Friday, December 14, 2007

Hujan 4

Raya haji..raya korban..Aidul Adha...hampir tiba..sedapnya kalau dapat makan lemang cicah dengan rendang daging korban yang fresh.




Kadang kadang bila menyanyi di dalam hati, kita tidak tahu sumbangnya bunyi nyanyian itu sehingga keluar suara dari mesin perakam suara. Jika suara itu tidak dirakam tidak mungkin kita tahu ia sumbang sebab telinga tidak boleh mendengar suara sendiri dengan tepat jika suara itu datang terus dari mulut. Begitu juga sebaliknya jika suara kita merdu bak buluh perindu.

Hakikatnya nyanyian hati harus sekali sekala dirakam. Jikapun tidak dirakam pergilah ke bangunan bangunan kosong atau celah celah kegunungan jerit dan dengarkanlah gema suara kita terpantul. Masa kecil dulu aku selalu berangan main koboi koboi di celah celah Grand Canyon tatkala pistol aku dipicu bunyi letupnya bergema keseluruh angkasa. Sesaat kemudian di hujung distinasi peluru itu sesekali terdengar gema raungan sasaran tetapi yang selalunya ia sekadar berdesing di celah bebatuan….tersasar dan sekali sekala singgah di tubuh tikus gunung (istilah dengan izin pendaki gunung Kinabalu.hehe) mangsa yang tidak bersalah.

Ketika musim banjir sekarang, aku berharap sangat ia akan berakhir dengan segera sebab kesihan melihat mangsa perpindahan, lebih sedih lagi banjir kali ini telah meragut beberapa nyawa yang tidak berdosa. Bagi setengah orang yang berpolitik banjir menjadi fobia disebabkan layanan buruk ketika banjir di Johor Januari lalu. Sungguh begitu ada juga ahli politik yang berharap tempoh banjir itu sedikit panjang lagi kerana mereka dapat melihat sinar gemerlapan mentari dihujung banjir….ketika air menyapu bersih kotoran lumpur.

Seminggu dua ini sedikit riuh perbincangan mengenai gelang magnet. Apabila Harakah mengeluarkan “fatwa” haram, keluar pula “fatwa” harus oleh mufti Perlis diakhbar Berita. Nampaknya semua benda ada potensi untuk dipolitikkan.

Tentang kempen Bersih yang semakin mendapat sokongan, aku masih tertanya tentang siapa bakal keluar sebagai pemenang Melayu, Cina atau India? Pas atau Keadilan? DAP ? Baju Bersih yang berwarna kuning macam sudah mula terpalit arang. Hati hati ya ! BN adalah Garry Kasparov bila bermain isu perkauman parti lawan perlu sekurang kurangnya menjadi Anatoly Karpov untuk bersaing. Jika tidak tahu mainlah tennis macam Kim Clijsters.....bermain tennis dan becinta.

Dua minggu lepas aku pergi ke Krabi Thailand. Cantik juga laut dan pulau pulaunya. Minah saleh pun banyak. Cuci matalah sikit. Ingat nanti nak upload 2 ke 3 gambo saja buat kenangan. Buat masa ni tak sempat...tengah sebok.

Apa apapun memang hidup ini bagai meredah hujan. Bagai hidup di Hutan Hujan Tropika, hidup ini juga bermusim hujannya. Ada musim hujan yang kita boleh bermain rakit, ada musim hujan yang kita berselimut sejuk, ada musim hujan yang kita berpindah rumah dan ada musim hujan yang kita hanyut dibawa arus.

Darling...ketika aku hanyut dibawa rindu...selalu kuimpi daratannya adalah laguna qaseh..

1 comment:

ILHAM said...

bro,

i am wearing one now...gelang magnate....bagi aku tiada bezanya gelang magnate dengan jam tangan...dua dua ada keperluannya..dan dua dua bentuk gelang...

ini pendapat aku lar.....furthermore, memang aku rasa ada kesan pakai gelanng magnate ini...

aku still pakai sebab aku rasa aku pakai bukan untuk melawa tapi untuk kesihatan....