Tuesday, January 2, 2007

Bagaimana agaknya cuaca 2007

Semalam terdengar lagu lama nyanyian semula oleh Rod Steward...
.
Someone told me long ago
There's a calm
Before the storm
I know
And its been comin' for sometime
.
When its over, so they say
It'll rain a sunny day
I know
Shinin' down like water
.
I want to know
Have you ever seen
The rain?
I want to know
Have tou ever seen the rain
Commin' down on the sunny day
.
Yesterday and days before
Sun is cold and rain is hard
I know been that way
For all my time
.
'Till forever on its goes
Through the circle fast and slow
I know and its cant stop
I wonder
.
I want to know
Have you ever seen the rain?
I want to know
Have you ever seen the rain?
Comin' down on a sunny day
.
Selamat tahun baru kepada sesiapa yang terbaca blog ini. Seminit dua, tahun baru membuat kita menoleh ke sudut 365 darjah kebelakang. Secara pribadi tahun baru tidak lebih dari pertambahan nombor di penghujung catatan tarikh...2006 jadi 2007. Berhati hati jika menulis tarikh di cek, seringkali tercatit tahun lama bagi minggu-minggu awal tahun baru. Begitu juga jika menerima bayaran melalui cek. Perkara kecil yang kadang kadang mengganggu.
.
Hampir kebanyakan syarikat menutup akaun tahunan pada bulan Disember. Walaupun bukanlah semestinya memilih tarikh hujung tahun sebagai tarikh menutup akaun. Atas alasan lambakan kerja, JHDN dan firma firma audit juga menggalakkan penutupan akaun selain dari 31 Disember. Atas alasan yang sama juga sangatlah baik jika individu yang makan gaji memilih temboh pendapatan 12 bulannya untuk mengisytiharkan cukai, tidak tertentu kepada tarikh 31 Disember sahaja. Sebenarnya tarikh mana yang dipilihpun, cukai orang makan gaji macam aku ni dah kena potong siap-siap melaui PCB. Soalnya jika kita terbayar lebih, cepat cepatlah pulangkan, janganlah sebab terlalu banyak kes dijadikan alasan.
.
Penutupan akaun tahunan yang bukan semestinya 31 Disember, merupakan suatu contoh yang baik untuk menggambarkan pertukaran tahun itu adalah sebenarnya pertukaran nombor sahaja. Azam dan sasaran sebenarnya boleh dilakukan bila-bila. Sebenarnya pendapat aku ini bertolak dari tolehan kebelakang di sepanjang tahun 2006. Hampir tiada pencapaian pribadi yang menakjubkan. Namun begitu aku tetap bersyukur kerana selalunya hidup ini biar tidak memiliki kecemerlangan dari hidup ditimpa dugaan.
.
.
.
Hujung jingga menyimbah langit sambut benam mentari
senja terakhir dirusuk lukisan semalam
musim baru buat musafir ini
melangkah lagi di dada duniawi siang dan malam
senafas demi senafas sedegup demi sedegup lagi
mengharap lagi menadah lagi selagi belum bermakam
.
Di garisan masa masihi ini......
berazam lagi bercita lagi
meredah lagi mengharung lagi
kupohon lagi kupinta lagi....padamu..Ya-Rahman.. Ya-Rahim..

5 comments:

Anonymous said...

Selamat Hari Raya Aidil-Adha.
Selamat Tahun Baru 2007.

Tak familiar la dgn lagu Rod Steward tu. Sedap tak? but nice sajak.

*meh la tunjukkan patriotisme tu*.

-saya-

ILHAM said...

bro,

nice entry and beautiful sajak, as usual...

ILHAM said...

alloooo bro,

ko cuti berkhatan ker bro ??!!!..

dah berabuk dah umah ko nei bro...

upah upah lar indon cuci umah ko nei sikit....

wa rod stewart tak kenal..rod block wa tau lar...kehekehek

Anonymous said...

Bokd, all the best for the coming year.
moga cuaca yg baik utk tahun ini.

wa suker innew Rod stewart.

BokD said...

awak...nanti..

ilham..NHK...sori tak respon..wa sedikit bizi di opis dan agak pemalas bila sampai rumah..