Sunday, March 11, 2007

Gerimis

Hajan kembali berkurangan di sini. Cuma sesekali gerimis. Suatu petang beberapa hari yang lalu aku terlihat pelangi melingkar di parabola langit. Indah sungguh kejadian alam ini. Mencelah disinar malap mentari sambil disimbah gerimis senja. Teesh...i suka kesemua warnanya.
.
Entah kenapa seminggu kebalakangan ini aku asyik teringat seorang kawan lama. Kawan lama masa sekolah rendah. Mungkin kerana iklan Mukhsin yang selalu tunjuk dekat TV…buat hati rindu pada zaman budak budak. Tenguk game Liverpool lawan Barcelona beberapa hari lalu juga membuat aku teringat pada kawan aku yang seorang ini. Kawan aku ini kaki main bolasepak cara dia main dan bentuk badan dia macam Lionel Messi. Memanglah itu imaginasi aku…takkan budak sama dengan Messi, tetapi Messi mencetus ingatan aku pada kawan aku.

Din nama dia. Aku jadi kawan baik dia sejak tahun satu....eh darjah satu setelah dilagakan oleh budak tahun enam untuk bertumbuk. Dalam perlawanan “tinju” itu aku telah bagi sebijik tumbukan padu pada muka Din. Besoknya Din datang sekolah dengan muka yang bengkak. Aku masih ingat betapa takutnya perasaan aku pada hari itu bila ada khabar angin yang mengatakan bapa Din akan datang untuk membalas dendam. Aku menjadi begitu takut…melihat muka Din pun aku tidak berani. Tetapi semuanya berubah apabila tiba waktu rehat, Din menegur aku dan menghulurkan tangan. Tidak berapa lama selepas itu barulah aku tahu sebenarnya ayah Din telah tiada.

Masa tahun 6..hehe..aku terpilih bermain bolasepak untuk sekolah. Kaki bangku macam akupun boleh dapat main bayangkan standard pasukan sekolah aku. Tetapi team aku ada Din..hantu bola. Pasukan kami hanya bermain sekali sebab masa itu pertandingan yang kami masuk menggunakan sistem kalah mati. Dalam perlawanan melawan Sekolah Kebangsaan Raja Ekram pasukan aku kalah 2-0. Kira ok juga sebab penjaga gol lawan hanya pegang bola 3-4 kali saja dan aku dapat sentuh bola dengan kaki kurang dari 5 kali… ok jugaklah tu. Tetapi hero kami sudah tentu Din yang mengejar setiap bola dari kaki lawan kalau dia tiada aku ingat mahu jadi 10-0.

Part yang paling aku tidak boleh lupa antara aku dan Din ialah kami menyukai budak perempuan yang sama…A. Aku selalu mengenakankan Din dengan A dan Din juga melakukan perkara yang sama. A ini lawa budaknya…dari kacamata budak budaklah. Tetapi apa yang aku perasan bila aku ejek Din dengan A, Din macam suka saja tapi cuba berselindung dengan mengatakan aku yang suka. Sebenarnya akupun suka juga tetapi buat buat tak suka….hehe budak budak. A tidak pernah menjadi kekasih salah satu dari kami..sebab ada budak lain sudah bagi surat dekat A..huhu.

Ada sekali aku kerumah Din. Tempat tinggalnya di quarters Race Course…tempat lumba kuda. Aku dapat lihat sebuah kehidupan yang dikelilingi oleh kuda. Tempat di mana kuda kuda dibelai macam kekasih. Tidak hairanlah Din pernah berkata suatu hari nanti dia mahu jadi jockey. Patutlah Din suka mengejar bola… sebab aku dapat bayangkan di dalam kepalanya dia mahu jadi orang yang pertama sampai..tidak kira untuk mengejar bola, berlumba lari, naik basikal dan apa saja yang bersifat perlumbaan.
.
Dinlah satu satunya orang yang pernah bagi aku makan daging kuda. Kami berpisah apabila masuk persekolahn menengah. Di perjumpaan aku yang terakhir aku dapat tahu Din tidak mahu menyambung persekolahan. Dia buta huruf dan minatnya pada pelajaran sedikitpun tidak ada. Hari ini aku sedikit kesal sebab bila aku ingat bakat bolesepaknya sudah tentu dia boleh pergi jauh jika masih bersekolah. Seharusnya sekolah bukan hanya tempat budak budak yang mahu belajar tetapi seharusnya juga tempat untuk budak budak yang suka bermain. Aku yakin Din pasti mewakili sekolah jika masih bersekolah. Sayang dia memilih mengejar cita cita yang luarbiasa..menjadi jockey.

Kanak kanak mudah lupa dan kami cepat lupa antara satu sama lain. Sejak hari terakhir persekolahan rendah kami tidak pernah berkawan lagi…dan hanya sekali terjumpa di stesyen bas. Mungkin suatu hari aku pergi cari dia kalau-kalau dia masih di tempat lama dan masih ingat pada aku.

…Teesh..

… who knows... perhaps, he misses me too...

7 comments:

Anonymous said...

a'a .. perhaps he misses you too.

eh .. awak tanya teesh .. saya pulak yg menjawab. hihihihi

Anonymous said...

hi bokD,
touching lar entry you nih! but i like... i like friends who really appreciate friendship!!

yesterday i told DL that i want to look for my best friend from school too... and i missed her so much!!

kebetulan, ekk... jom kita sama-sama mencari, yer...

Anonymous said...

errr, another thing... i juga suker kesemua warnanya! without one, it would not be a rainbow, kann...

yes perhaps... he misses you too!!

Anonymous said...

thanks..darling..teesh..ya perhaps he misses me too..

Bok D

Anonymous said...

bokD,
cemana kat umah sendiri boleh jadi anon tu?

hehe

BokD said...

teesh..entah..tak boleh keluo pulak..nama tu

Anonymous said...

touching lah entry ni bro. pergi lah cari dia.

dagaing kuda sedap tak?hehe

nak debik nih.