Friday, April 30, 2010

Hujan 11

Tengah kurang mood sekarang ni. Sibok kerjapun rasa cam dah langli. Banyak benda yang boleh aku tai chi aku tai chi jer. Maleh nak pikio banyak sangat. Ari tu aku pelik beno tengok baju Barcelona yang kalah dengan Inter dekat Milan. Pasal kaler dia cam tu TV aku tak sharp kot cam sakit mata gitu.

Ok Barca dah kalah dah pun..dan bulan April dah sampai kepenghujung. Banyak benda yang buat aku teringat ingat bulan April… bulan aku kehilangan orang tua…bulan yang paling sebok dalam putaran kerja aku setiap tahun…hari jadi-hari jadi…isi borong income tax kot kot ader refund…bulan padi menghijau…bulan aku demam dan ramai orang demam…dan bulan bermulanya hujan selepas kemarau Februari dan Mac. Yang lawaknya bulan ni..minggu lepas, lepas aku demam… aku kena bengkak cantik…gemok muka aku. Petua dulu dulu suruh sapu serbok nila dengan cuka dekat tempat bengkak. Rupanya susah beno nak cari nila kiub sekarang ni sebab semua nila dah dalam bentok cair. Last-last aku jumpa dekat kedai ubat Cina. Mujarap rupanya petua ni… tak sampai 2 hari dah slim balik pipi wa.

Citer sekarang pulak. Malam ini kilat macam menangkap gambar dari jauh. Mungkin hujan di tempat lain dekat Gurun atau Jeniang tetapi cahaya kilatnya samapi ke Sungai Petani. Angin sejuk bertiup kat celah-celah lubang tingkap bilik aku ni yang tak boleh ditutup habis sebab pelaras dia dah jam. Tadi aku sudah tertidur, mata tiba-tiba jadi celik balik dan susah nak tido. Alang alang aku bukak lah computer ni cari bahan bacaan…tetiba ader mood nak memblog pulak.

Citer politik sikit. Minggu baru ni pilihanraya di Selangor membuat aku terfikir kenapa agaknya kita terlalu rakus mengejar kemenangan politik.Adakah benar agaknya tujuan mereka menjadi pemimpin untuk membela rakyat. Belumpun jadi pemimpin…. rakyat sudah diperdagangkan dan diletak tanda harga... kontradiksi betul kan.

Sebenarnya tadi nak dengar lagu pasal hujan…suka lagi sedih ni..oh ya tak salah ada bola malam ni Liverpool lawan..mata dah ngantok la darling...


Tuesday, April 20, 2010

Kayuh

Aku MC hari ni. Semalam ½ day MC. Demam la pulak time-time busy cam gini. Tapi bab demam-demam ni maner kita boleh lawan… kalau nak kena tu dia kena lah jugak. Bila sakit selalu nyer kita akan jadi lebih beringat tentang mati tu lah yang bagusnya tentang sakit selain dari tu mungkin dapat cuti rehat..mc kot..tapi kalau tak kena masapun tak best jugak..macam aku sekarang ni tengah2 banyak keroje demam la pulak…lepas baik ni sakit lain pulak datang….penyakit kalut…itupun bisa mendatang tension.

Nak buang masa sambil tunggu ubat yang aku makan ni menidurkan aku. Aku teringat nak mengupdate blog, rindu jugak kadang-kadang nak bagi tau kengkawan apa yang berlaku kepada kehidupan ini. Walaupun sebenarnya takder yang merindui pun. Disebabkan kegilaan aku pada basikal semenjak dua menjak ini maka time table aku di masa luar pejabat banyak dengan aktiviti mengayuh jer la. Bila baca entry aku yang lepas poyo bebeno ler teman. Begitulah aku sememangnya agak poyo di mayapada ni. Tetapi kat luar ni aku masih dapat cover kepoyoan itu…malah geng2 beskal yang panggil aku Rockstar…hehe...entah dari mana depa dapat…mungkin gigi aku yg brutal tu kot…haha.

