pasukan pasukan tersebut. Selepas ini mungkin ada generasi Chelsea. Namun begitu yang paling nyata sekali penyokong Bolton adalah generasi yang tiada masa hadapan…hehe…baibun bro!.

Sebenarnya aku suka statistic. Bukan hanya kerana ianya salah satu subject yang aku score A masa belajo dulu (aku ni jarang dapat A, dapat A sampai sekarang ingat lagi huhu…Statistik dapat A aku memang tidak mengalakkan) tetapi sebab ia menimbulkan minat terhadap sesuatu perkara. Masa kecik dulu aku teruja bila tengok statistic Piala Malaysia yang tunjuk persaingan Selangor dan Singapura menjulang Piala Malaysia. Aku frust giler bila Singapore tak compete lagi dlm piala Malaysia pada aku persaingan yang sihat harus diteruskan. Sampai aku pernah nak bagi cadangan nama piala tu tukar balik nama jadi Piala Malaya…jika nama ‘Malaysia’ tu kurang sesuai untuk ditandingi oleh Singapura.

Banyak lagi statistic yang aku dah lupa tapi ia memang menjadi aku punya interest. Masa dulu aku juga ada meyimpan statistic pribadi dalam otak aku…contohnya berapa kali aku tengok wayang dalam bulan tertentu, panggung paling banyak aku masuk dalam bulan itu, berapa kali aku “suap” penjaga pintu wayang dan berapa kali aku bayo…bila main bola aku yang jenis kaki bangku selalu kira dalam minggu ni berapa kali aku dapat bola yang kemudiannya aku analisa sendiri serta mejadi pencapain peribadi aku…hehe. Masa itu aku ada juga ada statistic dalam setahun berapa kali aku makan ayam dan berapa kali makan daging, berapa kali gelai rempah, gulai lemak, sambal tumis, gulai masam…dlln.

Sebenarnya statistic itu mengajar aku menghargai sesuatu. Bila aku sekarang ini semakin mudah mendapatkan sesuatu yang aku ingini setaraf dengan ukuran gaji aku maka statistic pribadi itu sudah menjadi kurang penting. Apa yang mahu "distatistic kan" itu juga sebenarnya pada aku adalah ukuran bagaimana kita (aku sendiri sebenarnya) telah terjerumus kepada dunia materialistic yang mementingkan kejayaan dan pencapaian. Malang sekali benda benda yang melibatkan perhubungan sesama manusia jarang mahu diambil berat tentang kuantiti dan kualitinya. Selepas kematian bapa aku tempoh hari barulah aku terfikir fikir dan terkira kira berapa kali aku bersembang dengan bapa aku pada saat saat akhir hayatnya. Betapa aku kehilangan saat itu...tiada statistic yang mampu mejelaskannya..

Sunday, July 6, 2008

Hujan 6

Cuaca tidak menentu di sini. Panas terik tiba tiba turun hujan lebat bersambung 4-5 jam lepas tu panas balik. Sementara itu padi padi sudah mula nampak mahu menguning. Petani petani agaknya sekarang ini tiap kali hujan mencurah curah berdoa agar ia menjadi rahmat dan rezeki bukan banjir banjir yang akan menenggelamkan hasil tanaman mereka. Zakat padi amat popular di sini mungkin keberkatan zakat itu menjadikan petani disini kehidupannya semakin terbela.


Di jendela ketika angin berembus…
Inginku ia jadimu membayu disisi

Ahh…rupanya
Hujan malam lebat

Perasanku embunmu datang mencurah
Yang ada hanya
Curahan air menbanjiri lamanku

Tatkala itu pula…sangkaku bah gelora itu harapanku
Yang berlaku…
Air mengalir sepi tinggalkan keruak katak

Darling…

Jika boleh ku garap ia jagi bait bait irama rindu…
Sudikah kau menari denganku lagi..



Hehe…beberapa hari lalu aku menghadiri satu function. Function rasmi, kena pakai smart sikitlah. Bagi orang macam aku yang jarang pakai smart dan bertrendy trendy ni bila sekali pakai smart rasa lain jugak. Malang sekali di function tersebut kurang awek. Aku kira banyak lelaki dari wanita. Bagi aku yang suka melontarkan senyuman kepada wanita merasa agak bosan jugalah berada di dalam situasi tersebut. Tetapi ada juga beberapa orang wanita yang aku lihat dan layak kulontarkan senyuman…hehe…konon..tapi sayang lokasi aku agak kurang strategic untuk lontaran tersebut.

Maka aku berjumpalah dengan beberapa orang kenalan kerja yang lama tidak berjumpa serta kenalan baru. Sepanjang majlis itu berlangsung sesuatu yang aku perasan (sebenarnya sudah lama) adalah tentang ingatan aku terhadap nama orang. Aku amat lemah dalam bab ini. Ada situasi situasi tertentu weakness ini menjadikan situasi perbualan yang amat memalukan. Kelemahan ini mungkin juga kerana tabiat aku masa kecil dan bila meningkat remaja yang tidak suka memberi tahu nama aku bila bersalaman dengan orang yang baru dikenali. Lagi satu aku selalu beranggapan orang susah nak sebut nama aku. Nak jadikan adil, maka aku tidak perlu ingat nama orang lain. Agak sombong juga tabiat aku itu.

Masalah aku itu pernah aku ajukan kepada seorang teman yang mamang handal dari segi self marketing. Aku tanya bagaimana nak ingat nama orang jadi dia beri tiga cara. Pertama bila bersalaman beritahu nama kita dan apabila orang itu beritahu nama dia kita kena sebut balik nama itu bila dia beritahu. Contoh bila dia sebut nama dia Lara kita jawab “oh Cik Lara apa khabar ?”. Cara kedua yang diberitahu aku ialah cuba associate nama itu dengan nama atau sesuatu yang popular contoh jika nama dia Bob kita ingat Bob Marley, mama Ramley ingat P Ramlee, nama Zaiton ingat sabun, nama Zeti ingat duit kertas/bank negara…hehe contoh contoh. Ketiga bila orang tu sebut nama dia kita kena tulis dan juga..eja nama dia. Cadangan ketiga ni aku kata dekat dia ko ingat aku ni ceti ker..salam dengan orang tulis nama dia dalam buku 555.

