Tuesday, February 24, 2009

Hujan 9

Alhamdulillah di sini hujan sadah mula turun sejak 3-4 hari lalu. Kebetulan banyak orang memperingati pemergian Allahyarham Sudirman yang mendendangkan lagu berjodol “Hujan” yang paling popular….hujan bagaikan mutiara…cantik kata kata ini. Namun begitu secara peribadi aku lebih suka lagu tema hujan “Tunggu Sekejap” dari Allahyarham P Ramlee. Lagu ini pada aku adalah mengenai harapan. Pada aku sememangnya cuaca adalah mengenai harapan. Dari satu harapan kepada harapan yang lain.

hujan kembali turun
dengarkan derunya sayang…
besok kemarau datang lagi
kita tidak pernah tahu bila…


Kenapa orang Malaysia sangat suka berpolitik. Tabiat ini menunjukkan kegilaan kuasa adalah ditahap kritikal di Malaysia ini. Di suatu pihak mahu terus berkuasa kerana merasa sedapnya duduk di atas seperti dunia ana yang punya, di satu pihak pula mahu “berjuang” nak membetulkan keadaan yang tak betul. Bila masa agaknya depa ni berfikir untuk meningkatkan taraf hidup rakyat jelata. Contohnya sebelum hujan turun dua tiga hari lepas keadaan panas yang menjadi jadi hutan terbakar sana sini, nyamuk aedes bermaharaja, orang dibuang kerja bersepah dan kuli Bangla tak bertuan makin ramai. Kenapa tidak masa panas terik itu digunakan untuk untuk membersih longkang dan peparitan yang tersumbat agar bila hujan nanti tidak berlaku banjir….longkang belakang rumah wa tersumbat tu. Semuanya seakan tidak dipeduli. Aku berani bertaruh ia hanya akan dipeduli apabila ada pembangkang yang mempolitikkan isu itu. Balik-balik balik politik juga. Inilah akibatnya apabila kuasa menjadi tiket untuk menjadi senang bukan lagi amanah dan tanggungjawab. Semua tindakan dan perbuatan dibuat bukan dengan tanggungjawab tetapi atas dasar kepentingan diri.

Kebelakangan ini pulak berlaku hal hal pribadi yang buruk digunakan untuk menjatuhkan lawan politik. Bermula dengan kes DSAI sehingga kini rasanya banyak sangat kaedah yang sebegini dilakukan. Nampaknya gejala fitnah dan membuka keburukan orang telah menjadi-jadi. Jika kita ingat bila kaedah politik kotor ini digunapakai dalam era merdeka di Malaysia sudah tentulah kita akan berjumpa dengan seorang mamak. Sejarah berulang jika kita kaji balik sejarah kesultanan salah satu sebab utama kejatuhannya adalah kerana gejala fitnah dan membuka pekong orang lain..

Semua itu semua orang sudah tahu. Lalu apa nak jadi pada kita. Tengok saja ?. Sebab itu agaknya zaman koboi di Amerika setiap orang ada pistol. Keadilan akan terbentuk apabila semua orang mempunyai hak yang sama untuk menegak keadilan. Sheriff berkuasa untuk menembak penjahat tetapi Sheriff yang korap juga akan ditembak oleh penegak keadilan yang baik. Penegak keadilan yang baik itu ialah rakyat sendiri yang tertindas oleh kegilaan kuasa ahli politik.

Aku bukanlah mahu mencadangkan benda yang tidak bertamuddun seperti itu. Apa yang aku cuba katakan di sini ialah apakah cara yang kita ada. Cara bagaimana kita mahu memecah gerigi besi yang memperisai kuasa orang orang politik yang tidak mahu melihat kita dari sudut kebajikan social tetapi melihat kita sebagai batu loncatan untuk dipergunakan pada masa pilihanraya sahaja. Setakat ini aku tiada jawapan dan sudah hilang kepercayaan kepada ahli politik…..wa bengkek ni. Padanya aku lihat keaiban, skandal, prajudis, belot, bohong, fitnah, sandiwara, penindasan dan gila kuasa.