1 May ni aku & geng nak masuk ni http://www.kulimjamboree.co.cc/ Kahuyan Terang Malam. Romantik bunyi tema kayuhan yer. Ahad baru ni (yang menjadi salah satu punca aku demam ni) aku gi test kayuh dekat track kayuhan malam itu pada siang hari, waktu siang raser nyer taklah susah mana track tu…tapi kalau kayuh waktu malam dengan gelap gulita berteman lampu basikal masuk dalam utan kelapa sawit… wah…mengerikan jugak. Ade pulak mulut..(luper pulak pekataan tu)…kata ular banyak kat Kulim. Macam ni gayer wa akan berfikir berkali kali nak kayuh ker tak pada hari tu. Kalau tak kayuh aku ambil JC je la..haha. Dan memang dah ader member sound jangan gi kayuh.

Untuk rekod, aku pada 14 Mac alalu aku pergi kayuh di Jamboree Perlis. Ride up North. Pengalaman mengayuh paling teruk pada aku setakat ini. Kena naik dekat 5 bukit yang tinggi-tinggi belaka aku flat habis tercungap nasib tak pengsan. Geng kayuh aku hampir semua dapat medel top 500. Aku ke seribu berapa tak tau…haha…kena kutok bertalu-tau sebab hari2 biasa aku ler yang macam terer bebeno. Cam mana pun semangat kena ader. Minggu dulu 11 April aku pegi masuk Kayuhan Bendang kat Bertam…lalu kat tepi sawah-sawah sungguh menenangkan fikiran…sampai aku sempat berangan nak buat banglo di tengah-tengah sawah padi yang menghijau…sambil membelai tengkok kambing-kambing peliharaan aku.

After Kulim ada kayuhan di Ipoh http://happytoride-ipohjamboree2010.blogspot.com/ sangat teruje aku tapi aku terpaksa lupakan Ulu Kinta sebab ada benda yang elbih mustahak aku kena buat.

Aku sekarang ni brangan, bila dengar kata-kata semangat dari kawan aku supaya suatu hari nanti aku boleh join Tour de France…aku target 2013 haha…buang tebiat la tu. Apa-apapun bila aku sedang menulis ini aku teringat kata-kata aruah bapak aku apabila dia sudah tidak merupaya untuk bangun sendiri untuk pergi ke tandas. Dia kata lebih kurang… “aku dulu kuat… semua bende aku boleh buat..tanam pisang…bela kambing.. tebang pokok…panjat pokok…panjat gunung…tapi sekarang ni satu haper benda aku tak boleh buat” Bila teringat itu aku kena cepat sedar satu hari nanti akupun takkan dapat mengayuh lagi…kekuatan dan kuderat hanya pinjaman.

Tuesday, March 9, 2010

Cerita Basikal


.
.
.…mengayuh basikal hari ini..
pada pagi ketika mulanya deru kereta dan motosikal
mentari mengintai tajam melakar bayang bayang
sesakali aku dikejar sesekali aku mengejar…
menari-nari pada baris retro…”shadow dancing..aha..”

….teruskan kayuhan ini…
meredah jejalan di celah lorong belukar
sesakali dilambung bonggol batu sesekali disimbah lopak hujan …
…mendaki bukit kebukit…kadang hampir putus nafasku…
hanya cukup untuk betakbir..
…kadang terdengar lagu..
“..there’s gonna be another mountain…”
..tidak pernah aku leteh…

…sesekali aku hanya perlu menurun curam bukit..
sambil tanganku memegang handle menyusur laju…
bila sesekali aku diluar kawalan..hatiku berkata…
“aku tidak mahu jatuh di sini…aku mahu balik…”

…sesekali ditolak angin laju kedepan…
…sesekali aku menongkah angin masuk ke dalam dunia
....dunia yang melentok pada pokok-pokok disapa angin..
“...darling...ada di situ…”

dan roda terus berputar….
pada kayuhan yang semakin rakus ini
aku ingin memecut laju lagi…

dan roda terus berputar…
bila tiba-tiba teringat krisdayanti..
katakan di sebaliknya.. “…akupun lelaki biasa…”

dan roda terus berputar…cerita basikal

Tuesday, February 16, 2010

Gerek+Taiping



Sekarang ni aku tengah syok mengayuh basikal. Pantang ada masa aku kayuh. Hari ini 15hb Februari 2010, aku telah mencipta rekod baru dengan kayuhan 75km. Bermula dari rumah sampai Pantai Merdeka. Penat gila lah aku hari ini. Hobi baru ni sebenarnya bukan sebab menang atau kalah ianya adalah mengenai achievements. Bila zaman-zaman aku sudah kurang mendapat pencapaian yang baru, pencapaian-pencapaian kecil seperti ini besar ertinya pada aku.