Aku pun buat beberapa ketika cuba nak praktikal kan cadangan member aku itu (sudah tentu bukan cadangan ke 3). Ada kesan juga rupanya sekurang kurangnya kaedah kedua membantu aku mengingat nama budak budak AF. Namun begitu, sejak akhir akhir ini aku kembali kepada tabiaat asal. Maka lepas balik dari function yang aku sebut tadi, aku bedek bedek beberapa keping bizness card yang aku kutip dan masuk dalam poket aku masa bersalam salam hari tu. Akupun mula garu kepala mana satulah orang ini dan mana satulah orang ini. Maka aku buat kesimpulan aku hanya perlu ingat nama yang perlu aku ingat saja yang lain lain tu nanti aku tanya nama dia bila aku perlu…hehe.. wa pelupa beb!.

Dari sudut sains kajihayat otak, sesuatu yang hebat tentang otak ialah ia boleh memilih apa yang perlu diingat dan apa yang tidak perlu diingat. Trend ingatan itu adalah bergantung kepada kebiasaan seseorang individu dan batasan ingatan otak sebenarnya berlainan antara seorang individu dengan seorang individu yang lain. Ada orang yang kuat ingatannnya tetapi kurang daya memahami dan yang kuat daya memahami tetapi kurang daya ingatan. Seorang yang bijak pintar dan ada yang sampai ketahap genius sudah tentulah yang memiliki kedua duanya.


Wednesday, July 2, 2008

Politikus ganyut

Aku nampak mereka itu politikus ganyut
Gila kuasa tamak pelahap temberang liar dan ganas
Taring tajam berselindung di kulit bibir serakah
Kuku rimau tersimpan di waris jari hantu

Itulah mereka politikus ganyut lupa kubur
Lazat daging sahabat mereka mentah mentah
Aku lihat dalam jiwa mereka telah padam sinar
Menanah busuk terbedung di dasar lahanat

Mereka, politikus ganyut itu
Mahu menipu kami lagi…kali keberapa entah
Mahu butakan kami dengan… Ray-Ban ?
Maaf kami ada Scanning Electron Microscope..Stereo lagi

Wahai politikus-politikus ganyut
Ingat di sini adalah kehidupan di sana
Jangan kau beli di sana dengan ini
Kau bina ini di sini untuk kau roboh itu di sana

dan darling…ingin ku adukan

Politikus politikus ganyut itu..
Kebelakangan ini sering menggangu tidurku
Menjadi mimpi ngeri laksana lelintar
Terpekik pekik melolong lolong… lunatic…gila

Sunday, June 15, 2008

Adoi Satu Empat...

Tadi terdengar orang cakap nak pergi collect duit subsidi minyak kat pejabat pos lepas tu nak gi bawak anak anak makan kat KFC. Gelak kejap aku mendengo nyer…tapi kalau duit tu dah jadi hak kita…kita punya pasallah nak buat apa la kan. Kita kena puji orang Malaysia bab nak collect duit ni mesti cepat. Along@ceti kata “lu orang kalau pinjam duit itu bunga hari hari jalan…hari Ahad jalan, hapday Sabtu jalan, public holiday pun jalan…sama saja cam tu kepala hali hali mau punya bank”. Jadi vise-versa… kalau biar duit tu kat Pejabat Pos lama lama kalau depa letak kat FD nanti dia punya faedah bos bos depa pi joli pulak. Jadi cepat cepat gi claim. Duit ini sebenarnya sistem subsidi minyak yang terbaru, kali ni aku tak dapat trace system ni Malaysia copy dari Negara mana. Agaknya benda pelik cam ni memang original datang dari Malaysia lah.

Sembang sembang dengar pulak cerita, Barisan Rakyat bakal mengganti kerajaan tak lama lagi…sebab utama depa nak kasi turun harga minyak. “Cakap kena serupa bikin ya” ni nada orang BN lah. Setakat ini aku belum terbaca komen orang Barisan Rakyat tentang cabaran ini tapi aku rasa Paklah dah kasi jalan dah tu…kalau BR kasi turun 10% baru 27 sen round up jadi 30 sen. Turun tetap turun!. Macam mana nak cover balik ?….orang politik.. lu pikir la sendiri!! .

Tentang harga minyak yang terpaksa mengikut harga minyak dunia ini aku rasa ada benda yang lebih besar dari penjimatan subsidi. Akaun Petronas yang tidak ditunjukkan kepada umum, data Ekonomi yang sentiasa kena mendapat kelulusan kerajaan sebelum diwartakan dan banyak lagi hal hal yang termaktub dibawah Akta Rahsia Rasmi yang mustahil kita orang awam mendapat akses kepada infofmasi tersebut. Bermula dengan pembatalan jambatan bengkok…kemudian pelancaran corridor sana sini yang tak nampak apa apa lagi. Persoalan besarnya adakah kerajaan sedang mengalami krisis kewangan dan kita sedang mengarah kepada defisit kewangan yang paling hebat dalam sejarah. Kenaikan harga minyak secara mendadak sedangkan kerajaan BN sedang mengalami krisis politik ?. Tidak mustahil kenaikan mengejut ini adalah untuk menampal data kewangan sebelum Belanjawan Negara dibentangkan. Walau bagaimanapun nampaknya Paklah lebih gentleman setakat ini sekurang kurangnya dia tidak menyalahkan George Soros.

Lari dari topik nampak!! Hehe..

Aku tidak tahu dalam masyarakat Peranchis ada peribahasa “Macam Belanda dapat tanah”. Belanda satu bangsa yang orang Indonesia lebih kenal dari kita jenis pelahap habis. Kaut untung dari Indonesia satu habuk tak tinggal. Bangsa yang menjadi punca peristiwa Natrah...dan bangsa yang baru baru ni menghina umat Islam. Hehehe…jadi saper saper yang nak seronok France kalah dengan Holand pikir pikir dulu ya. Say No to Orange!!. Wa dapat tahu malam sebelum game tu ada jelmaan Mata Hari spy Belanda dah goda Gallas dan Makelele tu yang lutut longgar tu…hehe.. Tapi dalam satu peredu buah yang busuk ada juga seorang “belanda” yang baik nama dia Van de Vaart…jambu siber wa tuh…hehe.

