Wednesday, December 3, 2008

Bulan 12

Sudah sampai bulan 12. Akupun dah tua lebih dari 10 bulan berbanding bulan 1 yang lalu. Seperti banyak orang kata, zaman sekarang ni masa berjalan amat pantas. Persepsi tentang sesuatu bendapun kadang kadang terlalu cepat berubah. Menunjukkan bahawa kita sekarang ini terlalu banyak pilihan. Saluran saluran di Astro adalah contoh bagaimana banyaknya pilihan itu. Bukan mudah untuk memilih sebenarnya. Disebabkan sukarnya membuat pilihan itu maka akhirnya kita memilih untuk kekal pada tahap yang lama juga…seperti pilihan pilihan yang telah kita buat dahulu. Contohnya dalam bab makan terlalu banyak sangat pilihan lauk akhirnya kita pilih lauk yang kita baru makan dua tiga hari lepas jugak. Sebabnya kita telah selesa dengan pilihan itu.

Kebelakangan ini juga aku perhatikan seperti ada “rehat” untuk banyak perkara. Apabila kita memberikan istilah rehat kepada sesuatu perbuatan. secara tidak sedar kita telah menanam satu harapan kepada tidakan kita itu. Harapan bahawa perbuatan yang kita rehatkan itu akan kembali berterusan seperti sedia kala. Seperti memandu di lebuhraya, sampai di R & R kita berhenti dengan harapan kita akan kembali memandu sehingga sampai kedestinasinya. Tidak pernah saya mendengar sesuatu perjalanan di lebuhraya mahu diakhiri di R & R. Seperti juga pemandu F1 yang membuat hentian pit. Pentingnya hentian itu sehingga ia dipanggil pit stop strategy.

Begitulah yang aku rasakan bila berada di maya. Apabila ramai yang telah kurang bertegur sapa malah ada yang terus menyepi aku sangat ingin ia diistilahkan sebagai rehat. Menjadi tabiat aku sering bukak tutup window, sat jengah sini sat jengah sana kalau nampak kelibatpun lepas jugak rindu. Melihat secara positif, semuga rehat ini adalah rehat yang baik. Kalau mahu diIslamikkan sedikit rehat ini biarlah ia menjadi rehat yang kita memuhasabah diri.

Ok lah sementara hangpa berehat rehat itu. Apa kata sekarang ini rajin rajin klik dekat tingkap Bursa Malaysia. Banyak saham yang sekarang ini murah berbanding dengan NTA per share.. Jika kita sedikit sabar dan punyai holding power mungkin situasi pasaran sekarang boleh membantu kita membuat duit poket. Manalah tahu kalau ada rezeki bolehlah tukar hand pon baru atau beli gadget gadget baru yang melimpah ruah di pasaran sekarang ini. March 2009 adalah sasar kepada bulan yang baik kepada Bursa Malaysia memandangkan ia adalah tarikh peralihan kuasa. Orang kata first impression kepada seseorang PM adalah penting.

Sedikit tips dari wa yang tak terror pasal saham ni dan sering terbakar jar…hehe.. Kalau takut mengambil resiko besar pilihlah saham saham yang punyai track records bayaran dividen yang baik. Dividen yang baik (pada kadar 9-15%) adalah indicator penting di didalam menilai kekuatan kewangan sesebuah syarikat. Dividen juga boleh dijadikan kusyen jika berlaku penurunan harga saham. Untuk tujuan itu wa cadangkan saham saham di counter REITS…saham STAREIT nampak menarik dan kukuh wa cadangkan beli pada harga 70 sen. Bagi yang sidikit speculative saham di counter Plantation dan Industry Product sedang ditrade pada paras yang rendah. Walaupun harga telah mula bergerak selepas kejatuhan ke paras trendah pada 28 Oktober lalu, saham saham di counter ini masih menarik. Tambahan pula product komoditi minyak kelapa sawit dan besi sedang mengalami harga terendah. CSCSTEL didagangkan hampir RM1.00 di bawah paras NTA per share….wa cadangkan beli pada harga 75 sen. Bagi plantation IOICorp adalah saham aktif yang memungkinkan kesan spekulatif yang positif ..jadi wa cadangkan beli pada harga RM3.00. Gamuda juga nampak menarik pada harga RM1.50.
Tengah gatal tangan ni… harap harap kali ni tak terbako lagi….hehe.

12 comments:

Hazelsyd said...

BokD,

Macam nasihat abang-abang ler hehe

OoOoO...besday dah dekat la nih eks..

bye

Anonymous said...

assalamualaikum

bagus tuh bang...
beli la banyak2


tahun depan boleh belanja adik2 kat sini ekk!!!
hehehehe

Anonymous said...

wah .. sgt ilmiah bunyi entry kali ni. sesat barat saya membacanya. penat kepala otak tuk memahaminya *yg sampai ke sudah tak pun paham2 ni*. maklum la .. akal tak berapa nak geliga.

Tapi saya sokong je cadangan fudhla tu.

-Lara-

jane said...

salam bokd,

kawan saya beli ranhill. beli @50 cent. paling tinggi haritu achieve 80sen++. okke lar....

jgn masuk lebih 60 sen ya. takut tebako.

dia nak simpan sampai raya cina. 100 lot bro...

BokD said...

oklah adik adik...nanti abang fikirkan..cakap jer ni nak masuk kecut gak..takut ia jadi gambling..niat kena betul..ia mesti purely investment decission..

jane..Ranhill personally i tak advise kalau nak try luck ok tapi bila sebut "luck" jgn beli sebab nak gamble...Ranhill B/Sheet very bad..Financial result last quarter was in bracket..i prefer co. yg fundamentally sound..

Anonymous said...

hi bang bokD... *hehe nak gak tuh!*

i just wanna say... i suker entry nih!

so.... positive!! hehe

ILHAM said...

uncle!!!

assahammuhikom...

mat sabu punyer joke owan ameno bagi salam during those bull market period...

nice entry bro...TQ

Sofya said...

saham akhirat jgn lupe tau!! hehehe

Hazelsyd said...

BokD,

slamat hari raya haji yer.. raya kat mana? mesti kat kedah ni kan..

vaart said...

atuk!

cucu nak jugak! nak apa?

haaaaa...itu yang kita nak tahu.

Sofya said...

salam Bok D..

bz keje ke bz kire untung?..hiks

BokD said...

ilham...peberat wa mat sabu ni..

H..selamat raya... betul i raya kat sini jer

vaart panggil aku atuk ni...cucu terai la nombo 5445 kalo kono ko buek la jamban kat surau kek simpang tu ha..ko jgn buat duit hantaran dah tak mau aku nanggung doso..hehe

aya..nanti bila tak sibuk kita bual bual yer..