Suasana agak sunyi sekarang ini. Hujan turun hampir setiap hari. Bila terlupa bawa payung, baju habis basah ketika meredah hujan ketempat letak kereta yang tidak berbumbung. Basahnya tidaklah kuyup sebab jarak tempat letak kereta dan kederasan pergerakan menyelamatkan keaadaan. Begitulah yang berlaku beberapa kali di musim hujan ini. Payung ada kadang kadang tertinggal dalam kereta dan kadang kadang bila dalam kereta tertinggal payung dekat rumah dan beberapa kali tertinggal dekat pejabat. Tertinggal dekat pejabat ini adalah disebabkan hujan pagi, sampai-sampai pejabat payung tu dikembangkan dekat stor supaya airnya tus. Bila masa balik lupa ambil, besok pagi hujan alamat tidak berpayunglah. Masa balik hari raya hari tu, isteri abang aku bagi payung Avon warna pink keunguan, tiga hari lalu aku pakai payung itu, ada kawan dekat pejabat tegur “wow sexynya payung”….hehe…mamat ni payungpun sexy ker…?
Suasana sunyi itu memberi ruang untuk lebih banyak berfikir dan berangan. Ketika menyaksikan pertempuran antara polis dan pakatan Bersih aku gagal melihat situasi itu sebagaimana situasi ketika DSAI ditangkap. Aku bengang dengan emosi aku sendiri kenapakah ianya tidak meluap seperti dulu. Ketika tengok You Tube menonton petikan Al-Jazeerah, aku sedikit malu untuk masuk keblog seorang komentar politik bukan dari rumpun aku sendiri. Macam mana dia ini boleh dapat peluang diwawancara oleh siaran TV yang disiarkan keseluruh dunia. Mungkin hal ini salah satu yang menjadikan emosi aku tidak sekuat dahulu. Aku juga sidikit keliru Bersih ini untuk agenda siapa ? Siapa gunakan siapa ? Aku nampak kuning dan aku nampak Raja raja Melayu tetapi hanya sekadar seronok berangan menjadi Hang Tuah dizaman moden. Pokoknya aku tidak pandai mengalisa politik.
Dulu masa sekolah aku rasa aku pandai mathematik. Sesuatu yang leceh bila kita pandai mathematik ini kita selalu melihat sesuatu itu bagai sebuah empat segi tepat. Setiap masalah perlu ada jawapan yang tidak berbentuk subjektif. Komplikasi hidup sebenarnya lebih rumit dari masalah mathematic. Walaupun aku bukan dari golongan yang mempunyai jalan hidup yang kompleks, namun kejadian yang berlaku sekeliling dengan sifat manusia yang sebegitu dari yang sebaik umat sampai sejahat jahat manusia menjadikan berfikir secara mathematic itu hanya sesuai untuk menyelesaikan masalah-masalah mekanikal. Satu lagi masalah timbul bila kita cuba keluar dari cara berfikir begitu kita akan sering melihat kepincangan. Akhirnya kehidupan yang biasa, makan minum tidur senaman dan sembahyang adalah kehidupan paling selamat setakat ini.
tetapi darling…sunyi ini tidak pernah senyap dari rindu……..
Friday, November 16, 2007
Subscribe to:
Posts (Atom)