Saturday, October 27, 2007

Di hari raya yang ke 15


11 hari yang lalu aku melalui jalan ini di Sg Buntu, Pontian. Hari ini dah masuk hari raya ke 15, cepat sekali Syawal bergerak dari 1hb....sedar sedar dah 15. Agaknya jika ada ukuran bulan yang paling pantas pergerakannya munggkin Syawal akan menjuarai. Bayangkan seminggu pertama raya macam 7 hari dirangkum jadi 1 hari, sekejap sangat. Ramadhan berlainan pula pergerakannya...dari 1 hingga 15 itu rasa macam merangkak...cuma kelajuannya sedikit bertambah di sekitar 23 ker 27 hb disebabkan kita mengharap sesuatu yang hebat berlaku pada ibadat kita. Ramadhan menjadi sedikit perlahan bila menjelang hari hari terakhir disebabkan kita menunggu hari raya.

Dua tiga hari ini sebenarnya Syawal bergerak perlahan sedikit...bukan disebabkan Syawal bergerak perlahan tetapi gaji bulan October yang lambat...hehe. Poket jadi pegheh sebenarnya menggambarkan kenaikan barang yang agak drastik sekali. Belanja tol dan petrol amat terasa sekali diperjalanan pulang berhari raya dan berjalan di hari raya. Contohnya pagi tadi aku first time beli roti canai sejak raya hari tu, masa bayar baru perasan harga dah naik 10 sen berbanding sebelum raya. Itu baru roti canai yang lain lain aku tak tahu lagi. Staff cina di pejabat akupun kata kueh nyonya dah naik 10 sen...tapi dia ada pilihan sebab kueh nyonya mahal dia pilih beli kueh Melayu harganya katanya kurang 20 sen dari yang nyonya jual...saiz katanya tak banyak beza..karipapnya saiz tu juga. Sebenarnya semuanya berpunca dari harga minyak naik dan gaji anggota kerajaan naik.. kesannya bagai berangkai semua akan secara langsung turut naik....cuma lambat dan cepat sahaja yang membezakannnya...yang peliknya yuran Astro pun naik...mungkin bayaran kepada artispun naik juga.

Suatu hari nanti, nilai 10 sen kita akan jadi macam nilai duit 1 sen...malah duit 5 sen sekarangpun gunanya cuma nak balance kan bayaran bil TNB sahaja..(btw..bil lektrik pun dah naik). Masa budak budak dulu pernah gak dengar dailog kat kedai runcit.."toke berapa semua...?"...toke kedai jawab "errr..satu linggit dua kupang lima duit"...sekarang ni hampir tiadalah dailog yang sebegitu.

Sebenarnya kesan kenaikan harga yang melampau bakal menjerumus ekonomi ke kancah inflasi. Faktor faktor seperti kebanjiran pekerja asing, pengangguran siswazah, pengapungan semula ringgit, persaingan gergasi pasaraya, perbelanjaan besar untuk projek mega, pemilikan hartanah/modal oleh rakyat asing dan banyak faktor-faktor lain lagi akan menambahkan lagi kemungkinan kehadiran permasalahan ekonomi itu kepada kita...walaupun tidak semuanya menyumbang secara langsung. Seharusnya permasalahan ini diberi tumpuan oleh kerajaan lebih dari semangat berfoya foya dan raya sakan dengan kejayaan angkasawan Malaysia pertama. Berapa million pulak dibelanjakan untuk bayar Sheikh pegi angkasalepas??... apa papun tahniah di ucapkan kepada Dr Sheikh Muzaphar Shukur...joli sekali sekala apa salahnya...huhu...dan ada orang beri dia gelaran Dr SMS..nak lawan raja SMS ler ni....siap ko Mawi!!. Pagi tadi berita sedih pulak untuk Dr SMS...begitulah takdir tiada siapa dapat menduga.

Thursday, October 11, 2007

Selamat Hari Raya

Sebulan Ramadhan hampir berlalu. Hari raya menjelang tiba. Semuga kita telah menyempurnakan ibadat puasa dalam ertikata yang sebenarnya dan amalan kita diterima Allah. Perkataan ‘sekolah Ramadhan’ makin banyak digunakan oleh penceramah Ramadhan untuk menggambarkan betapa Ramadhan adalah tempoh latihan untuk memperkemaskan diri memerangi nafsu dalam diri kita. Semuga pelatih pelatih ini keluar dari Ramadhan menjadi orang yang lebih disayangi Allah.

Bila hari raya puasa tiba, selalu aku teringat. Teringat segalanya, emosi bagai kembali kepangkuan jiwa sebenarnya. Melihat keluarga kembali berkumpul dalam satu situasi kemeriahan dan sesekali melihat ruang ruang yang telah kosong dtinggalkan oleh aruah aruah yang telah pergi tidak mungkin terisi kembali. Emosi bagai dibelai beralun keriangan dan kepiluan. Itulah raya yang penuh rasa kesyahduan ketika latar gema takbir memuji Ilahi memecah setiap sudut alam. Seketika dapat ku rasakan jiwa ini putih dan semua manusia adalah kekasihNya.

Suatu hari raya..pertama kali aku balik dari Johor dengan kereta pertama yang aku miliki. Sesampai di laman rumah, aku lihat mak sedang menunggu dengan senyuman keriangan. Setelah bersalaman, hairan aku, mak aku langsung tidak menegur kereta baru aku tak nampak ker kerata aku..? kecik sangat ker..? color dia tak menyerlah ker..?..memacam bermain difikiran. Setelah seketika barulah aku terfikir, pada mak kembalinya aku dihari raya adalah lebih penting dari segalanya....

So…jom balik kampong..

Dan..Selamat Hari Raya…geng..