.
.
Sudah 1/3 Ramadhan. Rasa kurang sangat penghayatan. Namun penghayatan yang kurang itulah yang mampu aku buat setakat ini. Penghayatan yang kurang itu pada aku sekali lagi bukti buat diri aku yang aku masih tergolong dalam kelas bawahan dalam bab beribadah. Setiap kali jiwa terdorong kearah ingin mencapai tahap ketinggian ibadah tiap kali itu juga “dunia” terpampang di depan mata. Semuga di 2/3 yang kehadapan aku dapat mengecapi ibadah yang lebih berkesan dan penuh kepuasan rohani.
Aku dapat rasakan istimewanya Ramadhan, tambahan pula aku yang lambat dewasa di dalam bab agama. Apabila teringat Ramadhan yang “rugged” bescompang camping semacam minimbulkan urgency untuk menampal balik kerabakan yang telah berlaku. Tiada alat yang dapat membawa aku kembali ke detik itu. Aku hanya boleh mengandaikan aku dapat dan punyai cukup masa untuk menampalnya dengan jahitan yang paling teliti agar ia nampak cantik dan bersih bila di Sana kelak. Melihat amalan orang terasa diri ini kerdil dan rendah benar.
Tahun ini merupakan tahun pertama Ramadhan tanpa bapa. Bila bersembahyang Tarawih, bila aku berada di saf, terbayang kelibat lututnya terbengkuk sidikit kehadapan tiap kali mengaminkan Al-fatihah. Tiada lagi dia di situ. Tahun ini juga merupakan sambutan Ramadhan bermula betul betul di akhir tarikh kematian aruah emak. Aku tidak dapat mengelak daripada mengaitkan dua kehilangan ini di dalam Ramadhan. Kedua dua aruah orang tua aku itu adalah amat istimewa dan keistimewaan Ramadhan menjadikan ingatan itu lebih terkesan dari bulan bulan yang lain.
Dan di sebalik semua itu, makanlah yang paling ketara nikmatnya. Rasa lapar membuatkan keinginan dan selera makan begitu hebat sekali. Setakat ini aku telah mencuba hampir 20 gerai yang berlainan dengan juadah yang berlainan atau juadah yang sama tetapi dengan bentuk dan rasa yang sidikit berlainan. Setakat ini prestasi juadah agak membanggakan kecuali terdapat sekali terbeli tepong bungkus yang tepongnya tak cukup masak. Ketika mengadap juadah itu terdetik di hati....harap harap aku bukanlah jenis orang yang berpuasa yang hanya mendapat lapar dan dahaga.

9 comments:
BokD,
u know.. i ada a mixed of emotion bila baca entry u yg ni...
mula-mula,rasa insaf dgn diri sendiri sambil dlm hati kata.."betullah.. aku pon macam ni jugak..tgh cuba2 nak menambah saham amal ibadah bagi meng-kaver kejahilan dan kekurangan diri yg dulu & skrg"..
pastu, masuk ke 3rd para, rasa syahdu dan sedih bila i imagine apa yg rasa tu as if it really happen to me..esp part terbayang tu..sebak rasa..
pastu, masuk last para, terus i tersenyum2 hehe u tau laa kannn..i kan suka beno masuk topik food nih hihihi..20 gerai dah u cuba eks? nice la u ni.. suka mencuba..
Ok..Slamat berposa yah!
al-fatihah untuk arwah kedua org tua u..moga ditempatkan di tempat org2 yg beriman..
raya ni jgn sedih2 sangat..
salam Bok D..
terasa sepi tak bila waktu berbuka tu?..kalu ya..cari la 'teman' yer..hiks
sekurang2nya rindu tu akan terubat juga..cubalah!!!
true indeed, mixed emotion bila baca entry kali ni.
a'ah kan aya, cubalah bawa ... err ... tak payah cakaplah.
selamat berpuasa, berbuka and bersahur bokd
salam bokD..
alfatihah buat kedua arwah orang tua u yer... hmm sedih pulak ingatkan u sekarang ni anak yatim piatu!! sabo yer beb!
tapi 10 hari puasa dah 20 gerai u cuba... hmm sesuatu jugak tu!!
*tetiba tingin pulak nak makan putu perak! susah nak dapat kat KL nih*
Teesh,
u tingin putu perak yg putu kacang tu ker? yg bentuk daun kecik2 tu?
kalau sunggoh tingin, auntie i kat kuala tu mmg buat kuih ni for raya business. i boleh bagi u sebekas. betul ni weh. takper utk u, tp sebekas jer la yerr..kalo byk2 kang bankrap ahkak hehe. tp nak kalu, u kena g amik kat umah my mom la. dekat jer ngan umah your mom kan?
apa2 email i ok?
bokd,
tumpang lalu yer hehehe
H, teesh, eva, aya,
selamat beramal di bulan Ramadhan...sikit lagi dah nak raya jangan lupa beli baju cantik cantik ya..badanpun langsing sikit lepas puasa ni kan..
Teesh, thanks Al-fatihah..
H, kueh siput ader tak..?
aya/eva, u bedua boleh jadi ubat rindu juga...hehe..baibun..
BokD,
Kueh siput takde la..
Post a Comment