Sungguh terik panas hari ini, sedangkan di Johor dan negeri negeri di pantai timur dijangka mengalami hujan lebat dan amaran banjir kali ketiga. Ketika aku membuat entry ini aku menjengok keluar tingkap angin sedang bertiup kencang. Sedikit ganjil cuaca sekarang, bencana alam akibat cuaca boleh berlaku pada bila bila masa sahaja. Bagi kita yang Islam sudah tentu tidak dapat melarikan diri dari mengaitkan bencana alam dengan ketelanjuran manusia di muka bumi. Maksiat berlaku di depan mata setiap hari. Peribahasa/simpulan bahasa "jangan suka jaga tepi kain orang" yang seolah menyindir orang yang suka ambil tahu hal orang lain sebenarnya agak becanggah di dalm situasi mencegah maksiat. Kita dianggap busy body bila menegur perbuatan menjolok mata dan dianggap cool dan sporting bila tidak ambil tahu. Budaya idividualistik semakin menjadi anutan. Budaya ini sebenarnya menjadi salah satu punca perbuatan maksiat semakin merebak. Ini berdasarkan pengalaman aku sendiri ketika duduk di salah sebuah flat di JB.
.
Oklah sebenarnya hari ini hari jadi aku. Beberapa tahun yang lalu aku telah dilahirkan. Pada tarikh itu ibupada aku telah dikurniakan cahaya mata yang ke sepuluh. Aku selalu berharap aku merupakan augerah Allah yang terbaik untuk mereka berdua walaupun dalam banyak peristiwa aku merasakan aku tidak layak menduduki takhta itu. Aruah emak aku pernah terperasan setiap kali hari raya akulah anak yang pertama menghulur tangan memohon kemaafan, sambil disindir gurau oleh kakak aku....dia yang paling banyak dosa dengan mak tu!!. Hehe takpa aku tidak ambil hati sebab banyak kebenarannya.
.
Terima kasih tidak terhingga kepada ilham yang sejak 3 tahun kbelakangann ini tidak pernah lupa "menyambut" birthday aku di blog Santapanhati...i luv u too bro!..terimakasih juga sahabat sahabat maya di haloscan Santapanhati...korang adalah merupakan dimensi baru persahabatan. Apa lagi aku nak kata......aku sungguh terharu dengan keikhlasan korang. Selalu juga aku ingin mendakap korang di dunia realiti....hehehe.
.
Sesuatu yang aku kurang sekarang ini adalah masa. Terlalu cepat masa berjalan terutama dengan kesibukan di ofis. Pada aku bila kita terlalu sibok di pejabat, ianya membawa maksud sedikit sangat masa yang kita beri untuk diri, keluarga dan rakan rakan. Keadaan ini sedikit merunsingkan aku sejak seminggu lalu. Namun begitu aku bersyukur kerana kesibukan itu aku telah di kurniakan rezeki dari Allah. Sama samalah kita berdoa semuga kita tidak termasuk di dalam golongan orang yang rugi.
.
.
Senyumanmu..menyinar cahaya di mimpi shahdu
Tawamu..menabur riang di sempadan langit nan biru
Tenunganmu..melintas maya..menunduk malu
Tundukmu..jadi cemburu bidadari pada si ayu
Bisik rindumu..menerbang cenderawasih berderu deru
.
dan darling...
.
Bila kau tiba tiba diam..
...cinta jatuh seputih salju