Last sekali happy Father’s day….bapak misali aku tahun ini jatuh ke tangan Toi…sebab sanggup meninggalkan anak demi AF….hehe baibun bah itu..


Sunday, June 8, 2008

Apa bola

Dah lama tak update blog. Euro 2008 dah bermula tahun ini aku nak menyokong France, Allez les Bleus…tanpa Zidane tapi France masih ada Thuram, Gallas, Evra, Viera, Makelele, Ribery, Anelka dan Henry….team France yang pada aku sungguh tidak bernasib baik ketika tewas di final World Cup 2006. Lagi satu aku pilih France sebab selepas England dan Brazil aku rasa France lah yang paling banyak aku tahu nama pemainnya…jadi aku kira kenallah team ini macam aku kenal team Perak dulu dulu hehehe. France berada dalam kumpulan maut bersama Holand dan Italy. Aku kurang pasti bagaimana undian grouping dibuat sehinggkan ada 3 pre tournament favorite boleh berada dalam satu group. Berdasarkan undian ini aku andaikan UEFA dan FIFA cuba menonjolkan diri masing masing tanpa mahu terikat antara satu sama lain dalam menentukan ranking sesuatu pasukan. Samalah seperti World Cup juga di mana juara Eropah, South America, Africa dan Asia tidak diambilkira.

Bagi yang bukan kaki betting atau dah berenti berbetting betting…hehehe macam aku ni…menengok bola memang tujuan nak tengok bolalah tak lebih dari itu. Menjadi tabiaat semulajadi dalam setiap pertandingan kalau tak ada Perak, tak ada Malaysia, tak ada Spurs maka aku pilih team yang aku kenal pemain pemain dia dan ada good chance untuk jadi juara. Tetapi sebenarnya regim bolasepak Astro ni kadang kadang menjadikan kita muak tengok bola…sebab itu aku kadang kadang pergi lepak petang petang tengok budak sekolah main bola. Baru baru ni dekat tempat aku ada pertandingan bawah 12 dan 15 peringkat kebangsaan, tetapi sebab masa game dia tak ngam dengan masa kerja aku melepas tak dapat nak tengok bebudak tu main…memang aku teringin nak tengok…...minat bola atau nostalgia...?... akupun tak pasti perasaan yang mana lebih kuat.

Besok ada final France Open dan Olympic akan bermula tidak lama lagi….banyaklah aktiviti keTVian yang menunggu kita….btw drama Melayupun makin best sekarang ni..hehe. Baru baru ini Usain Bolt memecah rekod dunia lari 100 meter dengan catatan 9.72 saat….dulu aku tidak pernah terfikir manusia boleh lari di bawah 10.8 saat tetapi sekarang ni benda tu dah jadi biasa…tidak mustahil jika dunia belum kiamat 100 tahun lagi manusia kan berlari di bawah 9.00 saat. Kejayaan Usain Bolt sebenarnya pre Olympic punya advertisement…acara yang meletakkan status “the fastest man on earth” sememangnya sesuatu yang di tunggu tunggu.

Menjadi tabiat manusia mencari pencapaian yang tertingi, pertandingan dalam sukan adalah satu cara yang secara semulajadi untuk manusia merealisasikan keinginan untuk mencapai tahap tertinggi tersebut. Kemengan pula adalah pada aku adalah tabiat semulajadi manusia yang bersifat mahu bersaing antara satu sama lain. Pertandingan sukan adalah altenatif terbaik kepada peperangan sebab pada aku jika tuhan tidak anugerahkan manusia dengan naluri bersukan sudah tentu kerja manusia ni adalah bertumbuk dan berperang untuk menunjukka siapa yang lebih gagah.

Dalam kebanyakan system kehidupan moden hiraki yang menunjukkan status di mana kita berada adalah sesuatu kemestian. “Dalam kejayaan ada kejayaan” yang bermakna kita boleh memiliki ramai pemenang tetapi mesti ada satu sahaja yang berada di puncak kemenangan itu.

darling
di suatu hari
ketika aku sendiri
teringat…akan dirimu
saat itu samalah sepert saat ini
saat ini sayang…seperti juga tadi
..tadi seperti juga beberapa jam lalu
dan…kira kira sejam yang baru berlalu
sejam yang lalu seperti hati Isnin yang lepas
dan Isnin serta hari hari yang lain yang telah berlalu
hari hari yang lalu….seperti beberapa minggu terdahulu
dan minggu-minggu yang telah lama… terlalu lama berlalu
minggu yang terlalu lama telah berlalu samalah seperti bulan Januari
seperti juga Februari, April, July dan September serta bulan bulan yang lain
bulan bulan yang lain itu telah berlalu bertahun tahun…berkali kali bersilih ganti
..dan darling…tidak akan aku lupa kan bisikan hatimu pada ku yang berlaku bertalu talu

Saturday, May 17, 2008

To Sir with love

Selamat hari guru kepada guru guru. Aku bila hari guru selalu ingat cerita kat atas ni sebab masa aku sekolah dulu selalu sangat cerita ni main kat TV bila tiba hari guru. Aku semasa belajar secara semulajadi adalah jenis murid yang tidak suka rapat dengan cikgu. Ada satu taboo dalam diri aku yang kalau aku baik dengan guru aku seolah macam jadi kaki bodek. Sebenarnya sifat itu lahir dari arus anti social hehehe… yang melanda aku semasa zaman kanak kanak melangkau hingga zaman remaja. Walaupun aku tidak membenci malah aku hormat cikgu tetapi aku jadi rimas kalau ada cikgu yang cuba rapat dengan aku atau puji aku lebih lebih.

