Friday, December 4, 2009

Dia

Selamat belated Hari Raya Korban. Minggu lepas aku berhari raya haji ke selatan. Hari raya haji selalunya bukanlah hari yang orang akan berjalan jauh, tidak seperti hari raya puasa. Sebenarnya aku ke selatan bukanlah disebabkan hari raya itu, tetapi berkunjung untuk menziarahi kematian seorang yang rapat dengan aku. Seorang yang kerap kali mengingatkan aku kepada aruah bapa, tentang kasih seorang bapa kepada anak-anak. Seorang yang pasti aku nantikan untuk kujabat tangannya jika bertemu di pagi raya atau hari hari lain jika berkesempatan bertemu. Kini dia telah pergi buat selamanya semuga Alah merahmati rohnya.

Berita kematian itu aku terima lewat malam. Ketika mata berkira-kira biri-biri dan mulut tidak berenti menguap. Aku kena ke sana segera. Memandu tanpa tidur dari kira-kira pukul 2.30 pagi, dari utara keselatan adalah pengalaman yang amat istimewa juga pada aku. Ketika hati teringat orang yang telah tiada, tangan memegang stering dan kaki menekan padel, terperasan aku, yang sebenarnya aku mengejar sesuatu yang telah tiada untuk aku lihat sebelum ia terus hilang dari pandangan mata.

Dan tadi hari hujan sedikit, setelah hampir 10 hari tidak hujan. Pelik sangat cuaca sekarang setengah negeri dilanda banjir, sedangkan di sini seperti kemarau di hujung tandok. Malah beberapa minggu lepas, sesetengah tempat disini dilanda banjir. Dan lagi...malam tadi langit berawan nipis dengan bulan mengambang penuh berbalam dicelah...."darling...cantiknya bulan itu". Perasaan photografik ini berakhir begitu saja apabila bulan ditelan awan yang mula sedikit menebal. Dan akhirnya…di sebelah larut malamnya aku teringat lagu Yuna dan aku merasa amat bersalah kerana belum bersedekah Yasin untuk aruah-aruah yang telah pergi meninggalkan aku sedang hati mahu menyanyi lagi. …tiba-tiba aku merasa syahdu…masih bernafas.

3 comments:

Hazelsyd said...

al fatihah utk arwah..semoga rohnya dicucuri rahmat..

fudhla said...

al fatihah untuk arwah...

amin.

BokD said...

terima kaseh H...terima kaseh fudhla...sedekah kat al-fatihah..