Wednesday, February 18, 2009

Kumpulan hujan


lama tak hujan.

Monday, February 16, 2009

Pasar malam

Pergi ke pasar malam tempoh hari. Waktu sudah di hujung asar menghampiri maghrib. Orang ramai tanpa dijemput jemput datang berpusu pusu macam tiada waktu lain…akupun samalah. Dasyatnya berpusu-pusu sehinggakan hendak berjalanpun susah. Tetapi sesuatu yang menarik tanpa disuruh suruh secara semula jadi orang ramai yang datang telah membentuk aliran dua hala. Di satu aliran orang ramai bergerak memasuki kawasan pasar malam melalui tempat letak kereta sedelah kanan jalan dan berpusing seperti satu bulatan keluar kearah tempat kereta yang sama membentuk satu pusingan bulatan. Perkara yang sama berlaku di tempat letak kereta di sebelah restoren mamak. Aku parking kereta aku di sebelah restoren mamak.

Kecuali kereta, peti ais, aircon dan rumah, hampir semua benda ada dijual di sini. Sebenarnya aku nak beli apam balik….pasal nama dia apam balik akupun tidak tahu.. ianya adalah kueh kegemaran aku di pasar malam itu. Sebelum aku beli apam balik…. disebabkan aliran pusingan semula jadi yang telah terbentuk tadi, aku terpaksa melalui tempat jualan kopok leko, ikan, sayur, baju, CD, screw driver, spana, jarum, pemotong kuku, pencabut kening, sabun kambing, jamu, belon, coli, pembaris, ikan kering, kaki ayam, slipar jepun, lampu picit, burger, hotdog, ikan pekasam, radio made China, handphone secondhand, kasut second hand….curi kat masjid kot ni, mainan budak budak, kaset ugama, ubat gatal, jagong, bulu ayam, kerusi rotan, gunting lipat, minyak rambut, seluar jeans bundle dan macam macam lagi.

Selepas membeli apam balik dan beberapa barang lain aku pun menuju ketempat parking untuk balik. Di restoren mamak yang membuka TV, azan maghrib Wilayah Persekutuan dan kawasan-kawasan yang sewaktu denganya sedang berkumandang. Ini bermakna 7 minit lagi waktu maghrib akan masuk di sini. Berduyun orang ramai di pasar malam itu yang baru sampai pun berduyun juga. Di dalam hati aku berkata tentulah sebahagian besar mereka ingin memboikot Tesco. Tanpa berperasangka buruk tentang masa yang dipilih akupun pulang kerumah.

Beberapa hari ini aku asyik teringat tentang mengucapkan selamat tinggal kepada sesuatu yang aku suka dan sayang. Jika diberi opsyen samada aku yang harus mengucapkan selamat tinggal atau aku yang diberi ucapan itu sudah tentulah aku memilih opsyen yang kedua. Seperti ego sipengecut….hakikatnya ianya lebih mudah untuk melupakan sesuatu apabila ianya bukan di atas kawalan kita…penyelesaian yang nampak logik…apa nak buat bla bla bla… Sebenarnya banyak benda yang pernah aku lakukan pada suatu masa dahulu yang akhirnya aku menjadi terlalu taksup dengan perbuatan itu. Taksup sehingggakan aku amat bergantung kepada benda benda tersebut sehingggakan untuk meninggalkannya adalah mustahil. Dalam situasi mustahil itulah aku akhirnya mengalah dan membuat andaian sendiri bahawa sesuatu yang kita suka dan sayang akan kekal selamanya begitu walau apapun terjadi. Kekal begitu. Selamat tinggal bukanlah ucapan yang relevan.

Saturday, February 7, 2009

Slippery Senoritas

Rabu baru ni. Aku tak leh mengelak.