Semasa sekolah rendah aku ada seorang cikgu yang garang ya’amat, pantang silap budak budak sure kena tengking akupun tak tahu dia ini dari keturunan harimau berantai ker atau singa jadian. Malah ada sekali tu kawan aku kena lempang sampai merah muka…tapi hairan bapak dia tak pulak serang cikgu ni. Cikgu sekolah rendah lagi sorang yang aku ingat ialah cikgu yang mengajar muzik…(apa tu alat yang main tiup tiup tu). Ada sekali tu masa tahun 4, aku pegang gitar kepunyaan anak pakcik kantin. Masa tu aku bolehlah main chord yang simple simple.. tidak perasan cikgu muzik tu sedang tengok aku main. Bila aku perasan dia tengok aku terus jadi malu…cikgu tu suruh aku main lagi…aku jadi mengeletar dan megelabah tidak tentu pasal…aku tunduk terus tak mahu main. Sebenarnya komen dia yang aku ingat sampai hari ini…dia kata orang yang berbakat tidak tahu malu…maknanya aku ni jenis yang tidak ada bakat. Bila aku dewasa aku sedari yang kata kata cikgu tu betul…aku tidak pernah ada semangat dan mengembangkan kepandaian main bermain gitar itu..sebab utamanya aku punyai persaaan panik gila bila nak show off. To show off adalah satu sifat penting jika kita mahu berkembang dalam bidang yang memerlukan kita menunjuk-nunjuk.

Ada lagi seorang lagi yang cikgu yang aku ingat ialah guru kelas tahun 4 aku, yang kalau panggil aku macam panggilan manja-manja…nasiblah masa tu aku tak tau lagi nak meminati orang yang lebih tua dari aku kalau tak sure aku syok gila dengan cikgu ni. Sebabnya ialah aku antara budak ketegori budak bijak dalam kelas dia… jagi cikgu sure sayang kan!!. Sesuatu yang trajiknya ialah apabila suatu hari raya aku beraya kat rumah member aku yang selalu keluar lepak malam malam…alangkah terperanjatnya aku cikgu tu adalah mak kawan yang selalu melepak dengan aku…kira pertama kali berjumpa dengan cikgu ni setelah berkurun kurun lamanya macam aku bertemu kekasih lamalah gitu…tapi sayang seribu kali sayang dia dah tak ingat kat wa…huhuhu. ..sure dia ni jenis cikgu yang suka bercinta dengan anak murid…wa ni yang keberapalah agak nya..hehehe.

Disekolah menengah pulak antara cikgu yang aku ingat ialah seorang cikgu bahasa Inggeris yang pakai sexy habis bila mengandung. Ini berlaku masa aku sekolah petang tingkatan 2. Tapi yang aku ingat bukan sebab sexynya itu tetapi sebab aku dan kawan kawan satu kelas bila jumpa mesti ingat tentang penolong kanan sekolah aku yang pakai spec tebal bila tiap kali berselisih dengan cikgu sexy ni akan pusing belakang sambil menundukkan kepalanya dan matanya melihat dari celah cermin matanya...sambil tu kening terangkat sikit....kita orang selalu buat joke kalau nampak dia selisih dengan cikgu sexy tu kita orang akan kira 1..2..3..pandang!!..bila 3 jer cikgu sure toleh belakang...siap betting rokok lagi..hehe.

Aku teringat juga guru kelas semasa tingkatan 3 yang baik betul dengan anak muridnya yang tak tau marah langsung. Sehinggakan ada murid yang menangis (tak termasuk aku…hehe) bila habis tingkatan 3. Paling aku ingat ialah guru akuan aku semasa tinggkatan 3 yang semasa aku tingkatan 4 telah memberikan aku sepucuk surat melalui cikgu biologi aku yang antara lain kandungannya mengatakan bertapa sedih dan terkejutnya dia melihat prestasi pelajaran aku merosot dengan teruk sekali berbanding semasa tingkatan 3. Sayang aku seorang yang tidak tahu menghargai itu semua…I wish aku dapat berjumpa kembali dengan cikgu itu dan mengucapkan terima kasih…aku tidak pernah hargai suratnya itu…yang setelah aku baca akupun tak ingat mana aku letak surat itu…tetapi sekurang kurang aku masih ingat isi kandungannya…ironiya aku kerja jadi bookeeper sekarang ini.

Aku kurang berjaya dalam SPM menjadikan aku budak sains yang terpaksa ambil sastera semasa tingkatan 6..di tingkatan 6 aku gi sekolah kat Kuala tu…(sebenarnya NHK…I tak suka sekolah ni…tapi terpaksa sebab sekolah lama I tak mahu terima I lagi… sebab apa..? I pun tak tahu). Sekolah ni biasalah ada nama, sesuatu yang aku perasan cikgu diapun bagus bagus, semangat tinggi…campur pulak budak budak yang terpilih masuk sekolah tu (bukan form 6 la)…tentulah makin mantap…tak hairanlah berebut mak bapak nak anto anak anak masuk sekolah ni. Dekat siniah aku mula minat dengan puisi, sajak, sastera…sebab cikgu sastera akupun sebenarnya seorang yang sangat minat sastera…selalu saja dia bacakan sajak-sajak terutamanya dari indon…Chairil Anwar..obviously dia punya peberet kot. …yang ini dia selalu baca…

AKU

Kalau sampai waktuku
'Ku mau tak seorang kan merayu
Tidak juga kau

Tak perlu sedu sedan itu

Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang

Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang

Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri

Dan aku akan lebih tidak perduli

Aku mau hidup seribu tahun lagi

Maret 1943


…dan dari cikgu tulah aku melihat sastera melayu dari sudut yang berbeza sesuatu yang menarik dan sangat seni…pandangan aku sudah berbeza ketika aku belajar subjek subjek sains…tulis beberapa baris yang sound macam merapu tetapi kita dapat “rasa” dari tulisan itu.

Banyak lagi sebenarnya factor X..itu dalam perguruan yang sebenarnya mengajar aku tentang hidup..bukan sekadar ilmu akedemik..tetapi bagaimana kita melihat kehidupan ini dari sudut kita sendiri dari nilai yang kita tapis…tentulah antara nilai itu datangnya dari guru…

..thanks cikgu!!

