Thursday, August 23, 2007

Masa

Cepatnya masa berjalan sekarang. Bulan puasa dah semakin hampir..rasa baru sangat berhari raya..bersungkai di Sungkai. Roadtax insuran kereta macam baru semalam bayar dah mati pulak hari ni. Mungkin zaman sekarang ini banyak sangat pengisian masa itu sehinggakan langsung tiada masa yang terluang untuk kita berikan masa untuk begerak seiring dengan kita atau sebenarnya masa itu yang meninggalkan kita sedangkan sangkaan kita, kita berada di hadapan masa. Ia amat benar jika kita lihat bagaimana usia kita diukur melalui masa....secara zahirnya kita melihat berapa lama kita telah meninggalkan masa dari hari kita dilahirkan, tetapi kita lupa sebenarnya ianya juga adalah ukuran berapa lama kita telah ditingglkan masa pada saat berakhirnya kehidupan kita di mukabumi ini.

Jika kita sayangkan masa, jangan kita buang ia. Jika masa itu sayangkan kita ia tidak akan tinggalkan kita. Masa itu emas. "Demi masa sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian". Albert Einstein dalam Theory of Relativity mengutarakan - jika kita duduk kaku, kita sebenarnya bergerak melalui masa, jika kita bergerak selaju cahaya kita akan bergerak melalui ruang dan tidak melalui masa di dalam situasi masa yang berhenti...(aper aku cakap ni..). Teori Einstain menjadikan peristiwa Israq dan Mikraj itu bukan mustahil (jika tidak di percayai dengan keimanan). Jika burak yang membawa nabi Muhammad (SAW) boleh bergerak sepantas cahaya bermakna (berdasarkan teori Einstain) masa ketika itu berhenti dan Rasulullah sebenarnya bergerak melalui ruang tidak melalui masa. Bagi orang yang beriman kepada Allah tiada yang mustahil jika ianya datang dari kekuasaanNya.

Semua yang berada di sekeliling kita akan lenyap ditelan masa. Pokok yang aku tanam beberapa tahun lalu telah hilang dari pandangan mata yang tinggal hanyalah memori semalam bagaimana pokok pokok itu masih terpacak di sudut halaman sempit rumah aku. Apa yang aku dapat lihat setelah pokok itu ditebang hanyalah tempat letak kereta jiran cina aku yang kadang kadang nyonya itu keluar dengan seluar hot pant yang tak hot langsung aku melihatnya. Suatu hari ketika aku terpandang nyonya itu aku teringat Vaart...sebab ketika itu...di saat itu yang tinggal hanyalah "aku, nyonya dan tempat letak kereta"....

Friday, August 10, 2007

Happy birthday DSAI..

Aku harus menulis sesuatu malam ini....demi sebuah persahabatan reformasi yang terjalin antara manusia yang benci melihat kepincangan kepimpinan. Kepada manusia yang menjadikan peristiwa reformasi itu sebagai sebuah harapan....walau tidak kesampaian... namun ia menjadi bukti bahawa jiwa manusia bisa bertaut menjadi satu dan bergelombang senada. Yang lebih penting tautan itu masih dijiwa kami.

Maka inilah yang dapat aku tuliskan sebagai hadiah persahabatan ini.....

Beberapa bulan yang lalu sekawan lebah membuat sarang atau berlonggok dipokok jambu di dalam kawasan rumah aku. Orang kata lebah itu datang menumpang. Aku takut kalau kalau hamba Allah itu membahayakan keselamatan, jadi aku ambil surat khabar dan aku bakar di bawah pokok itu. Ternyata tindakan aku berjaya menghalau lebah lebah tersebut dari menumpang di pokok jambu. Sebulan kemudian pokok jambu itu berbuah tapi sayang buahnya busuk tidak boleh di makan. Dekat rumah aku ini bukan sahaja ada pokok jambu pokok durian dan rambutanpun aku tanam. Setelah berfikir panjang aku mengambil keputusan untuk menebang pokok rambutan dan durian. Sebab kalau hendak makan baik aku beli bukan mahal sangat. Kalau nak tunggu pokok durian aku berbuah entah bilalah aku nak makan durian.

Semua benda yang ada di sekeliling kita jika hadirnya adalah kerana kita membawanya dekat dengan kita maka amat sukar untuk kita lepaskan. Bukan mudah untuk aku membuat keputusan menebang pokok durian dan rambutan setelah beberapa tahun aku menyiram dan membaja mereka, tidak pernah aku rasa marah walaupun mereka tidak berbuah. Aku masih mahu menyimpan pokok jambu walaupun buahnya busuk tetapi dahannya meredupkan satu sudut rumah aku...adilkah aku sedangkan ia ternyata pokok berbuah busuk. Aku tidak pasti apakah aku akan merasa sedih dengan kehilangan pokok durian dan rambutan itu dari sudut laman rumah aku. Segalanya akan terjawab bila pokok pokok itu aku tebang.

Tuesday, August 7, 2007

Di suatu malam

Ano, nampaknya 5775 dah tak mau naik naik lagi..tapi percaya atau tidak setiap pusingan 4 angka yang mempunyai kombinasi berjumlah 10,000 dari 0000 hingga 9999 masing masing akan naik menjadi 1st prize pada satu hari. Mungkin 5775 tidak akan naik sepanjang 365 hari yang akan datang tetapi tidak mustahil ia akan pada hari yang ke 366 genap setahun mulai hari ini sebab tahun depan tahun lompat. Hehe....bukan apa Ano, saya berkata demikian sekadar ingin meminjam angan angan kaki nombor yang sidikit sebanyak akan berfikir macam yang saya fikirkan.

Dah masuk bulan Ogos...bulan Julai yang kurang baik untuk saya. Banyak benda yang saya terpaksa adjust....bermula dengan sakit, kerja kerja pejabat yang tertinggal dan bertimbun sebab banyak MC, kehilingan mood melepak, boring yang teramat, hilang nafsu berhibur, tension bukan bukan, rasa hiba dan sedih tak pasal pasal dan macam macam lagi benda benda negetif masuk dalam minda. Macam selalu benda benda macam ini memerlukan kita fokus kembali menjadi hambaNya yang tidak berdaya. Alhamdulillah saya kembali sihat macam dulu semuga Ogos lebih cemerlang. Terima kasih kawan kawan terutamanya Ilham yang sungguh sungguh memberi cadangan dan altenatif untuk mengubati sakit kepala tempoh hari....sesi urutan traditional dan air penawar bebar benar membantu.

Banyak member halo yang sakit ya...bermula dengan Teesh, kemalangan menimpa NHK, MLL demam rindu, adik pening dan rasa loya, aya susah nak tidur malam..hehe, darling... awak sakit kepala lagi..? vaart kena gigit GRO hehe (gurau bro!..)..dan terbaru ilham kena gastrik...ada lagi yang saya tertinggal dan terlupa. Hari tu kat halo ilham saya ada kata penyakitpun boleh main transfer transfer melalui maya...hehe karutkan. Jadi sesiapa yang lepak kat halo ilham, NHK, adik, teesh lepas ni dapat sakit..itu tandanya kita bersaudara...hehe.