Friday, December 14, 2007

Hujan 4

Raya haji..raya korban..Aidul Adha...hampir tiba..sedapnya kalau dapat makan lemang cicah dengan rendang daging korban yang fresh.




Kadang kadang bila menyanyi di dalam hati, kita tidak tahu sumbangnya bunyi nyanyian itu sehingga keluar suara dari mesin perakam suara. Jika suara itu tidak dirakam tidak mungkin kita tahu ia sumbang sebab telinga tidak boleh mendengar suara sendiri dengan tepat jika suara itu datang terus dari mulut. Begitu juga sebaliknya jika suara kita merdu bak buluh perindu.

Hakikatnya nyanyian hati harus sekali sekala dirakam. Jikapun tidak dirakam pergilah ke bangunan bangunan kosong atau celah celah kegunungan jerit dan dengarkanlah gema suara kita terpantul. Masa kecil dulu aku selalu berangan main koboi koboi di celah celah Grand Canyon tatkala pistol aku dipicu bunyi letupnya bergema keseluruh angkasa. Sesaat kemudian di hujung distinasi peluru itu sesekali terdengar gema raungan sasaran tetapi yang selalunya ia sekadar berdesing di celah bebatuan….tersasar dan sekali sekala singgah di tubuh tikus gunung (istilah dengan izin pendaki gunung Kinabalu.hehe) mangsa yang tidak bersalah.

Ketika musim banjir sekarang, aku berharap sangat ia akan berakhir dengan segera sebab kesihan melihat mangsa perpindahan, lebih sedih lagi banjir kali ini telah meragut beberapa nyawa yang tidak berdosa. Bagi setengah orang yang berpolitik banjir menjadi fobia disebabkan layanan buruk ketika banjir di Johor Januari lalu. Sungguh begitu ada juga ahli politik yang berharap tempoh banjir itu sedikit panjang lagi kerana mereka dapat melihat sinar gemerlapan mentari dihujung banjir….ketika air menyapu bersih kotoran lumpur.

Seminggu dua ini sedikit riuh perbincangan mengenai gelang magnet. Apabila Harakah mengeluarkan “fatwa” haram, keluar pula “fatwa” harus oleh mufti Perlis diakhbar Berita. Nampaknya semua benda ada potensi untuk dipolitikkan.

Tentang kempen Bersih yang semakin mendapat sokongan, aku masih tertanya tentang siapa bakal keluar sebagai pemenang Melayu, Cina atau India? Pas atau Keadilan? DAP ? Baju Bersih yang berwarna kuning macam sudah mula terpalit arang. Hati hati ya ! BN adalah Garry Kasparov bila bermain isu perkauman parti lawan perlu sekurang kurangnya menjadi Anatoly Karpov untuk bersaing. Jika tidak tahu mainlah tennis macam Kim Clijsters.....bermain tennis dan becinta.

Dua minggu lepas aku pergi ke Krabi Thailand. Cantik juga laut dan pulau pulaunya. Minah saleh pun banyak. Cuci matalah sikit. Ingat nanti nak upload 2 ke 3 gambo saja buat kenangan. Buat masa ni tak sempat...tengah sebok.

Apa apapun memang hidup ini bagai meredah hujan. Bagai hidup di Hutan Hujan Tropika, hidup ini juga bermusim hujannya. Ada musim hujan yang kita boleh bermain rakit, ada musim hujan yang kita berselimut sejuk, ada musim hujan yang kita berpindah rumah dan ada musim hujan yang kita hanyut dibawa arus.

Darling...ketika aku hanyut dibawa rindu...selalu kuimpi daratannya adalah laguna qaseh..