Ada sedikit malang jugak bila sampai di rumah kira-kira pukul 1 tengah hari bekalan air masih terputus. Bekalan air ditempat aku ni dah terputus bekalan sejak pukul 10 malam sebelumnya. Dengan badan perpeluh sakan aku terpaksa terus tergolek dog dengan harapan air akan ada. Alhamdulillah lebih kurang dekat pukul tiga bekalan air pulih. Akupun mandi la...pakai sabun.

Bulan depan aku akan berada di sini. http://perlismtb.com/blog/ Tak sabar gak nak join. First time join pesta kayuh basikal ni. Tapi yang tak bestnya gerek aku tu jenis yang low end lah. Kebanyakan semi-pro kayuh ni depa punya gerek harga busuk-busuk 5k dengan frame ringan, gear dan absorber yang canggih mana la aku ada spare duit yang macam tu. Tapi tak kesahlah…aku joinlah dulu mana tahu datang mabuk tu nanti credit card sure boleh tolong…hehe.

Semalam aku gi Taiping ada khenduri. Lama tak pekena rendang tok. Kat Kedah tak pernah jumpa rendang tok…manjang kari daging jer…hehe. Dulu tak salah aku ada siri karton dalam komik Gila-gila yang selalu aku tengok bro aku baca….ada sketsa bertajuk From Taiping With Love, citernya pasal dua couple yang asyik berdating di Taman Tasek. Dekat salah satu jejantas di Lebuh Raya sebelum tol Kemunting ada iklan melancong ke Taiping dan tag line nyer “From Taiping With Love”…haha. Aku rasa ianya catchy.

Sebagai orang Ipoh, dulu Taiping sentiasa mencadi pekan second class kepada aku dan kengkawan. Kalau ada lawak member beli seluar jeans baru, kasut baru dlln…untuk menggambarkan komannyer benda-benda tu kita orang akan kata ianya made in Tepen..Levi’s made in Tepen, Adidas made in Tepen……etc etc.

Tapi Taiping adalah Bandar yang unik Bandar yang pernah menjadi ibu pejabat Pak Man Telo (bukan Telor ya tapi “te”seperti Teko) skim cepat kaya yang paling mengemparkan…yang membuat Daim Zainuddin cemburu. Dan sudah tentu Tepen adalah Bandar penuh sejarah kepada pembesar Melayu di Perak yang tidak dimiliki oleh bebudak Ipoh. Dulu-dulu juga pasukan Penjara Taiping ada player bolasepak Perak yang bro aku kata lebih hebat dari Mokhtar Dahari hehe itu dia punya pendapat lah sebab dia fanatik Pasukan Perak sebelum era kejo yop kejo….nama player tu Syed Ahmad. Sekarang ini pasukan bola Penjara Taiping dah takder dalam buku bolasepak Malaysia tetapi penjara itu adalah lambang perjuangan orang-orang yang berani yang semestinya tidak seperti aku lah.

Dan semestinya Lake Garden lebih cantik dari Tasek kat Putrajaya itu….hehe.

Monday, February 1, 2010

Februari sudah..

Sudah masuk bulan dua di tahun 2010. Ada 11 bulan lagi untuk diharungi jika panjang umur. Dekat akhir-akhir tahun 2009 ari tu seorang kawan…yang lama beno aku tak jumpa, menalipon aku. Last jumpa masa ambil kertas gulong dulu kat Tadika Smart Reader Kg Kerinchi Dalam, Sungai Siput, Kedah. Dari mana dia dapat phone nombor akupun tak tanya. Tak sampai 3 baris ayat dia cakap aku dah dapat cam suara dia. Tu la…kadang manusia ni tang part suara dan lenggok cakap sampai bila bila tak boleh ubah…macam aku jugak kot. Bila saja aku cam suara dia aku kata…”woi bila nak main terop…hang utang 3 kupang tak bayo lagi….hahaha” berdekah sakan jugak…lama aku tak gelak kuat.

