Monday, October 11, 2010

Panggilan haji telah tiba lagi...

Apa yang kita buat pada hari ini..tadi..10.10.10. Tengok Syekh.. fly to the moon..? haha..

Apa pun…tajuk aku tu.. lagu nasyid tuh..sangat popular..dan satu satu nya lagu yang aku tahu sama standard dengan lagu2 raya bila tiba musim raya puasa.

Sekarang dah masuk bulan haji, ramai orang yang akan berangkat menunaikan haji. Aku masih belum menunaikan haji tetapi aku pernah pergi Mekah dan Madinah dapatlah aku bayangkan sedikit sebanyak kehebatan perasaan semasa berada di sana. Aku seperti berada dekat dengan Allah lebih dekat dari bila-bilapun yang pernah aku merasa diri aku dekat padaNya. Di Madinah, aku dapat rasakan lebih dekat dengan Rasulullah seperti aku diperhatikan Baginda bagai seorang sahabat yang dikasihi. Hebatnya perasaan itu membuat aku “iri hati” melihat orang pergi menunaikan haji.

Dan aku rasakan akhirat itu terlalu dekat bila di Mekah. Andainya akhirat itu di langit tentulah berada dipuncak Gunung Everest lebih hampir dengan akhirat, tetapi tidak begitu agaknya. Lagipun aku tidak mungkin dapat ke Gunung Everest untuk mengukur jarak itu. “Jarak” yang sebenarnya perasaan aku sendiri. Tentang gunung, setakat ini Gunung Jerailah gunung paling tinggi pernah aku sampai. Gunung Jerai di sini dalam buku pelancongan negeri, mereka panggil Kedah Peak. Bermakna ia adalah kemuncak yang tertinggi di Kedah tetapi dalam soal tadi, aku tidak merasa lebih dekat dari yang aku rasakan ketika berada di tanah haram.

Insyaallah ada gilirin aku pula nanti.

Dan aku dekat sini sedang teruja untuk berkayuh di Kuale Kangso…kat sini.

http://kualakangsarmtbjamboree2010.blogspot.com/

Bandar peberet teman di Perak..tapi sudah tentulah selepeh Ipoh. (Ipoh mali kencing ada munyi…hehe. “Ada munyi” adalah term yang betul bukan “talak munyi”. Kenapa?..entah la…haha.) Sangat teruje bila aku kembali beraktviti di KK selepas sekian lama. Masih aku terbau-bau kelat warna teh susu Sg Perak dan sesekali gulai tempoyak dicelah-celah lorong rumah kampong di Bukit Chandan. Kayuhan pada hujung bulan ini seperti homeground la pulak. Itulah yang teman rasekan sekaghang ni yob!!.

Dan untuk meneruskan keterujaan aku tentang gerek…seminggu lepas Kuale aku nak gi kayuh kat Sintok pulok…semi homeground gak tu…

Wednesday, September 29, 2010

Hujan 12

... “how can you stop the rain from falling down? How can you stop the sun from shining? What makes the world go round? ...”

..tiap kali hujan aku pasti ingat padamu..

Sesuatu yang sukar aku terima sejak kebelakangan ini ialah apabila aku mula sedari bahawa keselesaan yang aku rasai selama ini sebenarnya adalah suatu perangkap yang aku sendiri cari. Benda-benda keselesaan ini sebenarnya membuat kita kurang motivasi dan sukar untuk menerima tekanan yang datang tiba-tiba, Seperti tahu hujan pasti turun tetapi tidak pernah terfikir untuk membawa payung atu lebih teruk payung memang tidak pernah dibeli.

Kata orang hidup umpama roda. Cuma bezanya roda itu kadang bersaiz besar dan kadang bersaiz kecil. Kalau besar kita akan berada lama di suatu peringkat berlainanlah dengan yang bersaiz kecil.....ala ala lagu..apokalips satu dua tiga do re me..apa nak jadi akan terjadi....alif ba ta A B C.....