Friday, November 16, 2007

Hujan 3

Suasana agak sunyi sekarang ini. Hujan turun hampir setiap hari. Bila terlupa bawa payung, baju habis basah ketika meredah hujan ketempat letak kereta yang tidak berbumbung. Basahnya tidaklah kuyup sebab jarak tempat letak kereta dan kederasan pergerakan menyelamatkan keaadaan. Begitulah yang berlaku beberapa kali di musim hujan ini. Payung ada kadang kadang tertinggal dalam kereta dan kadang kadang bila dalam kereta tertinggal payung dekat rumah dan beberapa kali tertinggal dekat pejabat. Tertinggal dekat pejabat ini adalah disebabkan hujan pagi, sampai-sampai pejabat payung tu dikembangkan dekat stor supaya airnya tus. Bila masa balik lupa ambil, besok pagi hujan alamat tidak berpayunglah. Masa balik hari raya hari tu, isteri abang aku bagi payung Avon warna pink keunguan, tiga hari lalu aku pakai payung itu, ada kawan dekat pejabat tegur “wow sexynya payung”….hehe…mamat ni payungpun sexy ker…?

Suasana sunyi itu memberi ruang untuk lebih banyak berfikir dan berangan. Ketika menyaksikan pertempuran antara polis dan pakatan Bersih aku gagal melihat situasi itu sebagaimana situasi ketika DSAI ditangkap. Aku bengang dengan emosi aku sendiri kenapakah ianya tidak meluap seperti dulu. Ketika tengok You Tube menonton petikan Al-Jazeerah, aku sedikit malu untuk masuk keblog seorang komentar politik bukan dari rumpun aku sendiri. Macam mana dia ini boleh dapat peluang diwawancara oleh siaran TV yang disiarkan keseluruh dunia. Mungkin hal ini salah satu yang menjadikan emosi aku tidak sekuat dahulu. Aku juga sidikit keliru Bersih ini untuk agenda siapa ? Siapa gunakan siapa ? Aku nampak kuning dan aku nampak Raja raja Melayu tetapi hanya sekadar seronok berangan menjadi Hang Tuah dizaman moden. Pokoknya aku tidak pandai mengalisa politik.

Dulu masa sekolah aku rasa aku pandai mathematik. Sesuatu yang leceh bila kita pandai mathematik ini kita selalu melihat sesuatu itu bagai sebuah empat segi tepat. Setiap masalah perlu ada jawapan yang tidak berbentuk subjektif. Komplikasi hidup sebenarnya lebih rumit dari masalah mathematic. Walaupun aku bukan dari golongan yang mempunyai jalan hidup yang kompleks, namun kejadian yang berlaku sekeliling dengan sifat manusia yang sebegitu dari yang sebaik umat sampai sejahat jahat manusia menjadikan berfikir secara mathematic itu hanya sesuai untuk menyelesaikan masalah-masalah mekanikal. Satu lagi masalah timbul bila kita cuba keluar dari cara berfikir begitu kita akan sering melihat kepincangan. Akhirnya kehidupan yang biasa, makan minum tidur senaman dan sembahyang adalah kehidupan paling selamat setakat ini.

tetapi darling…sunyi ini tidak pernah senyap dari rindu……..

Saturday, October 27, 2007

Di hari raya yang ke 15


11 hari yang lalu aku melalui jalan ini di Sg Buntu, Pontian. Hari ini dah masuk hari raya ke 15, cepat sekali Syawal bergerak dari 1hb....sedar sedar dah 15. Agaknya jika ada ukuran bulan yang paling pantas pergerakannya munggkin Syawal akan menjuarai. Bayangkan seminggu pertama raya macam 7 hari dirangkum jadi 1 hari, sekejap sangat. Ramadhan berlainan pula pergerakannya...dari 1 hingga 15 itu rasa macam merangkak...cuma kelajuannya sedikit bertambah di sekitar 23 ker 27 hb disebabkan kita mengharap sesuatu yang hebat berlaku pada ibadat kita. Ramadhan menjadi sedikit perlahan bila menjelang hari hari terakhir disebabkan kita menunggu hari raya.

