Sunday, January 21, 2007

1 Muharam yang Bercahaya

Everbody do what you doing, sMiLe will bring a sunshine day....Hei! dah masuk tahun baru Hijrah. Biar apapun pekerjaan yang kita lakukan semuga ianya memberi sinar dan kegembiraan. Di sini tadi, Sabtu 1 Muharam 1428 H, pagi bermula dengan cahaya mentari yang penuh bersinar. Semuga ianya petanda baik untuk tahun ini. Pada tengahari cuaca agak mendung dan dituruti sedikit hujan di sebelah petang. Semuga ianya juga petanda tahun ini penuh dengan kerahmatan dariNya.

Bersukurlah dengan apa yang kita lakukan selagi ianya sesuatu yang baik sudah tentu ianya memberikan ganjaran baik di dunia dan akhirat. Cuti hari ini aku jalan-jalan cari makan. Hampir semua kedai makan buka pada hari ini. Mungkin tukang masak dan penggiat kedai makan tidak menutup operasi mereka sempena cuti awal Muharam ini. Setelah selalu sangat pekena nasi lemak dan roti canai untuk sarapan hari ini aku tukar menu sikit... makan Maggie tapi masak dekat kedai. Macam dah tidak ada makanan lain, tapi nak buat macam mana dah itu yang aku ngidam. Bila fikirkan balik mulia sungguh pekerjaan menjadi tukang masak. Setiap hari menyediakan makanan untuk disantap dan setiap kali makanannya dimakan ucapan Alhamdulillah dilafaskan serta memberikan kehidupan yang kembali bertenaga. Aku memang suka makan (tapi memang jarang jumpa orang yang tidak suka makan). Namun begitu tidak ramai yang suka memasak dan yang suka memasak itu tidak semuanya pandai memasak. Aku ni dalam kategori suka makan dan kadang kadang suka juga cuba cuba masak. Tetapi dalam 6 kali cubaan aku memasak hanya 3 kali yang aku sendiri boleh makan....50% tuh OK gak kan. Cis!! Spurs kena sebijik dah!...main dengan 10 org pun tak leh menang.

Ok untuk akak akak...abang abang dan adik adik...yahoo!!!! Spurs score balik..errr..terimalah..

BBQ Kambing Dengan Labu Lemak Beroren
(hidangann 5 orang)

Bahan-bahan A:
.
15 keping daging kambing
-dihiris nipis sederhana saiz
.
Bahan-bahan B untuk sos:
.
Sebiji labu lemak sederhana
1/2 liter jus oren
6 biji air pati ayam
Sedikit garam dan lada sulah
.
Cara membuatnya:
1. Buang kulit dan potong dadu buah labu.
2. Masakkan bersama jus oren dan air pati ayam hingga didih.
3. Tapis dan ketepikan dahulu.
.
Bahan-bahan C untuk pati oren dan kunyit:
500g Cous Cous
Sedikit kunyit
1,500 gram jus labu
1 biji kapsikum (cabai Cameron Highlands-dihiris nipis)
100g kismis
50g daun kucai-dihiris halus
.
Cara membuatnya:
1. Reneh cous cous dalam jus dan kunyit.
2. Setelah masak saringkan jus.
3. Goreng kapsikum separuh masak.
4. Kemudian gaul bahan B dengan bahan A. Curah dan sebatikan bahan C ke dalamnya sehingga mesra.
.
.
Sumber : Majalah Wanita keluaran Mac 1997.
..
..
Selamat mencuba!!!
Fulham 1 Spurs 1 nasib draw...Bolton kena belasah tuh...5-1 hehehe.

9 comments:

ILHAM said...

assalamualaikum,

marilah kita hayati semangat dan pengorbanan Hijrah itu di tahun baru Hujrah ini...

jangan lah kita menghina musibah orang seperti Bolton kena belasah 1-5 kerana sesuatu yang berlaku itu kehendak Allah swt jua...

kehkehkeh.....

amboi!! beli majalah wanita tuh!!!

Selamat Tahun Baru bro!!

Anonymous said...

sian ekk...

makan maggi for breakfast

cepat2 la pinang embun,
dia pandai masak, sedap plak tu



fudhla

BokD said...

bro! wa pinjam kat library..hehe

fudhla,

bila nak pinang ya..?

Anonymous said...

walawey komen wa tak kuar.

bokd, dah try ker recipe nih? shedap tak? domesticnya.hehe
bila nak masak utk kitaorang nih.hehe

you suka makan kambing ker? I ok ok gak dgn kambing.hehe.


dek non, ko reti tak masak nih.hehe.

Anonymous said...

Tak .. saya tak pandai masak. dan tak suka masak. Embun lain kut yg fudhla maksudkan tu. heheheh.

Majalah Wanita tu .. mak saya yg baca. lama dulu. sekarang mak saya ikut saya baca Bazaar & Women's Weekly. *vog-giu tak my mak nyah??* hiks.

*sajak in previous entry tu tuk saya ke? hiks perasan plak*

-saya-

Anonymous said...

kambing? darah tinggi ooooo bok d...makan sekali sekala takper...tapi sekali sekala tu yang belasah kaw kaw...

*eden*

B.U.S.U.K said...

hai abg..sedap menu...bila nak masak ni??lapar pulak...

Anonymous said...

bokD,

u ni bukan jer romantik ekk, boleh masak lagi... bertuah sapa yang pinang u nanti...

BokD said...

NHK,

hm i suka kambing.

awak,

hmm..

vaart,

takper pronoton ader.

adik,

nanti abg masak ye.

teesh suka kambing tak..?