Thursday, January 15, 2009

Sebelum ambil MC

Sesuatu yang kita rasa amat tertekan ketika ini adalah pencabulan Israel keatas Palastein. Tertekan juga bila kita merasakan kita orang Islam dibuli dengan sewenang wenang oleh bangsa Yahudi dan Amerika. Sesekali terlintas kekesalan dan merasa diri seperti pengecut apabila kita hanya mampu berdoa dan berdoa. Namun setelah kita betul betul yakin bahawa doa sebenarnya adalah senjata paling canggih yang kita miliki. Tiada senjata yang boleh menandingi kehebatan doa kerana ianya adalah rayuan hamba kepada pemilik yakni Tuhan Yang Maha Berkuasa. Peristiwa di Palastein menjadikan kita insaf bahawa musuh Islam dan bangsa yang dilaknat Alah sentiasa mencari peluang membinasakan kita. Secara fizikal mungkin mereka mampu tetapi perisai kita yang terakhir ia itulah..iman Insyaallah tidak mungkin dapat digugat dengan kereta kebal dan roket.

Hari ini aku nak ambil MC. Hidung sebat dari semalam pernafasan banyak pakai mulut. Nak citer sikit….minggu yang lepas aku menghadiri satu majlis kenduri kawin. Dekat dekat sini juga tak jauh dari Sungai Petani. Aku datang agak lewat hampir pukul 3 petang. Sesampai rumah pengantin aku dengar bunyi musik yang kuat dan orang ramai berpusu. Ada kugiran rupanya. Semuanya orang lama dari pemain musik hingga penyanyi. Mereka main lagu 60an…sedap suara penyanyi dia. Teringat aruah M Shariff yang pernah menjadi fenomena ketika mempolularkan irama pop yeh yeh di kalangan genarasi muda 80an …seperti yang diceritakan oleh sepupu tiri kawan abang aku….hehe. Sebenarnya irama 60an bukanlah dari selera musik aku tetapi di majlis itu aku macam tergoyang kaki juga. Lain juga musik live dengan lagu yang didengar melalui radio. Live music ni betul betul membawa kita dekat dengan lagu bunyi bass jer dah bergegar dada. Bila hampir balik aku diberitahu penyanyi itu adalah L Ramlee…oo rupanya ada L Ramlee selain dari P Ramlee, A Ramlee dan R Ramlah..hehe.

Kenduri kawin dengan berlatarkan musik bukanlah sesuatu yang popular di Kedah. Kebanyakan tempat telah dikempen oleh ustaz ustaz agar majlis yang baik jangan dicampur adukkan dengan benda benda yang melalaikankan dan lagho. Sesetengah tempat kahwin yang aku hadiri bersandingpun tidak dilakukan Malahan tempat makan perempuan dan lelakipun diasingkan. Aku tidak ada masalah terhadap semua itu tambahan pula ianya berkaitan hukum dan sesuatu yang dituntut dalam Islam. Sejahteralah kepada yang mampu mengikutnya. Kalau kita mahu berbahas tentang adat dan tututan agama sampai bilapun tidak habis. Aku selalu ambil jalan tengah menghadiri kenduri yang dijemput itu adalah wajib jika tidak menyusahkan. “Menyusahkan” di sini pada aku bukanlah secara fizikal sahaja tetapi termasuklah jika kita merasakan menghadiri kenduri itu menimbulkan subahah kepada perkara perkara melalaikan dan lagho itu tadi. Masalah ini terlalu kecil untuk digaduhkan…sedangkan masalah yang lebih besar disebalik majlis kahwin itu ialah sesetengah orang jahat yang tidak berkahwin beromen merata rata. Roket dan kereta kebal Yahudi tak mampu membinasakan iman kita tetapi part ini banyak iman yang telah runtuh terkulai di lembah maksiat. Mampukah kita menang di sana jika kita tewas berperang disini.

12 comments:

Anonymous said...

best aaa ayat awak "orang orang yang tidak berkahwin beromen merata rata". Kaki skodeng ke bang?

haha

Lara

BokD said...

pembetulan tambah perkataan "sesetengah orang jahat"

Hazelsyd said...

BokD,

kekekeke sesetengah orang jahat yer BokD? hahahaha

harus kaki skodeng tu yer? kekeekke memain jer ekss

Sofya said...

salam..

pastinya anda bukan lah tergolong dlm golongan sesetengah orang jahat itu yer Bok D..hehehe

*kawen arr dik oii*..

jane said...

salam bro,

L Ramlee punya lagu yg pemes ialah

"ayahku kawen lagi
dengan si dara jeliata
riang agak hatinya
mendapat isteri nan muda"....

heheh....tuanya aku, L RAMLEE pun kenal!!

Anonymous said...

Get Well Soon ya Bok D. Jangan lupa makan ubat. *cewah .. tengok la .. sayang ke tak ssayang saya ni kat awak*.


Lara

Anonymous said...

hi bokD...

i buat conclusion jer from komen2 depa kat sini yer!

u gi skodeng orang beromen sampai demam2 yer? haaa.. kenalah ambik mc beb! jgn lupa makan ubat taw!!

*i belum baca entry u lagi... tinggal comment dulu kot kejap lagi kena block balik!* hehe

Anonymous said...

bokD,

another nice piece from u! suker entry nih

Anonymous said...

salam bok d,

dah sihat dah kot . Ini entry last week kan .
kenduri patut ada lagi khemah untuk yg berkeluarga tau. sian I tau anak I semua lelaki. makan sesoranglah.

misa

Hazelsyd said...

BokD,

Happy birthday! Buat la ucapan alu-aluan sikit hehehe

Sofya said...

salam Bok D..

bile sebeno-benonyer besday u nie?.

Selamat menyambut Ulangtahun Hari Dilahirkan yer...

BokD said...

Thanks...u all