Friday, August 10, 2007

Happy birthday DSAI..

Aku harus menulis sesuatu malam ini....demi sebuah persahabatan reformasi yang terjalin antara manusia yang benci melihat kepincangan kepimpinan. Kepada manusia yang menjadikan peristiwa reformasi itu sebagai sebuah harapan....walau tidak kesampaian... namun ia menjadi bukti bahawa jiwa manusia bisa bertaut menjadi satu dan bergelombang senada. Yang lebih penting tautan itu masih dijiwa kami.

Maka inilah yang dapat aku tuliskan sebagai hadiah persahabatan ini.....

Beberapa bulan yang lalu sekawan lebah membuat sarang atau berlonggok dipokok jambu di dalam kawasan rumah aku. Orang kata lebah itu datang menumpang. Aku takut kalau kalau hamba Allah itu membahayakan keselamatan, jadi aku ambil surat khabar dan aku bakar di bawah pokok itu. Ternyata tindakan aku berjaya menghalau lebah lebah tersebut dari menumpang di pokok jambu. Sebulan kemudian pokok jambu itu berbuah tapi sayang buahnya busuk tidak boleh di makan. Dekat rumah aku ini bukan sahaja ada pokok jambu pokok durian dan rambutanpun aku tanam. Setelah berfikir panjang aku mengambil keputusan untuk menebang pokok rambutan dan durian. Sebab kalau hendak makan baik aku beli bukan mahal sangat. Kalau nak tunggu pokok durian aku berbuah entah bilalah aku nak makan durian.

Semua benda yang ada di sekeliling kita jika hadirnya adalah kerana kita membawanya dekat dengan kita maka amat sukar untuk kita lepaskan. Bukan mudah untuk aku membuat keputusan menebang pokok durian dan rambutan setelah beberapa tahun aku menyiram dan membaja mereka, tidak pernah aku rasa marah walaupun mereka tidak berbuah. Aku masih mahu menyimpan pokok jambu walaupun buahnya busuk tetapi dahannya meredupkan satu sudut rumah aku...adilkah aku sedangkan ia ternyata pokok berbuah busuk. Aku tidak pasti apakah aku akan merasa sedih dengan kehilangan pokok durian dan rambutan itu dari sudut laman rumah aku. Segalanya akan terjawab bila pokok pokok itu aku tebang.

6 comments:

Anonymous said...

atas alasan apa ya awak nak tebang pokok tu? saya protes boleh? jangan la tebang. saya suka pokok.

-lara yang belum ganti puasa lagi-

Anonymous said...

Sedihlah baca entry you nih.

Kenapa tak letak baja? Pokok jambu tuh? kot2 buah dia tak busuk nanti.
Pelik gak tanam pokok durian kat rumah dlm Bandar. Ni pokok durian bonsai ker?hehe.

Orang kata banyak pahala tanam pokok nih, kalau binatang datang makan dapat pahala, masa my arwah cakki meninggal, my mom tak nak tebang pokok bunga tepi rumah we all sebab dia kata arwah yg tanam. Tapi rasanya pokok tuh mati jugak.

Tapi you boleh tanam semula kan.

Pokok2 rambutan kat rumah I kat kg pun macam togel jek. kitaorang macam tak serasi tanam pokok rambutan, tak nak dia berbuah, dulu jek sikit. Kurus kering, tapi pokok mangga kerap jugak berbuah.I ader tanam pokok jambu air kat tepi rumah. Satu I punya satu adik I punya. We all selalu gaduh pokok sapa lagi besar. Tak tau now berbuah ker tak. dah lama tak gi rumah tuh.


Happy Birthday to DSAI.



NHK yang suka makan buah dan kuat menangis

ILHAM said...

bro,

dalam sangat perumpamaan yang ko gunakan dalam entry ko nei...aku yang bisa meneka dan mengagak sahaja yang tersirat...

segala keputusan adalah ditangan ko bro......

nak tak nak, reformasi itu harus diambil jua...itu adalah lumrah kehidupan...

reformasi adalah satu proses dan bukan destinasi....

apa apa pong, take care dan thanks for the birthday wish yer

...yang patah kan tumbuh, yang hilang kan silih berganti...memori tetap memori, mungkin pudar tetapi tetap murni....

love u bro....

friends forever dunia dan akhirat bro....

Anonymous said...

salam bokD...
dah tebang ke belum pokok jambu tu? antara pokok durian, rambutan dan jambu... i akan pilih pokok ORKID. hehehe..

i love your previous entry so much. menyentuh sanubari... u kata, kita bersaudara di maya ni and that's so true!

Anonymous said...

that was me, tau bokD...
teesh

BokD said...

darling..nhk..sayapun suka pokok.

ilham...yap reformasi satu proses bukan destinasi..memori itu murni..

teesh...happy tengok u dah kembali..