Sudah tentu ketika cuaca panas yang membahang ini, hujan yang turun adalah bagai salji di gurun Sahara. Hari ini 07/07/07...Ilham, nombor yang cantik tidak semestinya memberi pulangan yang baik..hehe. Aku pernah ada nombor plate kereta 5775, ramai orang kata nombor kereta aku cantik. Pada suatu malam ketika aku singgah membeli rokok di kedai, dua orang Cina memberi tahu aku nombor kereta aku.. 5775 naik first prize. Aku tidak tahu nak respon macam mana sebab aku tidak beli nombor ekor...akupun kata.. ya ka.
.
Tetapi aku ada seorang kawan yang memang kaki nombor dari magnum, toto, 4D dan entah apa-apa loteri semua ticket dia ada...tapi tak kaya kaya..kayap adalah. Semua judi dia main kecuali race kuda sebab kata dia kalau dia main kuda susah nak taubat...Ahamdulillah...semuga pintu taubat sentiasa terbuka untuk insan insan yang terlalai. Jadi lepas beli rokok aku ingat nak terus balik rumah..aku tukar plan pergi rumah member aku. Aku cakap dengan dia kereta aku naik first prize..aku tanya dia ada beli ker..? Dia tepok dahi sebab tidak beli...baru petang tadi dia tumpang kereta aku sebab kereta dia rosak jadi dia tikam nombor kereta dia...haha. Dia bagi nasihat dekat aku...petua orang kaki nombor... kereta aku sepatutnya tidak boleh bergerak selama 3 hari. Aku kata aper kejadah punya petua. Aku tidak ikut petua itu.. kurafat.
.
Nak dijadikan cerita dan mungkin dugaan atau syaitan dibenarkan menguji kepercayaan aku..petang hari berikutnya kereta aku accident..teruk juga cermin dan pintu belah pemandu kena langgar ketika aku nak melintas nasib baik aku tidak cedera. Kawan aku dapat tahu..dan kata dekat aku...kan! aku dah kata. Pergi jalanlah dengan petua karut itu benda dah nak jadi tiada kena mengena dengan sebab nombor tu naik first prize. Selepas beberapa lama aku baru dapat tahu memang kebanyakan orang Cina tidak bawak kereta yang baru naik... tapi bukan takut accident tapi takut kena rompak.
.
Pasal nombor cantik aku rasa tarikh 11/11/11 memang cantik tapi pada tahun 11.11.1911 atau 1811 manusia tidak tahu melihat cantiknya tarikh sebab tarikh cantik belum dikomersialkan lagi. Mungkin juga Melaka ditakluk oleh Portugis pada 11.11.1511 (11.11.11 cam batu nesan pun ada)...siapa tahu. 4 tahun lagi 111111 akan keluar lagi...mungkin satu lagi 0911..??.
Tarikh yang cantik kadang kadang mungkin bukan dilihat pada nombornya. Generasi sebelum merdeka melihat tarikh 31/08/57 begitu cantik malah mereka kata keramat...dan apalah sangat jika ada orang dilahirkan pada 270190..hehe.
.
Bayangkan pula jika pada tarikh secantik 07/07/07 seorang itu teringat kekasih yang telah meninggalkan dirinya..agaknya dia akan menulis begini lebih kurang.......
.
Tengkujuh datang di subuh kemarau tujuh haribulan tujuh dua ribu tujuh..
Ketika hati redup tersipuh dibasuh baris baris keluh
Teringat aku padamu…
.
Pernah..menggamatkan jiwa sukmaku bagai gemuruh
..meruntun sanubari setiap saat hingga hatiku jatuh
Keluh kesahku hilang dengan seloroh nakalmu..
.
Aduhai…tempat manjaku.. telah ia terbang jauh..
Meninggalkan aku sepi sendiri begini..
.
darling..
Ku sanggka asmara.. berlabuh di tepian sauh
..rupanya..badai tengkujuh datang merempuh…
.
.
.