- Sebuah bangunan kedai pejabat yang berada di satu kawasan dengan pejabat aku, selang tiga blok dan berhampiran dengan cawangan BSN adalah merupakan bilik gerakan BN di dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau yang lalu. Beberapa minggu yang lalu, di situ ramai wanita-wanita yang digelar puteri oleh sebilangan masyarakat, duduk bersembang. Aku sebenarnya tidak sempat untuk berkenalan walaupun seorang daripada mereka. Sayang peluang untuk berkenalan dengan mereka yang rata-ratanya nampak anggun dan bergaya juga apabila dipandang dari dalam cermin tingkap kereta aku. Entah kenapa pada masa itu aku terlalu memikirkan siapa mereka dan langsung tidak memikirkan espek lain yang mungkin boleh dieksplorasikan.
Itu adalah kisah beberapa minggu yang lepas. Kadang-kadang aku semacam perasan yang otak aku ini suka melakukan flashback. Lebih membingungkan aku flashback itu selalu membuat andaian jika dalam situasi tertentu perkara lain yang berlaku. Ada situasi yang aku merasakan amat tidak puashati dengan apa yang telah aku perbuat. Permainan di kepala aku ini sedikit mengganggu aku. Ia membuatkan aku merasa aku ini jenis yang tidak pernah puas dengan apa yang aku telah dapat atau telah aku lakukan. Namun begitu aku tidaklah mengangap ianya satu permasalahan yang besar serta memerlukan transformasi mental secara keseluruhan dan mendadak. Lagipun aku senang dengan putaran pemikiran yang sebegitu walaupun ianya bukanlah sesuatu yang bersifat proaktif dan dinamik yang merupakan kreteria utama untuk berjaya di dalam dunia yang serba moden ini.
Cerita pasal rokok sikit. Tadi aku hisap rokok. Sebelum sampai kepuntung aku terus buang. Jika di nilai dari segi duit bahagian yang belum dihisap itu adalah dianggarkan bernilai 25 sen (andaian sebatang rokok bernilai 60 sen). Sekarang ini di kotak rokok telah disertakan dengan gambar-gambar penyakit cancer dan penyakit-penyakit kronik yang dikaitkan dengan rokok. Menggerunkan juga. Disebabkan merokok kadang-kadang sesuatu yan tidak dapat dielakkan maka selalunya perokok macam aku akan buat buat tak nampak saja dan memang selalunya tak nampakpun gambar itu. Seorang perokok tegar yang aku kenali mempunyai kaedah penyelesaian yang sangat baik iaitu dengan membeli bekas rokok (cigarette case). Rokoknya akan dimasukkan di dalam bekas rokok itu maka perasaan rasa bersalah tiap kali hendak mengeluarkan rokok dengan melihat gambar-gambar dasyat itu dapat dielakkan. Mudah, dan ia adalah suatu bukti bahawa setiap benda yang direka walaupun kecil dan nampak kurang faedah pada suatu masa, akan mendapat tahap penghargaan yang tinggi di masa yang lain.
Apa-apapun merokok adalah sesuatu yang tidak elok dan merisikokan hidup dengan bahaya penyakit. Sepanjang pengalaman aku merokok, aku telah cuba berhenti tidak kurang dari 5 kali dengan rekod tempoh berhenti lebih setahun dan paling pendek 1 minggu. Sehingga kini aku masih gagal membuang tabiat kurang baik itu. Namun di dalam proses itu aku telah berjaya mengurangkan bilangan batang dalam sehari, sesuatu yang aku rasa adalah penyelesian jangkapendek yang patut aku banggakan dengan harapan ianya juga adalah satu proses untuk aku berkata Tak Nak!.
Friday, April 24, 2009
Tak Nak!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
salam Bok D..
i nak g Klang minggu depan..nak minta i smpikan slm pada lara tak?..hehehe
BokD,
"Rokoknya akan dimasukkan di dalam bekas rokok itu maka perasaan rasa bersalah tiap kali hendak mengeluarkan rokok dengan melihat gambar-gambar dasyat itu dapat dielakkan."
*****
tak kira la camner strategi/approach pon yg digunakan...dalam kes ni,kalau tak hendak tu seribu daya...heheh..
aaanyyyywayy, i've tried one tactic long, long time ago that my husb akhirnya berenti mokok sampai sekarang, wallahualam kalau dia mokok blakang i tp i trust dia tak.
So, kot nak tau tactic dia, just ask eks hehehe...pokok pangkal nyer, kalau hendak seribu daya.. hehehehe belit eks? hahaha
Aya, Nak..
H, citerlah sikit camner..nak tau gak..bisa dicoba..
BokD,
hehe kalau i cakap nih sure dah tak bisa dicoba yaaa hehehe
gini..
setelah berzaman2 dia dok bagi alasan yg sama .."haaa nak benti la nih, dah kurang dah nih.."..identical excuses all the time..
last-last i kata i pon nak mokok jugak, tanya dia details of brand apa plg murah and plg sikit nikotin dia, i nak try...hehehe
actually tactic lama kan? hehehe..tapiiii disebabkan dia kenal sgt dah pe'el i nih, how determined i am....he knows that i will sure do one if i really wanna do...so dia benti lah...until now...
hehehe so the role here is on yr significant other lah ni bukan u hehe, which i believe dah citer kat u nih, takkan jadi dah laaaa kan ehheeh
ermm bak mai fon nu yr significant other tu nak sembang2? hehehe
Hi bokd,
sibuk yer..
H, ader ni...sibok sikitlah..
Post a Comment