Sunday, June 8, 2008

Apa bola

Dah lama tak update blog. Euro 2008 dah bermula tahun ini aku nak menyokong France, Allez les Bleus…tanpa Zidane tapi France masih ada Thuram, Gallas, Evra, Viera, Makelele, Ribery, Anelka dan Henry….team France yang pada aku sungguh tidak bernasib baik ketika tewas di final World Cup 2006. Lagi satu aku pilih France sebab selepas England dan Brazil aku rasa France lah yang paling banyak aku tahu nama pemainnya…jadi aku kira kenallah team ini macam aku kenal team Perak dulu dulu hehehe. France berada dalam kumpulan maut bersama Holand dan Italy. Aku kurang pasti bagaimana undian grouping dibuat sehinggkan ada 3 pre tournament favorite boleh berada dalam satu group. Berdasarkan undian ini aku andaikan UEFA dan FIFA cuba menonjolkan diri masing masing tanpa mahu terikat antara satu sama lain dalam menentukan ranking sesuatu pasukan. Samalah seperti World Cup juga di mana juara Eropah, South America, Africa dan Asia tidak diambilkira.

Bagi yang bukan kaki betting atau dah berenti berbetting betting…hehehe macam aku ni…menengok bola memang tujuan nak tengok bolalah tak lebih dari itu. Menjadi tabiaat semulajadi dalam setiap pertandingan kalau tak ada Perak, tak ada Malaysia, tak ada Spurs maka aku pilih team yang aku kenal pemain pemain dia dan ada good chance untuk jadi juara. Tetapi sebenarnya regim bolasepak Astro ni kadang kadang menjadikan kita muak tengok bola…sebab itu aku kadang kadang pergi lepak petang petang tengok budak sekolah main bola. Baru baru ni dekat tempat aku ada pertandingan bawah 12 dan 15 peringkat kebangsaan, tetapi sebab masa game dia tak ngam dengan masa kerja aku melepas tak dapat nak tengok bebudak tu main…memang aku teringin nak tengok…...minat bola atau nostalgia...?... akupun tak pasti perasaan yang mana lebih kuat.

Besok ada final France Open dan Olympic akan bermula tidak lama lagi….banyaklah aktiviti keTVian yang menunggu kita….btw drama Melayupun makin best sekarang ni..hehe. Baru baru ini Usain Bolt memecah rekod dunia lari 100 meter dengan catatan 9.72 saat….dulu aku tidak pernah terfikir manusia boleh lari di bawah 10.8 saat tetapi sekarang ni benda tu dah jadi biasa…tidak mustahil jika dunia belum kiamat 100 tahun lagi manusia kan berlari di bawah 9.00 saat. Kejayaan Usain Bolt sebenarnya pre Olympic punya advertisement…acara yang meletakkan status “the fastest man on earth” sememangnya sesuatu yang di tunggu tunggu.

Menjadi tabiat manusia mencari pencapaian yang tertingi, pertandingan dalam sukan adalah satu cara yang secara semulajadi untuk manusia merealisasikan keinginan untuk mencapai tahap tertinggi tersebut. Kemengan pula adalah pada aku adalah tabiat semulajadi manusia yang bersifat mahu bersaing antara satu sama lain. Pertandingan sukan adalah altenatif terbaik kepada peperangan sebab pada aku jika tuhan tidak anugerahkan manusia dengan naluri bersukan sudah tentu kerja manusia ni adalah bertumbuk dan berperang untuk menunjukka siapa yang lebih gagah.

Dalam kebanyakan system kehidupan moden hiraki yang menunjukkan status di mana kita berada adalah sesuatu kemestian. “Dalam kejayaan ada kejayaan” yang bermakna kita boleh memiliki ramai pemenang tetapi mesti ada satu sahaja yang berada di puncak kemenangan itu.

darling
di suatu hari
ketika aku sendiri
teringat…akan dirimu
saat itu samalah sepert saat ini
saat ini sayang…seperti juga tadi
..tadi seperti juga beberapa jam lalu
dan…kira kira sejam yang baru berlalu
sejam yang lalu seperti hati Isnin yang lepas
dan Isnin serta hari hari yang lain yang telah berlalu
hari hari yang lalu….seperti beberapa minggu terdahulu
dan minggu-minggu yang telah lama… terlalu lama berlalu
minggu yang terlalu lama telah berlalu samalah seperti bulan Januari
seperti juga Februari, April, July dan September serta bulan bulan yang lain
bulan bulan yang lain itu telah berlalu bertahun tahun…berkali kali bersilih ganti
..dan darling…tidak akan aku lupa kan bisikan hatimu pada ku yang berlaku bertalu talu

19 comments:

ILHAM said...

bro,

dalam dalam citer bola, olimpik..tetibe kuar sajak darling ekk....nyampah tau!! kehkehkeh..

apa apa pong, France should feature strongly in euro 08..

The Hopeless Homemaker said...

Hi BokD,

I sokong Italy sebab team nie paling banyak player handsome..Muahahahahha..

Anyways, I harap Italy at least ke quater final walaupun saingan sengit.

Payah tol jadi juara dunia nie!

Anonymous said...

bokD,

teman sokong turki taw! kata deme... (deme tu ilham lerr) pemain dia ngencess! hehe...

weh!! suker sajak u! dari saat menjangkau ke tahun... dalamnya...

teesh

Anonymous said...

testing!

Anonymous said...

yeay... at last!!

oops! sorry bokD... i gunakan comment box u ni for testing ekk! asyik kuar anon jer sebelum ni... now dah okay dah! takper kann beb...

Anonymous said...

lorr... hampeh!!

Anonymous said...

okay... okay... dah tau dah!!
hehe

Anonymous said...

no komen pasal bola but i like sajak tu

Anonymous said...

Salam BokD

..dalam kejayaan ada kejayaan eks? I like that. Tambah lagi satu.. dalam kegagalan ada kejayaan..
*cam terkeluo topik lak* hehehe

Amboih DL ehh BokD, sajak besh tu..

Anonymous said...

amboi...amboi

baca entry bola, last last keluar sajak lain plak...
he..he..he..

perancis udah kalah
muahahahahahahahahahah.....

Anonymous said...

Eiiii poyo kan darling tu. bisik2 hati bertalu2 kat awak bertahun2. Dia tu tak tau malu ke?


-DarlingLara-

Anonymous said...

Happy Father's Day.
untuk para bapa.


-DarlingLara-

BokD said...

bro....ko punya prediction tu yg buat aku sokong france tu hehe..

pssst..darling tak suka lah sajak tu...

BokD said...

hi zeti...thanks singgah i punya blog ni..nanti italy lawan france...minta mintak draw lah nak nyer..

BokD said...

teesh....deme tu memang suka sokong pasukan tak kuat..kalau u nak tahu kat m'sia ada sorang jer penyokong Bolton..

..tahun menjangakau kurun ler Turki nak menang....hehe baibun bro..

BokD said...

eva...thanks..

BokD said...

H...jgn risau..kat sini takda yg keluo topik...& thanks..

BokD said...

fudhla...peranchis punya stategi tu bagi kalah kat piala euro...supaya depa boleh concentrate World Cup...

BokD said...

darling...mungkin saya yang tertuduh, terfitnah dan terperasan...saya cuma bayangkan kalau "darling tu" begitu..."darling tu" sebenarnya tak pernah pun begitu...sori ya..

Happy Fathers day..