Thursday, January 1, 2009

Per-utus-an tahun baru...konon nyer la

Selamat tinggal 2008.

Di dalam perkara perkara kehidupan sekali sekala kita menemui jalan buntu. Di dalam dunia sukan, terjun papan anjal adalah bandingan terbaik kepada situasi di atas. Sekiranya sukan lain memaparkan aksi pertarungan, sukan papan anjal adalah aksi penerjunan. Apabila sampai penghujung papan, untuk menang penerjun perlu terjun dengan pelbagai akti mengikut kategori. Pemenang adalah penerjun yang mempersembahkan terjunan yang cantik dan kadar kocakan air yang sedikit ketika anggota badan menerjah ke kolam. Jadi, jika sesekali kita temui jalan buntu bayangkan kita berada dihujung papan anjal.

Selalunya perkara perkara kehidupan bagi orang biasa macam aku ini, situasi untuk terjun itu memang sangat jarang berlaku. Namun sebagai orang biasa, aku juga punyai naluri untuk merasai keseronokan menyelesaikan sesuatu. Aku sangatlah berterima kasih kepada pencipta kalender yang mengukur masa secara hari, minggu, bulan dan tahun. Disebabkan banyak benda yang diukur usianya mengikut tahun, jadi tempoh setahun adalah kaedah pandangbalik yang paling berkesan untuk melihat diri di dalam situasi pencapaian. Semalam selesai sudah satu tahun. Ketika aku mencari pencapaian yang paling signifikan, aku akur bahawa kehilangan bapa adalah perkara terbesar yang berlaku di dalam kehidupan aku pada tahun 2008. Jika aku boleh melihat ia sebagai pencapaian aku sangat terharu dan rasa “dihargai” kerana di rumah aku berakhir kehidupannya.

Selamat tahun baru kepada semua sahabat maya tercinta…..hari ini bermula tahun 2009... tahun ke empat puluh selepas tahun 69 hehe...

Di peringkat antarabangsa sekali lagi kita bakal menaruh geram dengan kebiadapan Israel. Segala maki hamun untuk bangsa yang dilaknat Allah ini. Bangsa yang sanggup mebunuh nabi mereka….membunuh bangsa lain adalah kacang putih. Namun sebagai manusia dan umat terpilih kita sesekali tidak akan berhenti mengharap satu lagi perang Badar akan berlaku di dunia ini. Lambat laun pasti kemenangan itu di pihak kita.

Sementara itu di negara kita sendiri, amaran kemelesetan ekonomi seolah menjadi siulan penganalisa ekonomi. Lagu dan iramanya sidikit berlainan ketika didendang oleh ahli politik. Apa apapun kita harus bersedia untuk sebarang kemungkinan. Kepayahan ekonomi adalah dugaan Allah yang ternyata menguji iman si kaya dan si miskin. Di dalam situasi politik, agenda media popular semakin menampakkan keberkesanan untuk mengembali sokongan kepada golongan racial secular. Secara teorinya di dalam setiap krisis ada yang akan menangguk.

Selamat datang 2009.

14 comments:

ILHAM said...

Salam Tahun Baru bro....2009 fir the better yeah, insyaallah..

wa pengomen blog ko bro for 2009...huhuhu...wa suker...

Anonymous said...

salam bokD,

selamat tahun baru 2009! semoga persembahan terjunan kita di tahun ini lebih cantik dan berjaya...

again, nice entry beb!

Sofya said...

salam Bok D..

Slmt Tahun Baru..

doakan yang terbaik yer...

jane said...

salam maal hijrah 1430H dan tahun baru 2009 yaa bok D.

life begin at 40 bro...hehe!

Sofya said...

alahai jane..

budak Bok D tu baru 25 tahun..lambat lagi nak mule idup...hahaha

Hazelsyd said...

Hi BokD,

Selamat tahun baru yer.. moga mendapat kejayaan yg lebih tahun ni banding tahun lepas dalam segala aspek yach!

Hazelsyd said...

BokD,

i curious lama dah nih tau bokd..cuma tak tanya jer...kat ipoh dulu, u skolah mana eks bokd? takkan tu pon nak rahsia kot..tak kewl ler beb hehehe

Anonymous said...

assalamualaikum

very nice entry
indeed...

Anonymous said...

bukan guthrie ekk???

emmm....

Anonymous said...

salam bok d,

Selamat tahun baru 2009. Selamat maal hijrah 1430.. Belum terlambatkan

misa

Anonymous said...

Hai Yoep Bok D. Selamat kembali bekerja untuk tahun 2009.

heppp H! hepppp fuhd!!! soalan korang mmg out of answer la. mana boleh tanya soalan cam gitu. Kan Bok D kan.


-AkulahLara-

BokD said...

baru sempat nak jawab ni..hehe

selamat tahun baru semua..ilham, teesh, aya, jane, fudhla, H, misa dan akulahlara...

ilham...tahniah bro..

teesh..baik baik terjun ya beb!

jane/aya...cikgu tingkatan 5 wa baru lepas maktab masa dia ajar wa..masa tu tahun 1999 kalau tak silap..hehe

fudhla...hmm bukan guthrie...u kerja kat syarikat minyak kan..

hi misa..thanks singgah...

H dulu masa tingkatan 1 sampai 5 i sekolah dekat dekat belah Ampang tu..gi sekolah naik basikal u..ada sekali taya pancat..nasib kedai tak jauh..sekali sekala kalau ada duit lebih naik bas tg mutan..hehe

lara...boleh gak jawab kan...apa salahnya..nanti apa orang kata pulak..hehe

Hazelsyd said...

BokD,

ooo kat belah belah Ampang yer..naik beskal yer..so bukan anderson, bukan st michael, bukan juga acs la yer....hrmm....my lifepartner nih pon skolah kat belah belah situ gaks.. naik beskal gaks dia ke skool tu tau walaupon bukan dekat jugak...u tak kenal dia kan? hehehe

thanks for satisfying my curiosity yer walaupon 60% ajor...BokD kewl! hehehe

Hazelsyd said...

thanks bokd, 60-->100.