6.00pm. Lepas jer meeting kat Penang ngan bos beso dia dan depa depa yang lain ajak dinner kat seafood restaurant. Aku nak cari excuse nak blah tapi silap stategi aku numpang member…[cina gak la dia ni.] Boss nak belanja pulak tu….tolak kang tak best pulak…kena jadi kaki jet ski gak sekali sekala.

7.30pm. Maka akupun makan….siut!! sedap bebenolah pulak.ikan kerapu spisis yg kata depa kata bertaraf 7 stars…aku balon lah…7 ker 5 ker 3 ker dia bunya stars…[kat rumah aku sebat ikat temenongpun dah kira sedap]…ini kan pulak spisis 7 stars. Ketam lagi udang lagi..lala..lagi….bedal jer la..free lagi. Kenyang yakmat...susah nak cakap.

8.45pm.. Lepas dinner aku ingat dah boleh belah…tup tup..ada pulak agenda lain…depa-depa ni ajak pulak gi minum minum…[ooi apek…soli geng.. wa tatak minum. Wa minum kalo wa kena bakar]. Alamak wa tumpang member maaa…kena ikut gak..

9.00pm kali ni Restaurant & Pub….welcome tu Slippery Senoritas..hua hua…[wa tak suka ini tempat lah]..hehe…tipu tipu wa sudah lama tak gi pub pub ni….jadi ok gak la try jadi bebudak sekali sekala….[bukan tua pun baru 21 taun…hehe] Depa nak menegok… [wa bersubahat!! Wa bersubahat!!!..huhu] wa minum coke jer la….[Astaga…baru ari tu nak boikot coke]… Mabuk coke la wa…tetiba…[Woi!! James Blunt… my life is brilliant too beb!!!]… Itu aweks kena brandy tu..taquila..taquila..senyum kat I kat subway….[mana ada subway daa]. ..tapi dia cam fuc..eh fliying high lah….luk.


9.15pm…[Woi brader bar tender mana wa punya coke ha ?…on the rocks…no straw..tak macho la ada straw]. ..Wahh!!!.. itu 18sx vc kat TV monitor beb….sapa itu Destinys Child ka….say my name say my name..[wa prefer Inol la gelek garudinya hebat sekali seh]

9.30pm….wah ada live band…..[ini apa?].. Pilipina mali. Cis kek....mamat ni nyanyi lagi JM…I’m urs…..kat stage tu ada 2 aweks sexy ya’adoi….[hallo Senoritas… ada free ka ini mlm…??] hihi..haha. .. [Cek pikiaq apa ni.…tuwih tuwih???] …tapi kiri punya senorita dia asyik merenung wa jer….wa tunduk malu..

10.00pm eh tadi itu aweks tegok brandy..sudah ilang gi mana….oo kat situ…. Dia sudah gelek sakan..stone stone...[hi…boleh I anto balik..cis… wa pikir apa ni.blah blah]….

10.30pm woi bila nak belah ni…ehh..sedap pulak lagu..ni…lagu baru zaman wa…..[band boys…hangpa tak kesian ker kat boss wa ni…fasallah takder Otel California…UB40..Red red Wine ker…..No Woman no cry la geng!!....[band boy kata…woi yoep itu lama punya pub la….ni 2009]

11.00pm… Itu aweks Taquila aku tak rasa dia mabok….tak tak dia boleh senyum lagi..must be angel with a smile in her face…[pak lebai kata…mana ada angel la kat sini tu setan lah….sialan…wa kena basuh muka ni….]
.
Darling 1.00am saya sampai kat rumah. Tak sembahyang Isyak lagi tu….

Semalam…3.30pm. MB Pas Perak digulingkan..

