Salah satu perasaan yang timbul bila musim pilihanraya ini adalah terpinggir. Bukan terpinggir dari segi fizikal tetapi perasaan. Apabila orang orang sekeliling yang kebanyakannya orang orang tempatan Kedah bersembang tentang calon, mereka mula bercerita calon ini dia kenal pernah pergi sawah sekali, calon itu sedara dia, calon itu satu sekolah dengan bapak dia atau abang dia, calon itu satu satu kampong dengan dia dan macam macam lagi yang menggambarkan pilihanraya ini adalah pada mereka adalah politik tempatan. Sebagai “orang luar” aku hanya mampu mendengar.
Teringat ketika aku duduk di kampong sendiri langsung tidak hirau pasal mengundi. Kebiasaannya kawasan mengundi aku DUN dan Parlimen adalah perebutan antara DAP dan MCA jadi kepada kebanyakan orang kampong aku yang bukan ahli Ameno membuang undi adalah sesuatu yang membuang masa…pilih yang ini dia pilih yang itupun dia. Apabila timbul perasaan tentang pentingnya mengundi aku telah berada di luar negeri asal aku. Merasakan satu pembaziran undi Melayu jika aku terus berada kawasan pilihanraya kampong aku maka aku telah menukar alamat dan mendaftar sebagai pengundi di Kedah.
Tahun ini aku mengundi lagi di sini. Aku harus melihat pilihanraya sebagai satu proses politik yang amat penting ianya adalah suatu perjuangan menuntut nilai kehidupan yang lebih baik. Kehidupan yang lebih baik pada aku adalah kehidupan yang mengarah kepada kemakmuran dunia dan akhirat. Disebabkan pegangan itu aku harus mimilih parti dan bukan individu. Perasaan terpinggir dan rasa seperti orang luar itu harus aku buang….apa apa pun aku adalah anak jati Tanah Melayu, tempat datok nenek aku menjadi tuan…..sanggup bertumpah darah demi mempertahankan maruah agama dan bangsa.
Teringat suatu kuliah agama berbentuk ceramah yang menunjukkan pentingnya politik di dalam Islam. Diceritakan…ketika Baginda Rasullullah wafat, pengkebumian baginda telah dilewatkan di mana ianya adalah merupakan suatu amalan yang bertentangan dengan sunnah yang menuntut pengurusan jenazah disegerakan. Alasan kelewatan itu pada pandangan para sahabat adalah perlu kerana pengganti baginda sebagai pemimpin kerajaan Islam belum dilakukan. Hanya selepas Abu Bakar As-siddiq dilantik menjadi Khalifah yang pertama barulah urusan pengkebumian baginda dilakukan. Peristiwa ini menggambarkan betapa dalam Islam politik itu harus diberi keutamaan.

.
Darling.... kenapa tiap kali ku rasa diri terpilih..tiap kali itu ku rasa disisih...
5 comments:
assalamualaikum
lama nyer wa tak singgah
jg la terasa macam org luar kat sg petani tuh
pi la umah pak dak wa kat tmn ria tu, umah tepi sekali ada pondok ngan buaian, dia dok berkempen pas tu
fudhla
awak terpilih apa? jadi calon ke? jab .. cek sapa calon PKR tuk Parlimen Merbok ...
hmmmmm
Datuk Rashid Din.
-qereklara-
fudhla, o pak dak u tu...tau tau
darling, saya bukan Rashid Din.
hi bokD,
lamanya tak ke sini...
tajuk entry u sama dgn tajuk lagu taw... and since hari ni i nak menyanyi sepanjang hari, this is for u yer beb!
Jauh Di Sudut Hati
- Sudirman
Sayang
Kubawa jauh rinduku
Kerna akau telah tahu
Kau bukan milikku
Sayang
Sesunguhnya bukan mudah
Menjalani hidup ini
Tanpa kau di sisi
Jauh disudut hati
Aku masih bermimpi
Mimpi yang indah
Esok kau kembali
Jauh di sudut hati
Ada waktu-waktunya
Aku berdoa
Kau pulang semula
Sayang
Biar ku mengingatimu
Biar kugantung harapan
Hingga sampai waktu
Nafas terakhirku
teesh
hi teesh,
sebenarnya i ingat tu tajuk filem...ia sebenarnya apa yg i rasa ketika itu..ketika bersembang pasal calon calon bukanlah sampai menusuk hati..tapi kadang kadang kita rasa nak balik kampong... ke akar umbi kita.
Untuk u semuga lagu Sudirman itu menjadi harapan yang akan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti..InsyaAllah beb!
Post a Comment