Wednesday, December 30, 2009

2 hari ke 2010

Hampir kepenghujung tahun 2009. Masih ingat tahun lepas 2008 ketika aku dan ramai lagi pengundi layak, pergi mengundi pada bulan Mac. Waktu itu cita-cita dan harapan ramai orang adalah melihat satu perubahan besar di dalam lanskap politik di Malaysia. Ternyata cita-cita itu hampir berjaya terlaksana. Apabila ia entah bagaimana boleh tidak menjadi, ramai orang yang terharu. Sementara itu ramai orang yang suka dan melonjak gembira. Tidak sangka aku lebih setahun peristiwa itu telah kita tinggalkan, sedangkan masih diperkatakan orang hampir setiap hari. Berbalik kepada aku, akupun tidak sedar apakah setiap hari sepanjang tahun 2009 aku asyik merungut ini dan itu.

Kuncu manapun kita, tiap-tiap pagi kita kena bangun tidor. Pagi-pagi pekena Nescafe atau kopi Redix. “Hang tau..minum kopi pagi-pagi pun kadng-kadang orang kita nak jadikan isu…pasai aku order Nescafe bukan Redix…(dalam hati aku jawab darling wa suka necafe akupun suker…hehe)” Ramai orang ala bisness yang menjual ‘produk muslim’ kata...perjuangan yang besar itu bermula dengan perjuangan yang kecil. Menjadikan bunyinya lebih Islamik ianya adalah jihat perniagaan. Akupun tidak mahu mempertikalkan kebenarannnya. Namun sampai hari ini aku tercari-cari lambakan keuntungan perniagaan Islam yang disalurkan secara melimpah ruah untuk pembangunan ummah…atau kita memang jauh dari bersaing dengan mereka..Yahudi. Pointnya di sini adalah juga masa…sampai bila.

Pokok pangkalnya setiap hari kita dimakan masa dan masa sebenarnya penentu bagi kita..Tidak perlu aku menulis Surah Wal-Asr di sini…setiap kita selalu membacanya di dalam sembahyang… mudahnya ia dihafal dan jumlah ayatnya antara yang terpendek dan generasi dulu-dulu aku difahamkan ayat itu antara ayat wajib hafal dengan makna-maknanya sekali sebab ada kemungkinan masuk exam. ‘Masa’ itu sekarang telah hampir sampai ke tahun 2010.

Oklah tak mau seyes sangat…akupun bukanlah seorang yang seyes…banyak benda yang aku tak seyes….aku memerlukan lebih banyak formula keserioussan..untuk lebih berjaya…di dunia dan akhirat. Aku semakin gibab sebenonyer..dengan dialog komplain sana komplain sini yang berlaku di keliling bangsa kita…kalau kita guna formula ‘lantok ler..’ pun tak berapa betul..kalau kita ambil tahu sangatpun apa yang kita dapat…last last ‘depaaaaa juga yang dapat’...ha dah start komplain dah.

Para sahabat maya yang membaca dan yang terbaca…Selamat tahun baru 2010.

Lupa…kalau ada yang nak mulakan tahun baru dengan sedekah aku ada satu altenatif…. masukkan sedekah itu ke akaun Surau Al-Muhajirin Zon Anggerik [Bank Islam 02020010042607]..depa ni ada nak buat bangunan tambahan sikit. Kalau nak resit e-mail wa…income tax tak leh tolak…nanti claim kat Sana ya.

Friday, December 4, 2009

Dia

Selamat belated Hari Raya Korban. Minggu lepas aku berhari raya haji ke selatan. Hari raya haji selalunya bukanlah hari yang orang akan berjalan jauh, tidak seperti hari raya puasa. Sebenarnya aku ke selatan bukanlah disebabkan hari raya itu, tetapi berkunjung untuk menziarahi kematian seorang yang rapat dengan aku. Seorang yang kerap kali mengingatkan aku kepada aruah bapa, tentang kasih seorang bapa kepada anak-anak. Seorang yang pasti aku nantikan untuk kujabat tangannya jika bertemu di pagi raya atau hari hari lain jika berkesempatan bertemu. Kini dia telah pergi buat selamanya semuga Alah merahmati rohnya.

Berita kematian itu aku terima lewat malam. Ketika mata berkira-kira biri-biri dan mulut tidak berenti menguap. Aku kena ke sana segera. Memandu tanpa tidur dari kira-kira pukul 2.30 pagi, dari utara keselatan adalah pengalaman yang amat istimewa juga pada aku. Ketika hati teringat orang yang telah tiada, tangan memegang stering dan kaki menekan padel, terperasan aku, yang sebenarnya aku mengejar sesuatu yang telah tiada untuk aku lihat sebelum ia terus hilang dari pandangan mata.

