Wednesday, December 30, 2009

2 hari ke 2010

Hampir kepenghujung tahun 2009. Masih ingat tahun lepas 2008 ketika aku dan ramai lagi pengundi layak, pergi mengundi pada bulan Mac. Waktu itu cita-cita dan harapan ramai orang adalah melihat satu perubahan besar di dalam lanskap politik di Malaysia. Ternyata cita-cita itu hampir berjaya terlaksana. Apabila ia entah bagaimana boleh tidak menjadi, ramai orang yang terharu. Sementara itu ramai orang yang suka dan melonjak gembira. Tidak sangka aku lebih setahun peristiwa itu telah kita tinggalkan, sedangkan masih diperkatakan orang hampir setiap hari. Berbalik kepada aku, akupun tidak sedar apakah setiap hari sepanjang tahun 2009 aku asyik merungut ini dan itu.

Kuncu manapun kita, tiap-tiap pagi kita kena bangun tidor. Pagi-pagi pekena Nescafe atau kopi Redix. “Hang tau..minum kopi pagi-pagi pun kadng-kadang orang kita nak jadikan isu…pasai aku order Nescafe bukan Redix…(dalam hati aku jawab darling wa suka necafe akupun suker…hehe)” Ramai orang ala bisness yang menjual ‘produk muslim’ kata...perjuangan yang besar itu bermula dengan perjuangan yang kecil. Menjadikan bunyinya lebih Islamik ianya adalah jihat perniagaan. Akupun tidak mahu mempertikalkan kebenarannnya. Namun sampai hari ini aku tercari-cari lambakan keuntungan perniagaan Islam yang disalurkan secara melimpah ruah untuk pembangunan ummah…atau kita memang jauh dari bersaing dengan mereka..Yahudi. Pointnya di sini adalah juga masa…sampai bila.

Pokok pangkalnya setiap hari kita dimakan masa dan masa sebenarnya penentu bagi kita..Tidak perlu aku menulis Surah Wal-Asr di sini…setiap kita selalu membacanya di dalam sembahyang… mudahnya ia dihafal dan jumlah ayatnya antara yang terpendek dan generasi dulu-dulu aku difahamkan ayat itu antara ayat wajib hafal dengan makna-maknanya sekali sebab ada kemungkinan masuk exam. ‘Masa’ itu sekarang telah hampir sampai ke tahun 2010.

Oklah tak mau seyes sangat…akupun bukanlah seorang yang seyes…banyak benda yang aku tak seyes….aku memerlukan lebih banyak formula keserioussan..untuk lebih berjaya…di dunia dan akhirat. Aku semakin gibab sebenonyer..dengan dialog komplain sana komplain sini yang berlaku di keliling bangsa kita…kalau kita guna formula ‘lantok ler..’ pun tak berapa betul..kalau kita ambil tahu sangatpun apa yang kita dapat…last last ‘depaaaaa juga yang dapat’...ha dah start komplain dah.

Para sahabat maya yang membaca dan yang terbaca…Selamat tahun baru 2010.

Lupa…kalau ada yang nak mulakan tahun baru dengan sedekah aku ada satu altenatif…. masukkan sedekah itu ke akaun Surau Al-Muhajirin Zon Anggerik [Bank Islam 02020010042607]..depa ni ada nak buat bangunan tambahan sikit. Kalau nak resit e-mail wa…income tax tak leh tolak…nanti claim kat Sana ya.

9 comments:

Hazelsyd said...

Happy new year 2010 bokd!

Sofya said...

salam Bok D..

Slmt Tahun Baru..

moga ape yang dihajati..tercapai!! insyaAllah.

eva said...

happy new year bokd ...

teka siapa! said...

berzaman dah ni bokd...hehe..

Hazelsyd said...

Salam bokd,

"Happy birthdayyyy bokd! moga sentiasa dirahmati Allah, sentiasa dimurahkan rezeki, sentiasa bahagia dan sentiasa sukses dapat apa yg dicitakan amin amin.."

Takdak entry baru, so ija copy paste ajer deh dari ilham's halo. Hopefully, the wish will come true twice for you.

In case you up an entry today, i'll copy paste the same wish again on this birthday of yours and let's consider the wish will come true thrice as much for you! amin amin..

Stay the same, for i love the way you are in halo! and owh, kalu dapat besday cake spesel dari DL tu karangggg share2 lar ngan kengkawannnn hehehe

Happy birthday!!

Anonymous said...

thanks H, i datang melawat blog sendiri ni...lama beno dah kan hehe...idea dah krepot...citer pun dah tak mustahak..

eva, aya dan
teka siapa (dah teka dah)..kasih datang ngintu..nanti akan cuba diupdate..

Bok D

Sofya said...

salam Bok D..

slmt hari lahir yang ke 18 yer. Moga lebih matang dalam menangani apa jua kekangan yang mendatang..

Hazelsyd said...

pandei kome teka eks yop? hehe saper lagi larr yg suker tuko2 nick nihh kan hehehe ishh patutnyer tuko intonasi sket! heheh

melawat blog sendiri?? ala2 YB tuh haha

BokD said...

Aya..terima kaseh..nani i pelan pelan matang ya...

H..teringin gak jadi YB nih