Thursday, January 29, 2009

Layang layang

Terima kasih kawan kawan yang singgah kat sini dan pd yang memberikan ucapan happy birthday sama ada di sini, di halo Ilham dan di e-mail. Ilham, teesh, darling, H, aya, misa, eva, jane dlln. Ucapan dan doa kalian sangatlah bermakna. Ianya mengingatkan aku bahawasanya aku sudah masuk ke alam remaja…..hehe....dan zaman bermain layang layang telah lama ku tinggalkan. Kebetulan aku menyambut besday dengan cuti. Seronak jugak bila semua orang bercuti di hari jadi aku. Terima kasih kerajaan Barisan Nasional yang telah mengisytiharkan cuti walaupun ianya kebetulan jatuh pada hari kedua raya Cina. Lebih terharu lagi cuti umum itu disokong oleh Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri kelahiran Lan pet pet Kedah, ngeri kelahiran DSAI Pulau Pinang, negeri kelahiran teman Perak, negeri kelahiran M rajoli Kelantan dan negeri kelahiran darling Selangor.…kehkeh.

Cuti tahun raya Cina tahun ini bersambung dengan hari Sabtu dan Ahad. Salah satu cuti yang ditunggu oleh kebanyakan orang sebab ada 2 hari. Biasanya tarikh ini ramai yang ambil kesempatan bercuti cuti. Aku tak jalan mana mana lepak dekat rumah kebetulan ada Australian Open lepak jerlah depan TV. Aku perasan Mat Saleh ni kalau berjemur sebiji macam penguin bersantai dekat tepi laut. Apa apapun Nadal nampak kuat tahun ini. Sebenarnya itulah raya Cina pada aku..melepak. Pada zaman budak budak dulu kalau raya Cina kegemaran aku adalah menyepak balut angpau kalau kalau ada angpau yang tersilap buang. Malah ramai budak budak zaman itu bermimpi menjumpai angpau ada isi dibaung di tepi jalan. Walau bagaimanapun setahu aku kawan kawan aku dan aku tidak pernah bernasib sedemikian baik. Raya cina juga pada satu masa di dalam hidup aku… ketika aku bekerja di sebuah organisasi yang ramai orang orang kaya Cina…raya cina adalah pesta open house. Satu yang aku suspek depa ni kalau bab menjamu tetamu Melayu biasanya mereka ambil berat juga soal halal. Pada masa itulah orang Melayu yang buat catering dapat tempahan yang banyak juga. Selain daripada itu pada aku raya Cina tidak lain adalah tarikh yang dinanti untuk bercuti direct 2 hari.


Raya cinapun kadang kadang kita boleh ingat cerita lama juga. Semasa zaman kanak kanak dulu, ketakutan yang paling gerun pada aku adalah apabila membayangkan malam yang gelap pekat dan sungai yang besar lagi dalam. Aku selalu ada membayangkan bagaimana kalau ketika aku menaiki Jambatan Iskandar di Sungai Perak tiba-tiba jambatan itu patah dua di tengah malam yang gelap gelita. Aku akan cuba bergayut di jambatan yang patah tetapi akhirnya aku pasti aku akan jatuh lemas dibaham air sungai ditengah gelap pekat malam. Banyak benda lagi yang aku takut, sebenarnya tetapi ketakutan-ketakutan itu semua adalah kebanyakannya bayangan dan rekaan aku sendiri. Ketakutan-ketakutan itu banyak yang terhapus dengan peredaran masa dan usia. Istilah takut juga semakin berkembang mengikuti peredaran tersebut. Takut bukanlah istilah negetif dan bukanlah juga positif pada setiap masa seperti juga berani….Abu Lahabpun seorang yang berani tetapi bukanlah ia seperti beraninya Saidina Umar Al-Khatab. Ketakutan dan keberanian itu pada aku telah memainkan peranan besar di dalam cara hidup aku sekarang.

