Friday, August 5, 2011

Ramadhan

Ramadhan tiba lagi…

Suatu masa di bulan Shaaban saya ada menerima request…hehe request tu.. dari Dr H mungkin jugak dari Eva untuk update blog, terima kasih dan sori ya.. H dan eva lama bebeno tak nengok blog sendiri. Apapun request hanya menjadi satu dorongan untuk hapdate, yang lebih membuat saya ingin sedikit menulis, adalah kerana ini bulan Ramadhan.

Seronoknya hati dan bersyukur dapat kembali ke bulan yang penuh rahmat ini. Minggu-minggu pertama ini segalanya berjalan dengan penuh ketenangan...Alhamdulillah, walaupun ada sedikit gangguan kesihatan, namun ianya saya anggap dugaan yang semestinya membuatkan hati semakin insaf dan dewasa untuk menerima segala kemungkinan dari Allah Subhanahuwa Ta’ala.

Kira punya kira dah 5 ke 6 tahun yang lalu ketika di bulan Ramadhan ini saya asyik melepak dengan kawan-kawan di http://santapanhati.blogspot.com/ . Bila bercerita mengenai blog dan maya sudah tentulah tiada tempat yang begitu istimewa di hati melainkan `haloland itu’. Akhirnya manusia atau kita harus akur kepada masa. Masa tidak menunggu ruang. Bila kehidupan harus mengikuti masa, ruang-ruang kehidupan yang berbentuk sementara harus ikut sama berubah bersama masa. Sebenarnya, satu lagi bukti segala yang kita miliki tidak akan kekal selamanya dan Allah jualah yang kekal abadi buat selama-lamanya.

Ada lagi 20 hari lebih untuk hari-hari di bulan Ramadhan untuk terus mengiringi kita dengan keberkatannya. Sebagaimana yang dinasihati ustaz (dan ustazah juga), perbanyakkanlah ibadah di bulan Ramadhan ini. Sedekah adalah antara yang paling utama harus ditingkat dan tingkatkan. Beberapa minggu lalu ada terdengar ceramah yang mengkhabarkan, rezeki yang banyak boleh membawa kita ke syurga dan ke neraka. Ke syurga bila setiap sen rezeki yang kita dapat kita rasa bersyukur tidak terhingga kepada Allah dan ia dibelanja ke jalan Allah dipenuhi dengan sedekah. Ke neraka bila rezeki yang kita perolehi menambahkan rasa takbur, angkuh dan dijadikan modal untuk bermegah-megah. Dirihayatkan Nabi Muhammad s.a.w, kekasih Allah kekasih umat Islam tidak pernah tidur selagi harta dunianya masih berbaki dan belum disedekahkan....MasyaAllah..aku bertaubat kepadaMu ya Allah atas ketidakmampuan ku mengikut jejak kekasihMu. Sesungguhnya syurgaMu itu tidak layak untuk ku, namun aku tidak mampu menahan panas api nerakaMu.

Selamat berRamadhan...

3 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum


selamat berpuasa
selamat beribadat
moga kita semua mendapat hidayah dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman
amin....

fudhla

Anonymous said...

fuh!!!
hampir 9 bulan bokd!!!!!
baru update

ko bz dgn bini ko ngandung ekk
dah bersalin ekk
baru boley benafas ekk
dapat anak apa ???
tahniah
boleh collect duit raya tahun ni
hehehehehehehehehehehehehheheheehehhe

fudhla lagi

Anonymous said...

Waalaikumsalam fudhla..dan slmat berposa.

Tul gak tu dah 9 bln ni.. tgh dalam pantang pulak 60 hari...hehehe

Bok D