Monday, August 24, 2009

Selamat menyambut Ramadhan

...dan selamat berpose..

Hari Ahad semalam aku pergi ke Econsave. Orang kata harga di pasaraya ini lebih murah berbanding Tesco dan Giant. Aku kurang pasti tentang hal itu, sebab aku tak dapat bandingkan secara sebelah-menyebelah harga sebungkus kopi Tongkat Ali Ginseng di Econsave, Tesco dan Giant.

Di situ, seperti aku juga, tidak ramai yang memakai topeng pelindung H1N1, Cuma beberapa kerat sahaja. Tiba-tiba aku terfikir bahawa kuman H1Ni adalah analogi yang terbaik untuk aku membandingkan iman yang berada di dalam jiwa. Sesuatu yang tidak kita nampak selalunya akan cepat terlalai dan terlupa. Apabila teringat bertapa besarnya ganjaran ibadah yang menanti kita di bulan Ramadhan ini aku hairan mengapa aku terus leka menunggu.

Salah satu tujuan aku ke Econsave adalah untuk membeli ikan bilis. Ikan bilis sekarang telah siap dikopek. Teringat masa aku di Johor dulu, aku dan member-member serumah di bulan puasa camgini selalu gak kitaorang masak masak, terutama kat ujung bulan dan member yang dah dekat nak kawin tengah kemut simpan duit. Aku yang baru berkecimpong di dunia rumah bujang ini terkedu gak kena potong bawang, sayur dan kopek ikan bilis. Kalau tak tolong…miss soru la wa. Ketika mengopek ikan bilis itu aku merungut apsallah takder ikan bilis yang siap dikopek. Chip kook rumah bujang itu cepat memperli aku, katanya sebab tak ramai orang malas macam aku. Ternyata dia silap, sekarang ini nampak pelik sangat kalau ikan bilis yang dijual tidak dikopek.

Pejam celik pejam celik, Ramadhan datang lagi rupanya. Alhamdulillah telah dipanjangkan umur kita. Sebagaimana janji di setiap Ramadhan, kali ini pencapaiannya harus mengatasi Ramdhan yang lalu. Rekod harus sentiasa diperbaiki dan pencapaian harus sentiasa disetkan sasaran baru. Satu lagi yang aku dapat rasakan Ramadhan ke Ramadhan semakin pendek semakin pantas dan agaknya ianya adalah amaran kepada kita untuk cepat meninggalkan kelaroran dunia. Sementara itu latihlah diri kita memakai topeng H1N1 terutama ketika meronda membeli juadah berbuka puasa, Sesuatu yang kita tidak nampak itu akan lebih terkesan dari yang kita nampak…kan...

Nak makan apa hari ni ya…

9 comments:

jane said...

salam ramadhan bokD,

semalam que nak masuk ke econsave parit buntar punya lah panjang....sebab nak beli udang dan kucai aje - wat cok udang : x jadi masuk. memang murah lah kot....

berbuka jap tadi, daling mintak ikan bilis goreng bawang dan cili hijau....sedap.........!

selamat berpuasa!

alaa member kat randwick tu laa said...

seperti biasa, entry yg menarik..

Anonymous said...

Salam Ramadhan Bok D. Wah shopping ikan bilis nampak. ikan bilis goreng + bawang goreng & letak kicap waktu panas2 tu .. makan dgn nasi panas ... sedap gila.

Lara

Sofya said...

Salam Ramdhan Bok D..

Selamat berpose..

Anonymous said...

Bok D ... stock gula kat Tesco tu ada lagi tak?

Lara

BokD said...

darling, ari tu stok gula kat tesco memang dah habis..kat rumah ada 2 kampet lagi kot belum bukak..nak sekampit ker..?

aya, selamat berpose jugak..

darling, disamping ikan bilis saya beli telo masin gak..menu ikan bilis tu memang sedap..

member kat randwick, pose betoi betoi ya..

jane, lama tak gi ke Parit Buntaq..ikan bilis murah kot kan sana..

your randwick fren laa said...

BokD said...

member kat randwick, pose betoi betoi ya..

August 25, 2009 3:44 PM

*******

baik bokd..<-- maksudnyer, bokd ni baik laa heheh heheh *peace*

hazelsyd said...

..tanpa ku sedari..airmata ku mengalir...

..betapa daku gembira..jika disamping keluarga..dipagi muliaaa...hari rayaaa...

..oh maafkan daku, kesalahan diriku..

..walau jauh dimata..namun kau tak dapat ku lupa..doaku sentiasa agar kau bahagia..

*muakaka mode nyanyi lagu raya nih, lagu mamat exist nih*

Hazelsyd said...

yop,

selamat hari raya..maaf zahir batin... raya kat ipoh yer kome? enjoy..