Ceramah agama bulan Syawal banyak mempromosikan raya dalam Islam hanya ada dua hari raya iaitu Aidil Fitri dan Aidil Adha. Sambutan selepas itu adalah sebenarnya sambutan sempena hari raya bukan sambutan hari raya. Aku lihat semacam satu trend di kalangan pencemah ugama sekarang ini memberikan penekanan kepada satu topik. Maknanya kalau ada idea baru, hal yang sama aka diucap ulang oleh penceramah yang lain. Satu lagi yang cuba dipromosikan adalah tentang hari raya adalah hari bergembira bukan hari untuk bersedih. Hari di mana umat Islam meraikan kejayaan mengharungi Ramadhan dengan diungguli ibadah berlipat ganda. Mengikut semangat hari bergembira itu, lenggok takbir yang kita amalkan sekarang adalah terlalu mendayu dan bernada sedih. Mereka mencadangkan ia perlu diganti dengan lenggok lagu yang lebih tegas dan ceria. Teringat aku akan Mat Bulat yang cuba merancakkan lagu Negaraku, bukan senang untuk mengubah lenggok yang sudah sebati. Tambahan pula kita orang Melayu yang tak suka perubahan mendadak.
Terfikir aku bezanya kita menyambut kejayaan dengan orang kafir. Apabila kita berada di puncak kejayaan bertakbirlah, kerana kejayaan itu datang dariNya. Di mana posisi kita sekarang adalah ketentuanNya tidak mungkin kita di sini dengan sekadar usaha. Biar dengan kerja keras atau kerja ringan kita selama-lamanya adalah hamba yang menungu belas ehsan. Tidak hairanlah pengulas sukan Arab di ArabTV tiap kali pasukan Negara Islam menjaring gol mereka bertakbir Allahu Akbar…gol…gol…golll. Betapa angkuhnya mereka yang menjulang kejayaan sambil menyanyi lagu “We are the champions” nyanyian Queen.
Namun hakikatnya gembira dan bersedih bukanlah perasaan yang boleh dibuat buat atau disogok-sogok. Di pagi raya perasaan itu datang sendiri tanpa perlu kita memikir perasaan apa yang perlu kita berada….itulah magicnya hari raya. Hakikatnya bergembira dan bersedih bergabung membentuk kesyukuran dan keinsafan. Ketika aku memandu pulang ke kampong, gembira rasanya mahu berhari raya hanya secara tiba tiba perasaan pilu melintas bila teringat dihujung perjalanan kali ini tiada lagi dia menunggu kepulanganku.
Hari raya hari itu bermula dengan hujan lebat. Teesh, pagi itu perempuan-perempuan yang berkasut raya stiletto terpaksalah pinjam selipar Jepun untuk meredah becak dan lecah…hehe. Hairan raya kali ini tiada topik panas yang menjadi perbualan. Kisah DSAI mahu menubuh kerajaan telah menjadi cerita sejuk. Minyak turun beberapa duit malas nak cakap. Kisah kemelut ekonomi US ramai yang tidak faham. Bunyi bunga api dan mercun berkurangan, menampakkan sedikit keberkesanan pembenteras penyeludupan. Pada aku ramai yang berbaju raya bertema warna suram, menceritakan raya tahun ini begitu sederhana dan sejuk.
Namun begitukan darling…
indah sungguh alam maya
dada berdam dum rindu
sedang hujan lebat di pagi itu...
sekiranya kita berpayung di sekaki payungTerfikir aku bezanya kita menyambut kejayaan dengan orang kafir. Apabila kita berada di puncak kejayaan bertakbirlah, kerana kejayaan itu datang dariNya. Di mana posisi kita sekarang adalah ketentuanNya tidak mungkin kita di sini dengan sekadar usaha. Biar dengan kerja keras atau kerja ringan kita selama-lamanya adalah hamba yang menungu belas ehsan. Tidak hairanlah pengulas sukan Arab di ArabTV tiap kali pasukan Negara Islam menjaring gol mereka bertakbir Allahu Akbar…gol…gol…golll. Betapa angkuhnya mereka yang menjulang kejayaan sambil menyanyi lagu “We are the champions” nyanyian Queen.
Namun hakikatnya gembira dan bersedih bukanlah perasaan yang boleh dibuat buat atau disogok-sogok. Di pagi raya perasaan itu datang sendiri tanpa perlu kita memikir perasaan apa yang perlu kita berada….itulah magicnya hari raya. Hakikatnya bergembira dan bersedih bergabung membentuk kesyukuran dan keinsafan. Ketika aku memandu pulang ke kampong, gembira rasanya mahu berhari raya hanya secara tiba tiba perasaan pilu melintas bila teringat dihujung perjalanan kali ini tiada lagi dia menunggu kepulanganku.
Hari raya hari itu bermula dengan hujan lebat. Teesh, pagi itu perempuan-perempuan yang berkasut raya stiletto terpaksalah pinjam selipar Jepun untuk meredah becak dan lecah…hehe. Hairan raya kali ini tiada topik panas yang menjadi perbualan. Kisah DSAI mahu menubuh kerajaan telah menjadi cerita sejuk. Minyak turun beberapa duit malas nak cakap. Kisah kemelut ekonomi US ramai yang tidak faham. Bunyi bunga api dan mercun berkurangan, menampakkan sedikit keberkesanan pembenteras penyeludupan. Pada aku ramai yang berbaju raya bertema warna suram, menceritakan raya tahun ini begitu sederhana dan sejuk.
Namun begitukan darling…
indah sungguh alam maya
dada berdam dum rindu
sedang hujan lebat di pagi itu...
inginku lebih rapat dari itu
sementara itu terfikir aku..
kita hanya sekadar menunggu
saat jika ia mahu berhenti…