Dua tiga hari ini sebenarnya Syawal bergerak perlahan sedikit...bukan disebabkan Syawal bergerak perlahan tetapi gaji bulan October yang lambat...hehe. Poket jadi pegheh sebenarnya menggambarkan kenaikan barang yang agak drastik sekali. Belanja tol dan petrol amat terasa sekali diperjalanan pulang berhari raya dan berjalan di hari raya. Contohnya pagi tadi aku first time beli roti canai sejak raya hari tu, masa bayar baru perasan harga dah naik 10 sen berbanding sebelum raya. Itu baru roti canai yang lain lain aku tak tahu lagi. Staff cina di pejabat akupun kata kueh nyonya dah naik 10 sen...tapi dia ada pilihan sebab kueh nyonya mahal dia pilih beli kueh Melayu harganya katanya kurang 20 sen dari yang nyonya jual...saiz katanya tak banyak beza..karipapnya saiz tu juga. Sebenarnya semuanya berpunca dari harga minyak naik dan gaji anggota kerajaan naik.. kesannya bagai berangkai semua akan secara langsung turut naik....cuma lambat dan cepat sahaja yang membezakannnya...yang peliknya yuran Astro pun naik...mungkin bayaran kepada artispun naik juga.

Suatu hari nanti, nilai 10 sen kita akan jadi macam nilai duit 1 sen...malah duit 5 sen sekarangpun gunanya cuma nak balance kan bayaran bil TNB sahaja..(btw..bil lektrik pun dah naik). Masa budak budak dulu pernah gak dengar dailog kat kedai runcit.."toke berapa semua...?"...toke kedai jawab "errr..satu linggit dua kupang lima duit"...sekarang ni hampir tiadalah dailog yang sebegitu.

Sebenarnya kesan kenaikan harga yang melampau bakal menjerumus ekonomi ke kancah inflasi. Faktor faktor seperti kebanjiran pekerja asing, pengangguran siswazah, pengapungan semula ringgit, persaingan gergasi pasaraya, perbelanjaan besar untuk projek mega, pemilikan hartanah/modal oleh rakyat asing dan banyak faktor-faktor lain lagi akan menambahkan lagi kemungkinan kehadiran permasalahan ekonomi itu kepada kita...walaupun tidak semuanya menyumbang secara langsung. Seharusnya permasalahan ini diberi tumpuan oleh kerajaan lebih dari semangat berfoya foya dan raya sakan dengan kejayaan angkasawan Malaysia pertama. Berapa million pulak dibelanjakan untuk bayar Sheikh pegi angkasalepas??... apa papun tahniah di ucapkan kepada Dr Sheikh Muzaphar Shukur...joli sekali sekala apa salahnya...huhu...dan ada orang beri dia gelaran Dr SMS..nak lawan raja SMS ler ni....siap ko Mawi!!. Pagi tadi berita sedih pulak untuk Dr SMS...begitulah takdir tiada siapa dapat menduga.

Thursday, October 11, 2007

Selamat Hari Raya

Sebulan Ramadhan hampir berlalu. Hari raya menjelang tiba. Semuga kita telah menyempurnakan ibadat puasa dalam ertikata yang sebenarnya dan amalan kita diterima Allah. Perkataan ‘sekolah Ramadhan’ makin banyak digunakan oleh penceramah Ramadhan untuk menggambarkan betapa Ramadhan adalah tempoh latihan untuk memperkemaskan diri memerangi nafsu dalam diri kita. Semuga pelatih pelatih ini keluar dari Ramadhan menjadi orang yang lebih disayangi Allah.

Bila hari raya puasa tiba, selalu aku teringat. Teringat segalanya, emosi bagai kembali kepangkuan jiwa sebenarnya. Melihat keluarga kembali berkumpul dalam satu situasi kemeriahan dan sesekali melihat ruang ruang yang telah kosong dtinggalkan oleh aruah aruah yang telah pergi tidak mungkin terisi kembali. Emosi bagai dibelai beralun keriangan dan kepiluan. Itulah raya yang penuh rasa kesyahduan ketika latar gema takbir memuji Ilahi memecah setiap sudut alam. Seketika dapat ku rasakan jiwa ini putih dan semua manusia adalah kekasihNya.

Suatu hari raya..pertama kali aku balik dari Johor dengan kereta pertama yang aku miliki. Sesampai di laman rumah, aku lihat mak sedang menunggu dengan senyuman keriangan. Setelah bersalaman, hairan aku, mak aku langsung tidak menegur kereta baru aku tak nampak ker kerata aku..? kecik sangat ker..? color dia tak menyerlah ker..?..memacam bermain difikiran. Setelah seketika barulah aku terfikir, pada mak kembalinya aku dihari raya adalah lebih penting dari segalanya....