Tiada cerita yang menarik kebelakangan ini. Hanya ada tiga benda yang menarik perhatian aku Pertamanya perlantikan dan pengesahan Obama menjadi Presiden menambahkan lagi tanda akhir zaman yang nyata. Seorang berkulit hitam dari bangsa hamba abdi menjadi ketua sebuah kuasa besar. Kedua TV3 semakin menonjolkan Najib dengan bininya memencilkan Pak Lah bini dan KJ serta memberi ruang kepada Mamak bercakap banyak sesuatu yang sangat aku meluat sekarang ni. Ketiganya di sini dikhabarkan kepada aku banyak kilang yang ditutup, diberhentikan operasi dan dikurangkan kapasiti.
Beberapa hari yang lalu di suatu petang aku ronda-ronda. Rupa rupanya sekarang musim main layang layang. Layang-layang sekarangpun berbagai corak dan rupa menjadikan ianya lebih menarik bila terbang dengan keadaan cuaca di sini sekarang yang panas tetapi berangin. Semuga layang layang yang cantik itu memberi sedikit ketenangan kepada musim kemarau yang hampir tiba. Teringin gak nak mencuba skill lama ...melayang layang layang.

Thursday, January 15, 2009

Sebelum ambil MC

Sesuatu yang kita rasa amat tertekan ketika ini adalah pencabulan Israel keatas Palastein. Tertekan juga bila kita merasakan kita orang Islam dibuli dengan sewenang wenang oleh bangsa Yahudi dan Amerika. Sesekali terlintas kekesalan dan merasa diri seperti pengecut apabila kita hanya mampu berdoa dan berdoa. Namun setelah kita betul betul yakin bahawa doa sebenarnya adalah senjata paling canggih yang kita miliki. Tiada senjata yang boleh menandingi kehebatan doa kerana ianya adalah rayuan hamba kepada pemilik yakni Tuhan Yang Maha Berkuasa. Peristiwa di Palastein menjadikan kita insaf bahawa musuh Islam dan bangsa yang dilaknat Alah sentiasa mencari peluang membinasakan kita. Secara fizikal mungkin mereka mampu tetapi perisai kita yang terakhir ia itulah..iman Insyaallah tidak mungkin dapat digugat dengan kereta kebal dan roket.

Hari ini aku nak ambil MC. Hidung sebat dari semalam pernafasan banyak pakai mulut. Nak citer sikit….minggu yang lepas aku menghadiri satu majlis kenduri kawin. Dekat dekat sini juga tak jauh dari Sungai Petani. Aku datang agak lewat hampir pukul 3 petang. Sesampai rumah pengantin aku dengar bunyi musik yang kuat dan orang ramai berpusu. Ada kugiran rupanya. Semuanya orang lama dari pemain musik hingga penyanyi. Mereka main lagu 60an…sedap suara penyanyi dia. Teringat aruah M Shariff yang pernah menjadi fenomena ketika mempolularkan irama pop yeh yeh di kalangan genarasi muda 80an …seperti yang diceritakan oleh sepupu tiri kawan abang aku….hehe. Sebenarnya irama 60an bukanlah dari selera musik aku tetapi di majlis itu aku macam tergoyang kaki juga. Lain juga musik live dengan lagu yang didengar melalui radio. Live music ni betul betul membawa kita dekat dengan lagu bunyi bass jer dah bergegar dada. Bila hampir balik aku diberitahu penyanyi itu adalah L Ramlee…oo rupanya ada L Ramlee selain dari P Ramlee, A Ramlee dan R Ramlah..hehe.

