Saturday, June 30, 2007

Hutan hujan


Kesan yang lebih bermakna keatas sesuatu kejadian ialah bagaimana kita melihat diri kita sendiri menyelaras kelemahan dan kekuatan yang kita ada. Kita sering cuba menyerlahkan kekuatan yang kita ada tetapi sering cuba menutup kelemahan. Sebenarnya kedua dua kekuatan dan kelemahan itu akan hanya benar benar teruji bila kita berada dalam situasi kritikal. Aku yakin sebenarnya keberanian yang merupakan sebahagian dari kekuatan diri sahaja tidak akan menyelamatkan kita dari situasi kritikal tetapi gabungan dengan rasa takut yang merupakan faktor kelemahan itu juga amat besar sumbangannya. Namun begitu tidak ada nilai yang lebih tinggi dari peringatan tentang kematian itu sendiri...terima kasih teman teman maya yang turut mengucap kesyukuran.

.

Ok...hidup harus diteruskan macam biasa. Tidak banyak yang berlaku seminggu ini. Suratkhabarpun agak laku sejak kes Altantuya masuk mahkamah...akupun tak ikut sangat kes ini. Pada aku mahkamah adalah tempat untuk melepaskan orang yang bersalah dan juga tempat untuk orang yang tidak bersalah untuk didapati bersalah. Hehehe...aku sound macam wakil parti pembangkang pulak yer. Tetapi secara pribadi aku rasa ada banyak kenenarannya. Oh ya... Eric Cheah bebas dari tuduhan menyalah guna kuasa. Jadi dia ni hanyalah seekor kambing hitam yang diputihkan untuk menutup kepincangan di atas kerugian pelaburan kerajaan dari wang rakyat di dalam Perwaja Steel. Tak mahu berbincang panjang nanti blog HHT aku ni macam menghina mahkamah pulak....kehkeh perasan tuh.


Aku nak masukkan iklan sikit kat blog ini kot-kot Perlancongan Serawak nak bagi aku ticket kapalterbang dan concert free...hehe

.

100Degrees
The Rainforest World Music Festival (RWMF), a not-to-be-missed occasion, is celebrating its 10th anniversary from 13-15 July 2007. To be held at the Sarawak Cultural Village, RWMF has long been regarded as a unique festival that brings together on the same stage renowned world musicians from all continents and indigenous musicians from the interiors of the mythical island of Borneo.
.

Its formula of afternoon informative workshops, ethno-musical lectures, jamming sessions and mini concerts, followed by evening performances on the main stage has proven to be a hit with the audience, who come from near and far.

.

......20 bands had been listed and all of them had performed in the festival in previous years. While most of the bands are making their second appearances in this year’s festival, several bands like Inka Marka from Peru, Black Umfolosi (Zimbabwe), Shooglenifty (Scotland) and Aseana Percussion Unit (Kuala Lumpur) will be making their third appearances. Other bands included in the line-up are Huun Huur Tu and Malerji from Tuva and Russia, Khac Chi (Vietnam), Ensemble Kaboul (Afghanistan), Shannon (Poland), Garifuna Allstars (Belize), Foghorn Stringband (USA), Tarika Be (Madagascar), Tammora (Italy), Mas Y Mas (UK), Doghouse Skiffle Band (UK), Mah Meri (Kuala Lumpur) and the maestro of world music Randy Raine Reusch (Canada).


Saturday, June 23, 2007

Aku masih di sini

Tiada gambar disini.