Tiada yang seyes sangat sebenarnya....melainkan aku merasakan, sedikit penat memikirkan kerjaya aku yang telah sampai satu peringkat aku rasai telah menemui jalan mati....pada peringkat yang aku sendiri tidak tahu macam mana mahu kehadapan dan aku takut untuk berundur, akhirnya motivasi merudum, cita-cita kosong, day in day out, 9 to 5 dan saya berharap hujan akan turun setiap hari sebab aku adalah seorang penoreh getah yang mencari alasan untuk tidak pergi menorah...huh.....dan tiap kali hujan aku ingat padamu...

Dah raya keberapa sekarang ini.....keseronokan raya masih terasa. Belum terlambat rasanya mengucap selamat hari raya....kepada kawan-kawan, tangan mungkin tidak dapat dihulur melalui laptop buruk ini..tetapi kemaafan tetap aku pinta jika aku tidak berupaya menjadi kawan yang lebih daripada tulisan kecil yang kosong.

..dan..

darling...sesekali aku hanya mahu jadi lagu raya...yang mahu kau dengar...

Wednesday, September 1, 2010

Ramadhan

Salam Ramadhan...hari ini 22 hari sudah berpuasa. Memang terasa amat cepat masa berjalan. Bermula dari waktu sahur sampai waktu berbuka lepas tu malam sahur balik. Pantasnya masa itu rasa macam tak sempat nak pulun bermacam rahmat yang dijanjikan di bulan Ramadhan. Tambahan dengan kekuatan jiwa dan tenaga yang amat terhad.

Tahun ini aku amat jarang pusing di pasar Ramadhan, rasa seperti kerugian tenaga julak.. bertawaf keliling dari hujng kehujung dan balik ke tempat parking. Kalau aku mahu beli apa-apa aku akan singgah dan beli apa yang aku teringin nak makan…lepas itu balik. Lagi satu aku tak larat tengok pompuan sexy beli juadah…tetiba meluat pulak..dan trend sekarang ni amoi pun beli juadah berbuka. Agaknya aku semakin Islamik sekarang ini..hehe..(aku raser la)..bukan nak berbangga dan takabur tapi aku suka dengan keinsafan yang tidak dipaksa2 ini…atau bukti syaitan telah ditambat.

Di tempat kerja, dalam bulan puasa ini, boss aku (yang dah lama sangat aku kerja dengan dia) telah belah. Aku memang selalunya tak baik sangat dengan boss, tapi ada masa aku rasa sesuatu benda yang telah lama sangat beriringan akan menjadikan kita rasa kehilangan jugak bila dah tiada. Banyak kali aku meluat dengan boss aku ini tapi banyak kali jugak aku rasa kami dah menjadi macam satu team yang baik. Jadi rasa meluat aku tidak menjadikan aku gembira langsung bila dia belah, yang hairannya aku rasa sedih dan kehilangan pulak. Kita boleh menipu tentang rasa gembira tetapi tidak dengan kesedihan…macam tulah agaknya. Apa-apapun biarkanlah dia..aku kena kerja…cuma masalah aku sekarang ini aku raser susah aku nak buat team baru ditempat kerja aku sekarang….menjadikan keperluan untuk aku mencari kerja baru semakin mendesak…akupun nak belah jugak jika ada peluang dan rezeki.

Jadi bulan puasa ini aku berhenti mengayuh basikal…haha..tak jugak setakat ni 2 kali jugak aku sempat kayuh..ada member yang sangat bersemangat ajak kayuh jugak. Sekali dua minggu lepas belah petang dan sekali lagi pagi semalam 31 Ogos. Semasa berkayuh semalam terserempak dengan gerombolan lembu-lembu. Lawaknyer lembu-lembu ini kesemuanya stare kat kitorang macam pelik bebeno tengok orang mengayuh basikal di bulan puasa. Apa pun lepas kayuh aku dapat tido siang 4 jam..sesuatu yang dah sangat lama aku tak buat.