Sunday, May 4, 2008

21-04-08

Bapak aku telah kembali keRahmatullah pada 21hb April 2008 lebih kurang jam 8.00 malam di rumah aku di SP dan selamat dikebumikan di Ipoh sebelum Dzohor keesokan harinya. Sebenarnya tidak mudah menyatakan kesedihan. Sedih adalah yang datang dari dalam hati. Aku sangat sedih dengan kehilangan bapak tersayang. Kata orang aku sangat beruntung kerana kehilangan bapak ketika sudah dewasa dan telah berdikari, ramai orang yang kehilangan bapa ketika berusia kanak kanak menjadi anak yatim dan kehilangan tempat bergantung. Pada aku saat dan pada usia mana kita kehilangan orang tersayang bukanlah sesuatu yang menghalang perasaan sedih itu datang.

Melihat kepada usia bapak aku memang setengah orang mengatakan apabila kita diberi lebih usia dari usia Rasullullah wafat ianya adalah satu bonus. Pada aku melihat kepada usia usia tua bapak aku, pemberian “bonus” itu sebenarnya adalah cabaran yang amat besar. Pada usia yang sudah tua kita akan kehilangan banyak benda…fizikal, pancaindera, keupayaan, kekuatan berdikari dan banyak lagi. Dalam banyak banyak kehlangan itu yang paling aku nampak dan amat ketara ialah bagaimana seorang tua seperti bapak aku kehilangan “kuasa” seorang bapak. Pada air mukanya aku seolah dapat membaca sukarnya dia menerima situasi itu. Ketika dia melihat cucu cucunya berlari mengejar ibu dan bapa masing masing dia seolah berkata pada aku kata tanpa suara tetapi aku dapat mendengarnya jelas sekali isi hatinya “indahnya saat aku menjadi bapa kepada anak anak kecil itu”. Dan jika aku dapat dengarkan suara itu keluar dari mulutnya sudah tentulah katanya “sebenarnya terlalu mudah menjadi bapak kepada budak budak itu, tetapi percayalah bukan mudah menjadi bapak kepada budak budak dewasa”. Tetapi pada aku dan anak-anaknya yang lain kami tahu bahawa kasih sayang dan rasa tanggungjawab sebagai bapa kepada kami tidak sedikitpun berubah dan tidak sidikitpun berkurang dari umur sehari sehingga ke usia dewasa….terima kasih bapak.

Sesuatu yang amat istimewa tentang bapak aku ialah dia tidak suka kerja bertangguh, baik dalam urusan ibadah dan kerja masyarakat keduanya rajin menjalin siraturrahim dan ketiga penyayang serta sangat mengambil berat hal ehwal anak anak dan saudara maranya. Dari segi kerjaya bapak adalah seorang pemimpin politik tempatan era Tunku dan Tun Razak, pemimpin Union di temapat kerjanya, Bendahari surau, JKKK, pernah menjadi imam, makanik yang bijak, tukang kayu yang berbakat, pekebun yang gigih dan mengembala yang sabar. Tidak mungkin aku dan anak anaknya yang lain dapat menandingi itu semua.

Selawat dan Salam keatas junjungan Nabi Muhammad dan keluarga serta sahabat sahabat baginda. Semuga roh bapak aku seorang lelaki yang paling hebat pernah ujud dalam hidup aku dicucuri rahmat…begitu juga dengan roh mak aku yang telah meninggal 10 tahun lalu. Semuga keduanya mereka bertemu di syurgaMu ya Allah. Amin.

Al-Fatihah..

Sunday, April 13, 2008

Kisah 2 minggu lepas

Al- fatihah..
Dua minggu lepas aku kehilangan seorang abang sepupu. Allahyarham adalah dari generasi abang abang aku. Dalam keluarga aku generasi abang abang aku antara sepupu sepupu mereka agak rapat berlainan dengan generasi aku. Mungkin disebabkan pada zaman abang abang dan kakak kakak aku dulu opah aku masih kuat dan tinggal di rumah sendiri jadi bila ada peluang keluarga mak aku selalu berkumpul di rumah orang tua mereka. Mereka berkumpul dengan anak anak sekali mungkin dari situlah mereka jadi rapat. Malahan seingat aku abang sepupu aku ini antara yang anak sedara sangat diminati oleh aruah ibu aku. Bila tiba generasi aku perkara itu kurang berlaku lagi. Abang sesupu aku ini meninggal di rumah mertuanya di Kedah, semestinya menjadi kewajiban untuk aku menziarihinya.

Ketika menziarinya itulah bermain difikiran aku tentang memori yang aku ada bersama abang sepupu aku ini, ternyata aku tidak rapat dengan dia. Aku hampir tidak dapat mengingati satu dialog dan situasi aku bersama dia. Namun begitu kesedihan itu datang juga apabila melihat emak saudara aku menangis berbengkak mata. Sehinggalah pagi tadi aku terbangun aku teringat di hari tamat pengajian aku, di mana aku ditemani oleh dua orang ia itu abang kandung aku dan sepupu aku yang meninggal ini. Mereka menjadi pengganti orang tua aku yang tidak dapat hadir disebabkan seorang lagi abang aku berkahwin pada tarikh yang sama. Di hari itu ketika aku melihat ramai kawan kawan aku bergambar gembira dengan ibubapa masing masing aruah dan abang akulah yang menemani aku. Gembira bercampur sedih (dahlah masa tu belum ada Darling) aku bila teringat hari itu.

Begitulah kadang kadang kita kehilangan seseorang yang telah kita kenali lama tetapi tidak sempat untuk beramah mesra atau mengenal antara satu sama lain. Sesungguhnya terlalu pendik kehidupan ini. Kesibukan dan perubahan cara hidup dengan perkembangan teknologi komunikasi beserta dengan “keselesaan” untuk menjadikan kita hidup tanpa terlalu banyak berinteraksi telah menjadikan kehidupan bersifat individualistik itu semakin mudah dan selesa. Malahan sekarang ini matipun sudah dikomersilkan…dengan adanya pakej pengurusan jenazah keperluan untuk bermasyarakat itu tidak penting lagi. Dulu seingat aku kalau orang yang tidak mahu rapat dengan saudara dan masyarakat itu selalu digertak “ besok kalau mati siapa nak tanam ko”.