Salah satu perkara yang mustahil untuk kita elakkan ialah kematian. Teringat cerita karut Highlander tentang kematian yang tidak akan datang kepada seorang wira Scottish melainkan dibunuh oleh seorang yang immortal sepertinya. Itu ceritera karut orang putih. Bagi kita orang Islam kematian itu adalah sesuatu yang pasti, itu janji Ilahi.
.
Mengingati mati itu adalah sesuatu yang dituntut. Namun dalam kelalaian kita dengan keindahan dunia kadang kadang kita terlupa yang kematian itu boleh berlaku pada bila bila masa. Seperti kata seorang sahabat antara hidup dan mati bezanya cuma sedetik. Aku pernah mengalami insiden yang boleh membawa maut beberapa kali bermula masa kecil keluarga aku pernah menceritakan aku jatuh dari atas rumah setinggi 7 kaki....kata orang budak kecil dipelihara malaikat...aku selamat. Zaman sekolah aku pernah hampir lemas ketika mandi dengan kawan kawan terima kasih pertolongan kawan kawan dengan kehendak tuhan. Pernah aku kemalangan kereta terlanggar besi pengadang yang kalau patah besi itu aku masuk gaung. Tetapi apa yang berlaku minggu lepas hari Sabtu ketika aku dan rakan sekerja melakukan aktiviti whitewater rafting adalah sesuatu yang tidak mungkin aku lupakan...a close shave..malah aku seolah telah melihat maut di hadapan mata.
.
Aktiviti whitewater rafting ini adalah salah satu aktiviti di dalam kursus teambuilding syarikat aku di Sungkai Resort. Untuk aktiviti tersebut kami dibawa ke Gopeng . Kami di bawa ke sebuah resort...aku tidak ingat nama resort ni biasalah aku ni bukan ambil berat sangat pasal nama. Resort ini memang dibina untuk tujuan aktiviti whitewater rafting. Sesampai di sana masing masing teruja nak mencuba aktiviti berakit di jeram ni. Dengan wajah yang ceria dan ketawa ria masing masing selepas diberi taklimat dan keyakinan tentang keselamatan aktiviti ini tidak sabar sabar lagi memakai life jacket dan topi keledar agar dapat cepat menempuh pengalaman baru dalam hidup. Mengikut kata instructor tersebut aktiviti ini memakan masa tidak lebih dari 45 minit.
.
Di dalam rakit plastik yang boleh mengisi 7 ker 10 orang kami dipecah kepada 5 rakit, 5 orang satu rakit campur instructor jadi 6. Masa ketika itu lebih kurang pukul 2.30 petang thanks to my jam cap buaya yang terbukti kalis air...akupun berniat jamak ta'khir...jika 45 minit campor 1 jam perjalanan balik ke Sungkai busuk busuk pukul 5.30 aku dah balik ketempat penginapan. Setelah wish masing masing good luck...dan sebabkan suasana gurauan itu ceria sekali aku hampir berkata kepada room mate aku masa kursus ni...seorang Cina...see you in heaven bro!!. ..hati aku nak kata tapi tidak terlafas.
.
Semua berjalan lancar satu satu rakit masuk sungai.....airpun kelihatan ok. Rakit aku yang keempat masuk... rakit pertama dan kedua nampak smooth...tiba rakit yang ketiga aku dan group aku nampak ianya terbalik. Tetapi instructor aku kata itu perkara biasa dan tiba giliran rakit aku...tak sampai dua minit berdayong rakit aku dilanggar arus aku tidak ingat bagaimana...yang aku tahu aku dan group aku tercampak ke dalam sungai..Ya Allah air punyalah deras. Semua berlaku dengan pantas..mula mula aku tidak panik sebab life jacket yang aku pakai sudah tentu membawa aku kepermukaan. Tetapi sangkaan aku salah setiap kali life jacket itu cuba membawa aku kepermukaan setiap kali itu dihenyak oleh air deras kedalam sungai..ada suatu ketika aku berada terlalu lama di dalam air..aku nampak hitam dan sangka aku maut telah tiba disebalik pandangan hitam itu...Alhamdulillah aku sempat mengucap serta terbayang wajah wajah orang yang aku sayangi...aku menanti kesakitan maut...masa aku sudah tiba...tetapi kesakitan maut itu tidak datang...secara tiba tiba warna gelap itu menjadi kemerahan...rupa rupanya aku kembali kepermukaan untuk menghirup udara untuk sesaat..selepas itu aku kembali kedalam air dan kembali kermukaan secara bergilir..badan aku betul betul diluar kawalan..macam free falling..tonggang terbalik dibawa arus deras.
.
Mandy, agaknya begitulah yang berlaku ketika Tsunami.
.
Dengan kuasa Allah arus deras itu membawa aku ketebing..apungan aku mulai sedikit setabil..di masa itu aku nampak banyak dahan dahan pokok mencecah permukaan air...dengan sedikit fokus dan sebutan nama Allah yang tidak henti henti aku cuba menangkap salah satu dahan itu...cubaan pertama gagal sebab dahan itu agak jauh..dan cubaan kedua baru aku dapat menangkap hujung dahan itu. Secara perlahan lahan aku tarik dahan itu takut ianya patah. Aku dapat merapat kan diri ketebing dan dapat bersandar di batu tetapi disebabkan batu itu licin aku tidak dapat mengangkat seluruh punggung aku untuk duduk di atas batu...kaki sebelah kanan aku berpijak di salah satu batu yang ada di dalam sungai tersebut tangan kiri aku perpaut pada dahan yang sebenarnya hanyalah serumpun pokok kecil. Akupun bernafas...tidak pernah aku bernafas sekencang itu. Aku punya anu dah kecut ketahap screw.
.
Suasana cemas itu tidak berakhir di situ..aku terpaksa menunggu hampir 1 jam lebih bertaut dalam keadaan begitu..bila bila masa aku boleh kembali ke dalam sungai. Di masa menanti bantuan itulah otak aku berputar memikirkan berbagai perkara tentang hidup dan mati tentang bapa tentang keluarga aku tentang kawan kawan nyata dan maya. Aku cuba azan tapi sumbang...baru aku tahu tidak banyak doa yang aku hafal...antara doa yang aku baca "Maha suci Allah yang menjadikan air ini suci lagi menyucikan..janganlah jadikan ia pembunuh". Yang paling aku tidak boleh lupa semasa bertaut itu ialah..ketika aku mendengar deruan air dan suasana sunyi berselang bunyi cenggkerik di belakang aku ialah....aku terfikir aku ini hidup ker mati.
.
Dipendekkan cerita aku diselamatkan tapi bukan menaiki darat tetapi terpaksa menaiki rakit ke stesyen perhentian rakit. Baru aku sedar tebing tempat aku pertaut itu adalah sebuah bukit yang curam dan hutan banat. Bayangkan aku tiada pilihan melainkan naik rakit lagi...adoi!!!. Tiba di perhentian itu aku dapati semua group aku selamat dan aku dapat tahu 3 lagi rakit terbalik. Syukur semuanya selamat biarpun hampir semua bukan muslim aku mengucap Alhamdulillah...mungkin kalau tidak mereka anak cucu mereka akan masuk Islam hendaknya. Dan di situ juga baru aku tahu rupanya kami dilanda arus kepala air.

