Thursday, November 19, 2009

November Rain

Kecuali hari ini, hujan hampir setiap hari di sini sejak 3 minggu yang lepas. Setengah kawasan telah dilanda banjir. Aku belum sempat pergi melihat suasana banjir lagi atau mungkin aku malas untuk melihat banjir.

Selain daripada ini di tengah renyai hujan pada awal bulan yang lalu aku telah membuat satu panggilan selamat jalan kepada seorang sahabat yang mahu menunaikan haji. Satu tempoh yang lama juga aku menjadi sahabat karibnya semasa di Johor. Tiba-tiba dalam hati terasa ditinggalkan. Aku belum lagi dijemput menjadi tetamuNya. Aku juga mahu menjadi tetamu istimewa di sana dengan izinMu.

Bulan November hampir kepenghujung, bermakna 1 bulan lagu tahun baru akan tiba. Fuh!! cepatnya masa berlalu, umurpun makin pendik. Ada ketikanya kita mahu merasa sedikit tua dari sekarang dan ada masanya kita mahu rasa sedikit muda... atau kita mahu statik pada umur yang begini. Tapi sesuatu yang menariknya di dunia maya yang ramai orang kata bukan realiti usia adalah flexible. Jadi pada hari ini aku nak bayangkan aku berusia 70 tahun menonton vc ni dengan beberapa orang cucu...hehe

4 comments:

Anonymous said...

Mana lagu Gun & ROses tu Bok D. VC katun manga jerk.


Lara

Hazelsyd said...

dear bokd,

Selamat hari raya aidiladha, maaf zahir & batin. Balik ipoh ker? Drive safe!

Tim-admin said...

muantap

BokD said...

Lara, lain sikit kan..

H, Selamat hari raya...tak balik ipoh lalu jer..

Pakpak,
Sila masuk..muantap tu mantap kan..