Akupun tidak tahu apa point aku menulis perkara di atas, mungkin sekadar ingatan kepada diri sendiri tentang suatu detik yang sangat hebat di dalam kehidupan manusia iaitu kematian. Kematian dijanjikan dengan kehidupan yang kekal abadi. Kesenangan yang dikecapi di sini tidak akan dapat menandingi keindahan kehidupan di sana dan kesengsaraan kehidupan di sini tidak akan dapat menandingi keazapan kehidupan di sana.

Saturday, March 22, 2008

Hujan 5

Sejak seminggu ini hujan turun hampir setiap hari. Selalunya bila hujan aku sedikit liat bangun pagi, tetapi kerja di pejabat mahupun di rumah banyak yang belum beres. Kat rumah ada kebocoran kecil di paip..dua tiga biji mentol terbakar...screw pintu tercabut..ada bau bangkai tikus kat dapor...cari cari tak jumpa mungkin dia mati kat atas siling...wa bab manjat ni mintak maaf sikitlah...seminggu lagi dia kering hilang ler bau tu...tapi wa takleh makan kat dapurlah buat sementara waktu ini. Semalam nak submit income tax online, terlupa password pulak....langsong tak jadi isi. Tanya orang kat income tax dia kata try masuk nama ibu kalau tak boleh juga kena pegi pejabat income tax...aku tak try lagi..ingat sementara tengok bola malam ini nak buat.
.
Sembang politik masih menjadi topik utama hampir di semua tempat. Dari akhbar, internet hingga ke kedai kopi. Member aku kata aweks dia asyik anto sms politik jer cam dah lupa nak sms…i miss u. Ada sekali tu dia anto sms kat aweks dia tulis i miss u…aweks dia boleh jawab… i miss u toyo..

Sebenarnya demam pilihanraya tidak habis lagi..Tsunami politik kata ramai penulis politik. Walau apapun istilahnya, untuk kali pertama BN/UMNO bakal menghadapi krisis yang paling hebat dalam sejarah. Perlawanan politik telah menjadi lebih dari 10 penjuru…Altenatif dengan BN…Mamak dengan Pak Lah…Mamak dengan Anwar..BN dengan Raja…Anwar dengan Pak Lah….Rafidah dengan PakLah..Kerajaan Negeri Lama dengan Baru…dan lagi dan lagi…dan semuanya perlawanan yang menarik..macam kat TV ada Liverpool Lawan MU..Chelsea lawan Arsenal..Real Madrid lawan Barcelona…tak tau nak tengok mana..jalan tengah tengok cerita P Ramlee…hehe.

Suasana di negeri tempat aku bermustautin ini nampaknya udara makin nyaman. Mood orang ramai ditahap yang tinggi…kalau Kedah menang Piala Malaysia pun dah jadi anticlimax. Di negeri asal teman pun… diceritakan orang kampong teman pepohon nyior melentok di Pulau Panggor dah boleh nampak dari tanah besar Lumut…disebabkan jerubu makin nipis semenjak dua menjak ini. “Agak agaknya darling di Klang musim apa ya” .

Begitulah agaknya indahnya bulan madu…ketika bau ketut pun wangi lagi.. kena Karpal Singh kentut bau pekong baru lah tahu hubungan ini atas dasar cinta atau benci..benci kan BN. Aku harus melihat perkembangan ini secara berhati hati…kemenangan adalah adalah sebenarnya dugaan dari Allah. Tamuddun Islam dibina dengan kepayahan penuh dengan jihad tapi hanya memerlukan kemewahan dunia untuk diroboh.

Darling…

inikah demokrasi cinta,
bila mejoriti hatiku bersatu…

setiap kali rindu tergubal..
..kaulah perdana sanubariku
setiap kali perasaan dibangkang..
..kau datang mententeram suasana
setiap kali dasar kasih dicabar..
..kau suntik polisi intim bersinar baru
setiap kali jiwa berdemonstrasi..
..kau curahkan mandian embun kasturi

..dan

.. rupa rupanya..
..kaulah bidadari berkerajaan di hati..

Saturday, February 23, 2008

Jauh di sudut hati

Salah satu perasaan yang timbul bila musim pilihanraya ini adalah terpinggir. Bukan terpinggir dari segi fizikal tetapi perasaan. Apabila orang orang sekeliling yang kebanyakannya orang orang tempatan Kedah bersembang tentang calon, mereka mula bercerita calon ini dia kenal pernah pergi sawah sekali, calon itu sedara dia, calon itu satu sekolah dengan bapak dia atau abang dia, calon itu satu satu kampong dengan dia dan macam macam lagi yang menggambarkan pilihanraya ini adalah pada mereka adalah politik tempatan. Sebagai “orang luar” aku hanya mampu mendengar.

Teringat ketika aku duduk di kampong sendiri langsung tidak hirau pasal mengundi. Kebiasaannya kawasan mengundi aku DUN dan Parlimen adalah perebutan antara DAP dan MCA jadi kepada kebanyakan orang kampong aku yang bukan ahli Ameno membuang undi adalah sesuatu yang membuang masa…pilih yang ini dia pilih yang itupun dia. Apabila timbul perasaan tentang pentingnya mengundi aku telah berada di luar negeri asal aku. Merasakan satu pembaziran undi Melayu jika aku terus berada kawasan pilihanraya kampong aku maka aku telah menukar alamat dan mendaftar sebagai pengundi di Kedah.