Dan tadi hari hujan sedikit, setelah hampir 10 hari tidak hujan. Pelik sangat cuaca sekarang setengah negeri dilanda banjir, sedangkan di sini seperti kemarau di hujung tandok. Malah beberapa minggu lepas, sesetengah tempat disini dilanda banjir. Dan lagi...malam tadi langit berawan nipis dengan bulan mengambang penuh berbalam dicelah...."darling...cantiknya bulan itu". Perasaan photografik ini berakhir begitu saja apabila bulan ditelan awan yang mula sedikit menebal. Dan akhirnya…di sebelah larut malamnya aku teringat lagu Yuna dan aku merasa amat bersalah kerana belum bersedekah Yasin untuk aruah-aruah yang telah pergi meninggalkan aku sedang hati mahu menyanyi lagi. …tiba-tiba aku merasa syahdu…masih bernafas.

Thursday, November 19, 2009

November Rain

Kecuali hari ini, hujan hampir setiap hari di sini sejak 3 minggu yang lepas. Setengah kawasan telah dilanda banjir. Aku belum sempat pergi melihat suasana banjir lagi atau mungkin aku malas untuk melihat banjir.

Selain daripada ini di tengah renyai hujan pada awal bulan yang lalu aku telah membuat satu panggilan selamat jalan kepada seorang sahabat yang mahu menunaikan haji. Satu tempoh yang lama juga aku menjadi sahabat karibnya semasa di Johor. Tiba-tiba dalam hati terasa ditinggalkan. Aku belum lagi dijemput menjadi tetamuNya. Aku juga mahu menjadi tetamu istimewa di sana dengan izinMu.

Bulan November hampir kepenghujung, bermakna 1 bulan lagu tahun baru akan tiba. Fuh!! cepatnya masa berlalu, umurpun makin pendik. Ada ketikanya kita mahu merasa sedikit tua dari sekarang dan ada masanya kita mahu rasa sedikit muda... atau kita mahu statik pada umur yang begini. Tapi sesuatu yang menariknya di dunia maya yang ramai orang kata bukan realiti usia adalah flexible. Jadi pada hari ini aku nak bayangkan aku berusia 70 tahun menonton vc ni dengan beberapa orang cucu...hehe

Thursday, November 5, 2009

Thursday, October 15, 2009

Boring

Sebenarnya perkataan boring ini pada aku adalah perkataan yang telah ditanam secara halus oleh musuh Islam ke dalam cara hidup kita. Di dalam menjalani hidup, kita tidak boleh sedetikpun berputus asa untuk bertekat menjadi orang-orang yang terpilih. Kalau ada masa lapang, kita tidak boleh sama sekali merasa boring jika kita isikan dengan ingatan kepadaNya. Seronok gak sekali-sekala bunyi ayat aku ni macam mengalahkan seorang ustaz. Persepsi tu penting kan!!. Boring tu adik beradik malaslah sebenarnya.

Musim perhimpunan Ameno ni RTM, TV3 dan yg seangkatan tak habih habihlah citer pasal himpunan itu. Membesar dengan kaedah pengulangan berita berkempentingan yang sebegini di TV dan di surat khabar adalah sesuatu yang sudah dianggap langli. Semalam aku terpandang gambar ibu-ibu berderetan membimbit/menyandang beg Ameno dengan berlatar belakangkan poster perhimpunan. Apa yang sedang aku nampak ialah kempen memperbaiki imej sedang secara gila-gila dilakukan oleh mereka. Kesimpulan kecil yang dapat aku buat ialah ahli-ahli kempen dan promosi masih cuba memanupulasi minda manusia tentang persepsi. Biar tidak sehebat dan tidak sejujur mana agenda yang dibawa secara pribadi dan berkumpulan, namun selagi persepsi yang dapat dicernakan ialah baik, bagus, hebat dan ada moral maka selagi itu mengaut sokongan bukanlah halangan.

Sejak kebelakangan ini aku cuba memahami beberapa kejadian dan simbol yang kurang aku fahami yang berlaku di keliling aku. Macam nak jadi simbologis lah pulak. Sebenarnya aku tidaklah jauh dari menjadi pakar simbol ni sebenarnya hehe..sebab ada 1 insiden aku telah diconsult oleh kakak aku tentang lambang yang terdapat pada rantai yang dipakai oleh anak sedara aku. Lambang yang pertama adalah seperti bintang di atas (macam lambang bendera Israel) dan separuh bulat di bawah. Akupun buat buat pandai aku kata lambang tu lambang Israel nak telan orang Islam. Entah betul entah idak tetapi lepas tu aku tak nampak anak sedara aku tu pakai rantai tu. Mengenai kejadian dan simbol tadi sebenarnya adalah intisari aku punya tahap pemikiran sekarang ini iaitu - tak tau nak piker apa (adik beradik boring la tu)

Semalam pulak aku beria-ria tidur awal kononnya pagi-pagi nak tengok Argentina lawan Uruguay, game idup dan mati tuh surelah best gila agaknya. Kunci jam dan aku berjaya bangun pukul 5.30. Bangun dan buat apa yang patut. Lepas tu aku tido balik. Haram langsung aku tak ingat tujuan sebeno aku bangun pagi. Tengok thestar.com tadi baru ler aku teringat.
.
Argentina menang 1-0.

