Saturday, August 23, 2008

Hujan 7

Musim hujan sudah kembali. Hari hari hujan di sini. Hujan biasanya dikaitkan dengan Rahmat. Hujan membawa Rahmat . Namun begitu sejak kebekangan ini disebabkan ciri ciri pembangunan yang tidak berteraskan keikhlasan dan mengutamakan mengaut untung, hujan lebat telah menjadi satu masalah kepada orang ramai akibat dari banjir kilat, jalan rosak berlubang, lumpur dari kawasan pembangunan dan berbagai kerosakan lagi yang berlaku selepas hujan. Hujan telah membuka pekong si tamak haloba yang sanggup menggadai keselesaan orang lain untuk membuncitkan perut sendiri. Melihatnya secara positif Rahmatnya masih ada di mana sekurang kurangnya kita tahu siapa mereka itu.

Aku belum berkesempatan pergi ke Kepala Batas. Sebenarnya KB telah menjadi tempat lepak aku sejak dua pilihanraya yang lalu. Masa penamaan calon ari tu aku tidak dapat pergi sebab ada kenduri. Dari kawan kawan yang pergi sokongan padu masih di pihak golongan penentang. Bilangan yang datang untuk mengiringi DSAI menenggelamkan orang BN. Aku diberitahu FRU terpaksa ditambah kerana takut puak ameno ditelan gelombang pembantah. Rata rata dari sembang politik ameno punya chance hampir takda…bertandingpun cuma nak tutup malu mengaku kalah. Mungkin sebab keselesaan ini membuatkan aku kurang teruja sangat nak pergi melawat tambahan hari mengundi jatuh pada hari bekerja. Apa yang sangat aku debarkan ialah setelah kemenangan mutlak DSAI nanti, apakah akan menjadi satu lagi signal kepada BN dan MP-MP mereka yang menunjukkan “masanya telah sampai”.

Hujung minggu yang lalu aku pergi jalan jalan ke Pulau Pinang. Walaupun jarak Pulau Pinang dengan SP bukanlah jauh tetapi jarang sangat aku ke sana. Aku pergi pasar malam kat Batu Ferringhi di sebelah malam. Melihat barang barang imitation yang nampak memang macam ori. Akupun terbeli jam tangan TAG Heuer…hehe….kalau korang nampak aku pakai jam Tag Heuer tu aku beli kat situ ler. DVD jual harga 4 ringgit CD lagu 5 ringgit…(sori darling tak sempat nak bedek awak punya tajuk tajuk tu). Disebabkan dah banyak sangat CD dan DVD yang aku beli masih belum tengok dekat gobok TV dan kereta aku tu..jadi untuk aku.. aku beli satu jer…CD kompilasi Sarah Mclachlan...ader lagu Time After Time tu dengan Cindy Lauper…sajer layan. Aku lepak kat salah satu hotel kat Tanjung Bungah, sebenarnya kalau nak gi Penang aku advised korang lepak kat Tg Bungah sebab tempat ni terletak tengah tengah antara Georgetown dan Batu Frreringhi jadi nak gi dua dua tempat jadi dekat. Banyak orang Arab daripada orang putih. Ramai orang kata Penang telah menjadi destinasi utama pelancong Timur Tengah. Aku rasa mungkin sebab makan senang. Melihat kemajuan Pulau Pinang aku tumpang berbangga jadi orang Malaysia… tetapi tiba tiba aku hilang stim bila aku sedar sedikit sangat Melayu memiliki perniagaan dan hartanah mewah di Pulau Mutiara ini…kata depa kat sini budak Melayu suka jadi kutu pantai…2 kali 5 melukut di tepi gantang jugaklah tu.

5 comments:

Anonymous said...

salam bokD...

masa bercuti ke ferringhi dulu, setiap malam i pergi ke nite market kat situ. walaupun bukan byk yg dibeli, tapi i suker jejalan sepanjang pasar malam tu!

insyaallah i akan ke ferringhi lagi hujung tahun ni!

btw, tahniah atas kejayaan DSAI!

Anonymous said...

hmmm... macam tak bestlah comment i kat atas tu!! rasa macam formal pulak, padahal bukannya komen kat MP pun!! hehe..

Anonymous said...

Salam Ramadhan.

Lara

BokD said...

hi teesh, kadang bila kita dah close sgt dia akan kembali jadi formal..hehe

BokD said...

salam Ramadhan darling...