Tahun ini aku mengundi lagi di sini. Aku harus melihat pilihanraya sebagai satu proses politik yang amat penting ianya adalah suatu perjuangan menuntut nilai kehidupan yang lebih baik. Kehidupan yang lebih baik pada aku adalah kehidupan yang mengarah kepada kemakmuran dunia dan akhirat. Disebabkan pegangan itu aku harus mimilih parti dan bukan individu. Perasaan terpinggir dan rasa seperti orang luar itu harus aku buang….apa apa pun aku adalah anak jati Tanah Melayu, tempat datok nenek aku menjadi tuan…..sanggup bertumpah darah demi mempertahankan maruah agama dan bangsa.

Teringat suatu kuliah agama berbentuk ceramah yang menunjukkan pentingnya politik di dalam Islam. Diceritakan…ketika Baginda Rasullullah wafat, pengkebumian baginda telah dilewatkan di mana ianya adalah merupakan suatu amalan yang bertentangan dengan sunnah yang menuntut pengurusan jenazah disegerakan. Alasan kelewatan itu pada pandangan para sahabat adalah perlu kerana pengganti baginda sebagai pemimpin kerajaan Islam belum dilakukan. Hanya selepas Abu Bakar As-siddiq dilantik menjadi Khalifah yang pertama barulah urusan pengkebumian baginda dilakukan. Peristiwa ini menggambarkan betapa dalam Islam politik itu harus diberi keutamaan.
.
Darling.... kenapa tiap kali ku rasa diri terpilih..tiap kali itu ku rasa disisih...

Saturday, February 16, 2008

Raya lagi!

Raya lagi....penat ya asyik raya jer...tapi sesiapa yang pandai raya yang ini depa kata boleh dapat Ang Pau yang banyak. Kalau tak dapat depa kata Pau Tanjong Malim sedap bolehlah cuba...aku tak pernah try atau ada try ...tapi tidak ingat. Member aku cakap boleh dapat macam macam tetapi cakap terus terang aku memang tidak pernah dapat habuan pilihanraya.... mungkin memandangkan status aku yang belum layak mengundi...kesian...atau aku silap masuk bilik gerakan...sebatang rokokpun tak huluq..

Pilihanraya, aku tidak tahu nak tulis pasal apa tentang pilihanraya. Kemunculan blog blog politik sebenarnya menjadikan aku malas untuk mendengar ucapan ahli politik melalui ceramah. Apa yang BN nak kata semua sudah boleh diagak dan semua Pas dan parti parti lain nak katapun sudah diketahui. Arena politik juga sudah ketandusan pemidato berkaliber Anwar dan Mat Sabu masih sedap lagi tetapi mereka dah macam Ramley Sarip dan Emy Search dalam nyanyian, sedap dengar tetapi dah lama. Jadi dunia penceramahan sedah ketandusan bakat-bakat baru sama seperti Rock sebab itu banyak artis Indon popular. Sekarang ini kalau rajin masuk you tube sure terpikat jugak dengan pidato Barack Obama.



Dalam pilihanraya yang lepas aku merayap ke Permatang Pauh sebab kawasan undi aku pada masa itu BN lawan Keadilan dua-dua calon India, kalau David Arumugam boleh gak tunggu kot kot dia nyanyi lagu Hingga Akhir Nanti (*tetiba teringat darling pulak...hehe*). Jadi aku ke Permatang Pauh dan dari situlah aku melihat begitu rajin dan ayunya gadis-gadis Melayu yang pengelarkan diri mereka Puteri AmeNo, kebetulan ketika itu radio kereta aku memainkan lagu ...Gadis Melayu dendangan Mawi (hehe...yg ini aku tambah mana ada Mawi lagi)....tidak hairanlah BN menang dibanyak kawasan. Di Permatang Pauh aku terserempak dengan Wan Azizah.... jika tidak terserempakpun aku fikir aku terserempak... mungkin...aku dah lupa macam mana kejadian itu berlaku atau munging tidak berlaku langsung...susah nak cakap..tapi aku sure aku tidak nampak Nurul Izzah. Selepas penat berpusing maka aku ternampak orang jual kueh tepung talam, air tebu, nasi lemak, roti jon, rojak dan jagong....tiada yang lebih penting dari makan....nak mengundi 4 tahun boleh tunggu tapi makan mana boleh...
.
Ketika aku menaip entry ini aku sedang menonton Piala FA Loverpool vs Barnsley...Liverpool kalah huhuhu....jadi kalau BN kalah bukan sesuatu yang mustahil ya..!!






Saturday, January 19, 2008

Tahun Hijrah

Selamat menyambut tahun Hijrah 1429. Semuga kita mempunyai hijrah yang lebih bermakna pada tahun ini demi menjadi hamba yang mulia di sisi Allah.
.
Banyak benda yang tidak mudah kita lupakan. Setiap hari pasti terlintas kenangan di fikiran. Biar kenangan itu kecil tetapi kadang kadang kita rindu untuk kembali ke masa itu. Semalam aku teringat root beer dan A & W di depan panggung Cathay di Ipoh. Panggung Cathay setahu aku dah takda tapi aku tak sure A & W masih ada di situ. Bila aku balik Ipoh nanti aku nak tengok ada lagi atau tidak. Restoren fast food tu jadi tempat melepak lepas tengok wayang..... bukan makanpun cuma minum root beer kadang kadang bila time takda duit duduk saja menempek member minum. Di tingkat atas restoren itu adalah pot bebudak baru nak belajo hisap rokok dan usya pompuan. Tapi aku tak minat sangat aktiviti yang kedua tu sebab pompuan suka usya aku...hehe…

Bila aku dan kawan kawan aku sudah besar sikit kami tukar tempat lepak biasanya warong me goring dan rojak mamak…lebih murah, open air hisap rokok lebih bebas dan rasa lebih dewasa…minum oder Nescafe atau kopi o ais…Bila sampai kat warong mamak….cara oder dia…. “mamak biasa satu”…cakap kuat kuat…aku kurang yakin apa tujuan aku dan kawan kawan aku dulu bila buat order macam tu….mungkin nak show kita ni regular atau nak tunjuk ini tempat kami dekat pelanggan pelanggan lain. Nak tunjuk kerek ler kononnya.

