Thursday, January 29, 2009

Layang layang

Terima kasih kawan kawan yang singgah kat sini dan pd yang memberikan ucapan happy birthday sama ada di sini, di halo Ilham dan di e-mail. Ilham, teesh, darling, H, aya, misa, eva, jane dlln. Ucapan dan doa kalian sangatlah bermakna. Ianya mengingatkan aku bahawasanya aku sudah masuk ke alam remaja…..hehe....dan zaman bermain layang layang telah lama ku tinggalkan. Kebetulan aku menyambut besday dengan cuti. Seronak jugak bila semua orang bercuti di hari jadi aku. Terima kasih kerajaan Barisan Nasional yang telah mengisytiharkan cuti walaupun ianya kebetulan jatuh pada hari kedua raya Cina. Lebih terharu lagi cuti umum itu disokong oleh Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri kelahiran Lan pet pet Kedah, ngeri kelahiran DSAI Pulau Pinang, negeri kelahiran teman Perak, negeri kelahiran M rajoli Kelantan dan negeri kelahiran darling Selangor.…kehkeh.

Cuti tahun raya Cina tahun ini bersambung dengan hari Sabtu dan Ahad. Salah satu cuti yang ditunggu oleh kebanyakan orang sebab ada 2 hari. Biasanya tarikh ini ramai yang ambil kesempatan bercuti cuti. Aku tak jalan mana mana lepak dekat rumah kebetulan ada Australian Open lepak jerlah depan TV. Aku perasan Mat Saleh ni kalau berjemur sebiji macam penguin bersantai dekat tepi laut. Apa apapun Nadal nampak kuat tahun ini. Sebenarnya itulah raya Cina pada aku..melepak. Pada zaman budak budak dulu kalau raya Cina kegemaran aku adalah menyepak balut angpau kalau kalau ada angpau yang tersilap buang. Malah ramai budak budak zaman itu bermimpi menjumpai angpau ada isi dibaung di tepi jalan. Walau bagaimanapun setahu aku kawan kawan aku dan aku tidak pernah bernasib sedemikian baik. Raya cina juga pada satu masa di dalam hidup aku… ketika aku bekerja di sebuah organisasi yang ramai orang orang kaya Cina…raya cina adalah pesta open house. Satu yang aku suspek depa ni kalau bab menjamu tetamu Melayu biasanya mereka ambil berat juga soal halal. Pada masa itulah orang Melayu yang buat catering dapat tempahan yang banyak juga. Selain daripada itu pada aku raya Cina tidak lain adalah tarikh yang dinanti untuk bercuti direct 2 hari.


Raya cinapun kadang kadang kita boleh ingat cerita lama juga. Semasa zaman kanak kanak dulu, ketakutan yang paling gerun pada aku adalah apabila membayangkan malam yang gelap pekat dan sungai yang besar lagi dalam. Aku selalu ada membayangkan bagaimana kalau ketika aku menaiki Jambatan Iskandar di Sungai Perak tiba-tiba jambatan itu patah dua di tengah malam yang gelap gelita. Aku akan cuba bergayut di jambatan yang patah tetapi akhirnya aku pasti aku akan jatuh lemas dibaham air sungai ditengah gelap pekat malam. Banyak benda lagi yang aku takut, sebenarnya tetapi ketakutan-ketakutan itu semua adalah kebanyakannya bayangan dan rekaan aku sendiri. Ketakutan-ketakutan itu banyak yang terhapus dengan peredaran masa dan usia. Istilah takut juga semakin berkembang mengikuti peredaran tersebut. Takut bukanlah istilah negetif dan bukanlah juga positif pada setiap masa seperti juga berani….Abu Lahabpun seorang yang berani tetapi bukanlah ia seperti beraninya Saidina Umar Al-Khatab. Ketakutan dan keberanian itu pada aku telah memainkan peranan besar di dalam cara hidup aku sekarang.

Tiada cerita yang menarik kebelakangan ini. Hanya ada tiga benda yang menarik perhatian aku Pertamanya perlantikan dan pengesahan Obama menjadi Presiden menambahkan lagi tanda akhir zaman yang nyata. Seorang berkulit hitam dari bangsa hamba abdi menjadi ketua sebuah kuasa besar. Kedua TV3 semakin menonjolkan Najib dengan bininya memencilkan Pak Lah bini dan KJ serta memberi ruang kepada Mamak bercakap banyak sesuatu yang sangat aku meluat sekarang ni. Ketiganya di sini dikhabarkan kepada aku banyak kilang yang ditutup, diberhentikan operasi dan dikurangkan kapasiti.
Beberapa hari yang lalu di suatu petang aku ronda-ronda. Rupa rupanya sekarang musim main layang layang. Layang-layang sekarangpun berbagai corak dan rupa menjadikan ianya lebih menarik bila terbang dengan keadaan cuaca di sini sekarang yang panas tetapi berangin. Semuga layang layang yang cantik itu memberi sedikit ketenangan kepada musim kemarau yang hampir tiba. Teringin gak nak mencuba skill lama ...melayang layang layang.

11 comments:

Hazelsyd said...

BokD,

besday dapat hadiah aper? hehehe tau..tau..nyebok jer...taknak jawab pon takper hehehehe

layang-layang terbang melayang...

BokD said...

H, adalah hehe...

Sofya said...

salam Bok D..

jgn main layang2 lagi tau...main tarik tali lak..kehkehkeh

ILHAM said...

bro

cettt...ko nengok tenis pompuan aja ekkk....kehkehkeh....

...apa apa pong, nice entry bro...

jane said...

bok D,

salam harijadi...kelmarin, dipasar malam dengan humaira.terlihat layang2 putus tali....terbangnya amat tinggi. namun, hilang dibalik awan....

penat saya berhenti menunggu kut2 layang berbentuk wau itu muncul semula. tiada....

kadang2 terfikir...bila dah x ada abah ni, saya pun ibarat layang2 putus tali!

BokD said...

aya, main tarik tali ya...i kuat tarik tau.

ilham, ...pemain pompuan depa ada skirt style barulah taun ni..susah nak tersingkap..hehe

jane, Al-fatihah utk ur abah..idup ni macam menunggu giliran..kita akan tua dan mati juga..umpama layang layang tiada yang kekal terpacak sampai bial bila.

Anonymous said...

bokD,

nice post... love it!!

i suker tengok layang2 - sungguh mengasyikkan!!

and you're welcomed!

Anonymous said...

salam bok d,

you and teesh orang perakkan. dapat MB baru nampak.hopefully, apa2 pun aman damai perak hendaknya

---misa

Anonymous said...

Jom wak ... kita pegi Pulau Layang-Layang.

Lara

Hazelsyd said...

ish ish ishhh tak abes lagik main layang-layang bokd..hehehehe

BokD said...

thanks geng singgah...