Mata tak ngantok pulak, tadi pepohon memberi tahu.. angin malam sedang berhembus....hujan agaknya subuh nanti...
.
Seminggu ini hujan dan panas silih berganti. Jika hujan berderu umpama dikir barat, panas datang meceria bumi bagai boria. Teringat juga aku seronoknya menyanyi boria ketika zaman sekolah rendah dulu. Senikatanya simple berpantun dan bermotif kempen kebaikan, walaupun kemudian harinya aku mendapati boria disalahguna sebagai alat propaganda kerajaan dengan senikata yang mengampu. Contoh:
.
"Kerajaan cemerlang gemilang dan terbilangnya
memerentah Malaysia sekarang kini dan dulu dulu
marilah kita bersama bayar hutang MARA
Boria Balik Pulau sat sat ni juga setia membantu...."
.
ewahhh!! ...(hehe bro wa dapat idea kat blog ko)
.
Aku tidak pernah menyanyi atau masuk kumpulan dikir barat. Hairan juga kenapa ia dipanggil dikir 'barat' sedangkan asal usulnya dari pantai timur. Aku perasan senikata dikir barat yang selalunya susah aku nak faham disebabkan longatnya, lebih suka menyindir dan bersifat kritik. Sebaris senikata dikir barat yang paling aku ingat ialah "awe masuk kampo lumpat lompat macam kera"...hehe betul ker...
.
Irama traditional yang mengantok sudah tentulah dondang sayang. Selalunya selepas hujan lebat katak katak bersahutan, ada orang kata katak katak itu sedang berdondang sayang. Bayangkan dalam salah satu senikata katak itu ia berbunyi:
.
"Dua tiga kucing berlari, mana nak sama si kucing belang sayang....
dua tiga kucing berlari..mana nak sama si kucing belang...
dualah tiga boleh ku cari..mana nak sama darling seorang.."
.
Sebenarnya persamaan katak berdondang sayang itu menggambarkan dondang sayang itu terlalu lembut dan gemalai...sehingga aku pasti selepas pantun ketiga dalam dondang sayang ramai yang tidur.
.
Dulu masa aku tinggal di Johor aku jatuh hati dengan ghazal bukan hanya iramanya yang sedap, tetapi jiwa kekampongan di dalam ghazal itu sendiri yang membuat aku lebih terpikat. Gabungan orang tua dengan suara semput semput basah, mat mat rock kapak yang baru nak belajar melalak dan minah minah nak test power berangan menjadi sorang lagi artis dari selatan tanah air. Pemuzik-pemuziknya dengan gambus, ekodian dan tabla melentok spara stone katak. Penontonya, bila ada kenduri kawin dari nenek sampai cucu. Agaknya asas sokongan masyarakat inilah yang membuatkan ghazal istimewa. Sehinggakan aku pernah terfikir kenapa musik ini tidak boleh popular seperti Bob Marley dan raggae yang datang dari kampong di Jamaica. Mungkin UB40 atau tad innit band yang lain boleh buat experiment baru selepas berjaya dengan raggae....
.
NHK.... u pegi England bawak ler CD ghazal satu.......atau boria....suruh diorang pasang kat Elland Road.
6 comments:
assalamualaikum...
bokD,
best entry ni! citer irama malaysia ekk selepas lagu indonesia!! ahaksss...
i dari kecik dulu sampai sekarang tak boleh nak layan boria!! memang tak boleh. dari boria biarlah dikir barat! so masa sekolah selalu paksarela diri masuk dikir barat sebelum cikgu suruh masuk boria!!
tapi i boleh layan ghazal... sebab arwah bapak dulu ada gambus dan suka main lagu-lagu ghazal!!
laa .. dlm lirik dondang sayang pun ada darling jugak ya.
teesh,
oo ghopernyer...u ni anak insan seni ya..darah seni tuh..
ya darling..nama itu sentiasa ada..
bokd, masa I kat Leeds ader I masuk endang ker dikir barat ek for our Malaysian night, tapi tak buat kat Elland Road lah.
I kecik hati dgn u
tak nak debik dah.
sorry..NHK
Post a Comment