So…jom balik kampong..

Dan..Selamat Hari Raya…geng..

Thursday, September 20, 2007

Sesekali aku ingin berbicara dengan kamu...

Anonymous said...
assalamualaikum

selamat berpuasa

cian nko, jauh ekk pasar ramadan tu,


terukkan kan kat terengganu tu, tak patut, saje je nak nampakkan pas tu teruk,


-fudhla-

September 12, 2007 8:15 AM

Bok D kata: jauh tempat berbuka tu...dr opis jauh dr rumahpun jauh..
.kat kedah i pernah jalan lebih jauh dari tu nak dengo ceramah pas tapi bulan tak posa la...masa tu aruah fadzil noor masih ada lagi...hairan malaysia dah 50 tahun merdeka..umno dah 60 tahun kalau tak silap...tapi belum matang matang.



DarlingLara said...
Assalamualaikum.

Entry tak bertajuk. Apa kata letak BULAN KU. Awak lahir pada Bulan Ramadhan kan. Hiks.

Saya nak mintak maaf zahir & batin kalau ada salah dan silap saya pada awak sepanjang kita kenal. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.

Tahun bila awak duduk Pasir Gudang tu? Kenapa jauh sangat nak pegi berbuka? Hmm agaknya berapa kali pulak kawan awak kena berbuka puasa sorang2 sbb “kawan dia tu” gi dating buka puasa dgn awek dia pulak? hehehe.

Ya .. saya pun sedih dengar berita kat Trengganu tu.

September 12, 2007 9:42 AM

Bok D kata : Saya lupa taruh tajuk lah...saya setuju ngan tajuk tu pandai awak. BULAN KU...istimewa sekali bulan ni. Saya mohon maaf zahir batin juga..banyak salah saya dgn awak agaknya.

"Kawan dia tu" tak gi date bulan posa..hehe..awak bulan puasa suka pegi date ker..?


Anonymous said...
salam abg..

selamat menyambut ramadan al mubarak...n selamat beramal ibadat di bulan mulia neh..semoga amalan kita di berkati olehNYA ..insya allah...

maaf salah n silap adik..sepanjang kita kenal dalam medan halo...

-adik-

September 12, 2007 10:18 PM

Bok D kata : Selamat menyambut untuk adik juga..maaf juga dari abang...yah..tahun ni berbuka berdua duaan ler yer...ada main suap suap kurma tak..hehe


nhk said...
Salam Ramadhan bro.

Oowhh you pernah duduk Pasir Gudang ya. Tempat abang I tuh. seri pun dok situ dulu .

Yup, semoga Ramadhan ini akan lebih berkat utk kita semua.


p/s a per nama taman you duduk dulu.hehe

September 13, 2007 11:20 AM

Bok D kata : i tumpang kat quaters TNB..member i tu jaga rumah sedara dia..yg gi kursus kat jepun...kebetulan i tengah cari rumah dia tolong jadi jaga rumah sekali..

Ooo abg u ngan seri pernah dok kat Pasir Gudang ya..tak perasan kalau tengok muka mungkin kenal..hehe

P/S : abg u main snooker tak..?


sofya said...
assalamualaikum..

selamat berpose!!!

manusia nie terkadang takut pada bayang sendiri..

September 15, 2007 12:39 PM

Bok D kata : waalaikumsalam..selamat berpose..main suap suap kurma ngan abang misai ler tahun ni ya..hehe..
betul tu takut bayang bayang...apa yg diceramahkan tu sebenarnya semua orang dah tahu..kat kedai kopi org gebang hari hari..kat harakah tiap 2 minggu citer..kat malaysiakini ari ari ada tulis...kalau tak betul saman ajer la..tak yah lah nak halang ceramah...sampai main tembak pulak



vaart said...
bok d,

jalan 1 kilo gi bukak poser...lepas bukak poser...jalan 1 kilo balik umah...sampai umah lapar balik...kuar balik, jalan 1 kilo gi kedai makan yg lain...dan begitulah seterusnya...huhuhu...

