Saturday, January 27, 2007

Kemarau

Sungguh terik panas hari ini, sedangkan di Johor dan negeri negeri di pantai timur dijangka mengalami hujan lebat dan amaran banjir kali ketiga. Ketika aku membuat entry ini aku menjengok keluar tingkap angin sedang bertiup kencang. Sedikit ganjil cuaca sekarang, bencana alam akibat cuaca boleh berlaku pada bila bila masa sahaja. Bagi kita yang Islam sudah tentu tidak dapat melarikan diri dari mengaitkan bencana alam dengan ketelanjuran manusia di muka bumi. Maksiat berlaku di depan mata setiap hari. Peribahasa/simpulan bahasa "jangan suka jaga tepi kain orang" yang seolah menyindir orang yang suka ambil tahu hal orang lain sebenarnya agak becanggah di dalm situasi mencegah maksiat. Kita dianggap busy body bila menegur perbuatan menjolok mata dan dianggap cool dan sporting bila tidak ambil tahu. Budaya idividualistik semakin menjadi anutan. Budaya ini sebenarnya menjadi salah satu punca perbuatan maksiat semakin merebak. Ini berdasarkan pengalaman aku sendiri ketika duduk di salah sebuah flat di JB.
.
Oklah sebenarnya hari ini hari jadi aku. Beberapa tahun yang lalu aku telah dilahirkan. Pada tarikh itu ibupada aku telah dikurniakan cahaya mata yang ke sepuluh. Aku selalu berharap aku merupakan augerah Allah yang terbaik untuk mereka berdua walaupun dalam banyak peristiwa aku merasakan aku tidak layak menduduki takhta itu. Aruah emak aku pernah terperasan setiap kali hari raya akulah anak yang pertama menghulur tangan memohon kemaafan, sambil disindir gurau oleh kakak aku....dia yang paling banyak dosa dengan mak tu!!. Hehe takpa aku tidak ambil hati sebab banyak kebenarannya.
.
Terima kasih tidak terhingga kepada ilham yang sejak 3 tahun kbelakangann ini tidak pernah lupa "menyambut" birthday aku di blog Santapanhati...i luv u too bro!..terimakasih juga sahabat sahabat maya di haloscan Santapanhati...korang adalah merupakan dimensi baru persahabatan. Apa lagi aku nak kata......aku sungguh terharu dengan keikhlasan korang. Selalu juga aku ingin mendakap korang di dunia realiti....hehehe.
.
Sesuatu yang aku kurang sekarang ini adalah masa. Terlalu cepat masa berjalan terutama dengan kesibukan di ofis. Pada aku bila kita terlalu sibok di pejabat, ianya membawa maksud sedikit sangat masa yang kita beri untuk diri, keluarga dan rakan rakan. Keadaan ini sedikit merunsingkan aku sejak seminggu lalu. Namun begitu aku bersyukur kerana kesibukan itu aku telah di kurniakan rezeki dari Allah. Sama samalah kita berdoa semuga kita tidak termasuk di dalam golongan orang yang rugi.
.
.
Senyumanmu..menyinar cahaya di mimpi shahdu
Tawamu..menabur riang di sempadan langit nan biru
Tenunganmu..melintas maya..menunduk malu
Tundukmu..jadi cemburu bidadari pada si ayu
Bisik rindumu..menerbang cenderawasih berderu deru
.
dan darling...
.
Bila kau tiba tiba diam..
...cinta jatuh seputih salju

14 comments:

ILHAM said...

bro

polok bro polok!!!!!!!!!!

happy birthday bro..

wa yakin ko anak yang baik...jangan berhenti mendoakan arwah ibu dan juga daddy mu..

pesal sajak ko asyik ada nama darling aja !!!!!!!!kehkehkeh...

letak lar nama kakri ker...nini jer...janelabu ker....

*wa tak jelez tau *

ILHAM said...

bro,

qamkamal@hotmail.com tu your new mail ekk....

wa tak sure, tapi wa hantar jugak birthday wish kat situ and to make sure, sent too at your old email address...kehkehkeh..

just to make sure is the same person bah!!!

pecah kaca pecah gelas
lepas baca harap balas

BokD said...

ilham,

dah dia jer yg nama darling..hehe

betullah tu emel aku..

Anonymous said...

anak # 10, bongsu ke?????

semoga sentiasa di dalam rahmant Allah

sibuk2 tu ada masyuk....
jam makan laksa telok kechai



fudhla

Anonymous said...

e'eleh

jam = jom

Anonymous said...

bro,

selagi kau menyintai diri ini aku juga menintai dirimu...wargh! wargh! wargh!

*edenlah*

Anonymous said...

hi bokD,

anak ke sepuluh tu anak bongsu ker?

hmmm... bertuah sidia bernama darling tu, selalu diuliti puisi-puisi syahdu dari u...

Anonymous said...

bok d..

salam dan selamat ulangtahun moga bahagia dunia akhirat..

anak ke-10.. ermmmm bestkan ramai adik beradik.. nak2 kalo sekepala mcm org ngan kakak2 org.. seronok..

Anonymous said...

Bokd, happy birthday again,semoga panjang umur murah rezeki dan dirahmatiNya.
jgn lupa doa utk arwah mak you*peringatan utk I jugak*

Anonymous said...

Assalamualaikum ..

Bok D..

Happy Belated Birthday..
skrg agak bz arr..tu yg terlewat nak wish..tak per arr ek..better late than never..

Moga hidup u selama ini dan yang akan mendatang diberkati Allah swt.Amin!!!!!!!

B.U.S.U.K said...

Hai abg...salam..hugs u abg..

happy belated birthday....semoga sukses selalu..dunia n akhirat..semoga bahagia dunia n akhirat..semoga tercapai segala yang di hajati..insya allah...

sekali lagi...selamat hari jadi.....

*psst....sajak tu adalah antara yang terindah pernah asik jumpa....teruskan..*

B.U.S.U.K said...

dem...typo plak....shud be....adik..jadi asik plak...

grrrrrrrr....

Anonymous said...

hi hi...

;)

i came and read and wished..

ur bday was good..

sorry so lambat meh!..

Aku said...

Assalamualaikum BokD,

Baru dpt link to ur blog dari blog si selipar $1.50 tu. Happy Belated Birthday dan semoga hari-hari mendatang di berkati Allah.