Banyak benda yang baguih untuk kita ubah tapi banyak benda jugak yang kita tak suka berubah…atau tak tau nak ubah macam mana. Mat saleh kata be yourself gitu ker. Tapi kalau kita dah pandai sikit sikit mengaji dan kawan dengan orang-orang yang ada motivasi diri tentulah kadang-kadang keperluan untuk meninggalkan part-part yang tak berapa secucuk dalam aktiviti bersosial itu kita pelan-pelan cuba tukar…bayangkan kalau wa bekawan dengan Fadilah Kamsah (ker Kamsan)…penat dibuatnyer semua tabiat wa cam berbaur negetif jer manjang.

Dua bulan lepas aku balik kampong. Tiap kali aku balik kampong, kampong aku tu dari dulu sampai sekarang sama jer lah tak banyak berubah. Masa aku balik ari tu terkejut gak aku dah banyak taman-taman perumahan menghimpit kampong aku. Aku harap kampong aku tu masih ujud lagi sampai 100 tahun lagi...sebab ianya satu-satunya kampong rezab Melayu yang masih ada lagi di Ipoh. Biar takder pembangunan aku tak kesah. Tapi 100 tahun lagi apa relevannya lagi dengan wa…huhu.

Sejak jadi yatim piatu ni rumah pusaka kampong akupun dah nak reput takder berpenghuni. Hari tu bila aku masuk rumah pusaka tu aku nampaklah TV lama yang aku selalu nonton dengan famili aku. Macam-macam citer aku tengok melalui TV itu…dari cerita Hindustan macam Katipatang..Bobby…huhu…citer Jepun Rin Hanekoma…Citer P Ramlee...Hawaii 5 O…huhu. Jangan silap aku tengok tu melului koleksi DVD brader aku la…bukan saluran TV…zaman aku mana ader citer tu lagi main kat TV. Brader aku kata citer High Chapparal dan Combat yang sekarang ada tunjuk kat TV sekarang ni masa zaman dulu-dulu sangatlah popular. Suka jugak aku menengoknyer...cool la citer2 tu.

Oklah tu jer lama tak update blog sebenonyer…

Nak ucapkan Terima Kasih kepada yang ucapkan Happy Besday kepada wa tempoh hari…terutama ilham yang masukkan dalam entry jua…luv u bro!

…and I luv u all so much Room 222 (ni citer zaman ilham gak ni)…hehe

Dulukan lepas-lepas tengok citer perang teringin gak nak jadi askar…nanti ader awek nyanyi lagu ni…

Wednesday, December 30, 2009

2 hari ke 2010

Hampir kepenghujung tahun 2009. Masih ingat tahun lepas 2008 ketika aku dan ramai lagi pengundi layak, pergi mengundi pada bulan Mac. Waktu itu cita-cita dan harapan ramai orang adalah melihat satu perubahan besar di dalam lanskap politik di Malaysia. Ternyata cita-cita itu hampir berjaya terlaksana. Apabila ia entah bagaimana boleh tidak menjadi, ramai orang yang terharu. Sementara itu ramai orang yang suka dan melonjak gembira. Tidak sangka aku lebih setahun peristiwa itu telah kita tinggalkan, sedangkan masih diperkatakan orang hampir setiap hari. Berbalik kepada aku, akupun tidak sedar apakah setiap hari sepanjang tahun 2009 aku asyik merungut ini dan itu.

Kuncu manapun kita, tiap-tiap pagi kita kena bangun tidor. Pagi-pagi pekena Nescafe atau kopi Redix. “Hang tau..minum kopi pagi-pagi pun kadng-kadang orang kita nak jadikan isu…pasai aku order Nescafe bukan Redix…(dalam hati aku jawab darling wa suka necafe akupun suker…hehe)” Ramai orang ala bisness yang menjual ‘produk muslim’ kata...perjuangan yang besar itu bermula dengan perjuangan yang kecil. Menjadikan bunyinya lebih Islamik ianya adalah jihat perniagaan. Akupun tidak mahu mempertikalkan kebenarannnya. Namun sampai hari ini aku tercari-cari lambakan keuntungan perniagaan Islam yang disalurkan secara melimpah ruah untuk pembangunan ummah…atau kita memang jauh dari bersaing dengan mereka..Yahudi. Pointnya di sini adalah juga masa…sampai bila.