aku paham bro apo perasaan kau bila kawan yang kita kawan selama berbelas tahun tetiba dia tumpukan perhatian kat awek dia yang dia cuma kenal 6 bulan dan tinggalkan kau utk gi berdating...aku nangis ni...aku nangis ni...sungguh kijam donea inni...hehehehe

September 17, 2007 9:56 AM


vaart said...
bok d,

aku nak komen pasal entry bawah kau ni....aku bangkang pasal mengaitkan aku dengan nyonya tua...

at least kasik nyonyak yang tak berapa tua...kurang2 bila pakai hot pants..bahagian lengan dan pehanya masih tak mengelebeh...

September 17, 2007 10:01 AM

Bok D kata : memang real vaart... aku pun bulan pose tu turun beberapa kilo...balik raya badan aku cam mat gian..yang tak gian orang menengoknya...sampai rumah aku tegok ayo berulam rokok jer ler beb...susah susah besoknya aku uzur ler...hehe

pompuan punya hal vaart kita nak buat camner...nanti bila dah kawin depa carilah member balik...sayang bini tinggal tinggalkan kata depa.

hehe..aku teringat ko ngan nyonya tu sebab masa tu aku berada dalam 3 dimensi..


mrll said...
bro,
wa faham camner rasa berbuka sorang2 ..huhuhuuhu..syahdu beb..tapau sorang2, doa sorang2, makan sorang2, berasap sorang2..

tapi masa wa bawak motor dulu kan, bila rosak tgh jalan, alhamdulillah selalunya ada hamba Allah offer tolong tolakkan..so wa tak berani kata rakan seIslam tak pernah membantu..

September 20, 2007 12:13 PM


mrll said...
p/s : selamat berpuasa bro..

September 20, 2007 12:21 PM

Bok D kata : kadang kadang sorang sorang tu buat kita lebih sedo diri...setiap kepulan asap rokok..setiap hirupan air...setiap suapan nasi...setiap kunyahan..adalah zat zat yang menjadikan vitemin.

Bantuan sedara seIslam tidak berlaku semasa aku jalan kaki nak berbuka pose di Pasir Gudang...tetapi dlm kehidupan seharian sedara seIslam amat penting sekali...sebab itu bila kerajaan cuba nak hentam org melayu pas yg nak dengo ceramah aku amat sedih sekali...bukankan kita semuanya bersaudara....

Selamat berpuasa Mrll....dan semua yg tersinggah sini.


P/S : Malam ni wa tido lambat..terlebih kopi dan jng percaya dgn jam kat blog ni.

Tuesday, September 11, 2007

BULAN KU

Bulan apa yang orang pakai teropong nak tengok anak dia ? Jawapannya ada dua bulan satu Ramadhan dan satu Syawal. Bulan bulan itu akan datang lagi, dengan izin Allah kita akan sekali berpuasa dan berhari raya. Dalam bulan puasa kita digalakkan bersedekah jika ada lebihan duit hulurkanlah kepada yang memerlukan. Jangan kita menjatuhkan martabat umat Islam dengan membiarkan orang orang miskin, anak anak yatim dan orang yang ditimpa bencana merayu rayu mohon pertolongan. Hulurkanlah jika berkemampuan...sedih aku bila ingat lagu seperti di bawah..



Tolong kami bantu kami
Anak-anak yatim piatu (2X)

Hidup kami dalam dunia
Tak berbapa tak beribu (2X)

Aduhai insan-insani tolonglah kami (2X)

Allah akan beri rahmat
Dari dunia ke akhirat

Tolong kami bantu kami
Anak-anak yatim piatu

Kalau tuan hati mulia
Bantu kami yatim piatu

Agar dapat kami rasa
Nikmat hidup di dunia (2X)

Seperti anak yang punya ibu dan bapa (2X)