Akhir sekali nak ucapkan selamat berpuasa kepada member2 yang membaca blog ni. Sudah agak terlewat kan darling…tetapi rasa macam berdosa kalau tak ucapkan.

Dan selamat Merdeka..

Monday, July 26, 2010

Nibong Tebal

Kadang rindu nak tulis sesuatu. Baru ni aku terjumpa novel lama “Pulanglah Perantau”. Aku nak baca tapi biasalah mana ada masa. Aku rasa ceritanya pasal zaman zaman kemerdekaan. Aku tak tau…teka jer sebab aku terbaca ayat nih…”untuk..para pejuang yang bersama-sama bergesel bahu dan para petualang yang berpura-pura tidak tahu”. Bulan depanpun masuk bulan merdeka..oklah kalau cuba-cuba ambil feel petriotik sikit. Malangnya aku rasa zaman la ni (dari skop kenegaraan) dah tidak ada pejuang…petualang memang banya tetapi ia bergantong di kem mana kita….setiap kem masing-masing mahu melebel orang yang bertetangan ideologi sebagai petualang, secara kebetulan (dari konteks ayat novel tadi) masing-masing berpura-pura tidak tahu.

Apa-apapun tuduh menuduh dan lebel-melebel bukan matlamat hidup kita di dunia ini. Semenjak dua menjak ini aku banyak menoleh kebelakang sebab aku rasa apa yang berlaku sekarang adalah berpunca dari apa yang berlaku dulu-dulu, Aku terdengar doktor kata kalau kita kena penyakit kronik…bukan sebab kita makan benda tu semalam atau seminggu lepas tetapi sebab amalan pemakanan kita lama-lama dulu. Itulah sebabnya aku rasa benda lama-lama penting untuk kita mulakan langkah baru. Kita lahir bukan untuk menjadi petualang dan sebab kita bukan petualang..secara hakikatnya secara lumrah kejadian sebagai hambaNya kita ini adalah pejuang. Setiap pejuang pasti akan pulang...bukankah kita perantau di dunia ini..?

Sekarang ini dah masuk bulan Syaaban…lusa adalah hari Nisfu Syaaban. lebih kurang 15 hari lagi kita kembali bejuang di bulan Ramadhan. Jadi untuk ingatan (kepada diri aku sendiri sebenarnya)…marilah berjuang.

Sebelum itu untuk donia..donia…aku akan berkayuh lagi 1hb Ogos di Nibong Tebal. Aku dah makin penat sebenarnya mengayuh ni…tapi aku rasa itulah satu-satu riadah yang aku mampu dan aku seronok melakukannya. Kesimpulannya kembali kepada masa..selagi ada masa yang boleh diselit-selitkan dengan benda-benda cam gini.

Kenapa tidak kan…?

Friday, July 23, 2010

Mimpi..

...dan mimpi..ini..

mimpi bertahajjud
hujan menambah khusyuk sujud
...dan baris baris doa belum habis kusebut...
..kesejukan malam ganggu mimpi..
..mangajak aku selimut

..dan ku sambong mimpi...

kali ini aku mimpi berselimut
...dan baris baris doa merintih padaMu..kusebut
hujan malam itu menambah khusyuk bersujud
masih aku bermimpi kali ini…mimpi bertahajjud

indahnya mimpi ini...
...bila ia bukan mimpi...
..aku sujud dan bertahajjud...

..pada mu ya Allah..

