Thursday, November 5, 2009

Thursday, October 15, 2009

Boring

Sebenarnya perkataan boring ini pada aku adalah perkataan yang telah ditanam secara halus oleh musuh Islam ke dalam cara hidup kita. Di dalam menjalani hidup, kita tidak boleh sedetikpun berputus asa untuk bertekat menjadi orang-orang yang terpilih. Kalau ada masa lapang, kita tidak boleh sama sekali merasa boring jika kita isikan dengan ingatan kepadaNya. Seronok gak sekali-sekala bunyi ayat aku ni macam mengalahkan seorang ustaz. Persepsi tu penting kan!!. Boring tu adik beradik malaslah sebenarnya.

Musim perhimpunan Ameno ni RTM, TV3 dan yg seangkatan tak habih habihlah citer pasal himpunan itu. Membesar dengan kaedah pengulangan berita berkempentingan yang sebegini di TV dan di surat khabar adalah sesuatu yang sudah dianggap langli. Semalam aku terpandang gambar ibu-ibu berderetan membimbit/menyandang beg Ameno dengan berlatar belakangkan poster perhimpunan. Apa yang sedang aku nampak ialah kempen memperbaiki imej sedang secara gila-gila dilakukan oleh mereka. Kesimpulan kecil yang dapat aku buat ialah ahli-ahli kempen dan promosi masih cuba memanupulasi minda manusia tentang persepsi. Biar tidak sehebat dan tidak sejujur mana agenda yang dibawa secara pribadi dan berkumpulan, namun selagi persepsi yang dapat dicernakan ialah baik, bagus, hebat dan ada moral maka selagi itu mengaut sokongan bukanlah halangan.

Sejak kebelakangan ini aku cuba memahami beberapa kejadian dan simbol yang kurang aku fahami yang berlaku di keliling aku. Macam nak jadi simbologis lah pulak. Sebenarnya aku tidaklah jauh dari menjadi pakar simbol ni sebenarnya hehe..sebab ada 1 insiden aku telah diconsult oleh kakak aku tentang lambang yang terdapat pada rantai yang dipakai oleh anak sedara aku. Lambang yang pertama adalah seperti bintang di atas (macam lambang bendera Israel) dan separuh bulat di bawah. Akupun buat buat pandai aku kata lambang tu lambang Israel nak telan orang Islam. Entah betul entah idak tetapi lepas tu aku tak nampak anak sedara aku tu pakai rantai tu. Mengenai kejadian dan simbol tadi sebenarnya adalah intisari aku punya tahap pemikiran sekarang ini iaitu - tak tau nak piker apa (adik beradik boring la tu)

Semalam pulak aku beria-ria tidur awal kononnya pagi-pagi nak tengok Argentina lawan Uruguay, game idup dan mati tuh surelah best gila agaknya. Kunci jam dan aku berjaya bangun pukul 5.30. Bangun dan buat apa yang patut. Lepas tu aku tido balik. Haram langsung aku tak ingat tujuan sebeno aku bangun pagi. Tengok thestar.com tadi baru ler aku teringat.
.
Argentina menang 1-0.

Sunday, October 11, 2009

Dodoi....dodol

Lagu yang mendodoikan hari raya semakin tidak kedengaran lagi di radio. Sementara itu, aku baru menemui dodol pertama di musim raya ini. Hari ini aku tak ingat raya keberapa, malas pulak nak check kelender. Memang sepanjang raya kali ini aku tidak menjumpai dodol. Seperti spesis binatang yang hampir pupus, dodol sekarang ini sukar ditemui di upacara open house hariraya yang masih rancak berlangsung. Walaupun di Pekan Rabu dodol hampir dijual disetiap hari namun masa bukan raya takda keinginan aku hendak memakannya.Orang kata raya di Malaysia adalah tersendiri dengan sifat kemelayuannya. Sudah tentulah ianya ciri yang dimulai oleh orang Melayu di Malaysia sendiri.