Allah tidak akan lupa
Pada orang yang menderma

Kalau tuan hati mulia
Bantu kami dengan rela


Dulu masa aku duduk di Pasir Gudang aku ada sorang member yang bila time buka puasa dia selalu teringat pengat pisang..masakan emakya. Kesian tengok dia.... nak tenteramkan hatinya akupun kata.."wa pun rindukan bubur kacang mak wa"...sebetulnya aku memang sgt rindukan bubur kacang itu. Masa buka puasa tu aku selalu berdua dengan dia, kadang kadang aku bukak puasa sorang sorang. Paling aku tidak boleh lupa bila member aku yang ada kereta tu berdating dgn awek dia maka aku terpaksalah menapak lebih kurang 1 km nak pergi tempat berpuka puasa. Penat ya'amat...darling, kalaulah masa tu awak lalu dengan kereta terus sambar saya naik kereta alang kah bahagianya hidup. Adalah aku menapak 4 ke 5 kali di Ramadhan itu...tiada satu kalipun aku bernasib baik diberi tumpang oleh rakan atau saudara seIslam...depa ingat aku Indon kot.

Panas hati gak baca berita polis tembak orang nak dengar ceramah di Terengganu...sungguh tidak bertimbang rasa apalah yang ditakutkan sangat dengan ceramah.... yang mendengar ceramah itupun orang yang sudah sememangnya tak suka dengan BN...bagilah mereka chance release tension tak larat asyik dengo berita perdana dan baca utusan malaysia ajer.. sekurang kurangnya masa ceramah ada juga kegiatan ekonomi berjalan...penjual air tebu dapat duit....penjual kopok leko dapat duit...penyewa khemah dapat sewa...dlln.

p/s : Semuga Rahmat Allah di Ramadhan yang mulia ini kita harungi dengan penuh keinsafan.

Thursday, August 23, 2007

Masa

Cepatnya masa berjalan sekarang. Bulan puasa dah semakin hampir..rasa baru sangat berhari raya..bersungkai di Sungkai. Roadtax insuran kereta macam baru semalam bayar dah mati pulak hari ni. Mungkin zaman sekarang ini banyak sangat pengisian masa itu sehinggakan langsung tiada masa yang terluang untuk kita berikan masa untuk begerak seiring dengan kita atau sebenarnya masa itu yang meninggalkan kita sedangkan sangkaan kita, kita berada di hadapan masa. Ia amat benar jika kita lihat bagaimana usia kita diukur melalui masa....secara zahirnya kita melihat berapa lama kita telah meninggalkan masa dari hari kita dilahirkan, tetapi kita lupa sebenarnya ianya juga adalah ukuran berapa lama kita telah ditingglkan masa pada saat berakhirnya kehidupan kita di mukabumi ini.

Jika kita sayangkan masa, jangan kita buang ia. Jika masa itu sayangkan kita ia tidak akan tinggalkan kita. Masa itu emas. "Demi masa sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian". Albert Einstein dalam Theory of Relativity mengutarakan - jika kita duduk kaku, kita sebenarnya bergerak melalui masa, jika kita bergerak selaju cahaya kita akan bergerak melalui ruang dan tidak melalui masa di dalam situasi masa yang berhenti...(aper aku cakap ni..). Teori Einstain menjadikan peristiwa Israq dan Mikraj itu bukan mustahil (jika tidak di percayai dengan keimanan). Jika burak yang membawa nabi Muhammad (SAW) boleh bergerak sepantas cahaya bermakna (berdasarkan teori Einstain) masa ketika itu berhenti dan Rasulullah sebenarnya bergerak melalui ruang tidak melalui masa. Bagi orang yang beriman kepada Allah tiada yang mustahil jika ianya datang dari kekuasaanNya.

Semua yang berada di sekeliling kita akan lenyap ditelan masa. Pokok yang aku tanam beberapa tahun lalu telah hilang dari pandangan mata yang tinggal hanyalah memori semalam bagaimana pokok pokok itu masih terpacak di sudut halaman sempit rumah aku. Apa yang aku dapat lihat setelah pokok itu ditebang hanyalah tempat letak kereta jiran cina aku yang kadang kadang nyonya itu keluar dengan seluar hot pant yang tak hot langsung aku melihatnya. Suatu hari ketika aku terpandang nyonya itu aku teringat Vaart...sebab ketika itu...di saat itu yang tinggal hanyalah "aku, nyonya dan tempat letak kereta"....