Wednesday, June 6, 2007

Merapu jap...

Pekan karut @ car road bagi penduduk kampong itu adalah macam Macau. Di sini budak budak belajar main tikam nombor dan orang dewasa beli khitab 52 sebab ia juga "pekan" yang paling dekat untuk tukar daun. Dua baris kedai Cina style 60an sudah cukup menjadikan pekan ini unik. Elimen "pekan karut" adalah sebahagian ideologi kalut budak Ipoh made in kampong itu, kamu boleh study sampai UK tapi kalau gagal exam khitab 52...status Yob kamu boleh dipertikaikan. Penduduk kampong itu adalah penyokong keras Kejor Yob Kejor...di stadium Santiago Barnebue mereka sendiri De Astedi Peroque...stadium yang menyaksikan Red Jayen dibelasoh 5-0...hehehe tahun bila tak hingat.



Bagi orang Perak panggilan Yob itu kebiasaannya diberi kepada anak sulong lelaki, kalau yang perempuan diorang panggil Yong. Penggunaan Yob telah diperluaskan untuk menggambarkan anak Perak macam panggilan Jang untuk orang NS. Lebih dari itu secara yang lebih eksklusif status "Yob" itu diberi kepada orang yang membanggakan nama Perak. Jika di Ipoh mungkin kartunis Lat dan Allahyarham M Shariff boleh diberi status Yob tersebut, tetapi gelaran status Yong tidak sama sekali layak untuk Michelle Yeaoh disebabkan Tomorrow Never Dies tidak pernah menjadi cerita James Bond yang paling ditonton oleh orang Perak. Berdasarkam keputusan poll James Bond yang paling ditonton orang di sana ialah The Spy Who Love Me. Namun begitu Dato' M. Yeoah layak jadi Ipoh mali seluar bell bottom butang besi ma. ..