Friday, May 14, 2010

Malam

Poi pokan naik basika tongah hari tongah paneh….(betoi ke longhat nogori aku nih)..apo dayo motong gotah…apo nak ni kato..kalau boleh nak jadi cikgu sekolah kek kualo pilah…eh seromban…tampen….maner satu ni..luper la wa…kat muo je lah…..kan aya…eh melaka melake…

H…wa jadi gak masuk kayuhan malam di Kulim tempoh hari…setelah berfikir panjang dan cuba dipatahkan semangat oleh majority member yang daftar tapi last minit tak mau kayuh. Pengalaman yang sungguh hebat juga…antara malam-malam yang terhebat pernah aku alami. Antara track kayuhan adalah mendaki bukit di laluan lori balak (ini yang diberitahu oleh depa….dan masa gi test kayuh ari tu track ni takder). Track lepas hujan tu sangat basah….licin ramai yang tak kuat semangat patah balik dan hampir 70% track itu memang mustahil untuk berkayuh. Menuruni bukin yang basah sebenarnya adalah lebih mencabar…ramai yang terjatuh. Di tengah gelap ditemani lampu kecil...suasana adalah terlalu gelap dan terus terang… takut jugak.

Apa yang lebih menguje aku sebenarnya…di tengah gelap gulita hutan banat itu…aku bawak earphone sambong kat handfon….antara bunyi yang ada dalam hp aku tu…ialah wirid Subhanallah…wallahamdulillah…walailahaillallah…suara ustaz aruah Asri…aku pasang dalam kesunyian hutan…masyaAllah…tidak penah aku dengar wirid yang sesedap itu…kegelapan malam seolah diterangi gema memuji kebesaran Allah.

Itulah sebabnya….kadang-kadang aku hanya mahu diam dan memohon maaf….

Friday, April 30, 2010

Hujan 11

Tengah kurang mood sekarang ni. Sibok kerjapun rasa cam dah langli. Banyak benda yang boleh aku tai chi aku tai chi jer. Maleh nak pikio banyak sangat. Ari tu aku pelik beno tengok baju Barcelona yang kalah dengan Inter dekat Milan. Pasal kaler dia cam tu TV aku tak sharp kot cam sakit mata gitu.

Ok Barca dah kalah dah pun..dan bulan April dah sampai kepenghujung. Banyak benda yang buat aku teringat ingat bulan April… bulan aku kehilangan orang tua…bulan yang paling sebok dalam putaran kerja aku setiap tahun…hari jadi-hari jadi…isi borong income tax kot kot ader refund…bulan padi menghijau…bulan aku demam dan ramai orang demam…dan bulan bermulanya hujan selepas kemarau Februari dan Mac. Yang lawaknya bulan ni..minggu lepas, lepas aku demam… aku kena bengkak cantik…gemok muka aku. Petua dulu dulu suruh sapu serbok nila dengan cuka dekat tempat bengkak. Rupanya susah beno nak cari nila kiub sekarang ni sebab semua nila dah dalam bentok cair. Last-last aku jumpa dekat kedai ubat Cina. Mujarap rupanya petua ni… tak sampai 2 hari dah slim balik pipi wa.

Citer sekarang pulak. Malam ini kilat macam menangkap gambar dari jauh. Mungkin hujan di tempat lain dekat Gurun atau Jeniang tetapi cahaya kilatnya samapi ke Sungai Petani. Angin sejuk bertiup kat celah-celah lubang tingkap bilik aku ni yang tak boleh ditutup habis sebab pelaras dia dah jam. Tadi aku sudah tertidur, mata tiba-tiba jadi celik balik dan susah nak tido. Alang alang aku bukak lah computer ni cari bahan bacaan…tetiba ader mood nak memblog pulak.

Citer politik sikit. Minggu baru ni pilihanraya di Selangor membuat aku terfikir kenapa agaknya kita terlalu rakus mengejar kemenangan politik.Adakah benar agaknya tujuan mereka menjadi pemimpin untuk membela rakyat. Belumpun jadi pemimpin…. rakyat sudah diperdagangkan dan diletak tanda harga... kontradiksi betul kan.

Sebenarnya tadi nak dengar lagu pasal hujan…suka lagi sedih ni..oh ya tak salah ada bola malam ni Liverpool lawan..mata dah ngantok la darling...