Saturday, October 27, 2007

Di hari raya yang ke 15


11 hari yang lalu aku melalui jalan ini di Sg Buntu, Pontian. Hari ini dah masuk hari raya ke 15, cepat sekali Syawal bergerak dari 1hb....sedar sedar dah 15. Agaknya jika ada ukuran bulan yang paling pantas pergerakannya munggkin Syawal akan menjuarai. Bayangkan seminggu pertama raya macam 7 hari dirangkum jadi 1 hari, sekejap sangat. Ramadhan berlainan pula pergerakannya...dari 1 hingga 15 itu rasa macam merangkak...cuma kelajuannya sedikit bertambah di sekitar 23 ker 27 hb disebabkan kita mengharap sesuatu yang hebat berlaku pada ibadat kita. Ramadhan menjadi sedikit perlahan bila menjelang hari hari terakhir disebabkan kita menunggu hari raya.

Dua tiga hari ini sebenarnya Syawal bergerak perlahan sedikit...bukan disebabkan Syawal bergerak perlahan tetapi gaji bulan October yang lambat...hehe. Poket jadi pegheh sebenarnya menggambarkan kenaikan barang yang agak drastik sekali. Belanja tol dan petrol amat terasa sekali diperjalanan pulang berhari raya dan berjalan di hari raya. Contohnya pagi tadi aku first time beli roti canai sejak raya hari tu, masa bayar baru perasan harga dah naik 10 sen berbanding sebelum raya. Itu baru roti canai yang lain lain aku tak tahu lagi. Staff cina di pejabat akupun kata kueh nyonya dah naik 10 sen...tapi dia ada pilihan sebab kueh nyonya mahal dia pilih beli kueh Melayu harganya katanya kurang 20 sen dari yang nyonya jual...saiz katanya tak banyak beza..karipapnya saiz tu juga. Sebenarnya semuanya berpunca dari harga minyak naik dan gaji anggota kerajaan naik.. kesannya bagai berangkai semua akan secara langsung turut naik....cuma lambat dan cepat sahaja yang membezakannnya...yang peliknya yuran Astro pun naik...mungkin bayaran kepada artispun naik juga.

Suatu hari nanti, nilai 10 sen kita akan jadi macam nilai duit 1 sen...malah duit 5 sen sekarangpun gunanya cuma nak balance kan bayaran bil TNB sahaja..(btw..bil lektrik pun dah naik). Masa budak budak dulu pernah gak dengar dailog kat kedai runcit.."toke berapa semua...?"...toke kedai jawab "errr..satu linggit dua kupang lima duit"...sekarang ni hampir tiadalah dailog yang sebegitu.

Sebenarnya kesan kenaikan harga yang melampau bakal menjerumus ekonomi ke kancah inflasi. Faktor faktor seperti kebanjiran pekerja asing, pengangguran siswazah, pengapungan semula ringgit, persaingan gergasi pasaraya, perbelanjaan besar untuk projek mega, pemilikan hartanah/modal oleh rakyat asing dan banyak faktor-faktor lain lagi akan menambahkan lagi kemungkinan kehadiran permasalahan ekonomi itu kepada kita...walaupun tidak semuanya menyumbang secara langsung. Seharusnya permasalahan ini diberi tumpuan oleh kerajaan lebih dari semangat berfoya foya dan raya sakan dengan kejayaan angkasawan Malaysia pertama. Berapa million pulak dibelanjakan untuk bayar Sheikh pegi angkasalepas??... apa papun tahniah di ucapkan kepada Dr Sheikh Muzaphar Shukur...joli sekali sekala apa salahnya...huhu...dan ada orang beri dia gelaran Dr SMS..nak lawan raja SMS ler ni....siap ko Mawi!!. Pagi tadi berita sedih pulak untuk Dr SMS...begitulah takdir tiada siapa dapat menduga.

4 comments:

Anonymous said...

lagi skali kalo pi sg buntu ajak org skali tau.. hehehe..

walaupun di kawasan yg sama tapi tak penah pung sampai..

Anonymous said...

yup, inflation rate makin tinggilah nampak gayanya.
tahun depan sure minyak naik lagi, bila harga minyak turun tak turun lak ek. tak cukup nak subsidy. tapi boleh hantar orang ke angkasa ya.is that worth it.wallahuallam.

Anonymous said...

hmm good point ling..
duit berjuta habis kat situ kan..

bro..cantik pemandangan jalan tuh..shejuk je wa nampak..huhu

& A-Fatihah atas pemergian adik Dr.Sheikh

BokD said...

seri,

ok nanti kita ajak ya..hehe

NHK/MLL,

korang bila nak kawin..? hehe