Salam Ramadhan...hari ini 22 hari sudah berpuasa. Memang terasa amat cepat masa berjalan. Bermula dari waktu sahur sampai waktu berbuka lepas tu malam sahur balik. Pantasnya masa itu rasa macam tak sempat nak pulun bermacam rahmat yang dijanjikan di bulan Ramadhan. Tambahan dengan kekuatan jiwa dan tenaga yang amat terhad.
Tahun ini aku amat jarang pusing di pasar Ramadhan, rasa seperti kerugian tenaga julak.. bertawaf keliling dari hujng kehujung dan balik ke tempat parking. Kalau aku mahu beli apa-apa aku akan singgah dan beli apa yang aku teringin nak makan…lepas itu balik. Lagi satu aku tak larat tengok pompuan sexy beli juadah…tetiba meluat pulak..dan trend sekarang ni amoi pun beli juadah berbuka. Agaknya aku semakin Islamik sekarang ini..hehe..(aku raser la)..bukan nak berbangga dan takabur tapi aku suka dengan keinsafan yang tidak dipaksa2 ini…atau bukti syaitan telah ditambat.
Di tempat kerja, dalam bulan puasa ini, boss aku (yang dah lama sangat aku kerja dengan dia) telah belah. Aku memang selalunya tak baik sangat dengan boss, tapi ada masa aku rasa sesuatu benda yang telah lama sangat beriringan akan menjadikan kita rasa kehilangan jugak bila dah tiada. Banyak kali aku meluat dengan boss aku ini tapi banyak kali jugak aku rasa kami dah menjadi macam satu team yang baik. Jadi rasa meluat aku tidak menjadikan aku gembira langsung bila dia belah, yang hairannya aku rasa sedih dan kehilangan pulak. Kita boleh menipu tentang rasa gembira tetapi tidak dengan kesedihan…macam tulah agaknya. Apa-apapun biarkanlah dia..aku kena kerja…cuma masalah aku sekarang ini aku raser susah aku nak buat team baru ditempat kerja aku sekarang….menjadikan keperluan untuk aku mencari kerja baru semakin mendesak…akupun nak belah jugak jika ada peluang dan rezeki.
Jadi bulan puasa ini aku berhenti mengayuh basikal…haha..tak jugak setakat ni 2 kali jugak aku sempat kayuh..ada member yang sangat bersemangat ajak kayuh jugak. Sekali dua minggu lepas belah petang dan sekali lagi pagi semalam 31 Ogos. Semasa berkayuh semalam terserempak dengan gerombolan lembu-lembu. Lawaknyer lembu-lembu ini kesemuanya stare kat kitorang macam pelik bebeno tengok orang mengayuh basikal di bulan puasa. Apa pun lepas kayuh aku dapat tido siang 4 jam..sesuatu yang dah sangat lama aku tak buat.
Akhir sekali nak ucapkan selamat berpuasa kepada member2 yang membaca blog ni. Sudah agak terlewat kan darling…tetapi rasa macam berdosa kalau tak ucapkan.
Dan selamat Merdeka..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
salam bokd,
u mengayuh siang2 posa2 ni ker? huyyooo hebattt
hehhe kelakar la lembu pon tengok..
salam bokD,
selamat hari raya maaf zahir batin....lama x jumpa pekabor?
jane**
hi bokd,
Salam Aidilfitri..Maaf Zahir & Batin..
hi H..hi jane..
ghayer doh nak habih...kome oi..
Post a Comment