Saturday, May 19, 2007

...masih kah ada di padang itu..

Memandang ke padang yang penuh lalang itu
terkenang pada masa aku bertandang ke situ di setiap petang
datang untuk bersembang dan bergebang gebang
kadang kadang mengutuk orang
semedang juga bermimpi panjang

Sesekali di padang itu…
helang terbang merewang
kata mereka…bawa berita malang
begitulah hidup..berselang antara girang

pernah juga bermain layang layang
dan ketika putus benangnya…
..melayang ia terus di bawa angin entah ke mana
sayang…baru benar ia terikat tegang
sedih membayangkannya..
jikalah suatu hari dia singgah di pohon ketapang..
hendak ku runtun bayang bayang panjang menggalah..

ketika azan sembahyang berkumandang
masih aku terpandang pandang indahnya padang itu
berat hati mahu pulang…
macamlah siang tidak akan datang lagi..

Saturday, May 12, 2007

Masih seperti hujan...

...duduk berteduh di perhentian bas. Ketika itu hujan turun lebat. Waktu sekitar pukul 11.00 malam. Aku seorang diri kesejukan. Lambat sangat bas sampai takutpun ada, mana tahu kalau ada orang tangkap aku untuk jual buah pinggang aku. Tiba-tiba ada orang tegur..."woi!!"..terkejut juga tapi control..
.
aku jawab.."ada apa?'"
.
dia jawab.. "mancis ada..?"
.
aku jawab.."nah.." sambil aku bagi dia mancis.
.
dia kata.."ko pakai mancis jer... lighter takder ker..?
.
aku jawab.."lighter selalu hilang,...membazir beli..mancis baru 20 sen"
.
dia kata.."nah.. RM 5 juta" sambil memberikan aku beg plastik Tesco.."dalam ni ada RM 5 juta"
.
aku kata.."pasal ko nak bagi aku RM 5 juta ?"
.
dia jawab.."sebab ko bagi aku mancis"..baru aku perasan mancis tadi dia simpan dalam poket...bukan untuk pasang api rokok.
.
aku kata.."saya jual mancis"
.
dia jawab.."saya beli"
.
Akupun serta merta menahan texi..sambil membawa beg plastik Tesco yang ada RM 5 juta di dalamnya...orang tadi naik limo Jaguar yang tunggu dia dekat simpang jalan. Aku ingat duit tu..aku nak bagi IlhamRM 2 juta...banyak sangatlah 5 juta...hehehe
.
.
.
Ok stop berangan!!..yang realnya...hari ibu dah sampai, berapa tarikh sebenarnya ? Aku tahu bulan ini, nanti aku tanya member rumah aku..dia ni kalau pasal hari ibu sure ingat. Teringat aruah mak..memang selalu teringat dia. Sebenarnya ada benda yang aku terkilan. Semasa aruah sedar dan sebelum dia pergi aku tidak sempat memohon maaf secara langsung darinya. Kali terakhir aku jumpa aruah mak aku ketika dia sedar..mak aku yang kata maafkan dia jika ada salah dengan aku...aku tidak ambil kata katanya sebagai tanda dia mahu pergi selamanya...jadi tidaklah aku bersungguh sungguh berkata akulah yang sepatutnya momohon maaf padanya..tidak pernah sekali dia bersalah pada aku. Bila aku ingat peristiwa itu aku pasti sedih..masakan seorang ibu berdosa pada anaknya...tidak sama sekali ibuku!!! Aku yang berdosa kerana menitiskan air matamu...
.
kehadapan bonda,
anakanda di sini sihat selalu
semoga bonda begitu juga
anakanda memohon maaf
di atas segala kesalahan anakanda
dari usia penagih susu hingga kini
ampunkan dosa anakanda yang pernah
menjatuhkan air mata duka bonda
titisan air mata bonda itu
masih seperti hujan menitis
di setiap hari anakmu..

.
Semuga rohmu dicucuri Rahmat Ilahi..Amin.