Lat berstatus Yob sebab dia menkartunkan Ipoh dalam Town Boy. Orang Ipoh atau yang pernah tinggal di Ipoh sure kanal sangat dengan Cinema Tower dalam Town Boy...itu Ipoh. M Shariff pulak aku beri dia status Yob sebab kalau The Beach Boys dengar lagu dia sure nak pergi Telok Batek...nyanyi lagu Surfing in Telok Batek...hehe.

Keindahan Pantai

Hey!Hey! Wo Hop!

Wo hop!

Wo Hop!

Wo hop!

Mari kawan-kawanku semuanya ke pantai

Untuk menghiburkan hati yang sedang duka lara

Di pantai yang menarik dari pandangan mata

Menjadi tumpuan muda-mudi di senjahari

Oh hari...( 1 )

Unggas berterbangan di sekeliling pantai

Bertambah menarik dari pandangan mata

Bayu yang berhembus menyegarkan di jiwa

Membuatkan hati duka menjadi riang

Zai zai zai zai

Zai zai zai zai

Zai zai zai zai

Zai zai zai zai

Oleh itu janganlah selalu kau bersedih

Hiburkanlah hatimu di masa kau di sana

Nikmatlah keindahan yang dijadikan Tuhan

Agar hidupmu sentiasa gembira dan ketawa

Ketawa...( ulang 1 )( 2X )

Wo Hop! Wo hop!

Wo Hop! Wo hop!

Wo Hop! Wo hop!

Wo Hop! Wop!

Monday, June 4, 2007

Cinta kilat..

16 hari kemudian...aku teruja nak update blog. Semalam hujan turun selebat lebatnya di sini, sudah lama hujan yang selebat itu tidak turun. Namun begitu aku tidak dapat tidur nyenyak semalam otak banyak berfikir benda yang bukan bukan... dari soal kalaulah aku mati besok sampailah aku menang peraduan TM. ..dan paling mengusik malam aku semalam ialah kilat.
.
Malam tadi kilat sabong menyabong, aku tidak tahu apakah ianya suatu keraian sambutan menyambut selamatnya aku pulang dari berjalan jalan selama seminggu atau petanda baru bumi sudah gagal menahan panahan petir kerana perubahan komposisi dan perseimbangan antara air, udara, suhu dan graviti. Semalam persaan aku bercampur ketakutan pada bencana dan syahdunya mengingati Allah ketika orang lain lena dibuai mimpi. Bila pagi rasa kesal menyelubungi hati sebab aku gagal untuk bangun dari tempat pembaringan untuk sekurang kurangnya bersembahyang witir. Situasi begitulah yang sebenarnya menyerlahkan betapa iman dan ketakwaan diri masih ditahap rendah. Namun begitu aku dapat rasakan romantisnya berada didakapan Rahmat.
.
Bermula sabtu lepas aku bercuti keselatan. Bukanlah sebuah percutian yang menarik, bermula dengan aku diserang demam 3 hari yang aku penuhi dengan tidur dan kejutan bil bil makan yang aku rasa over sangat serta pengambilan kesempatan oleh peniaga bila tengok "pelancong" macam aku datang. Apa apapun aku sangat kepinginkan rehat ini, jauh dari pejabat, PC dan deringan talipon. Melihat sekali sekala tempat orang lain yang kadang kadang pelikpun ada membuat aku terfikir berada di dalam kelompok kita sendiri sebenarnya adalah nikmat kurniaan Ilahi yang kita cuba lupakan dan kerap kali dalam kelupaaan itu kita gagal melafas syukur. Kesimpulannya kita tidak perlu berada dalam karnival untuk melihat betapa indahnya kehidupan yang ada di dalam diri kita sendiri.