Wednesday, April 1, 2009

Bukit Selambau, 08000 Sg Petani Kedah

Aku adalah salah seorang pengundi di Bukit Selambau. Ada cadangan melawak yang menyuruh aku menjadi calon yang ke 16. Sejak akhir akhir ini perkataan “menjadi calon” adalah istilah lawak jenaka di sini. Namun dalam lawak-lawak itu, Bukit Selambau telah mencatat rekod Malaysia dari segi jumlah tertinggi pencalonan untuk memegang jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau…ADUN Bukit Selambau la tu. Pada aku ianya satu proses politik yang wajib di Malaysia tidak lebih dari itu…titik. Jangan fikir banyak banyak apa yang akan berlaku jika dia menang atau dia kalah….apa apa pun faktanya 14 orang bakal tewas…jadi secara psikologinya menjadi salah seorang dari 14 bukanlah sesuatu yang pelik kan teesh.

Lautan bendera biru tua kelihatan amat banyak di Sungai Petani sekarang. Berjalan di celah-celah dacing aku sebenarnya tiada perasaan langsung. Cuma disebabkan aku selalu terdorong memikirkan sesuatu yang boleh memperli mereka maka hatiku berkata alangkah baiknya kain kain itu dikumpul dan dihantar ke Darfur untuk menyelimuti tubuh tubuh kecil mangsa kebuluran.

Ceramah umum juga makin rancak, dianjurkan oleh golongan yang tiada tempat mengadu di media awam atau di media berlesen. Aku seperti yang tadi tiada perasaan langsung. Cuma disebabkan aku selalu terdorong memikirkan sesuatu yang boleh memuji tindakan mereka maka hatiku berkata alangkah baiknya jika ceramah ini diadakan selalu kerana ianya adalah satu stimulus ekonomi peringkat tempatan yang berkesan serta menanam semangat ber-entrepreneur di kalangan bumiputra Melayu di luar ruang lingkup pencacai di PWTC.

Sebenarnya aku tidak boleh melawan bias dan bersikap prajudis keatas apa juapun. Aku percaya semua orangpun begitu juga. Nepotisma dan kronisma sebagai satu cabang anutan sikap bias contonhnya, adalah sebenarnya merupakan naluri semulajadi manusia. Sikap yang terbentuk secara pralogik yang sering menidakkan hak dan kepatutan sesuatu keputusan pilihan yang dibuat. Sukar sebenarnya melawan ketaksuban tetapi ia tidak mustahil dibendung. Sesuatu keputusan yang baik boleh dilakukan dengan berfikiran terbuka. Kalau kita menjadi sedikit alim berdoa dan melihat dari sudut agama yg kita anuti segala bias akan terlerai dan sesungguhnya segala yang kita lakukan perlu diiringi dengan niat.

Sejak maya sunyi dari halolander aku cuba mengintai tapak baru. Sekadar mengisi kekosongan raung ruang antara waktu kerja. Sekali lagi aku menjadi bias kepada apa yang aku dapat rasakan berada tengah-tengah mereka tidak mungkin dapat menandingi kegembiraan bila aku berada di kalangan kalian…(biar sekadar menjadi mulukut di tepi gantang).

darling…..
lalu apa lagi hendak kukatakan..
sejak aku merasa dimensi ini perlu berubah..
jiwa kadang kadang tersesat mengingin mimpi selain darimu..
akhirnya aku masih seperti dulu..

10 comments:

Anonymous said...

{Sejak maya sunyi dari halolander aku cuba mengintai tapak baru.}

waaa ... chat room mana awak pegi ni?


Lara

mrL said...

bro,
lama tak masuk sini..hehe

as usual.. ringkas tapi mendalam bro..jgn pening pulak yer nak pilih yg mana antara 15 org tuh! hehe

woiitt..mencari tapak baru??? tapak maner tu bro? tanpa darling mu, tapak mana pun takkan sama kan? kehkeh

jane said...

salam bok D,

ye...ilham dah p mana ? sedih la...

lepak kat ne skarang nih ? teesh kut...

Hazelsyd said...

BokD,

ha ah eks...biar sekadar melukut di tepi gantang..

jadiiiii...meh habaq kat teman, tapak pasar malam mana pulak yg u dah pegi nih? hehehe

teesh said...

salam bokD...

walaupun pelik, i tetap rasa sedih taw! sob sob sob! *yelaaa.. tang pelik tu terselit nama i kan? hiks

biarpun maya sunyi, biar sekadar melukut di tepi gantang each and every halolanders, terus bertakhta di hati...

*ikon lap airmata...

fudhla said...

assalamualaikum...

cite sikit bro
tapak pesta kat mana
wa pong nak gi gak

jane said...

bro....

lama senyap ek?

fudhla said...

assalamualaikum

bokd...
ghupa2 nyer salah seorang calon bebas tuh wa nyer cousin ler..
hehehehehehe...
apa ra... wa baru tau semalam
tak amik pot pun calon bebas
itter pon kakak wa bagitau
pastu gelak2 kan undi yg dia dapat
sabor jer ler...

ari tuh join pkr pastu keluar
siap masuk tv lagik
cit... mana la wa layan berita tv

arwah bapak nyer benci sgt ngan che det tuh padahal dok dekat titi gajah arwah nyer

mrL said...

bro,
bila nak entry baru nihh..

jgn pemaleh sangat (mcm vaart tuh) bro!! hehe

BokD said...

sorry geng tak jawab...sibok komen kat rumah orang umah sendiri ditingal-tinggal kan.

lobaloba...vaart memang maleh tengok entry diapun aku tahu hehe...

fudhla...oo yg tu cousin u ya..padan muka dia..hehe bukan pada kan u ya...u ok

jane...ada ni..nuntut ilmu ghaib.

teesh..sapu tgn ari tu ada lagi tak..?

H...pasar malam kat chemor..hehe


dan darling...kat mana mana pun tak kan sama ngan awak..