Hujan lebat tadi. Banyak air melimpah ke jalan raya. Kereta aku yang sudah lama tidak dibasuh, macam gembira sahaja...meredah air membentuk gelombang air seperti ombak Hawai five O. Akupun berangan sekejap naik jet ski. Rabiulawal, bulan kelahiran junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w baru berlalu. Aku ingin mencatat sedikit ilmu dari sebuah buku tafsir….
Maka tersebutlah pada sebuah Hadis yang dirawikan oleh Imam Ahmad, ad-Darimi, al-Baqawardi dan Ibnu Qani di dalam Majma’ush-Shahadah, dan ikut juga merawi Imam Bukhari di dalam Tarikhnya, dan at-Thabarani dan Hakim, maka meriwayatkan daripada Abi Jum’ah al-Ansari.
“Berkata dia (Abu Jum’ah al-Anshari): Aku bertanya: Ya Rasulullah! Adakah suatu kaum yan lebih besar pahalanya daripada kami, padahal kami beriman kepada engkau dan kami mengikut akan engkau ?. Sabda Baginda: Apalah akan halangannya bagi kamu (buat beriman kepadaku), sedang Rasulullah ada di hadapan kamu, dan datang kepada kamu wahyu (langsung) dari langit. Tetapi akan ada lagi suatu kaum yang akan datang sesudah kamu, datang kepada mereka Kitab Allah yang ditulis di antara dua Luh, maka merekapun beriman kepadaku dan mereka amalkan apa yang tersebut di dalamnya. Mereka itu adalah lebih besar pahalanya daripada kamu.”
Selain dari maksud zahir hadis ini, fikiran aku tertumpu juga kepada bagaimana para ulama Melayu, penulis kitab kitab Islam lama dan baru seringkali menjaga ketertipan dan pilihan perkataan yang sesuai bagi menghormati kemulian Baginda Rasulullah dan ajaran Islam yang di bawanya. Perkataan seperti “sabda”, “wahyu” dan “kalimah” , gantinama “baginda” permulaan “Ya” untuk merujuk kepada Rasulullah, sebenarnya membantu memuliakan Rasulullah s.aw. Semestinya perkataan perkataan yang bersifat semi khusus ini dihormati.
Sebenarnya aku sudah lama terganggu dengan lirik lagu ni...

Nafas Cahaya
.
Sepenuh bintang ada sana
Sepenuh bintang ada sana
Di manakah cahaya
Jawablah pemuda
Jika benar kau cinta
.
Tanpa berkerana
Tanpa berkerana
Bisikanlah buatku
Jika terbukti rindumu
.
Lama ku menanti
Lama ku menanti
Sabda rindumu kasih
Membelai nurani
Biar sempat ku bermimpi
Keindahan malam seri
.
La… la… la…la…la…la…La… la… la…la…la…la…

Cinta bukan kata
Rindu bukan madah
Dalam nafas pun tersimpan cahaya
.
Kalimah cinta bersakti
Kalimah cinta bersakti
Melamar hati yang suci
Kalimah cinta berperi
Melamar kasih ke sisi
Kalimah cinta sejati
menguji diri di sini
Kalimah cinta terpateri
.
Melayar hari insani
Redakan gelora
Redakan gelora
Cinta mendapar jiwa
Biarlah Terasa
Dalam aman semula
.
.
Lupakan tentang perkataan “kalimah” sebab perkatan ini sudah kerap sangat dinodai untuk menunjukkan “agungnya” cinta sesama manusia sedangkan “kalimah” itu sepatutnya dikhususkan untuk kalimah bernaik saksi kita bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Pesuruh Allah. Sebutan Allah itu disebut sebagai “kalimah” Allah untuk menekan darjat ketinggian, keagungan dan keesaanNya.

Nah! sekarang “sabda” pulak, buat pertama kali (yang aku tahu) perkataan ini digunakan dalam lirik lagu cinta sesama insan. Aku pasti lepas ini perkataan “sabda” ini kalau tidak ada yang membantah akan dipakai lagi dan lagi.. yang bukan lagi merujuk kepada sabda Baginda Rasulullah s.a.w.

Tak tahulah pulak aku kalau penulis lirik kata lagu diatas merujuk kepada Cinta pada yang Esa….payah gak aku nak faham.

6 comments:
BokD
very well thot article...marvellous...
on the same token, i was taken aback bila Ogy mat daud cakap 'roh' radja masuk dalam badan although she probably meant 'soul' as for 'rasa/feel' as we tend to say in musical terms..
yeap, dalam politik aku dengar depa kata, wahyu datang dari atas ( atas meaaning instruction from the top leadership)..
yeap...nice one bro...thanks
A'a. saya pun pernah masa dengar lagu tu terfikir benda tu. maksud saya .. kenapa ek penulis lirik tu guna perkataan "Sabda"? Tapi masa tu saya tak angkat pot sgt sbb saya tak suka Misha jadi lagu2 dia pun saya berapa nak suka. tapii .. lagu baru dia dgn Andy Flop Poppy sedat sangat I cant resist not to like it.
nie loloq punya lirik kan?
Thanks bro.
ya lah kan.
bokD,
i suker entry u nih!! harap2 penggunaan perkataan2 tertentu tu tidak terus disalahgunakan ekk... tapi i suker lagu ni tau..
hi ilham, darling,lobaloba, NHK, teesh,
betulkan setengah perkataan kena ada exclusivity...i sebok manjang ler ari ni..tak dapat nak berhalo..terima kasih singgah.
Post a Comment