Sunday, October 11, 2009

Dodoi....dodol

Lagu yang mendodoikan hari raya semakin tidak kedengaran lagi di radio. Sementara itu, aku baru menemui dodol pertama di musim raya ini. Hari ini aku tak ingat raya keberapa, malas pulak nak check kelender. Memang sepanjang raya kali ini aku tidak menjumpai dodol. Seperti spesis binatang yang hampir pupus, dodol sekarang ini sukar ditemui di upacara open house hariraya yang masih rancak berlangsung. Walaupun di Pekan Rabu dodol hampir dijual disetiap hari namun masa bukan raya takda keinginan aku hendak memakannya.Orang kata raya di Malaysia adalah tersendiri dengan sifat kemelayuannya. Sudah tentulah ianya ciri yang dimulai oleh orang Melayu di Malaysia sendiri.

Raya yang penuh jiwa kali ini sedikit kurang aku rasakan. Dari segi rating dengan raya-raya yang lalu kali ini aku rasa ianya hampir menduduki tangga terbawah dari sudut penghayatan raya. Apa yang aku rasakan apabila sampai pada satu tahap relevannya kita di dalam institusi kemanusiaan adalah atas dasar peranan yang kita mainkan. Di dalam suasana raya peranan itu bermain di antara pemberi dan penerima. Khusus untuk raya, pemberi kegembiraan itu dan penerima kegembiraan itu adalah subjek relevansi. Sedikit hambar peranan aku kali ini. Namun itu perasaan aku sahaja, sedangkan hakikatnya, aku melihat senyuman di bibir hampir semua orang ketika melihat aku ada.

Citer lain pulak, sesuatu yang aneh, aku baru perasan aku tidak simpan blog aku dalam senarai favorites. Biasanya bila aku nak masuk blog aku, aku pergi ke blog Vaart yang aku simpan dalam senarai favorites. Satu-satunya blog yang ada pautan dengan blog aku…hehe thanks bro!!. Sekarang ini beberapa blog yang aku rajin baca telah ditapis pengunjungnya. Bila aku cuba memahaminya aku akan berbalik kepada pendapat seorang kawan yang berkata blog adalah umpama rumah…kalau kita takda di rumah maka kenalah tutup. Mungkin akupun kena buat macam itu juga. Tapi aku punya blog ni sebenarnya bukanlah blog sangat ianya lebih kepada kertas conteng bagi aku sendiri. Catetan tentang sebelah fikiran yang baik baik belaka (pada pendapat aku la).

…selamat hari raya dan maaf zahir batin

Monday, August 24, 2009

Selamat menyambut Ramadhan

...dan selamat berpose..

Hari Ahad semalam aku pergi ke Econsave. Orang kata harga di pasaraya ini lebih murah berbanding Tesco dan Giant. Aku kurang pasti tentang hal itu, sebab aku tak dapat bandingkan secara sebelah-menyebelah harga sebungkus kopi Tongkat Ali Ginseng di Econsave, Tesco dan Giant.

Di situ, seperti aku juga, tidak ramai yang memakai topeng pelindung H1N1, Cuma beberapa kerat sahaja. Tiba-tiba aku terfikir bahawa kuman H1Ni adalah analogi yang terbaik untuk aku membandingkan iman yang berada di dalam jiwa. Sesuatu yang tidak kita nampak selalunya akan cepat terlalai dan terlupa. Apabila teringat bertapa besarnya ganjaran ibadah yang menanti kita di bulan Ramadhan ini aku hairan mengapa aku terus leka menunggu.

Salah satu tujuan aku ke Econsave adalah untuk membeli ikan bilis. Ikan bilis sekarang telah siap dikopek. Teringat masa aku di Johor dulu, aku dan member-member serumah di bulan puasa camgini selalu gak kitaorang masak masak, terutama kat ujung bulan dan member yang dah dekat nak kawin tengah kemut simpan duit. Aku yang baru berkecimpong di dunia rumah bujang ini terkedu gak kena potong bawang, sayur dan kopek ikan bilis. Kalau tak tolong…miss soru la wa. Ketika mengopek ikan bilis itu aku merungut apsallah takder ikan bilis yang siap dikopek. Chip kook rumah bujang itu cepat memperli aku, katanya sebab tak ramai orang malas macam aku. Ternyata dia silap, sekarang ini nampak pelik sangat kalau ikan bilis yang dijual tidak dikopek.

Pejam celik pejam celik, Ramadhan datang lagi rupanya. Alhamdulillah telah dipanjangkan umur kita. Sebagaimana janji di setiap Ramadhan, kali ini pencapaiannya harus mengatasi Ramdhan yang lalu. Rekod harus sentiasa diperbaiki dan pencapaian harus sentiasa disetkan sasaran baru. Satu lagi yang aku dapat rasakan Ramadhan ke Ramadhan semakin pendek semakin pantas dan agaknya ianya adalah amaran kepada kita untuk cepat meninggalkan kelaroran dunia. Sementara itu latihlah diri kita memakai topeng H1N1 terutama ketika meronda membeli juadah berbuka puasa, Sesuatu yang kita tidak nampak itu akan lebih terkesan dari yang kita nampak…kan...

Nak makan apa hari ni ya…