Kenduri kawin dengan berlatarkan musik bukanlah sesuatu yang popular di Kedah. Kebanyakan tempat telah dikempen oleh ustaz ustaz agar majlis yang baik jangan dicampur adukkan dengan benda benda yang melalaikankan dan lagho. Sesetengah tempat kahwin yang aku hadiri bersandingpun tidak dilakukan Malahan tempat makan perempuan dan lelakipun diasingkan. Aku tidak ada masalah terhadap semua itu tambahan pula ianya berkaitan hukum dan sesuatu yang dituntut dalam Islam. Sejahteralah kepada yang mampu mengikutnya. Kalau kita mahu berbahas tentang adat dan tututan agama sampai bilapun tidak habis. Aku selalu ambil jalan tengah menghadiri kenduri yang dijemput itu adalah wajib jika tidak menyusahkan. “Menyusahkan” di sini pada aku bukanlah secara fizikal sahaja tetapi termasuklah jika kita merasakan menghadiri kenduri itu menimbulkan subahah kepada perkara perkara melalaikan dan lagho itu tadi. Masalah ini terlalu kecil untuk digaduhkan…sedangkan masalah yang lebih besar disebalik majlis kahwin itu ialah sesetengah orang jahat yang tidak berkahwin beromen merata rata. Roket dan kereta kebal Yahudi tak mampu membinasakan iman kita tetapi part ini banyak iman yang telah runtuh terkulai di lembah maksiat. Mampukah kita menang di sana jika kita tewas berperang disini.

Thursday, January 1, 2009

Per-utus-an tahun baru...konon nyer la

Selamat tinggal 2008.

Di dalam perkara perkara kehidupan sekali sekala kita menemui jalan buntu. Di dalam dunia sukan, terjun papan anjal adalah bandingan terbaik kepada situasi di atas. Sekiranya sukan lain memaparkan aksi pertarungan, sukan papan anjal adalah aksi penerjunan. Apabila sampai penghujung papan, untuk menang penerjun perlu terjun dengan pelbagai akti mengikut kategori. Pemenang adalah penerjun yang mempersembahkan terjunan yang cantik dan kadar kocakan air yang sedikit ketika anggota badan menerjah ke kolam. Jadi, jika sesekali kita temui jalan buntu bayangkan kita berada dihujung papan anjal.

Selalunya perkara perkara kehidupan bagi orang biasa macam aku ini, situasi untuk terjun itu memang sangat jarang berlaku. Namun sebagai orang biasa, aku juga punyai naluri untuk merasai keseronokan menyelesaikan sesuatu. Aku sangatlah berterima kasih kepada pencipta kalender yang mengukur masa secara hari, minggu, bulan dan tahun. Disebabkan banyak benda yang diukur usianya mengikut tahun, jadi tempoh setahun adalah kaedah pandangbalik yang paling berkesan untuk melihat diri di dalam situasi pencapaian. Semalam selesai sudah satu tahun. Ketika aku mencari pencapaian yang paling signifikan, aku akur bahawa kehilangan bapa adalah perkara terbesar yang berlaku di dalam kehidupan aku pada tahun 2008. Jika aku boleh melihat ia sebagai pencapaian aku sangat terharu dan rasa “dihargai” kerana di rumah aku berakhir kehidupannya.

Selamat tahun baru kepada semua sahabat maya tercinta…..hari ini bermula tahun 2009... tahun ke empat puluh selepas tahun 69 hehe...

Di peringkat antarabangsa sekali lagi kita bakal menaruh geram dengan kebiadapan Israel. Segala maki hamun untuk bangsa yang dilaknat Allah ini. Bangsa yang sanggup mebunuh nabi mereka….membunuh bangsa lain adalah kacang putih. Namun sebagai manusia dan umat terpilih kita sesekali tidak akan berhenti mengharap satu lagi perang Badar akan berlaku di dunia ini. Lambat laun pasti kemenangan itu di pihak kita.

Sementara itu di negara kita sendiri, amaran kemelesetan ekonomi seolah menjadi siulan penganalisa ekonomi. Lagu dan iramanya sidikit berlainan ketika didendang oleh ahli politik. Apa apapun kita harus bersedia untuk sebarang kemungkinan. Kepayahan ekonomi adalah dugaan Allah yang ternyata menguji iman si kaya dan si miskin. Di dalam situasi politik, agenda media popular semakin menampakkan keberkesanan untuk mengembali sokongan kepada golongan racial secular. Secara teorinya di dalam setiap krisis ada yang akan menangguk.

Selamat datang 2009.