Raya yang penuh jiwa kali ini sedikit kurang aku rasakan. Dari segi rating dengan raya-raya yang lalu kali ini aku rasa ianya hampir menduduki tangga terbawah dari sudut penghayatan raya. Apa yang aku rasakan apabila sampai pada satu tahap relevannya kita di dalam institusi kemanusiaan adalah atas dasar peranan yang kita mainkan. Di dalam suasana raya peranan itu bermain di antara pemberi dan penerima. Khusus untuk raya, pemberi kegembiraan itu dan penerima kegembiraan itu adalah subjek relevansi. Sedikit hambar peranan aku kali ini. Namun itu perasaan aku sahaja, sedangkan hakikatnya, aku melihat senyuman di bibir hampir semua orang ketika melihat aku ada.

Citer lain pulak, sesuatu yang aneh, aku baru perasan aku tidak simpan blog aku dalam senarai favorites. Biasanya bila aku nak masuk blog aku, aku pergi ke blog Vaart yang aku simpan dalam senarai favorites. Satu-satunya blog yang ada pautan dengan blog aku…hehe thanks bro!!. Sekarang ini beberapa blog yang aku rajin baca telah ditapis pengunjungnya. Bila aku cuba memahaminya aku akan berbalik kepada pendapat seorang kawan yang berkata blog adalah umpama rumah…kalau kita takda di rumah maka kenalah tutup. Mungkin akupun kena buat macam itu juga. Tapi aku punya blog ni sebenarnya bukanlah blog sangat ianya lebih kepada kertas conteng bagi aku sendiri. Catetan tentang sebelah fikiran yang baik baik belaka (pada pendapat aku la).

…selamat hari raya dan maaf zahir batin

Monday, August 24, 2009

Selamat menyambut Ramadhan

...dan selamat berpose..

Hari Ahad semalam aku pergi ke Econsave. Orang kata harga di pasaraya ini lebih murah berbanding Tesco dan Giant. Aku kurang pasti tentang hal itu, sebab aku tak dapat bandingkan secara sebelah-menyebelah harga sebungkus kopi Tongkat Ali Ginseng di Econsave, Tesco dan Giant.

Di situ, seperti aku juga, tidak ramai yang memakai topeng pelindung H1N1, Cuma beberapa kerat sahaja. Tiba-tiba aku terfikir bahawa kuman H1Ni adalah analogi yang terbaik untuk aku membandingkan iman yang berada di dalam jiwa. Sesuatu yang tidak kita nampak selalunya akan cepat terlalai dan terlupa. Apabila teringat bertapa besarnya ganjaran ibadah yang menanti kita di bulan Ramadhan ini aku hairan mengapa aku terus leka menunggu.

Salah satu tujuan aku ke Econsave adalah untuk membeli ikan bilis. Ikan bilis sekarang telah siap dikopek. Teringat masa aku di Johor dulu, aku dan member-member serumah di bulan puasa camgini selalu gak kitaorang masak masak, terutama kat ujung bulan dan member yang dah dekat nak kawin tengah kemut simpan duit. Aku yang baru berkecimpong di dunia rumah bujang ini terkedu gak kena potong bawang, sayur dan kopek ikan bilis. Kalau tak tolong…miss soru la wa. Ketika mengopek ikan bilis itu aku merungut apsallah takder ikan bilis yang siap dikopek. Chip kook rumah bujang itu cepat memperli aku, katanya sebab tak ramai orang malas macam aku. Ternyata dia silap, sekarang ini nampak pelik sangat kalau ikan bilis yang dijual tidak dikopek.

