Monday, February 16, 2009

Pasar malam

Pergi ke pasar malam tempoh hari. Waktu sudah di hujung asar menghampiri maghrib. Orang ramai tanpa dijemput jemput datang berpusu pusu macam tiada waktu lain…akupun samalah. Dasyatnya berpusu-pusu sehinggakan hendak berjalanpun susah. Tetapi sesuatu yang menarik tanpa disuruh suruh secara semula jadi orang ramai yang datang telah membentuk aliran dua hala. Di satu aliran orang ramai bergerak memasuki kawasan pasar malam melalui tempat letak kereta sedelah kanan jalan dan berpusing seperti satu bulatan keluar kearah tempat kereta yang sama membentuk satu pusingan bulatan. Perkara yang sama berlaku di tempat letak kereta di sebelah restoren mamak. Aku parking kereta aku di sebelah restoren mamak.

Kecuali kereta, peti ais, aircon dan rumah, hampir semua benda ada dijual di sini. Sebenarnya aku nak beli apam balik….pasal nama dia apam balik akupun tidak tahu.. ianya adalah kueh kegemaran aku di pasar malam itu. Sebelum aku beli apam balik…. disebabkan aliran pusingan semula jadi yang telah terbentuk tadi, aku terpaksa melalui tempat jualan kopok leko, ikan, sayur, baju, CD, screw driver, spana, jarum, pemotong kuku, pencabut kening, sabun kambing, jamu, belon, coli, pembaris, ikan kering, kaki ayam, slipar jepun, lampu picit, burger, hotdog, ikan pekasam, radio made China, handphone secondhand, kasut second hand….curi kat masjid kot ni, mainan budak budak, kaset ugama, ubat gatal, jagong, bulu ayam, kerusi rotan, gunting lipat, minyak rambut, seluar jeans bundle dan macam macam lagi.

Selepas membeli apam balik dan beberapa barang lain aku pun menuju ketempat parking untuk balik. Di restoren mamak yang membuka TV, azan maghrib Wilayah Persekutuan dan kawasan-kawasan yang sewaktu denganya sedang berkumandang. Ini bermakna 7 minit lagi waktu maghrib akan masuk di sini. Berduyun orang ramai di pasar malam itu yang baru sampai pun berduyun juga. Di dalam hati aku berkata tentulah sebahagian besar mereka ingin memboikot Tesco. Tanpa berperasangka buruk tentang masa yang dipilih akupun pulang kerumah.

Beberapa hari ini aku asyik teringat tentang mengucapkan selamat tinggal kepada sesuatu yang aku suka dan sayang. Jika diberi opsyen samada aku yang harus mengucapkan selamat tinggal atau aku yang diberi ucapan itu sudah tentulah aku memilih opsyen yang kedua. Seperti ego sipengecut….hakikatnya ianya lebih mudah untuk melupakan sesuatu apabila ianya bukan di atas kawalan kita…penyelesaian yang nampak logik…apa nak buat bla bla bla… Sebenarnya banyak benda yang pernah aku lakukan pada suatu masa dahulu yang akhirnya aku menjadi terlalu taksup dengan perbuatan itu. Taksup sehingggakan aku amat bergantung kepada benda benda tersebut sehingggakan untuk meninggalkannya adalah mustahil. Dalam situasi mustahil itulah aku akhirnya mengalah dan membuat andaian sendiri bahawa sesuatu yang kita suka dan sayang akan kekal selamanya begitu walau apapun terjadi. Kekal begitu. Selamat tinggal bukanlah ucapan yang relevan.

6 comments:

jane said...

salam bokD,

kalau benar2 sayang...lepaskanlah ia...!

Hazelsyd said...

Hi BokD,

pekabo yop?

Anonymous said...

assalamualaikum...

banyak kali kena baca entry nih
mendalam sungguh tapi.....

bukan semua yg kita sayang boleh disimpan
bukan semua yg kita benci perlu di buang

Anonymous said...

salam bokD,

mendalam sungguh! sebagai pembaca, ada beberapa andaian yg terlintas di fikiran i.

but i like what u wrote there:

"Dalam situasi mustahil itulah aku akhirnya mengalah dan membuat andaian sendiri bahawa sesuatu yang kita suka dan sayang akan kekal selamanya begitu walau apapun terjadi. Kekal begitu. Selamat tinggal bukanlah ucapan yang relevan."

couldn't agree with u more!

Sofya said...

salam Bok D..

utk ucapkan selamat tinggal..perlukan kekuatan dan keyakinan.


yang penting..jgn sekali2 kita menyesali atas ucapan selamat tinggal yg telah kita lafazkan..

BokD said...

salam semua...apa yang korang katakan tu memang betul..