Sunday, March 4, 2007

Panas dan Hujan

Cuaca di sini sekejap panas terik dan sekejap hujan. Bila malam hujan lebat nampak keesokannya rumput, lalang dan pokok pokok ceria disinar terik mentari. Realiti alam yang membuktikan makhluk Allah memerlukan antara satu sama lain.
.
Minggu lepas terbaca mengenai satu teori baru mengenai fenomena kepanasan melampau yang belaku sekarang. Teori baru ini tidak menolak kerakusan manusia menebang tumbuh tumbuhan hijau dan perlepasan gas gas korban dioksid menyebabkan pembentukan awan yang nipis serta mengakibatkan kekurangan hujan dan panas yang melampau. Teori ini mengutaran persoalan kenapa ketika di Artik berlaku kecairan air batu tetapi keadaan sebaliknya berlaku di benua Antartika. Berdasarkan hujah hujah mereka, penyebar teori ini telah mengutaran alasan baru mengenai kekurangan pembentukan awan sebenarnya adalah berkait rapat dengan matahari dan bintang. Di sebabkan artikel yang wa baca hari tu dah hilang maka tak dapatlah wa mengulas lebih lanjut...hehe.
.
Dua minggu lepas, pengawal di pejabat saya telah menangkap pencuri frame tingkap alumanium di bangunan kepunyaan syarikat. Penangkapan itu menjadi trajik disebabkan yang ditangkap telah patah kaki ketika cuba terjun dari tingkat satu dan menjadi lebih trajik bila besoknya isteri pencuri tadi datang ke pejabat meminta belas kasihan agar ditarik balik laporan polis. Isterinya dengan membawa seorang anak kecil yang masih menyusu memohon belas kasihan dan mengatakan pencurian itu terpaksa dilakukan oleh suaminya untuk membeli setin susu. Belas kasihan tiba tiba menusuk jantung, namun bila mengingatkan kes kecurian ini telah menjadi masalah besar sekian lama, bila salah seorang pencurinya dapat ditangkap mahu dilepas pula. Suatu hari aku termenung....benarlah kemiskinan itu adalah musuh dalam masyarakat dan cara musuh itu mahu dijinakkan ialah kita sama sama mengeluarkan mereka dari kancah kemiskinan itu.
.
Di petang hari yang sama ternampak sepasang suami isteri menaiki motosikal sambil membawa anak kecil tiba tiba memberhentikan kenderaaan. Tertanya juga kenapa... hanya tidak sampai seminit terpandang road blok sedang dilakukan. Tiba tiba rasa bersalah pula menaiki kereta yang ada lagi 4 tempat kosong.
.
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada....

5 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum

susah nak kata, tapi perbuatan mencuri tu tetap berdosa malah membeli susu hasil curi adalah haram,
mahukah kita memberi anak makan dari sumber yg haram????

fudhla

Anonymous said...

ye setuju..

masih banyak lagi cara lain untuk mendapatkan rezeki halal..mereka yg menentukan jalan mana yg mahu dipilih..

yang salah tetap salah..dan patut dihukum..

BokD said...

fudhla & other..memang patut kena hukum.. tapi bila tengok muka dioarang kesian..tambah pulak sedara seagama...bila ingat perbuatan dia mencuri hilang kesian tu.

Anonymous said...

Betul ke orang tu mencuri kerana terlalu terdesak? kerana semata2 untuk membeli setin susu anak? kalau masih ada tenaga .. banyak lagi kerja halal kat muka bumi ni boleh dilakukan. Dan lihat la .. betapa perempuan ini, sanggup melakukan apa sahaja untuk suami .. hatta menebalkan muka sebegitu. kan? kesian anak mereka.

Anonymous said...

yup BokD, kadang tu tgok depa nih insaf. i selalu kalau jumpa budak2 anak pemintak sedekah ker, I wish they will do well dlm exam and boleh tolong mak bapak.

and yup, manusia tak pernah puas. bersyukur dgn apa yg ader, alhamdulillah.

itu adik dapat 19A ek dlm SPM.