Pejam celik pejam celik, Ramadhan datang lagi rupanya. Alhamdulillah telah dipanjangkan umur kita. Sebagaimana janji di setiap Ramadhan, kali ini pencapaiannya harus mengatasi Ramdhan yang lalu. Rekod harus sentiasa diperbaiki dan pencapaian harus sentiasa disetkan sasaran baru. Satu lagi yang aku dapat rasakan Ramadhan ke Ramadhan semakin pendek semakin pantas dan agaknya ianya adalah amaran kepada kita untuk cepat meninggalkan kelaroran dunia. Sementara itu latihlah diri kita memakai topeng H1N1 terutama ketika meronda membeli juadah berbuka puasa, Sesuatu yang kita tidak nampak itu akan lebih terkesan dari yang kita nampak…kan...

Nak makan apa hari ni ya…

Wednesday, July 1, 2009

Di Jun yang lalu...

tika bintang bintang berbalas kelip..
kenapa....tali gitarku putus..
hampir... kupetikkan nyanyian indah untukmu..

..sayang ia hilang dan pupus…
…bersama nota nota kosong. ..tak berlagu..

sesekali..tanpa bunyian dan sesepi ini…
ku cuba…mendayu merayu ala puisi kemelayuan…
…tiada yang dapat ku ungkap…

darling….

.. tak pasti lagi..
.. kau kan terhibur…dan mendengar..

Saturday, June 27, 2009

Hutan 1

Sejak seminggu kebelakangan ini aku agak kurang kerja. Banyak masa aku habis di internet kadang-kadang dok menyibok menyampok perbualan orang di halo. Sebenarnya aku tidak boleh nafikan di dalam kebanyakan masa free itu aku seperti menjadi ketagih berbual-bual. Walaupun di kebanyakan masa aku tiada topik yang khusus untuk dibualkan, namun perasaan untuk berada dalam situasi itu adalah sesuatu yang sangat terkesan.

Sebenarnya pada aku Internet adalah dunia. Carilah apa saja. Jika tidak ke halo dan kemana-mana, masa aku kebanyakan habis di http://www.bursamalaysia.com/website/bm/. Aku sebenarnya bukanlah seorang pelabur saham yang aktif tetapi aku suka melihat berubahan harga yang berlaku kepada saham-saham yang tersenarai itu. Begitu juga dengan index. Sebut pasal index aku selalu pergi ke sini http://www.indexq.org/.

Tanpa memperkecilkan peranan ekonomi dan pencapaian syarikat yang tersenarai, sebenarnya perubahan yang berlaku di sana adalah campuran manupulasi, spekulasi, imaginasi, emosi dan ilusi kepada pelabur-pelabur yang bermotifkan keuntungan. Hakikatnya ketaksupan kepada motif itu mendekatkan mereka kepada harapan terlopong terutama yang melihat pasaran saham sebagai medan pertaruhan bukan pelaburan. Betullah kalau bukan tujuan nak dapat untung tak payah lah melabur di Bursa…huhu.

Aku katakana manupulasi apabila sesuatu saham itu meningkat tanpa sebab perniagaan itu sendiri. Bagaimana harga boleh didorong oleh fund manager yang memiliki modal besar. Mereka dengan menggunakan sentimen pasaran [seperti kaitan kaunter tertentu dengan individu tetentu] boleh melonjakkan harga ke tahap yang mereka kehendaki serta menunggu masa mengaut untung dan memerangkap pelabur runcit secara mengejut.

Spekulasi adalah penyebab kepada pelabur untuk membeli atau menjual. Apabila sesuatu kaunter saham diberitakan bakal mendapat kesan dari sesuatu perkara, tempoh sebelum berita sebenarnya diketahui akan berlaku spekulasi yang mendesak pelabur melakukan keputusan.

Imaginasi, emosi dan ilusi ialah detik dimana keputusan sebenarnya dibuat oleh pelabur. Imiginasi tentang keuntungan yang bakal. Emosi yang berat kearah mana masuk atau keluar ?. Ilusi pula akan berlaku ketika pelabur berada di pasaran dan diluar pasaran permainan perasaan yang sentiasa mengaitkan realiti dan harapan patut atau tidak patut serta tentang betul atau tidak keputusan yang dibuat.

