Thursday, April 26, 2007

Berhujan berpanas

Berhujan berpanas di negara tercinta Malaysia. Sebaris dua lirik Sudirman "andai ku terbuang tak diterima...andai aku disingkirkan..ke mana harus ku bawakan...diri ini..." Inilah tanah airku....biar kemarau ku harung teriknya...biar hujan ku redah guruh dan kilat..biar banjir berakit rakit terapong...biar dilanda ombak tetap ku berumah ditepian pantai...dan di malam ini....



Dentuman kemeriahan memecah keheningan
Percikan bunga api bertebar di langit malam dini
Perpautan cahaya merantai sinar kemerlapan
Bebintang bertabur di udara..merintik ke bumi
Bercahaya pelangi melintas rengbulan
Garisan bebunga meredah dari ufuk sana ke ufuk sini
Pecah bebijik memercik permata berlian
Awan mewarna warni bersilih ganti
Bercabang melata merekah tanpa sempadan
Bergalur berkelip kelipan megah berseri

Ku berteduh di suatu malam indah….
….Selamat Hari Jadi Darling…..
..
.
.
28-04-07

Thursday, April 19, 2007

Banyak air.....hujan

Hujan lebat tadi. Banyak air melimpah ke jalan raya. Kereta aku yang sudah lama tidak dibasuh, macam gembira sahaja...meredah air membentuk gelombang air seperti ombak Hawai five O. Akupun berangan sekejap naik jet ski. Rabiulawal, bulan kelahiran junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w baru berlalu. Aku ingin mencatat sedikit ilmu dari sebuah buku tafsir….

Maka tersebutlah pada sebuah Hadis yang dirawikan oleh Imam Ahmad, ad-Darimi, al-Baqawardi dan Ibnu Qani di dalam Majma’ush-Shahadah, dan ikut juga merawi Imam Bukhari di dalam Tarikhnya, dan at-Thabarani dan Hakim, maka meriwayatkan daripada Abi Jum’ah al-Ansari.

“Berkata dia (Abu Jum’ah al-Anshari): Aku bertanya: Ya Rasulullah! Adakah suatu kaum yan lebih besar pahalanya daripada kami, padahal kami beriman kepada engkau dan kami mengikut akan engkau ?. Sabda Baginda: Apalah akan halangannya bagi kamu (buat beriman kepadaku), sedang Rasulullah ada di hadapan kamu, dan datang kepada kamu wahyu (langsung) dari langit. Tetapi akan ada lagi suatu kaum yang akan datang sesudah kamu, datang kepada mereka Kitab Allah yang ditulis di antara dua Luh, maka merekapun beriman kepadaku dan mereka amalkan apa yang tersebut di dalamnya. Mereka itu adalah lebih besar pahalanya daripada kamu.”

Selain dari maksud zahir hadis ini, fikiran aku tertumpu juga kepada bagaimana para ulama Melayu, penulis kitab kitab Islam lama dan baru seringkali menjaga ketertipan dan pilihan perkataan yang sesuai bagi menghormati kemulian Baginda Rasulullah dan ajaran Islam yang di bawanya. Perkataan seperti “sabda”, “wahyu” dan “kalimah” , gantinama “baginda” permulaan “Ya” untuk merujuk kepada Rasulullah, sebenarnya membantu memuliakan Rasulullah s.aw. Semestinya perkataan perkataan yang bersifat semi khusus ini dihormati.

Sebenarnya aku sudah lama terganggu dengan lirik lagu ni...
Nafas Cahaya
.
Sepenuh bintang ada sana
Di manakah cahaya
Jawablah pemuda
Jika benar kau cinta
.
Tanpa berkerana
Bisikanlah buatku
Jika terbukti rindumu
.
Lama ku menanti
Sabda rindumu kasih
Membelai nurani
Biar sempat ku bermimpi
Keindahan malam seri
.
La… la… la…la…la…la…La… la… la…la…la…la…

Cinta bukan kata
Rindu bukan madah
Dalam nafas pun tersimpan cahaya
.
Kalimah cinta bersakti
Melamar hati yang suci
Kalimah cinta berperi
Melamar kasih ke sisi
Kalimah cinta sejati
menguji diri di sini
Kalimah cinta terpateri
.
Melayar hari insani
Redakan gelora
Cinta mendapar jiwa
Biarlah Terasa
Dalam aman semula
.
.
Lupakan tentang perkataan “kalimah” sebab perkatan ini sudah kerap sangat dinodai untuk menunjukkan “agungnya” cinta sesama manusia sedangkan “kalimah” itu sepatutnya dikhususkan untuk kalimah bernaik saksi kita bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Pesuruh Allah. Sebutan Allah itu disebut sebagai “kalimah” Allah untuk menekan darjat ketinggian, keagungan dan keesaanNya.
.
Nah! sekarang “sabda” pulak, buat pertama kali (yang aku tahu) perkataan ini digunakan dalam lirik lagu cinta sesama insan. Aku pasti lepas ini perkataan “sabda” ini kalau tidak ada yang membantah akan dipakai lagi dan lagi.. yang bukan lagi merujuk kepada sabda Baginda Rasulullah s.a.w.
.
Tak tahulah pulak aku kalau penulis lirik kata lagu diatas merujuk kepada Cinta pada yang Esa….payah gak aku nak faham.


Wednesday, April 18, 2007

Keroncong Hujan

mega mendung di angkasa
hembusan bayu dingin terasa
gerimis berderai di merata
bagai mutiara

rahmat dibawa bersama
limpahannya meresap di jiwa
adakala bahagia terasa
meskipun duka nestapa

tika hujan turun
sayup mendayu lagu keroncong
merdu irama dialun
bersenandung

hujan membasahi bumi
melahirkan keluhuran budi
mengeratkan perpaduan suci
kasih sayang abadi

DarlingLara 04.13.07 - 4:35 pm

..terima kasih

Thursday, April 12, 2007

Berhembus angin malam...