Pokok pangkalnya setiap hari kita dimakan masa dan masa sebenarnya penentu bagi kita..Tidak perlu aku menulis Surah Wal-Asr di sini…setiap kita selalu membacanya di dalam sembahyang… mudahnya ia dihafal dan jumlah ayatnya antara yang terpendek dan generasi dulu-dulu aku difahamkan ayat itu antara ayat wajib hafal dengan makna-maknanya sekali sebab ada kemungkinan masuk exam. ‘Masa’ itu sekarang telah hampir sampai ke tahun 2010.

Oklah tak mau seyes sangat…akupun bukanlah seorang yang seyes…banyak benda yang aku tak seyes….aku memerlukan lebih banyak formula keserioussan..untuk lebih berjaya…di dunia dan akhirat. Aku semakin gibab sebenonyer..dengan dialog komplain sana komplain sini yang berlaku di keliling bangsa kita…kalau kita guna formula ‘lantok ler..’ pun tak berapa betul..kalau kita ambil tahu sangatpun apa yang kita dapat…last last ‘depaaaaa juga yang dapat’...ha dah start komplain dah.

Para sahabat maya yang membaca dan yang terbaca…Selamat tahun baru 2010.

Lupa…kalau ada yang nak mulakan tahun baru dengan sedekah aku ada satu altenatif…. masukkan sedekah itu ke akaun Surau Al-Muhajirin Zon Anggerik [Bank Islam 02020010042607]..depa ni ada nak buat bangunan tambahan sikit. Kalau nak resit e-mail wa…income tax tak leh tolak…nanti claim kat Sana ya.

Friday, December 4, 2009

Dia

Selamat belated Hari Raya Korban. Minggu lepas aku berhari raya haji ke selatan. Hari raya haji selalunya bukanlah hari yang orang akan berjalan jauh, tidak seperti hari raya puasa. Sebenarnya aku ke selatan bukanlah disebabkan hari raya itu, tetapi berkunjung untuk menziarahi kematian seorang yang rapat dengan aku. Seorang yang kerap kali mengingatkan aku kepada aruah bapa, tentang kasih seorang bapa kepada anak-anak. Seorang yang pasti aku nantikan untuk kujabat tangannya jika bertemu di pagi raya atau hari hari lain jika berkesempatan bertemu. Kini dia telah pergi buat selamanya semuga Alah merahmati rohnya.

Berita kematian itu aku terima lewat malam. Ketika mata berkira-kira biri-biri dan mulut tidak berenti menguap. Aku kena ke sana segera. Memandu tanpa tidur dari kira-kira pukul 2.30 pagi, dari utara keselatan adalah pengalaman yang amat istimewa juga pada aku. Ketika hati teringat orang yang telah tiada, tangan memegang stering dan kaki menekan padel, terperasan aku, yang sebenarnya aku mengejar sesuatu yang telah tiada untuk aku lihat sebelum ia terus hilang dari pandangan mata.

Dan tadi hari hujan sedikit, setelah hampir 10 hari tidak hujan. Pelik sangat cuaca sekarang setengah negeri dilanda banjir, sedangkan di sini seperti kemarau di hujung tandok. Malah beberapa minggu lepas, sesetengah tempat disini dilanda banjir. Dan lagi...malam tadi langit berawan nipis dengan bulan mengambang penuh berbalam dicelah...."darling...cantiknya bulan itu". Perasaan photografik ini berakhir begitu saja apabila bulan ditelan awan yang mula sedikit menebal. Dan akhirnya…di sebelah larut malamnya aku teringat lagu Yuna dan aku merasa amat bersalah kerana belum bersedekah Yasin untuk aruah-aruah yang telah pergi meninggalkan aku sedang hati mahu menyanyi lagi. …tiba-tiba aku merasa syahdu…masih bernafas.