Tidak payah ambil berat sangat tentang teori merapu aku. Sebagai hadiah sesiapa yang membuang masa membaca lakaran fenomena pasaran saham dari kaca mata aku terimalah lagu Money dari Pink Floyd. [Harap maaf disebabkan blog aku ini hutan maka kalau nak dengo lagu kena keluar dari hutan aku ni]

http://www.youtube.com/watch?v=JkhX5W7JoWI.

Money, get away.

Get a good job with good pay and you re okay.
Money, its a gas.
Grab that cash with both hands and make a stash.
New car, caviar, four star daydream,
Think Ill buy me a football team.

Money, get back.
Im all right jack keep your hands off of my stack.
Money, its a hit.
Dont give me that do goody good bullshit.
Im in the high-fidelity first class traveling set
And I think I need a lear jet.

Money, its a crime.
Share it fairly but dont take a slice of my pie.
Money, so they say

Is the root of all evil today.
But if you ask for a raise its no surprise that theyre
Giving none away.

Wednesday, June 3, 2009

MC lagi

Aku mc lagi hari ini. Tahun ini saja sudah dekat 5 kali mc. Purata mc 1 bulan sekali. Bukan rekod pribadi sebab aku pernah ambil mc seminggu direct disebabkan demam yang tidak kebah-kebah, tetapi pada aku jumlah mc 5 hari itu banyak juga. Ianya juga adalah sebagai peringatan kepada aku bahawa sakit sudah selalu singgah dekat aku. Satu lagi yang aku perasan ubat yang diberi oleh doctor selalunya memang jarang habis dimakan. Belum sempat habis demam/sakit sudah hilang. Dari segi kos ubat-ubatan ini aku rasa kalau dikumpulkan satu Malaysia banyak juga penjimatan dapat dibuat. Aku harap ada pihak yang membuat langkah mula untuk mengumpulkan ubat-ubatan kitar semula yang belum expired dari ia dibuang begitu saja. Bayangkan Panadol saja kalau beli di kedai harganya 50 sen sebiji

Dan kadang kadang bila kita terlalu sibuk kita sampai terlupa apa yang kita lupa. Awal bulan dulu jenuh aku cuba mengingatkan sesuatu yang sebelumnya aku lupa dan bila aku ingat aku terlupa balik. Pada Isnin pertama di bulan May lepas baru aku teringat yang aku belum membuat tandatangan digital di e-filling. Sebenarnya sudah lama aku siapkan borang tu tetapi sengaja nak hantar on the dot. Kalaulah orang-orang di income tax itu terlalu berkira alamat kena dendalah aku.

Beberapa minggu yang lalu berlaku satu trajedi kepada kawan lama aku. Tidak mungkin dapat aku bayangkan bagaimana seseorang dapat mengharungi trajedi seteruk itu. Di dalam hidup, masing masing diuji dari masa kesemasa kalau bukan dengan kesedihan dan kepapaan diuji dengan kegembiraan dan kesenangan. Di khutbah Jumaat 2 minggu lalu, khatib memperingat makmum “jadikanlah hidup ini suatu pengembaraan menuju akhirat”. Di dalam pengembaraan itu kita boleh terbang, berlayar, berlari, menari dan apa saja tetapi akhirnya dan yang paling penting setibanya di destinasi yang dituju adakah kita akan menangis atau ketawa.

Berbalik kepada trajedi yang menimpa kawan aku tadi aku jadi insaf, apalah daya kita ini melainkan ehsan dariNya. Bulan lepas aku tengok balik cerita Forest Gump. Memang manusia akan selalu terkeliru antara takdir dan usaha. Meminjamkata kata kata Forest Gump…my momma always said, “Life was like a box of chocolates. You never know what you’re gonna get”.

Pada kita semua itu adalah Qada dan Qadar.