Sebenarnya benda benda yang kecil sebegini adalah juga satu proses dalam kehidupan. Hari ini bila aku duduk duduk dekat restoren dan warong tujuan aku adalah satu…nak makan dan aku lapar…sesekali sekala try gak order “biasa satu”. Tapi kali ni yang sampai bukan Nescafe atau kopi o… tapi Ali CafĂ© lebih contemporary…kata depa...tetapi tidak sama sekali aku lupakan yang lama...



bagaimana mungkin siang lupakan mentari
…malam lupakan bulan
bagaimana mungkin gremis lupakan senja
…embun lupakan fajar
bagaimana mungkin rumput lupakan bumi
…pepohon lupakan bayu
bagaimana mungkin aur lupakan tebing
…ombak lupakan pantai
bagaimana mungkin tuah lupakan sang puteri
….ghazali lupakan azizah
bagaimana mungkin rimba lupakan rimbunan
…padang pasir lupakan hujan
bagaimana mungkin guruh lupakan kilat
…ribut lupakan taufan
bagaimana mungkin langit lupakan kebiruan
…pelangi lupakan warna warna

dan…darling

bagaimana mungkin saya lupakan….
.
.
.
10 Muharam 1429

Saturday, January 5, 2008

Tahun 2008

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2008 kepada sesiapa yang singgah menjengok blog aku….balik balik entry lama. Kepada kengkawan di maya... sebenarnya selalu aku melawat korang dan duduk dalam semak dan ketawa sorang sorang bila baca sembang korang dekat halo Ilham, teesh, adik dan NHK. Kadang kadang aku memang tidak dapat menentukan pada ketika mana dan situasi mana aku harus menyelitkan diri dalam sesuatu perbualan sebab perbualan korang sangat indah dan menarik dan tidak selayaknya ia diganggu. Kepada yang beri komen kat blog aku ni kalau tidak berjawab bermakna aku terima komen tu seadanya…hehehe ni alasan.

Berdiam diri bukan bermakna kita berjauhan ya darling…
..rindu yang diam lebih kuat suaranya...


Bila aku berjalan/makan angin selalunya yang lebih banyak mengembara adalah fikiran aku. Fizikal sebenarnya adalah alat yang menjadikan perjalanan pengembaraan fikiran itu sebagai sesuatu yang lebih nyata, kerana tempat dan masa pengembaraan itu selari. Sebenarnya tiga gambar yang aku letak di entry yang lalu adalah menggambarkan perjalanan pengembaraan fikiran yang aku lalui. Sebenarnya ia berkisar pada topik syurga dan neraka. Adakah keindahan dunia sebenarnya adalah umpan neraka atau ianya gambaran syurga ? Syurga itu terlalu indah sebagaimana yang dijelaskan berkali kali didalam Al-Quran tetapi kenapa harus Adam diberi lagi bonus oleh tuhan dengan kehadiran Hawa ?. Gambar yang terahir aku letakkan di situ adalah gambar dua orang yang tengah berada di sesi minum minum. Aku yakin pada mereka di akhir sesi itu yang mereka nampak adalah “syurga” tetapi yang mereka tidak nampak ialah “syurga” itu akan membakar mereka suatu hari nanti.

Dalam kehidupan kita sebagai seorang Islam banyak benda yang kita secara tidak sedar adalah merupakan ibadah. Kepercayaan adalah melebihi logik dalam apa situasipun. Sebagai contoh mengapa kita wajib mengambil wuduk sebelum bersolat ? Logik mengatakan kita perlu bersih sebelum bersolat. Bersih dari apa ? Kotoran fizikal ? Jika kotoran fizikal, bukankah dengan mandi bersabun dan air bergalon-galon tercurah di badan makan kita telah bersih, kalau begitu kenapa kita perlu lagi mengambil wuduk ?. Manakah yang lebih bersih antara orang yang telah mandi tanpa wuduk dengan orang yang bangun subuh tidak mandi terus berwuduk. Siapakah yang layak bersolat dan bersujud kepada Allah pada ketika itu. Jadi sebenarnya mengambil wuduk itu adalah suatu ibadah bukan pembersihan, jika ianya mahu panggil pembersihan ianya adalah penyucian jiwa sebelum menghadap Allah tetapi aku lebih melihat ia sebagai ibadah.

Jika konsep ibadah itu digunakan dalam apa jua situasi maka kenyataan bahawa Islam itu mudah dan tidak menyusahkan adalah benar. Ketika ini ramai yang mengunakan konsep Islam itu tidak menyusahkan umatnya dalam banyak hujah. Sebenarnya dalam pernyataan Islam itu mudah dan tidak menyusahkan pada aku adalah suatu statement logik. Logiknya jika Allah itu mengasihi hambanya maka sudah tentu ia tidak menyukarkan hamba yang mahu beribadah kepadanya. Sedangkan kadang kadang bila kita menyatakan statement tersebut kita lupa yang hadiah untuk ibadah kita di dunia adalah syurga. Jika mahu dibandingkan secara logik jika di dunia kita bayar RM30,000 kita dapat kereta apa dan jika bayar RM300,000 kita dapat kereta apa. Jadi logiknya jika kita mahu mengatakan Islam itu mudah dan mahu masuk syurga itu mudah samalah kita berangan menang peraduan dapat kereta Merc.

Islam itu mudah bila ibadah yang kita lakukan mengikut sebagaimana yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah. Sebagai contoh dalam bab solat, cubalah kita lewatkan sembahyang sudah tentu solat itu akan jadi bebanan, dalam tempoh kita belum bersolat itulah maka macam macam kerja kena buat cerita dekat TV bestlah anak nak menyusulah dan macam macam. Jika ini berlaku maka adakah ibadah solat itu jadi mudah ? Cara yang menjadikan ia mudah ialah bersolat awal atau dalam kes kita yang berkerja masa yang terawal kita diberi kesempatan untuk bersolat.

Ok di atas itu adalah pendapat aku sahaja, mungkin tidak semuanya dipersejui. Menyetujui sesuatu pendapat itu bukanlah objektif bagi aku, yang lebih penting adalah kita berfikir dan tidak berhenti mencari yang terbaik di tahun 2008.