Lagu yang mendodoikan hari raya semakin tidak kedengaran lagi di radio. Sementara itu, aku baru menemui dodol pertama di musim raya ini. Hari ini aku tak ingat raya keberapa, malas pulak nak check kelender. Memang sepanjang raya kali ini aku tidak menjumpai dodol. Seperti spesis binatang yang hampir pupus, dodol sekarang ini sukar ditemui di upacara open house hariraya yang masih rancak berlangsung. Walaupun di Pekan Rabu dodol hampir dijual disetiap hari namun masa bukan raya takda keinginan aku hendak memakannya.Orang kata raya di Malaysia adalah tersendiri dengan sifat kemelayuannya. Sudah tentulah ianya ciri yang dimulai oleh orang Melayu di Malaysia sendiri.
Raya yang penuh jiwa kali ini sedikit kurang aku rasakan. Dari segi rating dengan raya-raya yang lalu kali ini aku rasa ianya hampir menduduki tangga terbawah dari sudut penghayatan raya. Apa yang aku rasakan apabila sampai pada satu tahap relevannya kita di dalam institusi kemanusiaan adalah atas dasar peranan yang kita mainkan. Di dalam suasana raya peranan itu bermain di antara pemberi dan penerima. Khusus untuk raya, pemberi kegembiraan itu dan penerima kegembiraan itu adalah subjek relevansi. Sedikit hambar peranan aku kali ini. Namun itu perasaan aku sahaja, sedangkan hakikatnya, aku melihat senyuman di bibir hampir semua orang ketika melihat aku ada.
Citer lain pulak, sesuatu yang aneh, aku baru perasan aku tidak simpan blog aku dalam senarai favorites. Biasanya bila aku nak masuk blog aku, aku pergi ke blog Vaart yang aku simpan dalam senarai favorites. Satu-satunya blog yang ada pautan dengan blog aku…hehe thanks bro!!. Sekarang ini beberapa blog yang aku rajin baca telah ditapis pengunjungnya. Bila aku cuba memahaminya aku akan berbalik kepada pendapat seorang kawan yang berkata blog adalah umpama rumah…kalau kita takda di rumah maka kenalah tutup. Mungkin akupun kena buat macam itu juga. Tapi aku punya blog ni sebenarnya bukanlah blog sangat ianya lebih kepada kertas conteng bagi aku sendiri. Catetan tentang sebelah fikiran yang baik baik belaka (pada pendapat aku la).
…selamat hari raya dan maaf zahir batin

3 comments:
hi bokd,
> understanding la u ni..
"Catetan tentang sebelah fikiran yang baik baik belaka (pada pendapat aku la)."
> pada pendapat i juga..
assalamualaikum bokd
miss me????
hahahahahaaa..
jangan la nko pong tutup blog...
kemana wa nak mengadu nanti
huhuhuhuhuuu...
buat jek rumah terbuka sepanjang masa...
sapa mai umah nih wajib kemas sebelum balik
fudhla
H jadi pendapat u.. i ni buat buat baik ler gitu....hehe
fudhla..adu kat balai la cheq..hehe baibun..
taun ni tak buat open hos ker beb..?
Post a Comment