Mata tak ngantok pulak, tadi pepohon memberi tahu.. angin malam sedang berhembus....hujan agaknya subuh nanti...
.
Seminggu ini hujan dan panas silih berganti. Jika hujan berderu umpama dikir barat, panas datang meceria bumi bagai boria. Teringat juga aku seronoknya menyanyi boria ketika zaman sekolah rendah dulu. Senikatanya simple berpantun dan bermotif kempen kebaikan, walaupun kemudian harinya aku mendapati boria disalahguna sebagai alat propaganda kerajaan dengan senikata yang mengampu. Contoh:
.
"Kerajaan cemerlang gemilang dan terbilangnya
memerentah Malaysia sekarang kini dan dulu dulu
marilah kita bersama bayar hutang MARA
Boria Balik Pulau sat sat ni juga setia membantu...."
.
ewahhh!! ...(hehe bro wa dapat idea kat blog ko)
.
Aku tidak pernah menyanyi atau masuk kumpulan dikir barat. Hairan juga kenapa ia dipanggil dikir 'barat' sedangkan asal usulnya dari pantai timur. Aku perasan senikata dikir barat yang selalunya susah aku nak faham disebabkan longatnya, lebih suka menyindir dan bersifat kritik. Sebaris senikata dikir barat yang paling aku ingat ialah "awe masuk kampo lumpat lompat macam kera"...hehe betul ker...
.
Irama traditional yang mengantok sudah tentulah dondang sayang. Selalunya selepas hujan lebat katak katak bersahutan, ada orang kata katak katak itu sedang berdondang sayang. Bayangkan dalam salah satu senikata katak itu ia berbunyi:
.
"Dua tiga kucing berlari, mana nak sama si kucing belang sayang....
dua tiga kucing berlari..mana nak sama si kucing belang...
dualah tiga boleh ku cari..mana nak sama darling seorang.."
.
Sebenarnya persamaan katak berdondang sayang itu menggambarkan dondang sayang itu terlalu lembut dan gemalai...sehingga aku pasti selepas pantun ketiga dalam dondang sayang ramai yang tidur.
.
Dulu masa aku tinggal di Johor aku jatuh hati dengan ghazal bukan hanya iramanya yang sedap, tetapi jiwa kekampongan di dalam ghazal itu sendiri yang membuat aku lebih terpikat. Gabungan orang tua dengan suara semput semput basah, mat mat rock kapak yang baru nak belajar melalak dan minah minah nak test power berangan menjadi sorang lagi artis dari selatan tanah air. Pemuzik-pemuziknya dengan gambus, ekodian dan tabla melentok spara stone katak. Penontonya, bila ada kenduri kawin dari nenek sampai cucu. Agaknya asas sokongan masyarakat inilah yang membuatkan ghazal istimewa. Sehinggakan aku pernah terfikir kenapa musik ini tidak boleh popular seperti Bob Marley dan raggae yang datang dari kampong di Jamaica. Mungkin UB40 atau tad innit band yang lain boleh buat experiment baru selepas berjaya dengan raggae....
.
NHK.... u pegi England bawak ler CD ghazal satu.......atau boria....suruh diorang pasang kat Elland Road.

Wednesday, April 4, 2007

Hujan..dan Guruh kembali berdentum

Kali terakhir aku update memang cuaca panas. Ketika aku sangka panas ini berpanjangan, hujan kembali turun sejak tiga empat hari ini... bersaing dengan dentuman guruh.
.
Perubahan cuaca global yang dialami dunia sekarang banyak dikaitkan oleh kesan 'Greenhouse gases' (GHG)... kan Mr Lobaloba. Secara ringkas mengikut kefahaman aku..GHG ini membenarkan cahaya dan bahang mentari masuk ke atmosfera bumi dengan bebas. Sebahagian dari tenaga dari pancaran mentari ini akan dibalikkan ke angkasa dalam bentuk infrared rediation, GHG menyerap infrared rediation ini dan menyebabkan bahang panas terperangkap di atmosfera bumi. Maaf..aku bukan ahli kaji cuaca tapi peminat cuaca... hehe. NHK, ramai orang kata dekat Tg Piai jarang hujan.
.
Dan yang paling anih, sekarang ini pembalakan di Kelantan dikatakan punca terbesar yang mengakibatkan perubahan cuaca global. Ajaib sekali ketika pembersihan beratus ribu ekar tanah hutan dan pertanian untuk membuka Putrajaya dan Sepang tidak pernah pula dikaitkan dengan perubahan cuaca global. Berita membuli!!..aku benci semua yang bersifat membuli, sakit otak memikirkannya. Ilham...bila election..?
.
Ok... saja nak update blog...suddenly tu Teesh.
....


Entah mengapa sekarang ini..
Seringku terdengar suara
Kadang kadang ia datang dari luar telinga
Kadang kadang ia datang dari dalam gegendang
Gemalai lembut berkasih….

Tadi dan tiba tiba…
Ku mendengar suara itu lagi
Seperti nyanyian yang pernah kau nyanyikan
….senota ke senota hingga kenota dan senota lagi….
….memenjara aku di ilusi mimpi

Saat itu darling….
….aku juga ingin berlari meredah seribu bayangmu

Dan…


jika aku mampu pinjamkan
….gegendang telinga ini padamu
Agar kau jua mendengar…
suaramu sendiri dari dalam hatiku

.

.

.