Wednesday, September 29, 2010

Hujan 12

... “how can you stop the rain from falling down? How can you stop the sun from shining? What makes the world go round? ...”

..tiap kali hujan aku pasti ingat padamu..

Sesuatu yang sukar aku terima sejak kebelakangan ini ialah apabila aku mula sedari bahawa keselesaan yang aku rasai selama ini sebenarnya adalah suatu perangkap yang aku sendiri cari. Benda-benda keselesaan ini sebenarnya membuat kita kurang motivasi dan sukar untuk menerima tekanan yang datang tiba-tiba, Seperti tahu hujan pasti turun tetapi tidak pernah terfikir untuk membawa payung atu lebih teruk payung memang tidak pernah dibeli.

Kata orang hidup umpama roda. Cuma bezanya roda itu kadang bersaiz besar dan kadang bersaiz kecil. Kalau besar kita akan berada lama di suatu peringkat berlainanlah dengan yang bersaiz kecil.....ala ala lagu..apokalips satu dua tiga do re me..apa nak jadi akan terjadi....alif ba ta A B C.....

Tiada yang seyes sangat sebenarnya....melainkan aku merasakan, sedikit penat memikirkan kerjaya aku yang telah sampai satu peringkat aku rasai telah menemui jalan mati....pada peringkat yang aku sendiri tidak tahu macam mana mahu kehadapan dan aku takut untuk berundur, akhirnya motivasi merudum, cita-cita kosong, day in day out, 9 to 5 dan saya berharap hujan akan turun setiap hari sebab aku adalah seorang penoreh getah yang mencari alasan untuk tidak pergi menorah...huh.....dan tiap kali hujan aku ingat padamu...

Dah raya keberapa sekarang ini.....keseronokan raya masih terasa. Belum terlambat rasanya mengucap selamat hari raya....kepada kawan-kawan, tangan mungkin tidak dapat dihulur melalui laptop buruk ini..tetapi kemaafan tetap aku pinta jika aku tidak berupaya menjadi kawan yang lebih daripada tulisan kecil yang kosong.

..dan..

darling...sesekali aku hanya mahu jadi lagu raya...yang mahu kau dengar...

3 comments:

Sofya said...

salam Bok D..

masih dlm bulan Syawal...Slmt Hari Raya...maaf zahir n batin yer.

rindu nak berborak ngan u n others.

Hazelsyd said...

salam bokd,

aisehh...walaupon katanya tiada yg seyes sangat..macam depress juga bunyinyer tuh...rupa2nya orang yg berada dalam keselesaan (comfort zone perhaps?) pon boleh motivasi merudum gaks eks...inikan pulak orang yg baru nak memanjat naik mencari keselesaan...hrmm..

anyway, cheer up bokd..there are means and ways..

BokD said...

hi aya..baru habih rayer ni..tp boleh lagi buat open house tu..haha

H, mesti ada carakan...betul tuh..tidaklah dapat dipersetujui lebih lagi..